BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday, 17 January 2013

Mengisap Shisha,main daun trup, pakai tudung berbaju kurung inikah imej anak gadis sekarang tiada sopan di khalayak ramai...

 Dengan selambanya adegan sungguh memalukan..Sedut jangan tak sedut...

Siapa bilang gadis Melayu tidak menawan, di antara gadis-gadis seluruh dunia, tiada yang menarik serta menawan, tambah lagi bila bertudung dan berbaju kurung, terlihat kesopanan mereka lemah lembut membuat hati tergodal. SAYANGNYA bagaimana jika ini yang berlaku.

Cerita ini bukan sengaja diada-adakan untuk menarik minat pembaca cuma sebagai manusia seperti saya yang serba kekurangan dalam kebaikan bila terpandang sekumpulan gadis yang saya kira usia lingkungan 20an di suatu sudut meja di bawah pokok sebuah restoran, berpakaian tudung dan berbaju kurung pada mula kehadirannya sungguh menawan bersopan gayanya tiba-tiba menempah minuman, sebotol shisha dan membuka daun terup bermain dikhalayak ramai sungguh memalukan.

Monday, 14 January 2013

Cerita Benar Bila AYAH jadi Haruan Makan Anak, Kisah Benar Anak Jadi Penganti Isteri Pada Seorang Ayah

Semalam 11/1/2013 jam 3 ptg saya menerima panggilan dari seorang gadis berusia 18 tahun, berasal dari Perak. Nama sebenar tak boleh saya tulis di sini."Kak Nor, saya nak berkongsi penderitaan dengan kak Nor boleh?. Ibu saya meninggal pada usia saya 9 tahun akibat kanser paru-paru." Itulah ayat pertamanya ketika berbual dengan saya.

"Saya anak tunggal. Sejak usia 9 tahun saya terpaksa menggantikan kerja-kerja rumah sebagai seorang isteri.Memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan menghidangkan makan untuk ayah saya." cerita Suzi lagi.Bila mendengar cerita gadis ini, pada anggapan saya ia satu kebaikan juga sebagai seorang anak perempuan. Suzi bersekolah rendah sebelah pagi. Semua kerja-kerja rumah tersebut dilakukannya selepas dia pulang dari sekolah.