BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday, 26 April 2016

Gadis Murtad, Keranda dan Mayat Terbang Pulang Semula Kerumah


Peristiwa ini telah lama berlaku, malah ramai penduduk tempatan daerah ini sekarang tidak tahu kisah ini, mereka adalah generasi baru. Kisah keranda terbang ini berlaku pada tahun 1971. Dikatakan pemilik keranda ini seorang gadis berusia 21 tahun, anak sulung dari 7 adik beradik yang cara pemakaiannya ala-ala islamik, berjubah labuh dan memakai purdah berwarna hitam. 

Gadis ini berkerja di Singapura, sebulan sekali dia pulang ke kampung menemui keluarganya. Apa yang menghairankan orang kampung itu cara gaya hidup gadis ini yg betul-betul memperlihatkan seorang muslimah. Namun gadis ini sopan dan peramah bila bertemu penduduk kampung.

Bukan saja cara berpakaian berubah, sebaliknya sejak berkerja di Singapura gadis ini agak mewah cara hidupnya. Lebih kurang satu tahun berkerja, dia sudah boleh memandu kereta mewah. Ramai yang agak kehairanan dan ada juga gadis-gadis sekampung dengannya bertanya kabar bagaimana dia boleh hidup senang dan mewah.

Menceritakan perkara sebenar berlakunya tragedi keranda terbang, temubual saya dengan salah seorang pakcik berusia 78 tahun menceritakan:-

"Budak perempuan ni baik orangnya, tak kedekut duit, selalu bagi pak cik duit bila berjumpa. Orang kampung pun dia bagi jika terjumpa. Kerja singapura mungkin gaji besar."

"Gadis ni mati akibat kemalangan jalan raya di batu 34 jalan Air Hitam ke Macap. Waktu tu jalan lama Air Hitam ke Johor Bahru."

"Selepas Asar jenazahnya dikebumikan, apa yang agak pelik bumi seseolah tak mahu terima jenazah ini. Beberapa kali pengali kubur membesarkan liang lahatnya namun tetap sempit. Masa tu jenazah di letakkan dalam keranda kayu."

"Imam yang akan membaca talkim ketika itu bertanyakan ibu dan ayah gadis ini, kalau mereka berdua masih tidak mengampunkan jenazah anaknya."

                                                                      photo hiasan tiada kaitan dengan cerita ini

" Keranda masih tidak boleh masuk keliang lahat, Akhirnya imam buat keputusan melaungkan azan. Ketika itu berlakulah ribut dan hujan renyai-renyai. Akhirnya keranda gadis itu dapat dimuatkan kedalam liang lahat."

"Senja hari itu digemparkan dengan tragedi keranda terbang pulang ke rumah.. Perkara ini dilihat sendiri penduduk kampung yang hendak ke masjid. Keranda itu terbang terus menuju ke rumah keluarga gadis itu."

"Ayah kepada gadis itu yang hendak ke masjid bersama-sama orang kampung bergegas mendapatkan keranda itu."

"Dipendekkan cerita sebenarnya ibu pada gadis itu tahu yang anak gadisnya bukan lagi beragama Islam, ketika dia membuka pakaian anak gadisnya terdapat rantai silver yang sedikit bersalut emas dan berloketkan lambang salib kristian."

"Mahu tidak mahu dengan perasaan aibnya si ibu terpaksa menjelaskan perkara sebenar yang terjadinya perisitwa keranda anaknya terbang pulang kerumah. Orang kampung bermaufakat untuk mengkebumikan semula jenazah gadis ini walaupun telah murtat."

"Lebih kurang jam 8 malam rumah gadis ini di datangi sebuah van yang tertulis tulisan "Jesus" dan berlambangkan salib. Seorang daripada padri telah bertemu keluarga gadis itu untuk menuntut mayat gadis tersebut untuk upacara sembahyang dan pengkebumiaannya."

"Pada mulanya agak berlaku pertelagahan antara padri dan keluarga gadis itu. Atas nasihat imam masjid, supaya keluarga gadis itu menyerahkan mayat anaknya kerana dia bukan lagi keluarga dan seagama."

Dengan rasa kecewa keluarga tersebut terpaksa akur dengan permintaan padri itu dan saranan daripada imam masjid. Mayat gadis itu ditukar ke keranda khas dan dibawa pergi. 

Peristiwa seperti ini bukan sahaja berlaku pada tahun dulu-dulu, malah sekarang ni pun ramai anak-anak melayu telah di murtadkan...Waspadalah...Ingat Allah...


No comments: