Semalam sewaktu Ima meninggalkan aku, dengan kemarahan dihati, aku merasa kesal yang amat sangat. Bukan kerana kesalahanku, sebaliknya kerana dia silap faham tentang Jasmin. Sudah berkali aku jelaskan yang Jasmin anak angkat ibuku. Aku dan Jasmin umpama adik dan abang. Cuma yang membuatkan Ima merajuk dan marah apabila Jasmin amat manja padaku.
Tidak dinafikan aku dan Jasmin memang rapat sejak kecil lagi. Rapat kami bagaikan adik-beradik dan tidak lebih dari tu. Aku tahu dan Jasmin juga tau kami masih boleh batal air sembahyang. Maknanya aku dan Jasmin boleh jadi pasangan suami isteri. Kemajaan Jasmin mengelirukan Ima, Jasmin memang terlalu manja sehinggakan aku tidak sedar yang kami bukan muhrim. Jasmin diambil oleh keluargaku ketika usia 7 tahun.Waktu itu kedua ibubapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan waktu itu aku berusia 8 tahun. Kebetulan kami adalah jiran paling rapat. Jasmin pulan lebih senang tinggal bersama kami walaupun dia dibawah jagaan paklongnya sebagai pewaris mutlak. Atas sebab masalah ekonomi paklong Jasmin menyerahkan Jasmin dibawah jagaan kelaurgaku. Kebetulan ketika itu ibuku tidak boleh mengandung lagi atas nasihat doktor dan aku menjadi anak tunggal Kalaulah Jasmin tiada dalam keluarga kami, maknanya aku tidak merasa keistimewan ada seorang adik.
Sebenarnya Ima faham situasi aku dan Jasmin. Mungkin hubungan aku dan Ima tidak boleh melebihi seperti Jasmin, sebab itulah Ima merasa dirinya kurang perhatian dariku. Sudah sering kali aku jelaskan andainya suatu hari nanti aku dan Ima menjadi suami isteri, pasti aku akan layan Ima sebaik mungkin dan melebihi dari Jasmin.
Cemburu mungkin itu yang ada dalam diri dan hati Ima.Walaupun situasi itu benar-benar sudah ditkadikan.Aku sedar sepatutnya aku tidak perlu lagi begitu mesra dan rapat dengan Jasmin lantaran Jasmin sudah dewasa, sudah anak gadis dan kalau dikira layak menjadi isteri aku pun sudah mungkin boleh. Terkadang aku rasakan Jasmin lebih memahami perasaan aku berbanding Ima. Bila aku termenung saja, pasti Jasmin menegurku bertanyakan apa yang aku menungkan. Aku lebih selesa dengan Jasmin berbanding Ima kekasihku. Mungkin kami dibesarkan sebumbung dan kenal isi hati serta sikap masing-masing.
Terkadang terfikir juga olehku mengapa tidak aku pilih Jasmin jadi isteriku, teman hidupku. Jasmin sudah tentu dapat membahgiakan hidupku dan pastinya hidup kami lebih bahagia. Entahlah aku sendiri tidak tahu, ada ketikanya aku rasa terlalu sayang sangat pada Jasmin berbanding Ima.Mungkin Ima orang baru dalam hidup aku berbanding Jasmin. Terkadang aku merasakan Jasmin ada menaruh harapan, mungkin cinta pada diri aku. Siapa tahu hati perempuan? Itu fikirku.
PErnah ku tanyakan pada Jasmin tentang penerimaan dia terhadap Ima. Katanya dia selesa dan dia gembira dapat seorang kakak walau setakat kakak ipar angkat. Terkadang cakap-cakapnya seperti dia merasa sedikit kecewa bila dia tahu aku dan Ima akan berkahwin.
"Nanti bila abang dah kahwin dengan kak Ima, Jas tak boleh manja dengan abang lagikan?" Itu suara hati Jasmin yang pernah diluahkan pada aku.
"Samalah, nanti kalau Jas dah berumahtangga, Jas pun tak boleh manja dengan abang macam sekarang. Nanti cemburu pula suami Jas." Aku cuba menyedapkan hatinya.
.................Bersambung.................
oleh :suteraungu...

No comments:
Post a Comment