BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

RUANGAN KELUHAN RASA

Kiriman Anizza Syakila:

Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak. Orang yang relax disangka malas. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina). Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk. Orang bermuzakarah disangka mengumpat. Orang diam disangka sombong.
Orang menawan disangka pakai susuk. Orang nampak ceria disangka membela,
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana:bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana:mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana:bersih hati dan mindanya,
mana tahu yang ceria itu kerana:cergas cerdasnya,
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” : Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
http://puterachemomoi.blogspot.com/

Kiriman:
Wan Mohd Salim
lot 2112 taman sri makmur machang kelantan malaysia
20/03/2011 at 04:08 AM
Puisi: fajar kuala lumpur

Fajar Kuala Lumpur

fajar april itu menjelma dengan garis merah
embun pagi entah kenapa begitu cepat keringnya,
bara dan panas menusuk-nusuk sukma membelah tangkai rasa
edward gent berdiri dengan pedang di pinggang
memerhati union jack yang bergulung di puncak tiang
ada bara benci menyelinap di tangkai dendam
detiknya telah tiba

mana rimba yang perlu digondolkan
mana bijih yang perlu ditakungi
mana emas perlu digali
mana lagi tanah yang belum kuinjaki
mana Melayu yang mahu bangkit menentang
raja-raja mereka tangannya telah kurantai besi
Melayu menjadi pengemis di bumi sendiri

di angkasa matahari menebarkan cahaya panasnya
kelibat para sultan masih tiada
sang gabenor mengangkat sumpah
tiada sultan menjadi saksi
union jack bergulung di puncak tiang
hatinya meraung membelah langit kuala lumpur
bangsa ini sudah mula bermain api
ini Melayu benar-benar menempah bara
terasa pedang di tangannya penuh darah

kuala lumpur digegar tempik dan sorak
station hotel yang sepi bertukar menjadi laut manusia
lelaki-lelaki bersongkok berlilit kain putih menjeritkan suara
ini sebuah perkabungan
ini sebuah penindasan
ini sebuah penipuan
inggeris itu sudah ingin bermain api
marilah ambil darahku
marilah belah jantungku
jangan kauambil tanahku
jangan kauambil raja-rajaku

daulat tuanku dilaungkan menerjah cakerwala
hidup melayu digemakan membelah langit
wanita-wanita selendangnya basah oleh airmata
gembira dan sayu bercantuman bersama panas mentari
syukurlah raja-raja masih bersama rakyat
pemuda-pemuda menjeritkan sumpah
perjuangan kita baru bermula
bersatu mari kita rempuh malayan union

gema suara berdentuman membelah kuala lumpur
raja-raja menatap rakyat penuh sayu
hanya airmata yang mengalir melukiskan gundah kalbu
rakyat dan raja bersatu di benteng terakhir
kuala lumpur menjadi saksi
gelora bangsa mengharung perjuangan
seorang pemuda penuh gagah bersuara
raja itu rakyat
rakyat itu raja
ini bumiku bumi Melayu
jangan ambil tanahku
jangan ambil raja-rajaku




Keluhan Rasa kiriman: 05/04/2011
Salamah bt Kassim
Nama pena: Ellie Az
Jabatan Pertanian Bahagian Limbang, Tkt 3, Limbang Plaza, 98700 Limbang Sarawak.
Judul Luahan Rasa: Betulkah apa yang ku pilih?

Salam sejahtera,
Fikiran ku kosong tika ini, semua yang ku lakukan serba tak kena. Ada saja kesilapan dalam setiap tugas yang diberi kepada aku. Di dalam solatku ku minta petunjuk kepada yang Maha Esa agar ada jalan untuk semua ini. Aku mencintai orang lain tapi dalam masa yang sama aku menyayangi orang yang terlalu berbudi kepadaku. Dalam diam kebaikan dan ketulusan hati insan yang ku anggap sebagai teman itu membuatkan timbul perasaan sayangku padanya walhal hubungan ini tiada kesudahannya kerana dia adalah milik kekal seorang wanita bergelar isteri. Aku bukanlah jenis perampas kebahagiaan orang lain kerana aku tidak sampai hati melihat orang merana dan terluka. Tetapi kenapa sekarang aku terpaksa mengalami hal sebegini. Aku merasa amat dilindungi bila bersama temanku ini dan setiap panggilan atau sms darinya amat ku tunggu setiap hari. Namun semua itu ku kecapi dalam sekelip mata saja.

Hubungan istimewa ini berakhir kerana kesalahanku sendiri. Walaupun kata maaf ku diterima oleh nya tapi setiap yang sudah retak itu tidak akan dapat diperbaiki lagi, hubungan ini menanti masa untuk belah dan aku tidak pasti bila itu akan terjadi. Penerimaannya semula terhadap ku dapat ku rasakan hanya sekadar simpati nya sahaja tiada lagi ketulusan dan keikhlasan yang selalu tergambar pada matanya setiap kali aku memandangnya. Seolah-olah aku tidak lagi wujud dalam dirinya. Setiap panggilan dan sms dariku hanya dibalas hambar. Tiada lagi keceriaan seperti dulu.Aku menjadi rindu pada kenangan itu, aku rindu pada semua nya. Kini aku cuba belajar untuk menerima kepahitan yang bakal ku lalui walaupun ia tidak seteruk putus cinta.Namun, kepedihan nya tetap terasa kerana aku akan bertembung dengannya setiap hari, malah bekerjasama dengan nya tanpa membabitkan hal ini.

Buat insan yang ku cintai. Tiada apa yang ku inginkan adalah pengertian darinya. Kesabaran yang dituntut serta keyakinan terhadap dirinya membuat aku takut. Takut apa yang dirancang tidak kesampaian.Terlalu banyak syarat di dalam cinta ini membuatkan aku seperti diikat tapi tak bertali. Aku takut sekiranya kesudahan cinta ini berakhir dengan kekecewaan dan apa yang ku lihat hanya aku yang bakal menerima kelukaan yang paling teruk kerana setiap pengorbanan yang ku lakukan tidak berbaloi. Sampai bilakah aku harus menjadi pecinta yang setia menunggu kekasih hati menjadikan hubungan ini sesuatu yang sah. Ku panjatkan doa agar hati ini tidak berubah, agar hubungan ini mendapat rahmat dariNya. Mengerti lah aku amat mencintaimu.

Buat teman ku yang disayangi..Aku inginkan hubungan yang dulu. Aku inginkan kemaafan tulus darimu.Memang kita tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam hubungan ini tapi aku merindui saat-saat dulu.






Nukilan Kiriman

HAMBA ALLAH YANG TIDAK MAHU DIKENALI









Kiriman dari INA
Sunarti Bt Nawil.
Alamat: no 1,blok 26,jalan sinaran 7,taman sinaran kempas,81200 johor bahru.
30hb.November 2010









Oleh Suteraungu:

1.November 2010 -1.20 pagi

Kekadang air mata ini menitis dengan sendirinya. Entah mengapa aku pun tidak mengerti. Terkadang sebak di dada ini mengiris langsung hatiku yang telah lama membeku,Terkadang ianya mencalar perasaan yang telah lama terbenam dik kenangan itu. Sepi sesepi embun pagi menitis membasahi dedaun, tidak sama sesepinya hati ini menanti suatu yang tidak lagi menjelam di depan pandangan kaburku. 
Hari semakin hari, semakin hari, semakin hari, aku terus begini mengharap sesuatu untuk aku kembali seperti dulu.Jauh disudut hati ini menelan seribu kepahitan yang tidka sama pahitnya empedu. Sepahit empedu adakalanya jadi penawar untuk bisanya kesakitan. Namun pahit yang ku telan tersimpan dalam hati ini tidak mungkin jadi penawar rindunya aku kepada dia. Aku jauh, dia pun semakin jauh...Walalu ada ketika aku cuba mendekatinya, aku masih tidak pasti apakah dia sudah mendekati aku. aku yang tepok merangkak,dahrga kasih sayangmu, aku yang sering terlupa akan dirimu, aku yang sering terlena dengan janji-janjiku.
Oh!!! Bagaimana aku dapat mendekatimu? Bagaimana aku ingin tahu yan engka juga sudi mendekatiku? Walau aku pasti engkau terus mengintaiku dari jauh dalam samar-samar seni dirimu.Berikan aku kesempatan untuk hadir dalam dirimu, berikan aku ruang yang luas disisimu..Aku...Akulah sepi seorang perindu. SEPI SEORANG PERINDU








Kiriman diterima dari:

Nafsiah zukri-Kuala Lipis,Pahang- 10/10/10

BERAKHIRNYA SEBUAH MEMORI


Sewaktu langkah kakiku ini menuruni setiap satu persatu anaktangga rumahku, aku amat berharap biarlah langkahku ini dapat mengubati hatiku yang luka. Hari ini 10/10/10 engkau bersanding dengan si dia pilihan keluargamu. Aku keliru mengapa penantianku sebegini lama kau akhiri dengan sebuah kehancuran. Apakah ini erti cinta yang pernah kau lafaskan? Selama setahun aku bertahan mengharaf engkau tidak akan menerima dia sekalipun atas desakan keluargamu, malangnya penantian ini hanya sekadar ilusi aku yang kau bohong dengan seribu janji.

Zam, aku benar-benar kecewa dengan sikap kelakianmu, apakah engkau tidak mampu menolak keadaan yang dikatakan terpasak itu atau sebaliknya engkau sememang mencintai dia dan memilihnya menjadi teman hidupmu?


Sampai hati kau Zam, membiarkan aku mengharap satu perjanjian yang pernah kita lafaskan bersama, tapi semua itu kosong belaka. Tak apalah Zam, aku izinkan engkau bersama dia. Untuk aku mengubati hati yang tercalar ini, biarlah aku pergi, pergi meninggalkan engkau demi kebahagiaan engkau dengan si dia dan keluargamu.


Bagiku 10/10/10 antara kita sudah hilang segala kenangan yang mungkin sukar untuk dipadam dari ingatanku. Begitu payah dan amat pahit untuk aku menelan semua ini. Biarlah semua sejarah yang tercatat dalam memori hidupku dan dirimu. Namun untuk pengetahuan engkau, selangkah aku menuruni anaktangga rumahku aku telah berjanji agar semua memori cinta kita berakhir. Jangan kau tagih lagi cinta aku setelah engkau bersama dia.






Petikan dari:http://www.ataphijau.com/2010/01/10

Nilai Sebuah Tangisan

Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi.

Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi.

Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi.

Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika aku katakan hatiku adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Namun hatiku sungguh keras. Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul. Hati ini tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.