AIR MATA SEMALAM
oleh: suteraungu
BAB 8
Bukan Ku Pinta Begini
Senja semakin merah cahayanya di persisiran pantai ketika mentari mula perlahan-lahan menyembunyikan dirinya bagi mengizinkan malam menyerikan warna kehidupan dialam fana ini. Pantai yang tadinya berombak sedikit kuat, kini mula perlahan dan menari-nari anak ombak itu bagaikan faham tentang kehadiran malam. Pantai Port Dickson masih sesibuk waktu siang, malah semakin menjelang malam, semakinlah sibuknya seumpama dunia ini tiada waktu untuk direhatkan lagi. Itulah manusia, manusia yang semakin alpa tentang erti kehidupan dan tujuan dihidupkan oleh yang Maha Esa.
Salihah baru saja selesai mandi. Dari bilik air masuk ke ruang bilik hotel, berkemban dengan tuala berwarna kuning, kemudian melepaskan tuala yang tadinya membalut susuk tubuhnya dan mencampakkan ke atas katil. Dia begitu selesa berbogel. Lapang rasanya dirinya dari dibelenggu oleh pakaian. Tanpa sehelai benang membalut tubuh gebunya, dia terus menghadap ke cermin solek. Kemudian menarik keluar kerusi yang tersorok di bawah meja solek dan membenarkan punggungnya terletak di atas kerusi itu. Sesekali dia menoleh ke atas katil. Dia baru saja menyelesaikan satu kepentingan naluri hidup. Kepentingan nafsunya dan nafsu seorang lelaki.
Atas katil yang tilamnya begitu empuk, masih terbaring berdengkur lesu lelaki yang berusia separuh abad. Malah lelaki itu sudah boleh dipanggil ayah oleh Salihah. Tapi dek kerana wang, Salihah lupa siapa lelaki itu. Sejak bersama lelaki itu, dia hidup mewah. Apa saja yang dia mahu, pasti dia dapat.
Sejak bekerja sebagai Personal Assistant, segala kerja dia buat, bukanya berat. Mula-mula dulu dia tak ubah macam office boy. Tapi sejak kebelakangan ini dia tidak sesibuk seperti dulu. Dia hanya sibuk mengikut ke hulu ke hilir majikannya, Datok Foad.
Teringat Salihah bagaimana bermulanya dia jadi begitu rapat dengan Datok Foad, bukan setakat jadi Personal Assistantnya, malah kini sudah lebih dari itu. Tubuhnya sudah bersatu dengan Datok Foad, peluh Datok Foad pun dah bersatu dengan peluh Salihah, juga yang lain.
“Sal...” Kedengaran suara dari telefon intercom.
“Ya.. Datok...” Sambut Salihah.
“Masuk sekejap.” Datok Foad memanggil masuk Salihah ke biliknya.
Masih terngiang-ngiang dicuping telinga Salihah bagaimana mula-mula Datok Foad memujuk merayunya. Salihah bangun dari kerusinya, bergegas masuk ke bilik Datok Foad. Sudah biasa kalau dia ke bilik Datok Foad, dia tidak perlu mengetuk meminta izin untuk masuk.
“Aaa... Sal duduk...”
“Ada apa Datok?”
“Pagi ini ada appointment untuk saya?”
“Pagi ini tak ada, cuma malam nanti, Datok ada dinner bersama Tan Sri Ramli.”
“O... Takpe, yang itu saya tahu. Tan Sri dah call saya tadi.” Jelas Datok Foad. Datok Foad bangun dari duduknya di kerusi empuk eksekutif, dia berjalan menghampiri Salihah yang masih duduk. Datok memegang bahu Salihah. Terhenyut kecut sedikit Salihah ketika itu. Tak pernah Datok berbuat seperti itu. Berdebar jantung Salihah ketika disentuh lama oleh Datok Foad. Salihah memandang ke wajah Datok Foad. Datok Foad tersenyum dan perlahan menarik tangannya yang tadi singgah dibahu Salihah.
“Kenapa?” Tanya Datok Foad.
Salihah tak cakap apa, dia melemparkan senyuman saja. Lega hati Datok Foad bila Salihah melemparkan senyuman. Takut juga dia, kalau-kalau nanti dituduh sebagai cuba melakukan gangguan seksual. Tapi bila Salihah hanya tersenyum, lapang dadanya.
“Maaf, saya ni mudah sangat terlepas perangai.” Ujar Datok Foad.
Salihah tersenyum.
“Oh, ya, macam ni, apa kata malam ni awak ikut saya dinner, boleh?” Datok Foad menyatakan hasratnya.
Salihah memandang tepat ke wajah Datok Foad.
“Kenapa?” Tanya Datok Foad yang sedikit tergamam bila dipandang pelik oleh Salihah.
“Adakah itu salah satu tugas saya sekarang?” Tanya Salihah.
Datok Foad terdiam sejenak, dia berjalan mundar mandir keliling biliknya. Kemudian dia menghampiri Salihah.
“Tak juga, cuma saya nak kenalkan awak dengan Tan Sri Ramli.” Ujar Datok Foad mencari alasan. Dia tahu dia tidak boleh mengajak staffnya selepas waktu kerja, bukan lagi tanggungjawab staffnya bersamanya selepas waktu kerja. Tapi kalau ada kata setuju, tak jadi masalah untuk staffnya mengikut ajakannya.
“Em... Kalau saya kata, saya tak dapat ikut Datok malam ni, macam mana?” Tanya Salihah. Salihah sebenarnya mahu, cuma dia perlu bersikap jual mahal. Dia ada harga diri. Harga dirinya perlu dibayar dengan nilai yang tinggi.
“Kenapa? Awak ada dating dengan boyfriend ke?” Tanya Datok Foad agak terkejut juga dia dengan jawapan Salihah.
“Tak... Cuma...”
“Kenapa? Cuma apa?”
“Saya malulah...”
“Malu?” Datok Foad ketawa kecil. “Apa yang nak dia malukan, awak cantik. Tan Sri tu bukan apa sangat darjatnya. Biasa saja.” Ujar Datok Foad cuba meyakinkan Salihah.
“Nanti, kena gosip.”
“Gosip? Awak ni merepek ajelah. Siapa yang nak gosipkan kita. Anggap itu satu tugas awak sebagai PA saya.” Ujar Datok Foad cuba memujuk lagi.
“Saya tak biasa. Lagi pun...” Salihah cuba mencuri perhatian agar dirinya menarik perhatian Datok Foad. Baginya kalau Datok Foad boleh mempelawanya, maka tak salahlah kalau dia jual mahal dan mencari nilai tertinggi. Dia ada saham diri. Setidak-tidaknya ada elaun untuk ke sana, kalau boleh macam-macam lagi yang dia mahu dari Datok Foad. Kalau Datok Foad sungguh-sungguh dengannya, masakan Datok Foad tak sanggup membayarnya sejumlah nilai dirinya. Fikir benak Salihah jahat.
“Tak biasa tulah yang kena biasakan diri. Dah biasa tak ada masalah bagi awak lagi.” Pujuk Datok Foad beriya-iya. “Tadi awak ada nak cakap sesuatu dengan saya apa dia?” Tanya Datok Foad pula. Sekali lagi Datok Foad memegang bahu Salihah. Kali ini bukan satu tangan, kedua-dua tangan Datok Foad sudah berada dibahu kiri dan kanan Salihah. Salihah mendiamkan diri sahaja. Tak pula dia mengelak.
“Ini saham besar... Biarkan dia...” Bisik hati kecil Salihah.
“Macam ni Datok, saya baru kerja, tak ada pakaian yang menarik untuk ke dinner tu. Pakaian kerja adalah.” Beritahu Salihah memberanikan dirinya.
Datok Foad tergelak besar. Dia kembali duduk ke kerusi empuknya. Menghenjut-henjut berkali-kali kerusi itu ke belakang kemudian menelekukkan sikunya ke atas meja menghadap tepat ke wajah Salihah. Salihah tunduk, seperti malu lagaknya. Bukan dia malu, cuma dia takut kalau-kalau saham yang dia jual tadi tak laku.
“Macam ni Sal...” Datok menepuk meja perlahan. Tersentak sedikit Salihah, kemudian memandang tepat ke wajah Datok Foad.
“Ada apa Datok?”
“Macam ni, tengah hari ni awak pergi beli baju baru. Baju yang agak seksi dan menarik untuk awak pakai pada dinner nanti.” Beritahu Datok Foad, kemudian dia berdiri, menyeluk saku belakang seluarnya mengeluarkan dompet duit berwarna hitam berjenama. Sepuluh keping wang kertas seratus ringgit ditarik keluar dari dalam dompet duitnya, kemudian menghulurkannya pada Salihah. Itulah umpan pertamanya yang cuba dilaburkan pada Salihah. Harap-harap Salihah tidak menolak umpannya itu. Terbeliak sedikit mata Salihah bila dia dihulur oleh Datok Foad jumlah wang sebegitu banyak.
“Tapi Datok, saya tak mampu nak bayar balik nanti. Gaji saya pun... Tak apalah Datok...” Ujar Salihah seperti menolak. Sebenarnya dia bukan menolak, malah dalam hatinya kalau dapat lebih lagi baik dan kalau boleh biarlah itu semua percuma saja dan tak perlu dia membayar semula dengan wang gajinya.
“Ambik...Ambik... Saya bagi je ni. Anggap sebagai hadiah dari saya. Lagi pun awak nak temankan saya nanti. Ambik...Jangan bimbang. Tak perlu bayar.” Pujuk Datok Foad sungguh-sungguh.
“Tapi Datok, saya tak tahu nak beli baju yang mahal-mahal...” Salihah cuba mengacah Datok Foad, berpura-pura bengap.
“Kenapa? Ooo! Awak takut tak cukup ye? Tak pe...” Datok Foad membuka semula dompetnya, mengeluarkan lima keping lagi wang kertas seratus ringgit berwarna unggu, maka mata Salihah pun menjadi lebih ungu memandang nilai wang yang sebanyak itu diberikan oleh Datok Foad. “ Ambik, ni saya tambah lagi. Ambik.” Datok Foad menarik tangan kanan Salihah dan meletakkan nilai wang RM1500 ke genggaman tangan Salihah. Maka berpura-pura terpaksalah Salihah menerima imbuhan itu.
Salihah diam. Wang sejumlah itu telah pun ditangannya. Salihah memandang tepat ke wajah Datok Foad.
“Ada apa lagi?” Tanya Datok Foad.
“Datok sungguh ke ni? Ikhlas ke ni?” Tanya Salihah.
“Laaa... Awak ni kalau saya bagi tu sungguh-sungguhlah tu, ikhlas...” Ujar Datok Foad sambil tergelak kecil dan menyandarkan belakang badannya ke kerusi empuk menghenjut berkali-kali ke belakang.
“Bila saya nak beli ni Datok?”
“Awak pergi sekarang. Dah selesai nanti masuk kerjalah. Kalau penat, tak payah datang kerja. Nanti saya call awak, saya suruk driver saya ambik awak malam nanti.”
“Kalau gitu saya minta diri dululah...”
“Ok... Jangan Lupa malam nanti.”
Salihah bangun dari duduknya melangkah mahu keluar dari bilik Datok Foad. Belum pun sempat dia melangkah keluar dari pintu bilik Datok Foad, Datok Foad memanggil namanya. Salihah menoleh.
“Jangan lupa ya jam lapan malam. Lagi satu cari baju yang seksi-seksi sikit ok.” Pesan Datok Foad. Salihah tersenyum mengangguk kemudian berlalu dari bilik Datok Foad.
“Yes!!! Aku dapat...” Datok Foad menjerit perlahan keseronokan kerana umpannya mengena dan dia pasti Salihah akan jadi miliknya. Sebenarnya sudah lama dia mengidamkan tubuh Salihah yang gebu dan seksi. Cuma dia tak mahulah tergesa-gesa menawan hati si genit itu. Sudah biasa bagi usia separuh abadnya yang tak perlu gelojoh kalau mahukan mangsa. Lainlah dulu masa zaman bujang dan remajanya, dia terlalu gopoh. Kali ini dia pasti, dia pasti yang Salihah akan jadi miliknya.
TAK sabar-sabar hati Datok Foad ingin bersama Salihah dinner malam nanti. Sepanjang hari dia tersenyum melebar. Hari itu, sepanjang hari di pejabat tak satu apa pun yang dia kerjakan. Dibiarkannya fail yang melambak diatas meja. Tidak satu pun dia sentuh. Malahan sudah beberapa staff lelaki bahagian eksekutif dipanggilnya masuk dan disuruhnya menyemak semua fail yang belum disentuhnya itu.
“Roslan, awak tengok semua fail yang ada atas meja saya tu kemudian awak maklumkan pada saya.” Suruh Datok Foad pada pegawai kanannya.
“Ini semua fail yang mengandungi dokumen belum Datok tandatangan, Datok.” Ujar Roslan.
“Bak mari saya tandatangan.” Pinta Datok Foad.
“Tapi Datok kena baca dulu dokumen ini.”
“Kena baca ke? Awak bacakan, saya nak relaks ni. Kemudian saya tandatangan.” Ujar Datok Foad yang sejak duduk tersandar di sofa, menghisap paip. Sambil menonton rancangan television. Sesekali dia tergelak kecil, melihat cerita yang ditayangkan dikaca tv. Sekalipun rancangan itu tidak menarik langsung, dia juga tergelak kasar. Hairan benar Roslan melihat perangai bosnya itu. Menggeleng kepala Roslan. Sebenarnya bukan rancangan tv itu yang menarik sangat sehingga menggeli hatikan Datok Foad, tapi dia tergelak keseronokan kerana umpannya pada Salihah sudah mengena. Itulah yang dia seronokan sepanjang hari.
“Datok, yang ini kena tandatangan,” ujar Roslan.
“Kat mana?”
“Kat sini Datok. Datok ni seronok benar hari ini sampaikan tempat nak tandatangan pun tak tahu, kenapa?” Tanya Roslan memberanikan diri.
Tidak pula dijawab pertanyaan Roslan, sebaliknya Datok Foad terus saja menenyeh mata pennya menandatangani dokumen yang tak lagi dibacanya itu. Dia pasti semua dokumen itu betul dan tidak perlu disemak lagi. Dia percaya dengan Roslan yang sudah lama berkhidmat dengannya. Sudah 5 tahun bekerja dengan Datok Foad, sejak dari kerani sampailah lepas mengambil ijazah, dia masih bekerja dengan Datok Foad dan dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan syarikat. Roslan hanya memerhatikan saja gelagat Datok Foad yang begitu seronok tidak menentu gelagatnya, tidak seperti selalu yang agak serius.
“Cerita lucu ke Datok?” Usik Roslan.
“Tak delah... Just fun, seronok-seronok je. Sal awak ambilkan saya air mineral segelas.” Pinta Datok Foad.
“Sal? Datok panggil saya Sal? Sal tak ada Datok, dia dah keluar.” ujar Roslan kebingungan.
“Awak ni Roslan, saya tersasul pun awak ambik kira. Awak ambilkan saya air cepat.”
“Baik Datok,” Roslan bergegas menuangkan segelas air dari dalam botol mineral yang sedia ada didalam bilik Datok Foad. “Nah Datok..” kemudiannya menunjukkan pada Datok Foad. Datok Foad mencapainya. Berkali-kali diteguknya air didalam gelas dan kemudiannya meletakkan gelas yang masih berisi air itu ke atas meja tamu.
“Datok...” Roslan cuba menegur. Dia keliru sangat dengan perangai Datok Foad hari itu. Pelik, tapi memang betul-betul ada perubahan mendadak. Dari seorang yang serius, hari itu begitu happy dan amat disenangi peranginya.
“Ada apa? Ada dokumen lagi nak sign?”
“Tak ada lagi Datok, cuma nak tanya.”
“Tanya apa?” Jawab Datok Foad, namun tidak dipandangnya wajah Roslan, sebaliknya pemerhatian mata Datok Foad menerjah masuk ke dalam kaca tv yang sedang menayangkan cerita Hindustan.
“Datok happy je hari ni? Tadi saya dengar menyebut nama Sal. Jangan-jangan Datok sangkut hati dengan Salihah tak?” Usik Roslan. Roslan dengan Datok Foad memang rapat. Tidak jadi masalah kalau kadang-kadang tu mereka berbual hal-hal peribadi. Roslan pun terlalu banyak makan budi dengan Datok Foad. Jadi segala rahsia Datok Foad semuanya dipegangnya amanah. Datok Foad pula tak kisah kalau nak curahkan segala hal peribadinya sehingga isi perutnya dengan Roslan. Dia percaya dengan amanah Roslan.
“Aku nak dating dengan Salihah malam ni.”
Tergelak besar Roslan bila mendengar apa yang dikatakan oleh Datok Foad.
“Patutlah happy semacam je Datok hari ni. Saya dah agaknya, Datok pasang umpan dan mengena. Salihah tu cun Datok. Kalau saya pun, saya nak Datok.” usik Roslan. Barulah Datok Foad mengalih pandangannya mengadap ke muka Roslan yang sejak dari tadi tak langsung dipedulikan apa yang sedang Roslan buat.
“Apa kata kau? Jangan potong jalan. Nanti aku potong gaji kau...” Sengaja Datok Foad bercakap macam itu, mengengkil matanya memandang Roslan. Roslan tersenyum.
“Sumpah Datok, saya tak potong jalan...” Ujar Roslan. Datok Foad tergelak kasar. Seronok benar Datok Foad ketika itu.
“Kau tengok Salihah tu cantik ke? Body apa macam?” Tanya Datok Foad.
“Memang cantik Datok... Maksud Datok body yang macam mana? Memang mengancam Datok body dia.” Ampu Roslan.
“Agak-agak pure lagi tak dia tu?” Tanya Datok Foad nakal.
“Issh! Datok ni... Tengoklah jalan dia tu. Mengepit lagi Datok... Purelah tu. Tengok tumit dia tu, merah lagi Datok...” Ujar Roslan diselangi ketawa kasar kedua mereka.
“Kau ni semua tahu. Agaknya selama ni kau mengintai dialah ye?” Tegur Datok Foad.
“Tak Datok... Tapi memang betul Datok...Orang kampung, pure lagi tau.”
“Mana kau tau dia pure?” Tanya Datok.
“Payah-payah Datok tengok sendirilah...”
“Tengok?”
“Tak...Tanya dialah...”
Tergelak kedua mereka ketika itu.
MEMANG pun Salihah masih pure masih vergin ketika Datok Foad mendapatnya. Pada mulanya sedih juga Salihah ketika menyerahkan mahkotanya pada Datok Foad. Tapi setelah dipujuk dengan berbagai-bagai imbuhan, akhirnya Salihah dapat menerima dan memberikan apa saja yang Datok Foad hendak darinya.
Datok Foad sudah bangun dari tidur dengkurnya.
“Sayang, pukul berapa now?”
Salihah tersenyum menghampiri Datok Foad. Salihah dah mandi dan baru saja mengenakan pakaian serba biru baju jarang.
“Bangunlah, mandi, dah pukul 7.05 malam.” ujar Salihah pada Datok Foad.
Datok Foad menarik erat tubuh Salihah. Salihah menolak manja.
“Kenapa?”
“Mandilah dulu sayang... Nanti sambung...” Ujar Salihah mengada-ngada manja. Datok Foad tersenyum panjang. Kemudian bangkit dari baringnya.
Seketika itu juga kedengaran azan Maghrib dari corong pembesar suara masjid yang berdekatan beberapa meter dari hotel tempat mereka berdua menginap itu.
Senja sudah berlabuh meninggalkan siang dan penggantinya adalah malam. Namum persekitaran pantai Port Dickson masih tetap sibuk dengan hala tuju manusia. Putaran alam semakin mengelirukan penghuninya dengan gelagat manusia yangberbagai rencam kehidupan duniawi.
No comments:
Post a Comment