oleh: suteraungu
BAB 15
Erotik Cinta Terakhir
Berakhirlah sudah sebuah episod cinta erotik bernafsu dalam kehidupan Datok Foad setelah dia kini dianugerahkan dengan gelaran menghidap penyakit HIV positif dan sekaligus menerima ijazah termahal bergelar penghidap AIDS.
Peristiwa Tsunami yang melanda dunia telah mencatat sejarah pilu yang sukar dilupakan oleh sesiapa sekalipun, apa lagi dengan mereka yang dilanda Tsunami itu. Pastinya sukar untuk melupakan sejarah pahit. Tsunami mungkin kehendak alam, dan tidak terkecuali kehendak dari Tuhan untuk mengingatkan hambanya yang alpa.
Begitu juga dengan nasib yang menimpa Datok Foad, baginya kematian akibat Tsunami adalah lebih baik daripada diseksa dengan menunggu kematiaan akibat HIV dan AIDS. Barulah Datok Foad sedar tentang akibatnya kalau hidup diterajui nafsu. Kerana nafsu akhirnya dia terlantar hampir setengah tahun hanya menunggu hari kematian.
Di mana, Ima? Di mana Suzi? Di mana Lin? Di mana Umi? Semunya sudah lama menghilangkan diri, menyingkirkan diri dari Datok Foad. Cuma Datin Salbiah, isterinya saja yang ada di sisinya. Barulah Datok Foad sedar betapa saat-saat menunggu kematian ini tiada sesiapa yang sudi untuk mendekatinya.Kadang kala kasihan juga Datin Salbiah bila melihat nasib suaminya itu. Dia tidak mampu untuk menderhaka sekalipun dia tahu tentang perangai buruk suaminya. Mahu tidak mahu Datin Salbiahlah terpaksa bercengkang mata menemaninya. Siang malam berdoa supaya penyakit suaminya sembuh semula.
Mana mungkin HIV dan AIDS akan sembuh? Siapa boleh ubat AIDS? Siapa? Ada? Marilah tolong ubatkan Datok Foad. Kemana lagi Datin Salbiah hendak merintih mencari penawar untuk suaminya.
“Sal! Sal! Mungkin inilah balasannya.” Sesekali kedengaran Datok Foad merintih pilu. Ingatannya mula kembali pada Salihah. Sesekali disebutnya nama Salihah dengan nama singkatan Sal. Kebetulan nama isterinya pula Datin Salbiah, Jadi perkataan Sal taklah terlalu asing untuk Datok Foad terus berlakon baik depan isterinya sekalipun nyawanya sudah tinggal diubun-ubun saja lagi.
“Itulah bang, semasa abang baik, sihat abang tak ingat dengan Tuhan. Sekarang ni dah terlantar, barulah nak menyesal, ingat Tuhan. Segalanya dah terlambat bang.” Sesekali Datin Salbiah membebel melepaskan geramnya pada Datok Foad.
“Ini, masa terlantar sakit dah nak nazak siapa yang jaga abang? Mana perempuan-perempuan yang abang bela jadi perempuan simpanan tu semua? Kenapa tak datang.” Bebel Datil Salbiah. Memang geram sangat Datin Salbiah bila diingat-ingatkannya tentang perangai buruk suaminya.
Usia semakin meningkat, semakin berusia, manusia semakin matang dan semakin lemah tenaganya, masa muda kenalah buat amalan. Namun kekuatan akal membuatkan manusia boleh bertahan perkasanya sekalipun sudah cukup usia tuanya. Inilah falsafah hidup Datok Foad.
Petang semalam, baru saja jenazah Datok Foad dikebumikan. Akhirnya penantian menunggu kematian Datok Foad sampai juga. Maka berakhirlah riwayat hidup jaguhan kaki betina itu. Tidak ramai yang melawat upacara pengkebumian jenazah Datok Foad. Mengapa? Hai! Takkanlah kaki-kaki botol, kaki dangdut, tua keladi yang tak ingat mati tu mahu melawat jenazah Datok Foad untuk kali terakhir, mereka sebenarnya pun takut. Takut mayat Datok Foad bangun dan mencekik leher mereka kerana mereka semua tulah yang mengajar Datok Foad jadi jahat. Kerana merekalah Datok Foad jadi lupa diri.Mereka takut, kalau nanti mayat Datok Foad marah dik kena seksa oleh para Malaikat, lalu mayatnya bangun dan mencekik batang leher mereka. Selain dari itu mereka nilah yang menghabiskan wang ringgit Datok Foad. Mereka jugalah yang banyak berhutang dengan Datok Foad. Takut benar mereka kalau-kalau mayat Datok Foad bangun meminta hutang nanti. Mereka tak takut dengan Tuhan, tapi takut mati, takut kena cekik dengan mayat, itu saja yang mereka fikirkan. Tambah lagi kalau dah tengok azab yang diterima oleh Datok Foad itu, mereka mula resah gelisah untuk bertaubat. Maka rugilah, tak ada peluang nak menogak arak dan memeluk GRO, sebab takut mati macam Datok Foad.
“Err!!! AIDS jangan buat main, berjangkit nanti...” Itu yang mereka jijikkan lagi. Tapi tak pernah mereka terfikir apakah punca Datok Foad dijangkit AIDS. Mereka tidak sedar berkemungkinan mereka juga sedang menerima ijazah HIV positif.
Tidak sampai pun 24 jam masa berlalu, rumah Datin Salbiah sekali lagi diserbu beberapa orang peguam dan beberapa ekor perempuan yang seksi-seksi.
“Ada apa semua ni datang nak jumpa saya?” Tanya Datin Salbiah kehairanan.
“Kami datang nak tuntut harta peninggalan Datok Foad.” Ujar salah seorang dari peguam yang ada ketika itu. Yang lain hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang peguam itu katakan, termasuklah 3 orang perempuan seksi itu.
“Siapa kamu semua ni?” Tanya Salbiah lagi.
“Kami ada perjanjian dengan Datok Foad semasa hidupnya dulu. Nah tengok fail ni. Kami pun bawa peguam kami.” Ujar agak kurang ajar perilakunya salah seorang dari perempuan bertiga itu.
“Ooo... Awak ni semua perempuan simpanan Datok Foad lah? Datang nak tuntut hartalah yer?” Sindir Datin Salbiah sambil mencebik dan senyum sinis. Pedih juga rasa hati perempuan bertiga itu. Mereka saling berpandangan.
“Oi! Datin, mulut tu tolong jangan lancang sangat yer! Tolong insuran mulut datin tu. Kami ni juga isteri kepada Datok Foad. Tak nampak ke tu surat nikah kami. Kalau nak pasti, tengok dalam fail tu.” Ujar perempuan itu lagi. Datin Salbiah membuka fail yang baru diberikan oleh salah seorang perempuan itu dan membaca beberapa dokumen yang ada di dalamnya.
“Ni? Ni surat nikah kamu dengan Datok Doad?” Datin Salbiah mengangkat sehelai kertas yang tertulis surat pengesahan nikah. Ada tiga helai surat pengesahan nikah di dalam fail itu.
“Yelah...”
Datin Salbiah terus saja mengoyak kertas yang menyatakan bukti pernikahan perempuan-perempuan itu dengan Datok Foad. Berkecai halus surat nikah yang berdafar di sempadan Thailand itu dikoyak.
“Oi! Jangan koyaklah, bodoh... Aku nak hak aku.” jerit salah seorang dari mereka.
“Tunggu sekejap, saya ambikkan semua penyata jumlah harta Datok Foad supaya senang diagih-agihkan nanti.” Datin Salbiah masuk ke dalam bilik, sebentar kemudian dia keluar dengan membawa sebungkus kertas yang diikat dengan tali, tidak bersimpul mati.
“Nah ambil ni. Awak penguamkan? Baca depan mereka dan agih-agihkan.” Ujar Datin Salbiah.
Seorang peguam meneliti setiap surat yang ada ditangannya. Jelas harta Datok Foad cuma RM0.35 sen sahaja yang tinggal. Kesemua mereka terkejut dengan apa yang ternyata dalam kandungan surat perisytiharaan harta milik Datok Foad.
“Hey! Jangan bolot harta Datok Foad seorang tau, kami ada hak juga. Tak kira kami nak bawa kes ini ke mahkamah. Kami nak tuntut hak kami.” Ujar salah seorang dari perempuan yang mengaku mereka isteri Datok Foad.
“Okey, ambik ni dan baca.” Ujar Datin Salbiah sambil menujukkan sebuah fail berwarna kuning.
Ketika peguam membacakan kandungan surat yang tersimpan dalam fail itu, ianya menjelaskan tentang hutang Datok Foad sejumlah RM25 juta perlu diselesaikan oleh penanggung hutang selanjutnya, iaitu orang yang menjadi penjamin pembayaran semula. Jelas dalam surat itu ada tercatat nama-nama ketiga perempuan itu sebagai penjamin kepada hutan bank Datok Foad.Semua yang ada di rumah Datok Foad jadi binggung terperanjat.
“Ini semua penipuan, kami tak percaya. Bohong. Mana mungkin kami kena bayar hutang dia yang dah mati tu pulak. Awaklah bini dia yang kena bayar. Bukan kami.”
“Awak yang tandatangankan? Awak setuju jadi penjamin. Kononnya awak ada syer dalam perniagaan. Tulah, awak semua bodoh, kena tipu mentah-mentah dengan Datok Foad. Padan muka awak semua.” Sindir Datin Salbiah sambil tersenyum.
Ketiga-tiga perempuan itu masih lagi tidak puas hati dengan penjelasan Datin Salbiah. Mereka masih menpertikaikan soal dimana perginya harta dan wang sejumlah RM25 juta itu.
“Awak nak saya jelaskan satu persatu? Boleh. Semua duit yang dipinjam dari bank oleh Datok Foad adalah bertujuan untuk menyelesaikan hutangnya dengan ayah saya sejumlah RM10 juta. Masih tidak mencukupi. Perniagaannya pula merosot. 80% saham syarikat milik Datok Foad adalah syer saya sendiri. Saya CEO dalam syarikat itu. Awak semua adalah penanggung beban hutang Datok Foad yang masih tertunggak. Antaranya hutang bank bernilai RM7.5 juta termasuk interest. Hutang pelaburan RM12 juta. Hutang bapa mertua dia masih ada RM5 juta lagi. Menurut keterangan dalam catatan yang saya dapat dari peguam Datok Foad semua hutang-hutang itu sekarangnya adalah tanggungan kamu bertiga. Manakala syer saya dalam syarikat yang Datok Foad pegang sebelum dia mati sudah saya jual padanya. Bermakna saya tiada pegangan sebarang ekui ti dalam syarikat itu.Saya tidak ada kuasa untuk meneruskan syarikat itu juga tidak berhak untuk menanggung kesemua hutang-hutangnya. Kamu yang bertiga ini dah jadi pengarah syarikat dan ada yang bergelar CEO. Kamulah kena tanggung semuanya.” Ujar panjang lebar Datin Salbiah kepada perempuan bertiga itu.
“Macam mana kami boleh terlibat dalam syarikat Datok Foad, sedangkan kami tak tahu apa-apa pun tentang syarikat itupun.” Beritahu salah seorang dari perempuan itu.
“Mungkin semasa kamu seronok melayan nafsu Datok Foad, kamu lupa yang Datok Foad ada meminta kamu semua menandatangani satu memorendum syarikat. Kesemuanya bertarikh yang berasingan. Saya ada bukti.” Datin Salbiah membuka salah satu fail yang mengandungi dokumen tentang tarikh tandatangan itu. “ Ni, awak tengok. Betul tak? Tarikh ini yang membuktikan awak sudah menandatanginya?” Beritahu Datin Salbiah.
Kesemua perempuan dan peguam yang ada di situ kebinggungan. Akhirnya mereka terpaksa akur. Keputusan perlu dibuat untuk mencari jalan penyelesaian. Kesemua mereka mengadakan perbincangan dan sebulat suara untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan sebelum ia menjadi lebih serius lagi.
Ketiga-tiga perempuan itu meminta maaf pada Datin Salbiah.
Datin Salbiah tersenyum lebar ketika ketiga-tiga perempuan itu bersama peguam masing-masing melangkah pergi meninggalkan rumahnya.
“Kau nak tipu aku Foad, ini isteri kau yang banyak tolong kau. Aku lebih bijak dari kau. Bodoh punya perempuan... Rasakan... Dulu kau rampas kebahagiaan aku, sekarang aku pula rampas kebahagian hidup kau semua.” Bisik hati kecil Datin Salbiah. Dia tersenyum lebar puas.
Sebenarnya ketika Datok Foad dalam keadaan agak kritikal, namum masih boleh menulis dan bercakap, Datin Salbiah telah mengupah peguamnya untuk menukar kesemua dokumen hak milik harta kepunyaan Datok Foad yang diberikan kepada ketiga-tiga nama perempuan itu kepada nama Datin Salbiah. Datok Foad tidak membantah. Dia tidak berdaya untuk melarang kehendak Datin Salbiah.
Kesemua harta peninggalan dan wang simpanan Datok Foad berjumlah RM35 juta telah diserahkan kepada Datin Salbiah. Keputusan mahkamah terhadap tuduhan ketiga-tiga perempuan simpanan Datok Foad mendapati memang benar mereka itu pemilik seterusnya syarikat yang dulunya milik Datok Foad. Sebuah syarikat yang hanya menunggu kehancurannya.Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga penama syarikat itu supaya menjelaskan segala hutang piutang dengan mana-mana institusi kewangan yang pernah dipinjam oleh Datok Foad. Malang sungguh nasib perempuan-perempuan simpanan Datok Foad. Tidak pernah terfikir oleh mereka semudah itu mereka diperhambakan dan ditipu oleh seorang lelaki yang selama ini disanjung dan dipuja serta dijanjikan dengan sejuta kemewahan. Akhirnya bala yang amat besar menimpa diri mereka.
Memaki, menyumpah seranah pada Datok Foad sudah tak ada gunanya. Datok Foad pun sudah tidak sanggup lagi dengan seksa kubur, inikan pula bebanan dengan sumpah dan seranah mereka. Semakin beban lagi roh Datok Foad terseksa dialam barzakh.
No comments:
Post a Comment