BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday, 13 April 2011

Bab 12 : Perhitungan

Photobucket 
 AIR MATA SEMALAM
oleh: suteraungu


BAB 12
Perhitungan

Semakin  jauh menyusuri liku-liku jalan hidup ini, semakin melebarlah sayap manusia. Bukan semudah itu untuk mengharungi kehidupan di bumi nyata ini. Terlalu besar dugaannya. Sejak semalam, Leya masih lagi tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Salihah tentang perhitungan. Pagi-pagi lagi Leya bergegas ke rumah Hafis. Kebetulan hari itu hari minggu, Leya tidak berkerja. Dia mahu beritahu Hafis tentang Salihah yang hendak bertemunya di tepi sungai petang nanti.
    “Perhitungan? Itu saja yang dia cakap pada Leya?” Tanya Hafis setelah Leya menceritakan tentang adanya pertemuan dia dengan Salihah petang nanti.
    “Entahlah bang, Leya bimbang sangat. Leya takut nak jumpa dia. Kat tepi sungai itu pulak.”
    “Tak apa Leya pergi, abang menyusul belakang, tapi abang tak jumpa dialah. Abang cuma jaga keselamatan Leya saja.”
    “Kalau macam tu Leya setuju. Apa pun yang Salihah mahu, Leya tidak akan mengalah. Kalau dia nak rampas abang, dia kena langkah mayat Leya ni dulu.”
    “Amboi mak, hebatnya bakal isteri abang ni mempertahankan haknya.”
    “Mestilah...”
    “Tak tahulah kalau abang dah tak sayangkan Leya lagi.”
    “Siapa kata. Abang tetap sayangkan Leya sampai abang mati. Kalalu boleh nak mati bersama, sekubur.”
    “Mengarutlah abang ni. Tak pernah dibuat orang. Kalau kubur bersebelahan tu mungkinlah.”
    Percintaan Hafis dengan Leya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi mereka akan diijab kabulkan dan rasmilah sebagai pasangan suami isteri.
    “Leya.”
    “Ada apa abang?”
    “Abang risaulah.”
    “Risau pasal Salihah?”
    “Bukan. Bukan pasal Salihah.”
    “Habis pasal apa?”
    “Abang ni...”
    “Kenapa dengan abang?”
    “Kan abang tak ada kerja lagi. Sejak majikan abang tutup bussiness tu, sampai sekarang tak ada kerja.”
    “Sabarlah bang. Kan abang baru saja temuduga kerja baru?”
    “Yalah, entah dapat ke tidak agaknya. Kita dah nak kahwin. Tak naklah Leya yang kerja sorang. Nanti apa kata orang tentang abang. Makan hasil isteri pulak dikata orang.”
    “Usah peduli dengan cakap-cakap orang bang.”
    “Tak boleh juga. Tanggungjawab suami mencari rezeki. Bukan isteri yang menanggung suami.”
    “Kan Leya kata abang kena bersabar.”
    Rungsing benar Hafis bila mengenangkan nasib dirinya yang sudah masuk tiga bulan menganggur. Leya juga turut risau tentang nasib tunangnya itu.
    “Tulah, kalau dulu abang masuk Malaysia Idol, tentu dah senang abangkan sekarang.”
    “Abang.... itu kalau abang berjaya. Kalau tak berjaya, sama aje dengan sekarang ni. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting usaha bang.”
    “Entahlah Leya. Abang macam dah putus asa.”
    “Abang tak ingat kebesaran Tuhan ke? Mintalah pada Dia. Berdoa siang malam samping berusaha. Insya-allah dimakburkan juga nanti.”
    “Abang dah buat.”
    “Eh! mak mana bang?”
    “Kat dapur goreng pisang.”
    “Biar Leya ke dapur tolong mak, asyik berborak dengan abang je, kesian mak tau.”
    Lama Leya dan Hafis bersembang di ruang serambi rumah Hafis. Didapur ibu Hafis terbongkok-bongkok sedang sibuk menyediakan juadah untuk sarapan pagi. Leya bergegas masuk ke dapur membantu bakal ibu mertuanya itu.
    “Mak, masak apa? Em sedapnya bau...”
    “Eh, Leya, bila sampai?”
    “Dah lama kat depan tadi. berbual dengan abang Hafis. Tak cakap pun dia yang mak tengah sediakan serapan pagi.”
    “Tak pelah Leya, sikit je ni. Dah siap pun. Kau ambik pisang goreng tu bubuh dalam bekas, kita sarapan sama-sama.”
    “Abang, turun ke dapur... Sarapan dan siap,” agak kuat Leya memanggil Hafis yang masih duduk mendagu diserambi. Tergelak kecil ibu Hafis mendengar gelagat Leya.
    “Macam tulah liatnya si Hafis kalau dipanggil suruh bersarapan.” ujar mak Hafis.

Petang itu Leya dan Salihah bertemu ditempat yang telah dijanjikan. Tempat itu juga terjadinya kisah antara Hafis dan Salihah. Leya masih binggung dengan tujuan Salihah mahu bertemu dengannya. Leya duduk menyandar di sebatang pokok besar. Salihah pula berdiri ditepi tebing sungai. Air sungai tidak dalam. Tidak musim hujan, arus pun tidaklah deras. Kalau diukur ke dalaman air sungai ketika itu adalah sedalam paras lutut.
    Salihah turun ke dalam air sungai, mengharung dan bermain-main air.
    “Sal, ada apa yang kau mahu tentang pertemuan ini? Kau nak cari gaduh dengan aku ke lagi?” Tanya Leya tidak sabar. Salihah diam membisu. Dia seperti sedang berfikir sesuatu.
    Dari jauh Hafis terhendap-hendap memandang gelagat Salihah dan Leya. Hafis tidak mahu mencampuri urusan kedua mereka sekalipun Leya adalah tunangnya.
    “Leya, kau tentu ingatkan tempat ini?”
    “Apa maksud kau? Kenapa nak ungkit kisah lama Sal? Yang sudah tu sudahlah apa salahnya kita berbaik-baik semula jadi sahabat macam dulu.” pinta Leya.
    “Leya, kau mungkin dapat melupakannya, sebab bukan engkau yang kena. Tapi aku. Aku yang jadi mangsa keadaan.” ujar Salihah.
    “Kenapa dikenang lagi. Kan aku dah cakap, kita lupakan semua itu. Bina hubungan baik semula.”
    “Leya, aku benar-benar menyintai Hafis.”
    “Sal, dia tunang aku dan dia tak cintakan kau. Kau faham tak?”
    “Aku tahu, dan aku pun tak terharap-harap lagi. Aku dah ada dunia aku sendiri.”
    “Dah tu kenapa kau sebut-sebut semula perkara lama tu?”
    “Sekadar mengingati satu peristiwa yang sungguh menyeronokkan ketika itu.”
    “Seronok... Bagi kau memanglah. Tapi kesannya pada abang Hafis? Kau tak tahu. Dia hormat kat kau, tapi kau yang mencemarkan rasa hormat dia pada diri kau.”
    Salihah naik semula ke atas tebing dan menghampiri Leya. Dia menarik tangan Leya. Leya merelakannya.
    “Leya, aku nak minta maaf dengan kau. Tadi tu saja aku berlakon. Nak tengok setakat mana kau sayangkan abang Hafis. Tahniah Leya. Aku bangga dengan kau.”
    Leya diam sejenak. Dipandangnya tepat wajah Salihah.
    “Leya, maafkan aku, kalau selama ini aku banyak menyakitkan hati kau. Kau terimalah aku seperti dulu.” pinta Salihah. Air matanya tergenang menitis membasahi pipinya.
    Leya memeluk erat Salihah. Mereka sama-sama menangisi keadaan. Inilah roda kehidupan. Ada ketikanya kemaafan menjadikan manusia itu akan sedar tentang kesilapannya.
    “Sal, kau kata ada perhitungan antara kita? Apa dia?”
    “Perhitungan? Oh... Saja aku nak tengok kau ni menggelabah ke tidak bila dengar aku macam ugut kau tu.” usik Salihah sambil ketawa kecil. Leya pun turut ketawa. Keceriaan sahabat lama sudah mula dapat dirasakan semula.
    “Mana abang Hafis?”
    “ Kenapa tanya dia?”
    “Jealous ke Leya?”
    “Tak pun, tapi kenapa kau tanya?”
    “Boleh kau izinkan aku jumpa dia. Aku nak minta maaf atas keterlanjuran aku yang dulu tu.”
    “Tak ada salahnya. Lagipun Abang Hafis dah lama maafkan kau. Selama kau hilang dari kampung ni, dia yang sibuk tanya tentang kau.”
    “Ye? Sal tahu yang Abang Hafis tu baik hati, jujur, setia. Beruntung kau dapat dia. Bertuah kalau aku yang dapat seorang lelaki macam dia tu.”
    “Sal, jangan puji melambung. Nanti kalau didengarnya, alamat koyaklah seluar dia tu.” Tergelak kasar Leya dan Salihah.
    “Mana dia dengar.”
    “Sal, sebenarnya dia ada kat sini. Aku ajak dia sama temankan aku.”
    “Oh... Jadi dia adalah ni? Kenapa tak suruh ke mari? Panggillah.”
    “Bang! Bang! Marilah, Sal nak jumpa dengan abang ni.”
    “Dari jarak beberapa meter saja, Hafis menyahut panggilan Leya.
    “Hafis tak ada, dah balik...” usik Hafis.
    “Yang bercakap tu siapa? Abang jangan main-main bang, jangan takut-takutkan Leya bang...”
    Sebentar kemudian  Hafis muncul menghampiri Leya.
    “Hai Sal, apa khabar?” Tegur Hafis.
    “Baik bang. Abang Sal minta maaf tentang kisah lama tu dulu yer.”
    “Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan lagi. Sal pun bukannya bersalah sangat. Abang dah lupakan semua tu.”
    “Sal malulah bang, dengan perangai buruk Sal tu.”
    “Sudahlah tu Sal kita lupakan kisah silam tu. Kalau tak ada sejarah maka tak ada manusia mencipta sesuatu yang baru. Begitu juga dengan kita.” ujar Hafis.
    Maka terjalinlah semula hubungan antara Leya dan Salihah. Sejak pulang ke kampung, Salihah banyak mengubah pendiriannya. Tambah lagi sejak dia mula sujud pada illahi beberapa hari ini, sikapnya semakin berubah. Salihah dah pakai tudung semula. Salihah benar-benar insaf.
    “Sebenarnya ada beberapa perkara yang nak aku luahkan pada kau Leya. “
    “Apa dia cakaplah, kalau boleh aku tolong, aku akan tolong.”
    “Kalau boleh aku nak minta pertolongan dari abang Hafis.” Jelas Salihah sungguh. “Itu pun kalau kau izinkan Hafis menolong aku Leya.”
    “Cakaplah apa dia yang nak kau minta tolong dari abang Hafis?” sambut Leya.
    “Cakap Sal, kalau abang terdaya, abang tolong.” Hafis mencelah.
    “Leya, abang Hafis, biarlah Sal berterus terang perkara sebenar.”
    “Cakaplah Sal. Leya dan abang Hafis sedia mendengarnya.” sambut Leya cuba menyakinkan Salihah.
    Salihah terdiam sejenak. Sebak didadanya bagaikan mahu membengkak dan bagaikan mahu pengsan. Namun sedaya upayanya menahan. Tiba-tiba saja air matanya yang mengalir ke pipinya seolah-olah melepaskan segala kekusutan yang ditanggung oleh Salihah selama ini. Tidak tertahan rasanya untuk Salihah menyimpan segala kesangsaraan dirinya. Dia tak ada tempat untuk mengadu. Mahu diceritakan pada keluarganya, dia takut kedua orang tuannya menanggung malu dan merasa kecewa yang amat sangat.
    “Aku hanya ada kau Leya, Abang Hafis. Aku tak mampu nak luahkan beban yang aku tanggung selama ini dengan kedua orang tua aku. Aku tak mahu dia kecewa dengan sikap buruk aku selama ini.” Salihah menangis teresak-esak. Lama dia menangis. Leya hanya diam. Sengaja Leya membiarkan Salihah menangis sepuas-puasnya. Supaya sebak didada Salihah dapat dilepaskan, itulah yang Leya harapkan.
    “Leya, selama ini aku banyak menipu kedua orang tua aku. Aku jahat Leya. Kemewahan yang aku dapat semuanya itu adalah dengan cara salah Leya.”
    “Apa yang telah kau lakukan Sal?” Tanya Leya mencari kepastian.
    “Leya aku sebenarnya tak bekerja kat Kuala Lumpur tu sekarang ni. Dulu semasa aku baru ke sana, aku dapat kerja. Halal rezeki yang aku dapat Leya. Tapi sekarang ni aku begitu hina, Leya. Aku jadi perempuan simpanan, Leya.” Salihah berpaut erat, menekup muka ke bahu Leya. Leya cuba menenangkan perasaan Salihah.
    “Aku faham perasaan kau Sal. Yang sudah tu sudahlah. Kau wajib kembali ke jalan yang benar. Bertaubatlah. Allah akan mengampunkan orang yang sedar dan mahu bertaubat.” Leya cuba menenangkan perasaan Salihah.
    “Aku malu Leya, aku malu dengan kau, dengan Abang Hafis.” Salihah menangis sedu sedan.
    “Apa yang nak kami tolong kau Sal?” tanya Hafis.
    Salihah bangkit dari menekup mukanya sejak tadi di bahu Leya sambil mengesat air mata yang meleleh ke pipinya. Lama dia bertenang sebelum bercakap.
    “Insya-allah kami tolong kau Sal.” Leya cuba meyakinkan perasaan Salihah.
    “Abang Hafis, Leya, aku nak pulang semula ke Kuala Lumpur. Aku nak ambil semua barang-barang aku. Aku nak pulangkan kereta dan semua pemberian jantan tak berguna tu. Kalau boleh aku nak minta tolong Abang Hafis temankan aku. Setidak-tidaknya si jahanam tu takut kalau dia tahu yang abang Hafis ni, aku akan cakap dengan dia, ini abang aku.”
    “Lepas tu kau nak kemana?” Tanya Hafis
    “Aku nak balik kampung. Aku nak bentuk hidup baru. Aku nak habiskan sisa-sisa hidup aku dengan penuh takwa dan aku berharap agar dapat ketenangan kat sini.” ujar Salihah.
    “Macam nilah, apa kat esok, kita ke sana. Leya pun tak bekerja. Aku fikir ada baiknya aku ajak abang Salih sama. Dia ada kereta. Kau bawa kereta kau , aku dengan Salih dan Leya ekori engkau dari belakang. Nanti senang kau nak bawak barang-barang kau. Kalau aku sorang, tak manis nak ikut kau. Nanti macam-macam fitnah pulak.” Hafis memberi cadangan.
    “Betul kata abang Hafis tu. Elok esok kita bertolak. leya setuju.”
    “Kalau macam tu, Sal setuju. Sal minta maaf kerana menyusahkan kau orang berdua.”
    “Tak apa ini hari kau, esok lusa manalah tahu kami pula yang perlukan pertolongan kau pulak.”
    “Abang, Leya, Sal harap tolong rahsiakan segala ini semua ya?”
    “Ya Sal, kami faham, kami janji akan merahsiakan semua kisah kau ini. Cuma aku harap kau berubahlah. Banyak-banyak bersabar.” Nasihat Leya.
    “Sudahlah tu, semuanya dah hampir selesai, elok kita balik, dah nak senja ni.” Pintas Hafis.
    Sejak pertemuan itu, tali persahabatan tiga sahabat yang selama ini terputus dik kerana perasaan cinta yang tidak terbalas, kini kembali terikat. Salihah benar-benar sudah berubah dan insaf dengan kesilapannya.
    Mujurlah dia dapat seorang sahabat yang bertolak ansur dan mudah memahami situasinya masa itu. Kalaulah Leya seorang pendendam, mungkin Salihah sudah lama dibiarkannya terumbang ambing sendirian. Hafis pula bukanlah lelaki yang ego macam sesetengah lelaki lain. Sebab itu dia mudah simpati dan sanggup menolong Salihah yang dalam kesusahan. Baginya kisah lalu antara dia dan Salihah sudah lama dia lupakan. Mungkin kalau dia tidak punya kekasih seperti Leya, mahu juga dia mengambil Salihah jadi teman hidupnya sekalipun Salihah bukan lagi Salihah seperti dahulu. Hafis benar-benar kasihan dengan nasib Salihah.
    Seperti yang dijanjikan, Salih turut serta membantu Salihah dan bersedia ke Kuala Lumpur. Salih tidak tahu kenapa Salihah hendak pulang ke kampung. Hafis tidak pula menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku pada Salihah kerana mereka bertiga sudah berjanji untuk memegang amanah rahsia hidup Salihah.
    “Kenapa Salihah dah hidup senang lenang di Kuala Lumpur tu, nak balik kampung pulak. Kat sini nak kerja apa? Kerja kilang? Berapa senlah sangat gaji kilang tu. Manalah mampu pakai kereta mewah macam Salihah pakai tu.” Tanya Salih panjang lebar kehairanan.
    “Yang saya tahu Salihah malas nak kerja di KL tu lagi. Katanya membosankan. Duit banyak pun kalau hati tak senang untuk apa.” Jawab Hafis.
    “Bila nak bertolak ke KL, kenapa pulak nak pakai kereta aku?” Tanya Salih yang kurang mengerti tujuan Hafis meminta pertolongannya itu.
    “Macam ni bang, Salihah tu pakai kereta bos dia, kereta majikan. Jadi dia kena pulangkan kalau nak berhenti kerja dan pulang ke kampung ni. Salihah minta kita bawa barang-barang dia nanti.” Jelas Hafis.
    “Eh! Mana muat almari, kerusi, tilam bantal dalam kereta aku tu, Hafis. Bawa pakai lorilah kan mudah.”
    “Salihah tu bukan nak bawa semua barang dalam rumah dia, dia nak bawa pakaian dan beberapa barang yang boleh muat dalam kereta je.”
    “O... Aku ingat nak pindah randah macam orang pindah tu.” Fikir bebal Salih.
    “Bang berapa kos sewa kereta dan memandu sekali?”
    “Tak payahlah... Aku tanggung semua. Pasal Salihah aku surport semua. Kau cakap dia jangan susah-susah pasal duit.” Ujar Salih sambil tersengih bangganya dia kerana dapat berbudi dengan Salihah. Niat hatinya biarlah budi baiknya itu dibalas oleh Salihah dengan cinta. Teringin sangat dia beristerikan Salihah si jelita tu.
    “Abang ni... Pasal Salihah sanggup berkorban. Kalau saya minta hantar ke bandar, tak mahu abang hantar.” sindir Hafis. Tersengih menajang Salih bila disindir begitu.
    “Aku bukan tak mahu hantar kau, kan aku ni sibuk memanjang kat warung. Kau tengok ni, kalau aku tak ada siapa nak jaga warung ni.”
    “O... Nanti kalau ke KL, macam mana dengan warung ni? Siapa nak jaga?”
    “Aku tutuplah sehari.”
    “Pasal Salihah, abang sanggup tutup warung. Rugi tau bang kalau tutup.”
    “Tak pe, sesekali aku nak ke KL, bukan senang nak ke sana kalau tak ada tujuan. Lagipun, kesianlah pulak aku dengan Salihah tu. Kalau tak aku tolong siapa yang nak tolong dia. Nak harapkan kau...Emm... Tak balik kampunglah dia nampaknya.” Beriya-riya benar Salih mencari alasan.
    “Yalah tu... Pasal Salihahkan? Kalau orang lain tentu abang tak sanggupkan? Macam-macam alasan abang beri nak tolak, betul?” Sindir Hafis sekali lagi. Salih hanya tersengih.
    “Hafis, kau tak nak minum ke? Abang belanja.”
    “Ni nak bodek ni mesti ada apa-apa. Ada udang disebalik mee, betulkan?” Sindir Hafis lagi.
    “Alaa, macam abang ni tak pernah belanja kau pulak. Minumlah. Teh tarik, milo tarik, kopi tarik cakaplah aku belanja kau.” Pelawa Salih beriya-riya sangat.
    “Buatkan saya teh tarik sudahlah.” Pinta Hafis. Salih tergesa-gesa berjalan ketempat membancuh minuman. Tak sampai beberapa minit, Salih sudah menghidangkan segelas teh tarik untuk Hafis. Salih duduk berhadapan dengan Hafis. Kebetulan petang itu tidak ada pelanggan, dapatlah Salih merehatkan tulang belulangnya sambil berborak dengan Hafis.
    “Hafis, aku nak tanyalah dengan kau.”
    “Pasal apa pulak?”
    “Pasal Salihahlah...”
    “Kenapa?”
    “Eh! Kalau dia balik kampung, macam mana dengan boyfriend dia kat KL tu?”
    “Mana saya tahu.”
    “Kau tak tanya dia.”
    “Abang tanya sendirilah...”
    “Kau ni Hafis tak boleh buat berundinglah.”
    “Abang kalau nak tahu, Salihah tu belum ada yang punya. Dia sukakan abang tau.” Sengaja Hafis bercakap bohong untuk menyenangkan hati Salih. Tersengih panjang Salih bila mendengar kata-kata Hafis.
    “Eh! Betul ke ni apa yang kau cakap Hafis.Kau jangan main-main. Macam tak percaya je aku.”
    “Betul, tak percaya abang tanya dia nanti.”
    “Eh! Malulah aku...”
    “Okey nanti saya tanyakan perkara ni semasa abang ada sama dengan Salihah.” Hafis sengaja menguji.
    Salih begitu teruja bila dia dapat tahu yang Salihah suka padanya. Dia tersenyum sendirian.
    “Patutlah semasa dia baru sampai ke kampung ni minggu lalu, dia terus je singgah kat warung abang ni.” Beritahu Salih.
    “Tulah... Tak percaya apa yang saya cakap. Salihah tu sukakan abang...”
    Salih seronok sendiri, tersengih sepanjang hari. Ramai pelanggannya bertanya kenapa hari itu Salih gembira sangat.
    “Menang loteri ke Salih? Aku tengok happy je.”
    “Nombor satu... Ada class... gitu...” ujar Salih.


No comments: