oleh: suteraungu
BAB 14
Cinta Itu Indah
Cinta Itu Indah
PERTEMUAN mungkin sudah ditentukan oleh takdir. Dan takdir itu penentu segalanya. Manusia merancang, namun kuasa bukan ditangannya. Cinta adakalanya kerana terpaksa, dipaksa, kerelaan, keikhlasan dan tidak lari dari perkataaan kepuraan. Namun cinta itu memang indah sekalipun ianya akan luntur kerana kepalsuaan.
Tidak pernah disangka Salih akan bercinta dengan Salihah. Selama bertahun lamanya Salih memendam rasa menyukai Salihah sejak dari zaman Salihah bersekolah lagi, akhirnya impian itu menjadi nyata. Bibit-bibit percintaan yang melentur perasaan gusar dan bimbang semakin hangat. Salih mungkin seronok, bahagia dan bangga kerana hampir dapat memiliki Salihah sebagai isteri. Tapi lain pula dengan Salihah. Sekalipun kini dia mendapat seorang pengganti yang baik orangnya, namun dia masih lagi gusar dan bimbang dengan dirinya. Tidak pernah difikirnya Salih begitu baik orangnya, penyayang, penyabar dan tidak terkecuali beriman orangnya. Oleh kerana sikap ini ada pada Salih, maka Salihah semakin bimbang untuk meneruskan percintaanya dengan Salih.
Kebetulan Esah ibunya tidak melarang hubungan dia dengan Salih. Orang kampung pun dah tahu tentang keintiman mereka berdua. Saban hari Salihah ada saja di warung Salih, membantu Salih berniaga. Sejak kehadiran Salihah, warung Salih semakin ramai pengunjungnya. Kadang-kadang rasa cemburu juga Salih dengan sikap pelanggan yang datang mengusik Salihah.
Dihati kecil Salihah ada seribu persoalan dan tidak terjawab. Dia bimbang kalau-kalau nanti Salih dapat tahu yang dia bukan lagi gadis. Salihah semakin serba salah bila mendapat tahu yang keluarga Salih akan masuk meminangnya. Perkara itu telah pun diberitahu oleh Salih padanya.
“Sal, dah lah tu berhentilah dulu. Mari duduk dekat abang ni, Ada perkara nak abang cakap dengan Sal.”
“Ada apa bang.” Tanya Salihah yang sibuk mengelap meja.
“Sinilah.” ajak Salih lagi. Ketika itu tidak ada pelanggan yang menjamu selera atau minum di warung Salih. Biasanya antara pukul 2.00 petang hingga menjelang petang, pelanggan jarang berkunjung ke warung Salih. Masa itulah terluang untuk Salih dan Salihah berehat.
Salihah menghampiri Salih. “Ada apa bang?” Tanya lagi.
“Duduklah, kenapa berdiri pulak.” Pinta Salih. “Rehatlah dulu, pelanggan pun tak ada ni. Lagipun abang ada perkara nak beritahu.” Ujar Salih beriya-iya lagaknya. Salihah akur dengan kehendak Salih.
“Duduk sebelah abang boleh?” Salihah berseloroh.
“ Issh... Jangan... Nampak dik orang nanti, kurang manis tau. Lainlah kalau dah kahwin nanti.”
“Kahwin?” Tanya Salihah terperanjat kecil, sambil meletakkan punggungnya yang berisi diatas kerusi, duduk menghadap tepat wajah Salih. “Emmm.. Kenapa terperanjat? Tak percaya?”
“Taklah... Betul ke ni abang nak kahwin dengan saya?” Tanya Salihah agak risau gaya raut wajahnya. Berkerut dahinya menandakan serba salah lagaknya.
“Abang serius ni. Dah dua bulan kita bercinta. Lagipun hampir sebulan kita asyik berdua di warung ni. Tak manis nampaknya. Apa kata kita akhirkan zaman bujang kita berdua. Kita kahwin.” Ujar Salih panjang lebar.
“Tunang pun belum.Tiba-tiba nak kahwin” Salihah cuba mencari bukti.
“Tunang tu perkara adat, yang penting nikah, Sal.” Ujar Salih serius. Salihah terangguk-angguk macam burung pelatuk tebuk lubang.
“Jadi kita nak bernikah jelah ni?”
“Tak, kita bertunang dulu, sebulan lepas tu kita nikahlah.”
“Tunang? Bila?”
“Mak dan ayah abang dah setuju nak masuk melamar Sal minggu depan. Tulah yang nak beritahu Sal ni. Abang akan hantar wakil merisik Sal, berjumpa keluarga Sal esok.”
“Alamak!” Berderau perasaan Salihah ketika Salih menjelaskan perkara sebenar.
“Kenapa terperanjat?” Salih kehairanan.
“Tak... Tak ada apa-apa. Saja je. Terkejut juga. Macam tak caya yang abang nak kahwin dengan Sal.” ujar Salihah.
“Kenapa pulak, tak percaya?”
“Yalah... Sal ni bukan perempuan baik-baik bang...”
“Apa maksud Sal?”
“Yalah... Sal ni pernah keluar bandar. Tinggal kat bandar. Abang tak tahu tentang Sal kat sana.”
“Tak ada apa yang abang curiga, Sal. Yang penting abang sayang Sal. Kalau Sal pernah buat salah, Sal berubahlah. Jadi isteri yang taat pada suami.” Ujar Salih sungguh-sungguh.
Sebenarnya ingin sangat Salihah berterus terang pada Salih tentang siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak mahu menipu Salih yang baik, jujur dan ikhlas menyayanginya. Kalau boleh dia mahu biarlah Salih menyayangi bukan kerana tubuh badannya atau nafsu. Salihah mahukan seorang suami yang baik dan mengahwininya kerana sayang yang sejujur-jujurnya. Ingin dibahagikan segala yang terbaik pada dirinya, sudah tentu semuanya tiada lagi. Kesuciannya sudah tergadai. Malah dirinya umpama sebutir kaca yang berkilau, tapi tiada berharga. Dia mahu Salih menerima dirinya seadanya.
“Bang....”
“Ada apa sayang..”
“Betul ke abang sayangkan Sal ni?”
“Betullah... Kalau tak, masakan abang nak ambik Sal jadi isteri abang pulak.”
“Abang sayangkan Sal macam mana?”
“Macam mana?” Tertanya kehairanan Salih dengan soalan Salihah itu.
“Em... Macam mana?”
“Sayanglah...”
“Pasal Sal cantik?”
“Tak...”
“Pasal Sal masih gadis?”
“Tak.”
“Kalau Sal ni tak cantik, tak gadis, abang nak ke dengan Sal?” Sal mengajukan topik yang sesuai untuk mencari kebenaran sejauh mana kasih sayang Salih terhadap dirinya.
“Sal, macam nilah. Abang tak tahu sejauh mana diri Sal. Tapi, apa yang tersirat dihati abang ni, abang menyintai Sal sepenuh hati dan ingin memperisterikan Sal.” Jelas Salih sungguh-sungguh.
“Sungguh apa yang dikatakan abang tu?” Tanya Salihah lagi, menguji kekuatan cinta sebenar Salih.
“Betul Sal...”
“Kalau Sal ni pelacur? Sanggup abang ambil Sal jadi isteri abang?”
“Sal, sekalipun pelacur, abang kata abang sayang, abang sayanglah. Abang nak jadikan Sal isteri. Janji Sal taat dan pandai jaga hati abang, sayangkan abang.” Ujar Salih bersungguh.
Salihah masih tidak puas hati, selagi dia tidak dapat menjelaskan siapa dirinya yang sebenar kepada Salih. Dia tahu Salih hanya menganggap apa yang dikatakan olehnya iu sebagai menduga tentang hati Salih semata-mata. Salihah pasti yang Salih tidak dapat meneka atau memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Salihah ketika berbincang itu.
Salih memang tidak terfikir tentang siapa Salihah dan apa yang pernah dilakukan oleh Salihah. Salih menganggap yang Salihah gadis suci, gadis kampung yang bermaruah sekalipun tinggal dibandar. Itulah sebabnya Salihah masih bimbang, takut-takut nanti malam pertama dia dan Salih berakhir dengan cemuhan, hinaan dan bermacam-macam lagi perkara buruk tersebar seluruh pengetahuan penduduk kampung. Maka Salihah akan dikatakan anak yang menconteng arang ke muka kedua orang tua. Alangkah malunya nanti keluarga Salihah. Salihah tidak mahu itu semua berlaku.
“Bang! Boleh tak abang bagi masa untuk Sal berfikir dulu, sebelum abang masuk meminang?” Pinta Salihah.
“Berapa lama tu?”
“Seminggu... Nanti Sal beritahu abang yer.”
“Kenapa nak ambik masa panjang untuk fikirkan soal perkahwinan kita?”
“Bolehkan bang? Ini soal perkahwinan bang. Soal kehidupan kita yang Sal nak kalau boleh kita hidup bersama sepanjang hayat dan mati bersama. Jadi berikan Sal peluang untuk berfikir. Sal tak menolak kehendak abang. Sal setuju, cuma berikan sedikit masa untuk Sal. Bolehkan sayang...” Jelas Salihah sambil memujuk manja Salih.
“Okey... Abang beri masa seminggu untuk Sal. Tapi jangan tak jadi tau. Jangan hampakan abang okey.” Akhirnya Salih terpaksa akur dengan permintaan Salihah.
Sudah seminggu Salihah tidak datang membantu Salih di warungnya. Selama itu juga Salih tidak senang punggungnya berdiri kemudian duduk, tak tentu arah fikirnya. Bercelaru sangat hidupnya tanpa Salihah. Dia tak boleh hidup tanpa Salihah. Barulah Salih faham erti kasih dan sayang. Hidupnya tidak akan indah tanpa Salihah.
“Sal! Mana kau sayang. Seminggu dah menghilang ni... Abang rindu sayang..” Bisik hatinya.
“Salih mana si Salihah?” Tanya Wak Kamal. “Seminggu tak nampak ni, kau pecat dia ke? Bergaduh ke?” Tanya Wak Kamal yang semakin membuatkan kepala Salih pening.
“Entahlah Wak, saya dah ke rumahnya. Dia tak ada dirumah. Mak dia kata Salihah ke rumah sepupunya di pekan.” Ujar Salih.
“Kau tak cari dia kat pekan ke? Entah-entah ke KL lagi tak.” Tanya Wak Kamal lagi.
“Entahlah Wak.” Malas Salih nak menjawab panjang lebar pertanyaan Wak Kamal. Nanti bertambah kusut fikir beban otaknya.
“Tulah kalau dah perempuan kerja kat bandar besar, jadi liar. Mana nak duduk kampung macam anak dara kampung ni. Duduk kat warung ni lagi membosankan.” Bebel Wak Kamal. Buruk sangka terhadap Salihah.
“Wak! Jangan nak naikkan darah saya. Jangan pandai-pandai menuduh Salihah yang bukan-bukan. Wak tak tahu cerita jangan nak memandai pulak. Nanti kalau saya dah naik angin, tak pasal-pasal Wak saya campak keluar tu.” Marah benar Salih bila dia mendengar tuduhan melulu Wak Kamal.
“Sudahlah! Kau ingat angin kau aje ke? Angin aku kau tak nampak. Nah ni aku bayar duit minum. Air teh tak abis tu kau minumlah. Orang nasihatkan dia, dia pulak naik angin tak pasal-pasal.” ujar Wak Kamal yang bengang dengan sikap Salih, bangun dan berlalu pergi dari warung Salih.
“Sudahlah... Wak jangan datang lagi baik. Tak rugi kalau Wak tak minum langsung pun kat warung saya ni.” Kuat suara Salih marahkan Wak Kamal.
“Tulah orang muda, gilakan betina, kita orang tua ni tak dihormatkan langsung.” Bebel Wak Kamal sambil mengheret basikal tuanya. Salih langsung tak memperdulikan apa yang dikatakan oleh Wak Salih. Fikirnya sedang risau bercelaru, kusut dan bimbang terhadap Salihah. Apa sudahnya cinta dia dengan Salihah masih dalam samar-samar. Masih dalam teka-teki. Hanya Salihah saja yang dapat menentukan apakah kesudahannya nanti.
Masa berlalu begitu pantas. Seminggu yang dijanjikan oleh Salihah sudah terlepas sehari masanya. Salih mula hampa bila Salihah langsung tidak datang ke warungnya.
Hampir semalaman Salihah tidak dapat melelapkan matanya memikirkan apakah yang perlu dia lakukan. Perlukah dia jelaskan perkara sebenar pada Salih? Atau perlukan dia berdiam diri? Atau perlukan dia menolak cinta Salih? Atau....
Berbagai-bagai persoalan menerjah masuk ke lubang saraf otaknya yang kemudian menjenguk masuk ke seluruh jantung hatinya. Semakin mendalam susukan persoalan itu ke jantung hatinya, semakin sebak hatinya bila terkenang akan segala kesilapannya yang lalu.
“Sudahlah Salihah... Kau putuskan saja percintaan kau dengan Salih tu. Kau hina!!! Kau keji!!! Kau perempuan jahat!!! Salih orang baik.. Salih beriman... Salih jujur...Salih lelaki sejati...” Ada pula suara nakal yang menghasut benak Salihah ketika itu.
Kemudian suara itu semakin rancak menebal masuk ke cuping telinga Salihah dengan kata-kata buruknya.
“Tak terfikirkah kau nanti bila macam mana perasaan Salih bila dapat tahu di malam pertama kau dengan dia yang kau tu tak ada dara? Kau tipu dia, kau jahat!!! Salih akan canangkan tentang keburukan kau. Dah tentu kau kena cerai. Malu!!!! Malu!!! Haaaa..... Malu!!!. Tak malu ke muka kau? Keluarga kau juga turut malu.” Suara itu menjerit-jerit mendesak Salihah.
“Salihah, kau taubatlah.... Ada baiknya sebelum Salih masuk meminang, kau jelaskan semuanya tentang diri kau. Salih sayangkan kau. Dia akan terima kau. Dia akan simpan semua rahsia kau. Percayalah... Itu jalan terbaik buat kau. Biar dia tahu dan dia yang buat keputusan.” Satu suara yang lembut bagai sepoi-sepoi angin masuk ke cuping telinga Salihah.
“Kalau dia tak terima kau, bermakna dia tak sayangkan kau. Kalau dia terima kau, itulah buktinya dia lelaki baik dan memang sayangkan kau. Percayalah...” Suara lembut itu lemah gemalai memujuk hati lesu Salihah. Salihah akhirnya terlelap hingga jejak tengah hari barulah dia bangkit. Sudah puas ibunya mengejutkan dia, namun Salihah tidur bagaikan tidak bernyawa lagi. Tidurnya berasa lapang dik kerana dia sudah ada keputusan tersendiri bagaimana dia perlu memberi jawapan dengan Salih nanti.
Petang itu Salihah bergegas laju berjalan menuju ke warung Salih. Malangnya petang itu warung Salih tutup. Ditanya pada orang yang lalu lalang disitu. Salihah mendapat tahu yang Salih menutup warung sebelah petang. Hari itu dia berniaga separuh hari. Dengar ceritanya, Salih tak sihat, demam.
Salihah tersenyum lebar. Dia tahu Salih demam rindu. Rindu padanya. Salihah cepat-cepat berjalan pergi ke rumah Salih. Sesampainya di rumah Salih, memang jelas yang Salih deman merengkok berkain pelekat sarong di atas katil. Ibu Salih yang memberitahu pada Salihah tentang Salih yang dah deman sejak dua hari lalu. Salihah meminta izin dengan ibu Salih untuk menjenguk Salih di dalam bilik.
“Bang! Bang! Sal datang ni..” Bisik Salihah ditelinga Salih. Salih tersedar dengan kejutan Salihah itu.
“Bermimpikan aku?” ujar Salih terpingga-pingga bila memandang Salihah ada disisinya. Kebetulan ketika itu ibu Salih turut ada bersama.
“Bangun Salih, Salihah datang tu.” Ujar Ibu Salih pula.
“Sal! Kau... Kau ke? Abang tak mimpi ke ni?” tanya Salih berkali-kali masih tidak yakin dengan kehadiran Salihah.
“Ya bang, ni Sal lah bang. Tak percaya ke?” Ujar Salihah dengan melemparkan senyuman.
“Sal....” Salih cepat-cepat mencapai tangan Salihah. Diciumnya tangan Salihah berkali-kali.
“Abang, mak tengok tu..” Bisik Salihah.
“Tak pe..Mak paham...Dia pun pernah muda.” Ujar Salih agak kuat dan didengar oleh ibunya.
“Emm! Pandailah kau. Kau ingat dulu mak dapat berdua-duaan macam ni ke dengan ayah kau tu. Orang dulu mana boleh. Sudahlah tu, mak nak ke dapur buat air. Kau berbuallah Sal. Tapi jangan lebih-lebih tau.” Ujar ibu Salih, kemudian berlalu meninggalkan Salih dan Salihah didalam bilik berdua. Salih dan Salihah ketawa kecil bila mendengar apa yang dikatakan oleh ibu Salih tadi.
“Dengar tu, mak sporting. Sal jom kita duduk di beranda. Tak eloklah berdua kat bilik ni. abang ni bukan boleh duduk berdua dalam bilik ni.” Ujar Salih yang kemudian bangun dari baringnya mengajak Salihah keluar.
“Abang.... Sal tak ada masalah, abang tu je...Jom...” Sambut Salihah sambil melontarkan senyuman manja, melirikan mata.
“Cantiknya bakal isteri abang ni...” Usik Salih bila melihat Salihah melirikkan mata manja.
“Abang, belum bertunang mana boleh nak dikatakan bakal isteri.”
“Apa salahnya...”
Salih dan Salihah sudah pun duduk si kerusi yang terletak diberanda. Suasana petang itu agak redup. Redup disebabkan awan hitam yang menyelubungi matahari. Sesekali tiupan angin menyingah masuk ke ruang beranda rumah Salih. Angin itu turut membelai mesra rambut Salihah. Sempat juga sang angin tadi menghembus nakalnya menyingkap kain pelekat yangdipakai oleh Salih. Cepat-cepat Salih menarik kain pelekat yang terselak yang menutup pehanya. Ketika itu tak ada kesempatan mata nakal Salihah memandangnya. Hanya Salih saja yang rasa segan ketika itu.
“Bang,”
“Ada apa Sal?”
“Esok pagi abang berniaga tak?”
“Rasanya tak kot. Abang nak rehatlah.”
“Apa kata kita jalan-jalan ke bandar?”
“Boleh juga.”
“Kita ke tepian tasik, nak?”
“Emm... Best juga tu.”
“Pukul berapa kita nak pergi?”
“Apa kata pagi pukul 9.00 abang ambik Sal.”
“Okey, Sal setuju...”
Petang itu agak rancak Salih dan Salihah berbual. Ada kalanya ibu Salih bersama bersembang panjang.Salih langsung tidak menyebut soal keputusan Salihah seperti yang dijanjikan oleh Salihah minggu lalu. Salihah pun tidak sedikitpun mahu membincangkan soal perancangan masa depan mereka berdua. Masing-masing sedang menunggu siapakah yang akan membuka mulut dulu, bercerita tentang perkahwinan yang telah mereka rancangkan.
Hampir masuk waktu senja. Petang itu, demam Salih sudah pun kebah. Betulah demam rindu namanya. Pengubatnya sudah datang, maka pesakitnya pun sudah sihat serta merta. Inilah dinamakan cinta. Ketika Salihah meminta izin untuk pulang, cepat-cepat Salih mencelah memperhambakan diri untuk menghantar Salihah pulang.
“Abangkan deman, tak pelah Sal balik sendiri, bukanya jauh sangat. Sekejap je dah sampai rumah.” Sengaja Salihah menolak, sebenarnya memang dia mahukan Salih menghantarnya pulang. Kebetulan semasa dia hendak pulang, ibu Salih ada bersama didepan pintu.
“Tak pelah, Salih hantarkan kau Salihah. Mak cik tengok dah baik tu. Kau datang je baiklah dia.” Sampuk Ibu Salih. Salih tersengih. Salihah tersenyum.
“Betul Sal, dah baik ni. Sal datang je terus baik.” Salih mencelah.
“Suka hati abanglah...”
Sepanjang perjalanan pulang, yang jaraknya antara rumah Salih dan Salihah tidak sampai tiga kilometer itu, Salihah hanya berdiam saja. Pandangannya jauh dilemparkan ke arah kiri jalan yang dipenuhi dengan pohon-pohon rendang dan rumah-rumah penduduk kampung yang terpacak megah.
Salih hairan dengan sikap Salihah yang tiba-tiba berubah. Semasa di rumahnya tadi, Salihah begitu rancak bersembang pasal filem, pasal politik, pasal kerja, pasal makanan kegemaran dan macam-macam topik perbualan yang adakalanya membuatkan mereka berdua boleh ketawa.
“Sal, kenapa diam je ni?”
“Tak ada apa-apalah bang.”
“Tadi masa kat rumah bukan main rancak lagi berbual dengan mak abang.” ujar Salih mencari perhatian Salihah.
“Penatlah nak bercakap bang..” Sempat juga Salihah meleparkan jelingan manjanya pada Salih.Salih memang senang dengan jelingan Salihah itu. Kalau Salihah marah pun, dia suka menjeling. Jelingannya memang manja, menyusuk kalbu.
“Abang...”
“Ada apa sayang...”
“Betul abang sayangkan Sal?”
“Betul sayang... Kalau tak sayang masakan abang demam kerinduan ni.”
“Alaaa, tu sengaja nak sedapkan hati Sal aje.”
“Sungguh, tak percaya ambillah pisau getah, torehlah pokok getah..Maka mengalirlah darah putih, itulah darah abang tau..” Sengaja Salih buat lawak. Tergelak kecil Salihah dengan telatah Salih.
“Itu pokok getah, buat mari pisau toreh tu, biar Sal toreh dada abang...”
“Kalau betul Sal toreh dada abang, jawabnya. Out of servislah abang...” Salih tergelak, Salihah juga.
“Bang dah sampai...”
Salih memperlahankan pandu keretanya dan berhenti betul-betul di simpang masuk ke rumah Salihah.
“Salihah membuka pintu kereta. Kemudian dia menghulurkan tangan bersalam dengan Salih. Entah mengapa tiba-tiba saja petang itu, Salihah mencium mesra tangan Salih seperti seorang isteri yang taat akan suaminya gelagatnya.
“Abang... Ini ada sesuatu untuk abang. Nanti sampai rumah abang bukalah yer...” Ujar Salihah sambil menghulurkan satu sampul surat. Tergamam sejenak Salih bila Salihah menghulurkan sampul surat itu kepadanya.
“Apa ni?”
“Abang bacalah, itulah isi hati Sal sebenarnya. Okey.”
Salih mengangguk akur. Dia tidak berkata apa pun ketika menerima sepucuk surat dari Salihah.
“Assalammualaikum bang...”
“Waalaikummusalam... Sayang...”
“Bang....”
“Ya, Sal...”
“Sal sayangkan abang...”
“Abang juga sayangkan Sal...”
“Dahlah tu, abang baliklah dah nak Mahgrib ni. Baik-baik memandu tau. Bye!” Ujar Salihah sambil melemparkan fly kiss kepada Salih. Salih tersenyum.
Ketika sampai dirumah, Salih terus saja masuk ke bilik, mengunci pintu dan berkurung. Hatinya berdebar-debar. Dia berbaring diatas katil. Ditangannya ada sepucuk surat dari Salihah. Dia membuka perlahan-lahan sampul surat yang tergam kuat. Kemudian beberapa helaian kertas telah pun dibukanya. Salih membaca dengan cermat setiap isi kandungan surat yang ditulis oleh Salihah.
Abang Salih,
Sebelum abang membaca surat ini sampai ke penghujungnya terlebih dahulu Sal ingin memohon ampun dan maaf andainya sudah baca, Sal harap abang bakar surat ini. Sebelum itu juga ada dua permintaan Sal, pertama andainya permata yang bernilai jadi pilihan abang, Sal minta abang lupakan Sal dan jagalah amanah dari Sal ini. Jika kaca yang berkilau ini jadi pilihan abang, gilaplah dia setiap hari agar sentiasa berkilau dan jangan sampai ianya pecah berderai terhempas ke batu.
Abang, sebenarnya Sal bukalah Sal yang pernah abang kenal 3 tahun dulu. Ketika itu Sal anak gadis. Setelah Sal keluar dari kampung ini, Sal bukan lagi seperti anak gadis suci itu. Sal telah musnahkan hidup Sal. Inilah kesilapan yang besar dalam diri Sal. Sebab itulah Sal pulang ke kampung semata-mata ingin kembali ke jalan yang benar dan membersih diri yang tercemar.
Abang, selama setahun Sal di Kuala Lumpur, Sal jadi perempuan simpanan kepada Datok Foad. Pada mulanya Sal tak sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Namun apalah daya Sal sebagai seorang perempuan yang lemah dan mudah terperdaya dengan janji-janji manis lelaki. Akhirnya Sal terjerumus ke kancah maksiat itu. Janji Datok Foad untuk mengahwini Sal hanya dusta. Akhirnya Sal mengambil keputusan meninggalkan Datok Foad. Mungkin abang ingat ketika Sal bertengkar dengan Datok Foad semasa perbualan dalam handphone semasa kita ke Kuala Lumpur dulu.
Abang, maafkan Sal kerana tak memberitahu lebih awal perkara ini sebelum abang benar-benar menyintai Sal. Pada mulanya memang Sal nak beritahu abang, tapi Sal takut. Sal takut kehilangan abang. Sal takut nanti keburukan hidup Sal jadi bahan mulut orang kampung. Sebab itulah Sal tak sanggup untuk menerima hasrat abang untuk meminang Sal.
Abang, Sebelum perhubungan kita lebih jauh hingga ke peringkat tali pertunangan dan perkahwinan, abang fikirlah dulu. Di kampung ni ramai anak gadis yang cantik dan mereka tu semua masih gadis suci. Apalah yang ada pada Sal bang. Tak ada apa yang indah untuk Sal persembahkan pada abang di malam pertama kita nanti. Sal harap abang fikirkanlah.
Abang, jangan fikirkan soal cinta, kasih dan sayang semasa kita belum berumahtangga lagi, sebaliknya fikirlah untuk kebahagiaan hari-hari mendatang. Pilihlah seorang wanita yang baik dan Sal tak kecewa kalau abang tak pilih Sal sebagai teman hidup abang nanti. Sal relakan abang memilih sesiapa saja. Itulah pengorbanan Sal demi cinta Sal pada abang.
Abang seorang lelaki yang baik. Sal sanjung dengan sikap abang. Sepanjang kita bersama, tak pernah Sal lihat abang memgambil peluang menyentuh Sal sekalipun berpegang tangan. Bermakna abang lelaki yang suci dan bersih dari segala dosa. Lainlah Sal bang, Tidak layak untuk seorang lelaki yang bersih dan suci mendekati seorang wanita yang kotor dan bergelumang dosa.
Abang, Sal harap abang fikirlah baik-baik. Selamat malam sayang. Dari kekasihmu, Salihah......
“Sal, telah ku katakan, sekalipun engkau itu pelacur, jika aku sayang, itulah aku yang sebenarnya. Kasih sayangku hanya untuk mu Sal. Percayalah.” Bisik hati kecil Salih. Dia tersenyum sendirian... Seketika itu juga Salih membuka pintu keluar dari biliknya mendapatkan ibunya. Ayahnya belum pulang dari kerja, agak lewat malam baru pulang.
“Mak! Mak! Esok mak suruh Pak Ngah datang rumah Salihah, pergi merisik ya mak....”
No comments:
Post a Comment