BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Friday, 28 September 2012

“ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ”



Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

TAHUKAH ANDA TENTANG KEJADIAN NABI ALLAH ADAM?

Makam Nabi Allah ADAM As di Jordan

KEJADIAN NABI ADAM..

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya,Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Monday, 24 September 2012

Kerja- kerja-kerja.... Waktu rehat yang sebenarnya bila?


Terlalu pantas masa dan pusingan bumi berlalu meninggalkan kita, beban tugas belum selesai... Walau esok masih ada, namun esok mungkin semakin bertambah beban tugas yang di galas... Apapun waktu Asar sudah memanggil kita, kita terpanggil untuk berehat seketika bersama-NYA... Sekalipun tak boleh solat, atau tak nak bersolat, sebaik mungkin berhenti sejenak daripada bekerja atau berbual...bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang...

Solat adalah waktu rehat yang sebenarnya untuk kita...........


Photobucket

Friday, 21 September 2012

Terfikirkah kita selama ini pakaian yang kita sarung di tubuh kita adakah betul2 menutup aurat?

(photo hiasan : Shila Hamzah, bertudung dan berjubah)

Terfikirkah kita selama ini pakaian yang kita sarung di tubuh kita adakah betul2 menutup aurat atau ianya sekadar hiasan tubuh bandan kita? ( khusus untuk wanita).

Persoalan seperti ini tidak pernah kita tanyakan kepada diri kita, sehinggalah ada orang menegur kita atau ada lelaki yang memandang kita penuh nafsu, sedangkan kita telah pun memakai tudung. Mungkin anda setuju jika saya katakan hari ini ramai wanita tidak sedar bahawa sekalipun bertudung jika memakai pakaian yang ketat, wanita itu masih jadi model kegahairaan lelaki... 

Rasanya tak perlu saya tunjuk photo contoh kerana mungkin mengaibkan pemilik photo tersebut.


Photobucket


Thursday, 20 September 2012

BINGKISAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BAGI MENCARI KEDAMAIAN DI HATI:

(PHOTO HIASAN)

Asalammualaikum, sebelum aku menulis artikal ini lebih lanjut, aku memohon maaf sepuluh jari, jika cara aku menulis ini agak kurang senang untuk pembaca menerimanya. Bukan teguran, sekadar ingatan sesama umat manusia yang bernaung dibawah payung Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul kita dan pada Allah yang mengjadikan kita.

Saudara-saudara ku, sebenarnya setinggi mana darjat kita, secantik mana wajah kita, sekaya mana hidup kita, akhirnya kita akan sendirian di pusara yang sunyi sepi tanpa teman. Hanyalah amal ibadah jadi teman sejati kita.

Wednesday, 19 September 2012

PUISI-PUISI CINTA KHAS UNTUK YANG MEMINATI PUISI


BILA CINTA TIADA LAGI:

Selangkah kita leka, segalanya telah berubah,
Sesaat kita lalai, dunia terus berputar,
Seibas kita berpaling, waktu meninggalkan kita,
Cinta itu terlalu lekas beralih pergi,
Cinta itu terlalu pantas menyepi,
Dan cinta itu terlalu sukar di cari,
Kita lalai, kita alpa kita tewas,
Dahargakan cinta, bukan seteguk air,
Tak terubang walau setahun menyepi,

Tak akan tersisih walau sejuta tahun melara,

Bila cinta tiada lagi,
Dan Kita tersisih dari-NYa
Dan kita terhempet daging hati,
Dan kita kehausan umpama di padang saharah,
Dan cinta itu ada pada-NYA

Tuesday, 18 September 2012

ADA-ADA SAJA IDEA MANUSIA, PEREKA MOTOSIKAL UNIK


Inilah sebuah motosikal unik yang pernah saya temui setakat ini ialah bersimbolkan payudara buatan anak malaysia.Satu-satunya perkara nakal yang berunsur simbol seks bebas. Terdapat juga pelbagai keunikan reka cipta body motosikal:

Sunday, 16 September 2012

AKU JUMPA HANTU PENANGGAL..MENGERIKAN

 ( Photo petikan dari google)

Cerita kisah hantu penanggal ni sudah biasa kita dengar sejak dari kita kecil , namun selama selama kita hidup kita belum bertemu dengan si penanggal ini.Dikatakan penanggal adalah manusia perempuan yang telah mengamalkan ilmu hitam bersekutu dengan syaitan semata-mata untuk kecantikan yang kekal sampai ke mati.Apabila bulan mengambang si penanggal ini akan keluar dari tubuhnya, hanya kepala dan isi dalam tubuh badannya saja akan keluar melayang merayau-rayau  mencari makanannya berupa darah.Pada kebiasaannya si penaggal ini akan minum darah wanita yang sedang bersalin atau wanita yang sedang haid  serta berpantang selepas bersalin.

BENARKAH BULUH PERINDU BOLEH MEMERDUKAN SUARA DAN DIJADIKAN MINYAK PENGASIH?


Bukan cerita dongeng atau mentos yang mengatakan buluh perindu boleh melunakkan suara seseorang sama ada mengaji al-quran atau menyanyi. Apa yang nyata ianya ada kemungkinan benar apabila digunakan.

Cerita tentang keunikan khsiat buluh perindu ini sering kali kita kaitkan dengan kelunakan sura seseorang bila menyanyi. Hakikatnya setelah saya kajian yang mendalam, cerita ini adalah benar, namun tak semua orang berhasil memiliki suara lunak apabila menggunakan buluh perindu.

Saturday, 15 September 2012

Neil Amstrong..Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka'bah


Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka'bah | Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah), Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

 Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi

Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.

 Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.


 Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

    ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich


Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit


 Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman;

    ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)


Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.



Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi) - Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka'bah

4 Gambar kubur seorang gadis digali dan dirogol

Inilah gadis yang telah dibunuh dan mayatnya dibedah sebelum ditanam di kubur yang ditetapkan. Kemudian, seorang lelaki lain yang bersembunyi berdekatan menggali kubur berkenaan dan merogol mayat gadis tersebut sepuasnya. Hobi merogol mayat ini sebenarnya adalah sejenis penyakit yang dipanggil necrophilia.


Mencari Cinta Di Face Book... Berhasilkah?

 (gambar hiasan)

Cinta Face Book (Cinta Muka Buku bak lirik lagu Najwa Latif), apakah berkesan sesorang itu mencari pasangan hidup melalaui Face Book?

Yang nyatanya ramai yang kecundang. Hari ini pelbagai cerita dan berita kita dengar dan baca, terdapat ramai gadis-gadis yang menggunakan laman sosial ini untuk mencari teman hidup berakhir dengan kecundang. Cerita tentang kes rogol, di colek dijadikan pelacur dan sebagainya sudah tidak menjadi hairan untuk kita semua.

Tidak terkecuali ada yang berkenalan melalui face book mendapat jodoh dan berakhir di pelamin.

Apa pun kita perlu berhati-hati ketika mengadakan pertemuan kali pertama.Dikuatir mengundang padah. Cinta face book ini memang seronok, saya pernah mendengar kisah dari rakan saya yang sudah beristeri namun mengaku bujang dan bercinta dengan seorang gadis belasan tahun melalui face book, Tiap-tiap hari asyik chating di PM. Namun tidak pernah bersua muka selama hampir setahun.

Pada saya laman sosial ini ada baik dan buruknya untuk mencari cinta sejati atau berniat mencari pasangan hidup. Bak kata orang kalau jodoh tak kemana dan jodoh pertemuan itu tuhan yang menentukannya...

Di face book ramai gadis-gadis cantik, jejaka-jejaka tampan, cuma berhati-hatilah agar tidak kecundang ke lembah hina..

Monday, 10 September 2012

Manusia Sama Sahaja Miskin Atau Kaya, Mengapa Mengemis dijadi Aturan Hidup?


Sedarkah kita bahawa-sa-nya sesusah-susah kita sebenarnya ada lagi orang susah... Sampai hati kah kita melihat mereka ini dalam kesusahan...hulurkan bantuan....terkala kita jumpa mereka ini. Tapi AWAS pengemis yang dijayakan oleh sendiket.... Perhatikan betul2 gerak geri mereka...

Di Kuala Lumpur, Alor Star, Joho Baharu, Pulau Pinang, Melaka, Shah Alam, banyak lagi tempat sendiket yang menjayakan pengemis ibu kota bermaha raja lela. Hari ini di benteras, esok ada lagi. Sampai bila akan mereka ini tidak lagi menjadi sampah masyarakat di ibu kota?

Sebenarnya cara terbaik ialah ada ditangan masyarakat sendiri, sifat kesihan ni perlu bertempat. Saya lihat ramai kalangan orang yang suka bersedekah walau RM1. Dilihat para pengemis ini berkeliaran di mana adanya restoran yang ramai pengunjungnya. Ada yang menolak untuk tidak memberi sedekah, dan ada yang baik hati bersedekah.

Sebenarnya untuk bersedekah ini bukan kepada mereka. Ada tempat yang sepatutnya kita boleh bersedekah. Kita perlu hentikan memberi sedekah kepada mereka yang bergentayangan merayau-rayau sekitar restoran. Cuma menolak dengan berkata "TIDAK".

Satu cerita menarik ingin saya kongsi bersama dengan anda. Dulu saya amat suka bersedekah dengan mereka-mereka ini. Namun suatu malam sewaktu saya sedang menjamu selera dengan kawan-kawan di sebuah restoran, saya di datangi oleh seorang perempuan berusia lingkungan 40an bersama seorang lelaki yang di pimpin membawa tongkat dan mangkuk serta tisu, berkaca mata hitam. Saya menghulur rm1 kepadanya. Selepas itu dia beredar dari satu meja ke meja, saya memerhatikan gelagat pasangan ini.

Apa yang mengecewakan saya, rupa-rupanya apabila pasangan ini selesai mengutip di sekitar restoran tempat saya itu, pasangan ini bergegas pergi menuju ke sebuah kereta. Kereta proton iswara merah Flat no WGH3432.

Saya perhatikan wanita  itu masuk di pintu pemandu dan lelaki buta itu masuk sendiri kepintu penumpang sebelah kiri pemandu. Selang beberapa minit kereta itu berlalu pergi.Saya hanya mengeleng kepala. Saya tak nak mengulas panjang, saya harap pembaca dapat berfikir apa sebenarnya adegan yang berlaku. Wajarkah kita bersedekah kepada mereka ini? Mungkin antara 1000 ada satu yang memerlukannya...Awasi keadaan ini benteras kegiatan sendiket pengemis ibu kota.

Saturday, 8 September 2012

BILA KUCING HITAM MELANGKAH MAYAT, MAYAT AKAN BANGUN..


Cerita ini telah banyak aku dengar. Kebenaranya masih belum aku lihat depan mata, sehinggalah suatu hari ketika usia aku 23 tahun, waktu tu di kampung. Diceritakan ada seorang perempuan tua yang hidupnya sebagai bomoh sebagai sumber rezki. Apa yang menarik bomoh ini dikatakan ada membela hantu polong dan hantu raya.

Hantu polongnya ditugaskan menyerap masuk ketubuh sesiapa sja yang lemah semangat terutama ibu mengandung, ibu yang baru bersalin dan bayi. Tidak terkecuali remaja perempuan. Dengan cara ini bomoh ini akan dipanggil untuk mengubati pesakit yang diganggu itu.



Hantu raya pula ditugaskan oleh bomoh ini menjaga kebun dan rumahnya. Hantu raya ini tidak menggangu sesiapa, cuma jika sesiapa terserempak terutama mereka yang hendak mencuri buah-buahan di kebun bomoh ini akan terjumpa hantu raya ini dengan muka yang bengis membuatkan sesiapa yang terpandang jadi pengsan dan demam berhari-hari.

Suatu pagi kampung kami dikejutkan dengan kematian bomoh ini. Berita kematiaannya amat mengerikan. Kematiannya telah diketahui oleh anak sulungnya yang baru pulang kekampung. Bomoh ini tinggal bersendirian semenjak suaminya mati dan semua anak-anaknya berhijrah ke bandar.

(photo hiasan mayat bangun)

Kami sebahgian penduduk kampung yang mengetahui tentang berita kematiannya datang menjiarahi. Pada malam sebelum pengkebumian kami beramai-ramai membaca surah yasin di ketuai oleh imam masjid dan beberapa orang ustaz. Pada pukul 4 pagi imam dan bila serta beberapa orang ustaz yang bersama kami terpaksa bersurai kerana sebentar lagi waktu subuh.

(hantu-raya)

Imam berpesan kepada kami anak-anak muda yang ketika itu ada lebih kurang 10 orang selain kaum keluarga si mati tinggal dan meneruskan bacaan yasin. Tidak berapa lama aku membaca yasin, aku rasakan mata aku sangat mengantuk dan tiba-tiba je terlelap.


Antara sedar tidak sedar, aku kedengaran suasana agak kecoh, aku tersedar dan melihat ramai kawan-kawan aku menuruni tangga berlari meninggalkan rumah itu.

Aku bertanya kepada mereka kenapa meninggalkan si mati? Mereka menjelaskan bahawa mayat dah bangun masuk ke dalam bilik gelap selepas seekor kucing hitam melangkah mayat itu. Aku tidak dapat melihat kejadian itu, kejadian ini disaksikan oleh beberapa orang kawan-kawan aku.
(hantu polong)


Kejadian ini kami memaklumkan kepada imam dan ustaz tentang kejadian tersebut. Imam bergegas datang ke rumah bomoh tersebut. Dilihat mayat tersebut duduk di dalam bilik gelap. Imam membaca beberapa surah dan menghembuskan kepada mayat tersebut.Mayat itu kemudiannya rebah. Imam menyuruh kami semua mengangkat mayat tersebut ke ruang tamu.

Selesai upacara pengkebumian, imam memberitahu kami yang mayat bhomoh itu telah mati 40 hari yang lalu.

Wednesday, 5 September 2012

Rahsia Bagaimana Pasangan Setelah berkahwin Cepat Dapat Anak

(Gambar Hiasan)

Biasa antara kitaran haid 21-35 hari. Dijangka ovulasi berlaku pada 15 hari jadual putaran, tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa antara hari 13 hingga 19, iaitu, tempoh selama kira-kira 7 hari. Intensiti hubungan seksual mesti mula meningkat dua hingga tiga hari sebelum tarikh tempoh subur.

Berikut adalah beberapa posisi seks yang sering disyorkan untuk mempercepatkan kehamilan:

Pegang badan wanita dalam apa-apa cara, kedua-dua kaki di atas kedua-dua bahu seorang wanita bersandar terhadap seorang lelaki, jadi lokasi faraj dalam kedudukan tegak. Kedudukan ini memastikan bahawa sperma boleh ditempatkan disembur terus sepanjang akhir vagina berhampiran serviks.
Kedudukan di mana lelaki atas wanita kerana dia tersekat pelvis beliau dengan bantal kecil atau sederhana. Ini membolehkan sperma untuk menyelesaikan lebih lama dan mempunyai peluang untuk berenang melalui serviks.



(Gambar Hiasan)

Jangan prop bantal yang terlalu besar. Ini adalah berbahaya kerana sperma akan memasuki tergengan belakang serviks, sebelum akhirnya tewas.
Kedudukan lelaki menembusi dari belakang wanita itu. Ini postur di samping untuk membenarkan kedalaman penyusupan juga memuaskan kepada pembukaan faraj. Kedudukan ini membolehkan pecah air mani ke dalam rahim.
Selepas sperma suami dipancarkan selama 10 -20 minit melihat bahawa wanita tidak kekal dalam kedudukan berbaring untuk bergerak ke hadapan pembohongan sikap ini dalam satu minit kerana masa ini simen cecair akan cair. Ia juga merupakan satu usaha untuk membuat kesuburan wanita boleh dikekalkan.

Buku Terbesar di Dunia

.Buku terbesar di dunia telah dibuat? Dengan Terunggul ketinggian 16ft Of Sutera-threaded. Dan buku ini akan dibawa melawat 15 bandar-bandar di seluruh Dunia.


Buku terbesar kos DHS 5250000. Yang telah dicetak oleh Kraken Opus, sebuah syarikat berasaskan UK dalam bidang Kualiti Tinggi specalises syarikat pembuatan buku outsized. Syarikat ini sebelum ini telah menyiapkan sebuah buku mengenai sejarah gergasi bola sepak kelab Manchester Syarikat Yang baru-baru ini dijual pada lelongan BAGI Lebih £ 1 juta (dhs5.25 juta). yang benar-benar menakjubkan.

Dunia Robot Terkecil di dunia




Buat pencinta robot anda pasti akan kagum melihat robot yang dibuat? Orang Jepun di bawah. Bukan kerana mereka adalah terlalu canggih dan mewah, tetapi kerana saiz adalah sangat kecil. Bayangkan bagaimana mereka membuat robot serangga adalah sangat serupa dengan saiz asal. diharapkan robot pencinta di Malaysia dan  negara ini juga boleh mewujudkan sebuah robot dengan apa-apa saiz yang kecil. Negara kita juga mampu mencipta alat permainan berbentuk robot.


  Banyan instiusi-intiusi pengajian tinggi dah tidak ketinggalan sekolah-sekolah menengah di Malaysia telah mencipta pelbagai bentuk robot. Kemajuan sains dan teknologi negara ini tidak ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara luar.

Tuesday, 4 September 2012

DERHAKANYA ANAK INI PADA IBU..

Aku menulis entri ini bukan nak glamour tapi sekadar menyampaikan rasa kesal, sedih dan kecewa aku pada petang 1 shawal yang lalu.    Ceritanya begini:-
Aku pulang ke kampung tempat aku dibesarkan oleh ibu.Rasanya terlalu lama aku tak menjenguk kampungku semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebetulan mak aku pun ikut sama tinggal dengan aku.

Aku pulang ke kampung pun sekadar nak bertemu saudara mara aku, mak long aku dan kawan-kawan lama. Seronok juga beraya di kampung ni walaupun kampung aku sudah banyak perubahan pembangunan, sudah tidak banyak tinggal kesan-kesan tempat aku bermain dengan kawan-kawan, namun kenangan masih menyelubungi perasaan. Dari satu rumah ke rumah aku menghabiskan masa dengan family berhari raya. Tibalah ke satu rumah yang sentiasa menjadi ingatan aku di mana rumah itulah tempat aku bermain bersama kawan-kawan. Rumah tok ngah.

Di rumah tok ngah inilah aku dan cucu tok ngah hampir setiap hari jadi port bermain. Memang seronok betul kalau diingat kembali zaman kanak-kanak dulu. Sesampai di rumah tok ngah aku memberi salam. Agak sepi rumah itu, pintu tertutup rapat, hanya tingkap berhiaskan langsi biru yang kelihatan koyak rabak menghiasi rumah itu. Berkali-kali aku memberi salam pada tok ngah. Agak lama kedengaran salam di sambut. Pintu di buka, kelihatan seorang perempuan tua hampir bongkok di pintu itu.

"Siapa?" Tanya tok ngah. Tok ngah tak kenal aku dan keluarga aku lagi, sebab sewaktu aku berhijarah ke KL dulu dalam usia 23 tahun. Jika 10 tahun tak jumpa pastinya banyak perubahan wajah dan sukar untuk dikenali, tambah lagi orang macam tok ngah yang mungkin dah kurang ingatanya.

Di pendekkan cerita aku banyak bersembang dengan tok ngah. Memang tok ngah sukar mengecam siapa kami, setelah berkali-kali mengulang cerita lama barulah tok ngah ingat sikit-sikit.

Tok ngah tinggal di rumah usang itu sendiri. 10 orang anaknya yang dikatakan berjawatan tinggi hampir semuanya jarang pulang menjenguk tok ngah. Mungkin masih-masih sibuk.
"Dah lima kali raya, semua tak balik..." itulah ujar tok ngah. Sedih aku mendengar ceritanya. Nak aku muatkan di blog ini agak panjang, cukuplah aku katakan anak-anak tok ngah langsung tak ingat ibunya yang mengandungkan mereka dan membesarkan mereka. Yang menyedihkan lagi tok ngah sakit, mujurlah cucu saudaranya sering datang ke rumah tok ngah menemani dan membantu tok ngah.

Saya ingin berpesan pada diri saya dan kelurga saya juga anda semua, IBU BAPA itu lah letaknya syurga neraka kita. Jika kita sayangkan ibu kita jenguk-jenguklah selalu. Jaga mereka selagi mereka masih ada nyawa... Ingatlah satu hari nanti kita juga seperti mereka akan merasakan kehidupan di hari tua. Bagaimana jika anak-anak kita turut melakukan perkara sama seperti yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Balasan itu, jika baik maka baiklah balasannya, jika buruk maka buruklah yang akan kita terima...

Ternyata Neil Amstrong tidak pernah sampai ke Bulan!


Anda pernah bermimpi untuk ke bulan? Mustahil, itulah jawaban yang terlintas di kepala. Atau tanya saja Neil Amstrong yang konon pernah berada di bulan dan berhasil memcacakkan bendera AS di sana. Tapi apakah Neil Amstrong benar-benar telah pergi ke bulan?. Rumor yang menyebutkan bahwa pendaratan manusia di bulan adalah suatu bentuk teori konspirasi. Semakin banyak pihak dan bukti yang menguatkan keraguan Neil Armstrong pernah melakukan pendaratan di bulan 40 tahun silam.
Ada beberapa bukti yang menyebutkan bahwa Armstrong dengan misi Apollo 11 sebenarnya tidak pernah ke bulan. Yang sebenarnya terjadi adalah, Armstrong berada di dalam sebuah studio alam buatan di sebuah tempat di Arizona yang sengaja direka bentuk mirip dengan keadaan di bulan.

Hal ini sengaja dilakukan oleh NASA dan pemerintahan Amerika Syarikat untuk menciptakan ketakutan publik dan menyelamatkan imej Amerika yang mulai malap karena kekalahannya dalam perang Vietnam. Langkah ini juga sekaligus ingin menandingi Soviet Union yang ketika itu bersaing ketat dengan AS dalam kemajuan teknologi luar angkasa. Demikian keterangan yang dikutip dari Moon Daily, Senin (13/7/2009).


Para pihak yang meragukan berupaya membuktikan hal ini dengan memperbanyak teori dan bukti ilmiah yang menguatkannya. Di antaranya, mereka memaparkan teori yang menyebutkan bahwa kemungkinan besar para astronot itu akan habis terpanggang terlebih dahulu saat memasuk ruang ’sabuk’ Van Allen sebelum mencapai bulan.

Ketika membahaskan segala kejanggalan pendaratan manusia di Bulan, salah satu ahli astronomi bernama Phil Plait, mengemukakan kejanggalan foto pendaratan Armstrong. Pada foto yang selama puluhan tahun telah dipublikasi ke seluruh dunia itu, sama sekali tidak nampak keberadaan bintang di langit.

“Tidak ada atmosfir di Bulan, dengan demikian seharusnya bintang-bintang yang terlihat dari langit di Bulan akan bersinar lebih terang,” kata Plait.

Plait dan rekan-rekannya juga memberi catatan soal bendera AS yang terlihat berkibar pada foto dan video rekaman. Mereka mengatakan, mustahil bendera tersebut boleh berkibar karana sesungguhnya tidak ada udara di Bulan.

Sekilas Tentang Neil Amstrong
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.
Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.
Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil. Armstrong berusia 82 tahun meninggal dunia ketika menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

sumber : techno.okezone.com , about.com

Saturday, 1 September 2012

Manohara Mengaku Pernah Diperkosa Tengku Fakhry di usia 15 tahun sebelum bernikah

Manora telah diperkosa oleh Tengku Fakhry seusia 15 tahun,dimasa awal perkenalanya dengan tengku Fakhry.Sewaktu pulang ke tanah air manora membuat keputusan untuk menikah dengan Tengku Fakhry. Perkenalannya dengan Tengku Fakhry sewaktu makan malam. Benar atau tidak kita ikuti rakaman vedio ini petikan dari youtube: