BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 23 February 2015

BINGKISAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BAGI MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA:


Asalammualaikum, sebelum aku menulis artikal ini lebih lanjut, aku memohon maaf sepuluh jari, jika cara aku menulis ini agak kurang senang untuk pembaca menerimanya. Bukan teguran, sekadar ingatan sesama umat manusia yang bernaung di payung Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul kita dan pada Allah yang mengjadikan kita.

Saudara-saudara ku, sebenarnya setinggi mana darjat kita, secantik mana wajah kita, sekaya mana hidup kita, akhirnya kita akan sendirian di pusara yang sunyi sepi tanpa teman. Hanyalah amal ibadah jadi teman sejati kita.

Aku sebenarnya nak bercerita tentang indahnya solat itu. Untuk mendapatkan keindahan solat satu saja yang saya suka berkongsi pandangan pada semua iaitu " janganlah solat kerana mahukan pahala dari Allah .s.w.t" sebab pahala dan dosa itu bukan hak kita dan sukar di hitung gandanya kerana tiada dalam ilmu sains atau matametik. Jangan mengharapkan pahala sebaliknya kita kena bersyukur kerana dapat bersolat bagi mendekati diri pada-Nya.

Apabila Gadis Berusia 16 Tahun Sudah Jadi Janda... Jadi Janda Berhias, Janda Beranak Satu dan Janda Batu..

Gambar di atas ini hanya hiasan bukan gambar sebenar sebenar

Cerita ini bukan satu dongengan atau perkara yang boleh di gelak tawa sesuka hati kita. Kita perlu ambik serius dalam menangangi masalah " JANDA MUDA". terutama pada anak gadis belasan tahun. Apakah akan terjadi dengan nasib masa depan mereka.

Jika gadis yang bercerai dalam usia muda antara 16-19 tahun dan tiada anak ia dikatakan janda muda berhias, masih jelita masih mengancam masih menawan. Masa depannya masih berpeluang mencari pasangan hidup serasi.

Bagaimana dengan gadis remaja berusia 16-19 menjadi janda beranak pula, mungkin 1 mungki 2, mungkin 3... Pastinya sukar untuk mereka mencari jalan hidup lebih sempurna. Apa lagi dengan menginginkan seorang suami yang boleh bertanggungjawab menyara diri gadis janda tersebut dan anak-anaknya. Sukar pastinya sukar untuk meneruskan hidup dengan pelbagai cabaran dalam usaha membesarkan anak. Soal ini bukan kita ambi kira menjanda kerana penceraian sahaja, yang mungkin bekas suami wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya, jika gagal memberi nafkah kepada anak-anak, tindakan undang-undang boleh di ambil kira. Tapi bagaimana jika penceraian berlaku kerana kematian suami? Apa yang perlu dilakukan si isteri muda ini jika si suami tiada meninggalkan harta?