BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 13 April 2011

EPILOG: Novel Air Mata Semalam

Photobucket
 AIR MATA SEMALAM
 oleh: suteraungu

EPILOG

Fantasi  ilusi, emosi kadang kala membuatkan manusia terus berkhayal. Apapun istilah yang dikaitakan dengan kehendak manusia, ianya tepat juga dikatakan perasaan. Suka duka, derita sengsara, kecewa merana, rindu lara sering menjadi episod kehidupan insan.
    Bukan Hafis yang cipta semua ini, ianya sudah kehendak Tuhan. Takdir kadangkala menyebelahi manusia. Merancang bukan bererti segala yang dirancang akan berhasil. Mencuba perlu berani, yakin dan jujur pada diri sendiri dengan apa yang dilakukan, tidak mustahil akan berhasil juga akhirnya. Kegagalan bukanlah keputusan yang bermaksud sudah berakhir segala impian dan harapan.
    Alam fantasi menjelma dalam hidup Hafis kadang kala ianya hanyalah kebetulan. Hafis tidak pernah berangan-angan untuk jadi seperti yang dia perolehi kini. Bermimpi di siang hari tak sama bermimpi di malam hari.
    Adakalanya mimpi menjadi kenyataan. Adakalanya mimpi membawa tuah dan adakalanya mimpi membawa padah. Biar apapun istilah mimpi yang sering dikaitkan dengan pelbagai anggapan positif dan negetif, namun ia adalah ilusi mainan tidur hamba Allah yang bergelar manusia.
    Cinta Hafis  pada Leya sudah lama terpahat. Cinta yang dipupuk sepenuh jiwa. Cinta yang lahir dari mata terus menyusuk ke hati. Cinta pandang pertama. Namun sudah sedia maklum, dugaan dunia percintaan tidak lari dari pelbagai dugaan yang melanda. Cemburu, iri hati, rasa tersinggung, hampa,  kadang kala mencengkap perasaan biarpun ianya adalah emosi yang dibendung dan terbatas.
    Salihah, juga ada perasaan. Salihah juga ada rasa cinta pandang pertama. Namun kerana cintanya dibiar terpendam tanpa diluahkan pada orang yang dicintai, akhirnya cinta itu memakan dirinya sendiri. Kerana cinta Salihah sanggup berdendam. Cinta terpendamnya terhadap Hafis tidak mendapat balasan. Cintanya kini terbiar sepi. Sepi sesepi malam yang tidak berbintang, bila mana sang pungguk tergila-gila merindukan sang bulan. Namun bulan terus menyepi berselindung di balik awan kelabu.






Free Francis Lai Orchestra Songs | Free ringtones at EZ-Tracks.com

No comments: