BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday, 13 April 2011

Bab 13 : Persoalan

Photobucket
AIR MATA SEMALAM
oleh: suteraungu


BAB 13

Persoalan

SUDAH  sebulan Salihah di kampung. Selama itulah dia masih lagi menganggur. Sepanjang sebulan itu juga dia hanya mengabiskan masa dengan membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah. Terkadang dia merasa bosan juga tanpa bekerja. Maklumlah jangka masa sebulan yang kalau dikira jumlah harinya tidak kurang 30 hari dan kalau dikira jamnya pula sudah tentu jumlahnya 720 jam, terlalu banyak masa yang boleh digunakan untuk tujuan tertentu sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya.
    Kalau dulu, dua tahun dia di Kuala Lumpur, dia merasakan terlalu cepat masa berlalu. Maklumlah bandaraya besar itu siang malamnya sudah pasti menjanjikan kehidupan yang terlalu sibuk. Hinggakan malamnya tak ubah waktu siang. Manusia sentiasa melangkah mencari destinasi haluan kehidupan masing-masing tanpa dipelik oleh manusia lain.
    Lain pula di kampungnya. Di sini, Salihah terpaksa menghadapi pelbagai persoalan yang kadangkala terlalu peribadi untuknya menjawab. Ada saja manusia bergelar jiran tetangga yang berkunjung ke rumahnya bertanya tentang dirinya. Malas benar Salihah hendak menjawab soalan-soalan yang terkadang dia sendiri tidak tahu untuk menjawapnya dengan jujur. Maka terpaksalah dia berbohong. Bohong sunat? Mana ada perbuatan membohongi sesama manusia itu disunatkan. Mungkin itulah falsafah manusia yang tidak mengenal erti dosa dan pahala.
    “Apa yang perlu aku jawab kalau soalan mereka semuanya yang aku sendiri tak pernah lalui? Bohong ajelah yang mampu. Mereka pun bukan tahu tentang kehidupan di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur tu.” Fikir singkat benak Salihah, disetiap kali dia menghadapi pertanyaan yang bukan-bukan dari jiran tetangganya tentang erti kehidupan di kota raya.
    “Tentu kau banyak simpan duitkan Sal? Senang mak kau... Bertuahlah mak kau mengandungkan anak macam kau ni. Sejuk perut ibu.” Sesekali pertanyaan seperti itu seperti menyindir saja bunyinya bila cuping telinga Salihah menandahnya dan terus menghentam masuk ke gendang telinga. Berdenyut urat saraf otak Salihah. Namun terpaksalah dia telan walaupun pahit untuk meluahkan segala realiti kehidupannya yang sebenar.
    “Err! Ye! Aaa... Emm... Bolehlah, adalah sikit-sikit simpanan.” Serba salah Salihah menjawabnya. Senyumnya lebar, tapi tak siapa tahu di sebalik senyumannya itu, kepahitan masih membeku dihempedu hatinya.
    “Wah! Awak ni sejak anak dara balik, senyum memanjang je nampak. Yalah, anak bergaji besar, banyak simpan duit, belanja harian pun nampaknya tak macam selalu.” Kalau Esah, ibu Salihah ke kedai runcit pula, inilah bahasa-bahasa yang sering dia dengar. Apalah yang Esah tahu tentang Salihah? Tentunya tidak semua. Tidak banyak yang Esah tahu tentang kehidupan Salihah selama dua tahun di Kuala Lumpur. Yang dia tahu, anaknya dah pulang. Selama ini itulah yang dia harapkan.Apa yang dia mengerti tentang anaknya, Salihah sudah tidak mahu bekerja di Kuala Lumpur. Kata Salihah padanya, dia dah bosan bekerja siang malam di Kuala Lumpur. Kata Salihah lagi, hidup di Kuala Lumpur tak ada tujuan, tak ada arah. Cuma yang ibu Salihah nampak dimatanya,Salihah semakin cantik, semakin ayu dan semakin menarik, tidak seperti dulu sebelum Salihah ke Kuala Lumpur. Dulu Salihah gadis kampung, mana nak sama macam gadis kota besar. Semakin seksi tubuh badannya. Kalau di kampung anak gadis pakai baju kurung, tak nampak seksinya.
    “Adalah sikit-sikit, Salihah beri duit belanja. Kata Salihah dia nak kami sekeluarga merasakan kehidupan yang lebih selesa.” Itulah yang mampu ibu Salihah ucapkan pada sesiapa saja yang bertanya dengannya tentang Salihah.
    Kadang-kadang Salihah sudah naik meluat dengan kehadiran jiran tetangganya yang bertandang ke rumah tak kira siang atau petang. Itulah realiti jiran tetangga sekampung. Tak macam dibandar besar. Siapa yang nak bertandang? Duduk sebumbung pun tak kenal siap jiran tetangga. Sakit pening, sendirilah yang tahu. Pencuri masuk rumah, pembunuhan atau apa saja kemalangan yang berlaku, kalau tak ada pihak keselamatan yang membuat siasatan, atau tidak disampaikan oleh berita ditv, maka cerita-cerita pahit maun di kota besar sukar untuk diketahui sesiapapun. Sukar untuk dikongsi bersama. Melainkan kalau ada melibatkan persatuan. Kalau ada sikap ramah mesra bersama jiran tetangga.
    Sepanjang Salihah tinggal di banglo besar milik Foad, sepanjang itulah dia tidak pernah kenal siap jiran tetangganya. Bukan dia tak mahu beramah mesra, tapi ada sebab disebaliknya.
    “Sal, jangan rapat sangat dengan jiran-jiran kita tu. Nanti manalah tahu mereka tu siasat tentang kita pulak. Takut Sal terlepas cakap tentang abang. Susah kita nanti Sal,” itulah pesan dari Datok Foad ketika dia baru masuk ke rumah banglo itu. Sal akur dengan pesanan Datok Foad. Lagipun dia tak mahu juga diketahui oleh masyarakat sekeliling tentang statusnya dengan Datok Foad.
    Sejak tinggal di banglo itu, sesekali ada juga dia terserempak dengan jiran sebelahnya. Tak ada apa yang dia mampu ungkapkan, melainkan melempar  senyuman. Padanya senyuman sudah memadai agar nanti dia tidak dikatakan sombong. Ada juga anak-anak lelaki jiran tetangganya yang cuba-cuba ingin memikatnya. Mungkin  mereka sangka Salihah anak kepada Datok Foad. Mungkin! Namun Salihah tak pula ambil kesempatan. Dia masih setia dengan Datok Foad. Dia mengimpikan kehidupan berumahtangga, menjadi isteri kepada Datok Foad. Walaupun isteri kedua, ketiga atau isteri bongsu.Tapi bila? Sampai bila dia harus menunggu. Malah Datok Foad tak pernah pun berkata nak menikahinya. Salihah pun tak pernah ungkapkan persoalan ingin bernikah dengan Datok Foad. Sehinggalah satu hari, Salihah pernah mengutarakan persoalan tentang bernikah. Namun semudah hujung jari, Datok Foad memberi jawapan yang dia belum bersedia dan dia masih bimbang kalau-kalau nanti berita dia menikahi Salihah, sampai ke telinga Datin. Maka musnahlah kehidupan Datok Foad. Mahu tidak mahu Salihah akur dengan jawapan Datok Foad itu. Sejak hari itulah Salihah mula tawar hati. Salihah sudah bulat tekadnya untuk meninggalkan Datok Foad. Tambah lagi bukan saja kerana Datok Foad tidak mahu menikahinya, sebaliknya dia sendiri nampak dengan matanya tentang perangai Datok Foad yang kaki perempuan.
    Sejak itulah Salihah mula sedar yang Datok Foad bukanlah seorang manusia, sebaliknya dia tak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia. Tak layak Datok Foad menjadi seorang suami untuknya.
    Deruan angin malam semakin menyegarkan penafasan Salihah, sesekali angin itu agak nakal membelai rambut Salihah yang panjang jejak ke bahu.  Sang cengkerik bagaikan mendendangkan lagu-lagu malam yang sepi. Salihah merasa selesa berdiri di jendela dalam biliknya, memandang keluar. Fikirannya melayang jauh mengimbas kembali kenangan manisnya ketika dikampung. Ungkapan keindahan ketika melewati kembali usia remajanya tak dapat dibahasakan dengan tutur, hanya senyuman sahaja yang dia boleh lakukan.
    Namun disaat mengenangkan kembali saat-saat manis ketika zaman remajanya dikampung, ingatnya mula berkisar tentang kehidupannya sekarang. Lembaran kedukaan mula berkocak rancak dalam benaknya. Kesal bukan lagi ratapannya kini, dia terpaksa merelakan segala kedukaan itu berlalu pergi tanpa diinginkan sekali lagi datang dalam hidupnya. Salihah sebenarnya ada menyimpan rasa sayang dengan Datok Foad, tapi apalah yang dapat dia lakukan hanya dengan rasa sayangnya. Walau sejuta kali dia ungkapkan pada Datok Foad, namun apa yang Datok Foad katakan, juga sayangkan Salihah. Sayang untuk kepuasan nafsunya. Ungkapan itu dilafaskan ketika dia mahu mengajak Salihah keranjang dan ketika dia sedang berdengus berselera benar meratah tubuh Salihah. Selepas dia puas, dia akan berlalu pergi meninggalkan Salihah. Maka terkapai-kapailah Salihah di ranjang sendirian bertemankan bantal yang bersulam tapi bukan hiasan untuk raja sehari.
    “Sal... Sungguh ke Sal nak balik kampung ni. Sal nak tinggalkan abang ke? Sal, jangan sayang. Sal! Sal!” Terkejut juga Datok Foad bila Salihah menghubunginya dan memberitahu yang Salihah sudah bertekad untuk tidak lagi bersama Datok Foad.
    “Abang, sampai sini sajalah hubungan kita. Sal dah tak sanggup. Sal tak sanggup buat dosa. Abang lelaki, lainlah. Sal perempuan. Nanti kalau dah tua siapa yang hendak Sal lagi. Abang lelaki yang boleh bertukar ganti perempuan. Maafkan Sal bang.” Itulah ungkapan akhir Salihah yang didengar  oleh Datok Foad dari telefon bimbitnya.
    “Sal! Sal! Nanti dulu Sal. Sal! Okey! Okey!  Kalau Sal nak tinggalkan abang tak apa. Tapi abang nak ingatkan pada Sal, tolong pulangkan semua hak abang. Harta abang.” Pinta Datok Foad. Salihah sudah jelas dan dapat rasa yang Datok Foad memang ada berniat untuk berpisah dengannya.
    “Sudah Sal pulangkan semuanya. Satu pun Sal tak ambik, bang. Kereta, duit, rumah, semua pakaian Sal yang abang belikan, barang kemas apa saja semuanya ada Sal simpan kat banglo abang tu. Abang berikanlah pada perempuan simpanan abang yang baru pulak. Okey! Bye!.” ujar Sal.
    “Sal! Nanti dulu. Ada lagi..”
    “Apa lagi? Sudahlah! Sal tak ada masa ni!”
    “Sal, Sal jangan beritahu datin tentang rahsia kita atau apa saja yang Sal tahu tentang abang, okey! Kalau Sal cuba-cuba beritahu. Buruk padahnya nanti.” Datok Foad sudah pandai mengugut. Takut sangat rahsia keburukannya terbongkar.
    “Sudahlah bang, Sal bukan manusia busuk hati. Jangan buruk sangka dengan Sal, faham! Terpulanglah dengan abang. Apa nak jadi dengan abang pun, Sal tak ada hak. Okey! Mula sekarang, dari saat ini, abang pun tak ada hak dengan diri Sal.” Geram sungguh hati Salihah ketika diugut oleh  Datok Foad.
    “O! Dah dapat kemewahan dari abang, Sal lupa diri ye! Perempuan tak ada maruah! Jangan pandai-pandai nak nasihatkan aku tahu tak!” Bentak Datok Foad. Berdesing telinga Salihah ketika mendengar ungkapan itu.
    “Saya sedar siapa saya. Tapi datok tu yang perlu sedar diri. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Berhentilah dari terus melakukan kecurangan dengan isteri. Berhentilah dari terus menjadi hamba syaitan.” Ujar Salihah melepaskan geram.
    “Kurang ajar! Sial punya betina. Nanti kau! Jangan nak pandai-pandai nak ajar aku pulak faham! Bangsat!” Tengking Datok Foad geram.
    “Bangsat! Siapa yang bangsat? Fikir sendiri datok! Jangan menghina orang lain. Diri sendiri pun tak tahu sejauh mana mulianya. Yang nampak hina belaka. Sudahlah!” Sal melepaskan geram. Dia menekan butang handsetnya, menamatkan perbualan dengan Datok Foad. Sekejap itu pula handsetnya berdering lama. Dibiarkan saja oleh Salihah, dia tidak mahu menjawab panggilan dari Datok Foad. Deringan berkali-kali itu akhirnya berhenti. Kemudian deringan menandakan message pula berbunyi. Salihah membuka peti simpan messagenya. Salihah tahu message itu datang dari Datok Foad. ‘Ingat Salihah, kalau kau cuba bongkarkan rahsia hidup aku pada bini aku, nahas kau nanti. Aku bunuh kau. Faham!” Message itu jelas mengugut Salihah. Salihah senyum.
    Salihah sudah bulat tekadnya untuk tidak menganggu gugat kehidupan Datok Foad sekeluarga. Sekalipun dia rasa pedihnya dengan perpisahan itu, namun dia masih ada otak untuk berfikir tentang mana yang baik dan mana yang buruk. Salihah lebih rela dia pergi dari Datok Foad tanpa dendam. Salihah tidak mahu lagi kehidupannya yang akan datang akan diganggu gugat oleh Datok Foad.
    “Biarlah... Bukan salah mereka, salah aku juga.” Itulah yang terfikir didalam hatinya. Rasa keinsafan membuatkan dia sedar tentang bagaimana erti kemuliaan dalam kehidupan. Baginya untuk apa dia mendendami Datok Foad, sedangkan itulah jalan yang dia pilih selama ini. Bukan Datok Foad yang meninggalkannya, dia sendiri yang memilih untuk meninggalkan Datok Foad. Baginya sudah cukuplah dosa bertimbun yang selama ini dia lakukan. Untuk apa dia harus terus melakukan dosa lagi.
    “Sal! Dah malam begini kau tak tidur lagi? Apa yang kau menungkan tu?” Menungan Salihah ketika mendagu dijendela terbenam seketika bila dia dikejutkan dengan teguran ibunya.
    “Eh! Mak! Terkejut Sal. Tak ada apalah mak.” Ujar Sal dan serentak itu dia memeluk ibunya.
    “Mesti ada yang anak mak ni ingatkan. Kalau tak manakan mungkin termenung jauh.” Usik ibunya. “ Entah-entah ingatkan boyfriend kat KL tak?” Esah cuba meneka dalam samaran. Terfikir juga Esah, kalau-kalau Salihah sudah ada teman lelaki. Teringin juga dia bermenantu dan menimang cucu. Salihah tersenyum panjang.
    “Mak... Manalah Sal ada boyfriend,  mak. Siapalah yang nak dengan Sal ni mak.” Ujar Salihah merapati ibunya dan kemudian memeluk erat, mengusap manja pipi ibunya.
    “Abis tu kenapa pulak termenung?”
    “Tak ada apa-apa, cuma....”
    “Kenapa?”
    “Sal nak cari kerjalah mak... Boring kat rumah ni duduk memerap je.”
    “Kerja apa yang kau nak cari? Kau nak ke KL semula ke Sal?” Tanya Esah. Air muka Esah mula berubah, bimbang sangat kalau-kalau Salihah kembali ke Kuala Lumpur semula. Esah tidak mahu lagi kehilangan Salihah. Selama dua tahu sudah cukup mengajar Esah tentang erti kehilangan, kerinduan terhadap anaknya itu.
    “Taklah mak... Issh! Ke situ pulak mak fikir. Kan Sal dan janji yang Sal tak akan cari kerja di KL lagi mak. Sal nak cari kerja kat sini aje.” Ujar Salihah manja. Barulah senang lapang dada Esah bila anaknya berkata begitu.
    “Kerja apa kat kampung ni yang kau nak buat? Kerja Kilang? Mahu ke kau kerja kilang tu Sal?”
    “Mak, kerja kilang pun dapat duit juga. Janji halal, mulia pekerjaan tu daripada jadi seorang pelacur.”
    “Pelacur?”
    “Em!!!”
    “Issh! Selisih malaikat empat puluh empat. Nauzubilah... Dijauhkanlah anak-anak mak buat kerja macam tu. Tak rela mak dengar anak mak melakukan perbuatan terkutut macam tu.” Ujar Esah. Menggeleng panjang Esah, berkerut kulit dahinya.
    “Mak... Di Kuala Lumpur tu ada tiga jenis status pelacur tau mak.” Ujar Salihah.
    “Tiga jenis? Mak tak faham. Yang mak tahu pelacur tu yang berderet kat tepi jalan tu aje.” Tak pernah pula Esah dengar yang pelacur ni ada berbagai-bagai kedudukannya.
    “Di KL tu ada pelacur kelas bawah, ada pelacur kelas pertengahan dan... ada pelacur kelas atasan.” Ujar Salihah lagi.
    “Mak tak faham dengan kelas-kelas ni. Eh! Apalah kau ni Sal. Tak ada kerja lain ke?”
    “Mak... Bukan Sal nak kerja macam tu. Sal hanya nak beritahu mak je ni.”
    “Apa dia?”
    “Yang kelas bawah tu, pelacur tepi jalan. Yang pertengahan tu yang kerja jadi GRO, sambil jadi pelayan di bar, pusat dangdut, di karaoke atau di disko, mereka offer tubuh mereka untuk cari duit lebih  dengan jantan-jantan yang datang ke situ. Dan yang  kelas atasan tu perempuan simpanan. Selalunya orang-orang kaya, datok-datok dan VIP yang suka simpan perempuan.”
    “O! Baru mak faham. Yalah... Macam dalam drama kat tv tu, ada mak tengok. Ess! Janganlah sampai anak-anak mak macam tu. Perempuan simpanan pun, kaya sekali manapun, dosa tetap dosa. Hasil lendir. Kalau kasi mak bapak makan, berdosa, haram hukumnya.” Agak panjang lebar Esah berhujah. Terdiam sejenak Salihah bila mendengar hujah dari ibunya itu. Salihah sedar dengan apa yang ibunya perkatakan. Malangnya dia adalah kalangan dari pelacur itu. Pelacur kelas atasan. Dosa! Haram! Hina! Rejam sampai mati! hukuman Allah semuanya yang sepatut dia jalankan. Apakah dia harus berterus terang dengan ibunya? Apakah nanti kalau dia berterus terang, ibunya, ayahnya dapat menerimanya semula? Tidak! Tidak! Salihah pasti mereka tidak dapat menerimanya. Sekalipun Salihah tahu keampunan akan dia dapat dari ibu dan ayahnya, namun akan tersemat segala rahsia peribadinya itu dalam hati kedua ibu bapanya juga sampai bila-bila. Salihah pasti kedua ibu bapanya akan menderita hati, sedih, pedih dan benar-benar kecewa dengan sikap buruknya itu. Tidak pernah disangka akan Salihah sanggup melakukan kerja terkutuk itu. Itulah yang ternyata terpendam dibenak dan hati kedua ibu bapanya sampai mati. Manalah nak ditaruk muka Salihah saban hari memandang kedua mereka? Nasib baik Salihah tidak pernah memberikan duit hasil kerja terkutu itu pada ibu bapanya. Selama ini yang dikirimkan pada ibu bapanya wang simpanannya. Walaupun tak banyak yang dia kirimkan, namun hatinya rasa lapang sebab tidak mananggung beban dosa yang perlu minta ampun dari kedua ibu bapanya. Kalau tak diampunkan, sudah tentu Salihah mati nanti usahkan nak masuk syurga, nak cium bau syurga pun belum tentu. Lapang dadanya seketika. Dosanya sendiri adalah dosa dengan Tuhan. Tuhan sajalah yang berkuasa sama ada mengampunkan atau tidak dosa-dosanya itu. Setahunya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun. Dia hanya perlu bertaubat nasuha. Moga dengan bertaubat, sebenar-benar taubat, insya-Allah dosa-dosanya terampun juga.
    “Tidak! biarlah aku simpan segala rahsia hina kehidupan masa lampau aku ini. Sekalipun dengan suami ku nanti.” Sudah bulat tekad Salihah untuk menyimpan rahsia hidupnya itu, sekalipun dia tahu hanya Leya dan Hafis saja yang telah tahu. Salihah pasti dua sahabat baiknya itu jujur dan amanah.
    “Sudahlah Salihah, jangan cerita pasal kerja hina tu. Kau nak kerja apa kat sini?”
    “Entahlah mak... Kalau Salihah nak jadi suri rumah macam mana?”
    “Aaaa!!! Sal nak kahwin ke? Betul ke ni? Anak mak nak kahwin rupanya. Kan mak dah kata yang anak mak ni dah ada boyfriend. Sal tak mengaku ye. Bila boyfriend Sal tu nak merisik?” Bersungguh-sungguh Esa meneka dan mengharapkan yang Salihah berkahwin. Seronok benar Esah bila mendengar kata-kata anaknya itu.
    “Mak... Bukan Sal nak kahwin. Saja mengusik mak...” Ujar Salihah sambil tersenyum. Seronok benar dia melihat telatah ibunya tadi.
    “Mak tak percaya. Cakaplah siapa lelaki yang bertuah tu Sal.” Esah masih tidak percaya.
    “Mak... Sal main-main aje.”
    Lama Esah menggeleng kepala bila Salihah sengaja membuatnya yakin benar yang anaknya itu ada  niat suci untuk berumah tangga.
    “Suka kau aje nak usik makkan?”
    “Sal kata Sal nak jadi suri rumah, macam mak, memasak, membasuh, kemas rumah itu saja bukan nak jadi isteri. Menolong mak kat rumah ni pun macam suri rumahkan?” Ujar Salihah sambil tersenyum lebar.
    “Sal. Suri rumah tu dah jadi isteri. Bukan maknanya menolong kerja-kerja dirumah ni. Itu membantu mak namanya. Itu yang mak faham. Tapi kan... Mak tak percayalah yang Sal ni tak ada boyfriend.”
    “Mak carikanlah.”
    “Kau nak ke? Eh! Mana boleh... Perigi cari timba... Kau dah gila ke?”
    “Tu, cerita ‘Tiga  Abdul’ filem P.Ramlee tu boleh pun?”
    “Itu cerita. Bukan betul-betul.”
    “Alaaa Orang India pun kenapa keluarga anak gadis yang meminang lelaki?”
    “Itu India, kita ni Melayu. Salihah! Salihah! Mati akal  aku dengan perangai kau ni.” Esah berkali-kali menggaru-garu macam gatal kepalanya yang tak berkutu. Terserlah banyak  tumbuh uban dikepalanya, kata orang alim,  uban itu adalah bunga-bunga syurga. Menandakan kita perlu beringat tentang hari kematian yang hampir dengan kita.
    Masih Salihah ingat ketika perjalanan pulang dari Kuala Lumpur, waktu tu dalam  kereta yang dipandu oleh si Salih. Salihah duduk tempat duduk hadapan bersebelahan Salih. Hafis dan Leya duduk dibangku belakang. Pasangan bertunang tu pun macam belangkas. Inilah peluang terpanjang mereka berdua berdua-duaan, bukan selalu dapat macam itu.  Salih tidak banyak bercakap dengan Salihah. Salih lebih senang berbual dengan Hafis. Ketika ke Kuala Lumpur, Hafis naik kereta yang dipandu oleh Salih.  Leya pula menemani Salihah, menaiki kereta BMW 898 yang dipandu sendiri oleh Salihah. Waktu pulang saja, entah macam mana Leya mintak Hafis duduk dibelakang dengannya. Maka terpaksalah Salihah duduk bangku di depan sisi  Salih.
    “Bang, jangan ganggu kami tau. Kita buat hal masing-masing.” Ujar Hafis ketika didalam kereta yang sedang dipandu  oleh Salih sedikit laju dilebuh raya menghala ke selatan.
    “Ikut suka hati kau oranglah. Jangan lebih-lebih. Berdosa tau...” Balas Salih sambil menoleh ke cermin pandang belakang dalam keretanya tepat kewajah Hafis dan Leya.
    “Ess! Kami pun tahu batas susila bang.” Ujar Hafis. “Abang tu berbuallah dengan Sal. Betul tak Leya” Sambung Hafis lagi. Leya mengangguk sambil  ketawa kecil.   
    “Bukan senang nak dapat bersama Salihah. Kata abang sukakan Salihah.” Usik Leya pula.
    “Apa ni kau orang! Tak adalah... Malulah aku oi!!!” Ujar Salih tersipu-sipu sambil memandang ke wajah Salihah. Diwaktu yang sama, wajah Salih dan Salihah saling berpandangan. Salihah tersenyum. Salih semakin tergamam. Berdebar jantung, darah merahnya mula mengalir laju ke seluruh urat saraf menerjah lancar kepembuluh saraf jantung. Membuatkan semakin berdebar  jantung Salih.
    “Apa salahnya kalau abang suka dengan saya.” Tiba-tiba saja Salihah berkata. Jantung Salih bagaikan mahu meletup bila mendengar kata-kata Salihah.
    “Sal... Sal...” Tergagap-gagap Salih menyebut nama Salihah. Lidahnya bagaikankan dijerut dengan tali belati.
    “Apa dia bang... Cakaplah. Sal sudi mendengarnya. Kalau baik, Sal terima.” Salihah semakin berani mencabar kejantanan Salih.
    “Sal... Sebenarnya memang abang sukakan Sal. Tapi  Sal, Sal.... Sal mungkin dah ada yang punya.”
    “Memang pun...”
    “Tulah yang abang takut, Maknanya abang dah tak ada peluanglah ni?.” ujar Salih agak malu tersipu-sipu. Raut wajah Salih nampak jelas  rasa kecewa. Sedih juga dia ketika itu bila impiannya tidak tercapai. Mana ketidaknya, kerana Salihah dia sanggup menghabiskan masanya dua hari pergi dan balik ke KL. Sanggup dia menutup warungnya. Demi kerana Salihah. Sayangnya budi yang ditaburnya itu, tak ada balasan dari Salihah.
    “Sal kata, memang Sal ada yang punya.” Usik Sal lagi. Terteguk air liur Salih kempunan nak berbinikan Salihah bila didengarnya jawapan dari Salihah.
    “Tak pelahlah, abang tak nak kacau.” Kecewa benar hati Salih ketika itu. Barulah dia teringat kata-kata Hafis semasa memujuknya untuk menghantar Salihah ke Kuala Lumpur dan membawanya semula pulang ke kampung. Kata Hafis, Salihah sukakan  Salih. Rupa-rupanya, itu hanya satu penipuan supaya Salih bersetuju sama-sama menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh Salihah.
    “Tak pelah... Abang paham.” Sambut perlahan dan sedih gaya nada suara Salih.
    “Manalah Sal ni ada teman lelaki bang...”
    “Tadi kata ada...”
    “Yalah... Abang tanya Sal ada yang punya ke tidak? Jadi Sal jawab adalah.”
    “Siapa lelaki bertuah tu?” Tanya Salih kurang mengerti dengan kata-kata Salihah.
    “Lelaki tu dah lama sayangkan Sal, sejak Sal kecil lagi. Dia yang membelai Sal, jaga Sal.” Sengaja Salihah mengusik Salih. Namun kefahaman Salih masih kabur dengan kata-kata Salihah itu.
    “O... Beruntung dia. Orang kampung kita ke?” Tanya Salih macam orang bodoh.
    “Yelah... Kat mana lagi...”
    “Sayangnya... Kalau dari kecil lagi abang pinang Sal, sudah tentu abang dapat Sal kan?” Ujar Salih agak tolol fikir otak bengapnya itu.
    “Sekarang pun boleh.” Sambut Salihah sambil tersenyum lebar memandang Salih.
    “Sekarang?”
    “Yer!”
    “Nanti lelaki tu tak marah?”
    “Tak, sebab dia dah ada isteri.”
    “Dah kahwin?”
    “Emmm....”
    “Kenapa pilih laki orang?”
    “Dah jodoh.”
    “Em, jodoh. Jodoh pertemuan yang dirancang oleh Tuhan.”
    “Dah tua ke lelaki tu?”
    “Dah, dah hampir setengah abad umur dia.”
    “Abang kenal dia tak?” Salih masih mencari  kepastian. Bengap benar otaknya untuk berfikir teka- teki yang dikatakan oleh Salihah itu.
    “Kenal benar bang.”
    “Siapa?”
    “Wak Johar dengan Esah...”
    “Sal!!!! Kau tipu abang ye... Itu mak ayah kau.” Merah padam muka Salih bila dia mendapat tahu Salihah mengusiknya. Selama berjam-jam dia berfikir negatif, rupa-rupanya dia tertipu dengan kebengapannya. Salih tersenyum lebar.
    “Abang Salih.... Abang Salih...” Keluh  Salihah tersenyum sendirian.
    “Abang Salih?” perkataan itu menghambat ke telinga Esah, Ibu Salihah kehairanan.
    Tak perasaan pula Salihah nama Salih terkeluar dari cantuman kedua bibirnya ketika bersama ibunya.
    “Salih mana Sal?” Tanya ibunya. Salihah tersenyum...
    “Salih warung tulah mak.....”


   

No comments: