BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 13 April 2011

50 ALASAN DARIPADA BERJUTA ALASAN


Lima puluh jenis alasan yang umumnya digunakan orang untuk melepaskan diri dari tanggungjawabnya.

    Orang yang tidak berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya memiliki pelbagai alasan yang dirasnaya begitu logik untuk melepaskan diri sendiri daru menanggung bebanan rasa tanggungjawab sama ada untuk dirinya sendiri atau orang lain.
    Sebahagian dari alasan-alasan itu bersifat cerdas, dan sebahagiannya kurang selaras dengan kenyataan. 
Kajian saya dalam bidang watak telah menyusun beberapa senarai seperti di bawah ini yang menyatakan tentang sikap manusia yang  melepaskan diri sendiri daripada rasa tanggungjawab.

1* Jika sekiranya saya bernasib baik - mungkin saya tidak sesusah ini.
2* Jika sekiranya saya mempunyai wang yang banyak - mungkin saya tidak semiskin ini.
3* Jika sekiranya saya  mempunyai wang - mungkin saya sudah beristeri
4* Jika sekiranya saya tidak mempunyai isteri dan keluarga - mungkin saya bebas.
5* Jika sekiranya saya mempunyai cukup modal - mungkin saya menjadi seorang ahli perniagaan.
6* Jika sekiranya saya  berpendidikan tinggi - mungkin saya tidak sebodoh ini dan boleh menakluki dunia.
7* Jika sekiranya saya mempunyai kedudukan dan  pekerjaan - mungkin saya dikenali (popular).
8* Jika sekiranya saya berbadan sihat- mungkin saya boleh berkerja lebih keras.
9* Jika sekiranya saya mempunyai cukup waktu - mungkin saya boleh menyelesaikan kerja saya.
10* Jika sekiranya orang lain memahami saya dengan lebih baik - saya boleh mengikut perintah.
11* Jika sekiranya keadaan persekitaran diri saya berlainan keadaannya- mungkin saya bahagia.
12* Jika sekiranya saya beroleh kesempatan untuk hidup lagi - mungkin saya menjadi manusia berguna.
13* Jika sekiranya saya tidak menghiraukan aya yang diperkatakan orang lain- mungkin saya tidak pemarah.
14* Jika sekiranya saya diberikan kesempatan yang lebih besar - mungkin saya buktikan hasilnya.
15* Jika sekiranya orang lain tidak turut campur dalam urusan saya ini- mungkin semuanya berjaya atas usaha     saya sendiri.

16* Jika sekiranya tidak ada sesuatu yang menghalang saya - mungkin saya sudah berjaya dalam hidup.
17* Jika sekiranya saya dilahirkan dari keluarga yang kaya - mungkin saya ttidak semiskin ini.
18* Jika sekiranya saya berkesempatan berkenalan dengan orang-orang yang sesuai dengan saya- mungkin     saya dikenali ramai orang dan hebat.

19* Jika sekiranya saya berani bersikap terbuka - mungkin saya mudah mendapat pertolongan dan dihormati.
20* Jika sekiranya saya dapat memanfaatkan kesempatan pada masa yang lalu itu- mungkin saya sudah         mejadi lebih baik dan sempurna kehidupan hari ini.

21* Jika sekiranya orang lain tidak membuatkan saya bimbang - mungkin saya tidak jadi penakut.
22* Jika sekiranya saya tidak menguruskan rumahtanga dan mengawasi anak-anak- mungkin saya boleh     bergaul    dengan masyarakat dan melakukan aktiviti.

23* Jika Sekiranya saya dapat menyimpan sejumlah wang tertentu -mungkin saya dapat menyelesaikan masalah     yang sedang saya hadapi masa ini.

24* Jika sekiranya majikan saya menghargai saya - mungkin saya berkerja dengan gigih dan rasa tanggungjawab.
25* Jika sekiranya saya mempunyai seorang pembantu - maka kuranglah bebanan kerja saya.
26* Jika sekiranya saya hidup di dalam kota besar- mungkin saya tidak sekuno ini.
27* Jika sekiranya saya sudah boleh memulainya lebih awal - mungkin saya tidak terlewat menyudahkannya.
28* Jika sekiranya saya mempunyai cukup kebebasan bergerak- mungkin saya lebih pergaulan dan pengalaman.
29* Jika sekiranya saya mempunyai sejumlah kakitangan pekerja - mungkin kerja-kerja saya tidak tergendala.
30* Jika sekiranya badan saya tidak begitu gemuk - saya akan lebih cantik menawan dan jadi pujian.
31* Jika sekiranya  saya mempunyai waktu lapang- saya akan bersama keluarga dan berpeluang bergaul     dengan masyarakat.
32* Jika sekiranya saya tidak kegagalan - pasti saya berjaya.
33* Jika sekiranya saya mengetahui bagaimana caranya melaksanakan hal itu sebelum ini - mungkin saya     dapat melaksanakannya dengan lebih baik dan cepat.

34* Jika sekiranya tidak terlalu banyak kesusahan yang menimpa diri saya selama ini- mungkin saya dapat     mengecapi apa juga keinginan saya.

35* Jika sekiranya beberapa orang tidak menetang saya - mungkin saya menjadi pemimpin.
36* Jika sekiranya saya berkahwin dengan pasangan hidup yang sesuai - mungkin saya bahagia.
37* Jika sekiranya keluarga saya dan saya tidak terlalu boros - mungkin saya ada simpanan.
38* Jika sekiranya saya yakin benar terhadap diri saya - mungkin saya telah mendapat apa yang saya impikan
39* Jika sekiranya saya tidak bernasib malang -mungkin saya sehebat orang lain.
40* Jika sekiranya saya tidak dilahirkan dalam kecacatan - mungkin saya lebih hebat dari mereka yang tidak     cacat.

41* Jika sekiranya tidak benar bahawa nasib itu ditentukan sebelumnya - mungkin nasib saya tidak seperti ini     sentiasa kesusahan.
42* Jika sekiranya saya tidak perlu bekerja begitu keras - mungkin saya sihat dan tidak letih.
43* Jika sekiranya saya tidak kehilangan wang - mungkin saya dapat berbelanja.
44* Jika sekiranya saya tinggal di persekitaran yang berbeza dengan yang sekarang ini - mungkin saya tidak     terkongkong pada situasi yang membosankan.

45* Jika sekiranya pemgalaman hidup saya pada masa lalu tidak begitu mengecewakan - mungkin pengalaman     itu dapat saya pergunakan untuk kebaikan hari ini.

46* Jika sekiranya saya mempunyai perniagaan saya sendiri -mungkin saya sudah jadi jutawan dan kayaraya.
47* Jika sekiranya orang lain bersedia mendengar kata- kata saya - mungkin saya menjadi pemimpin / ketua.
48* Jika sekiranya saya memulakan kerja itu dengan cermat -mungkin saya mendapat hasil yang sempurna
49* Jika sekiranya saya menghormati orang lain- mungkin saya turut dihormati.
50* Jika sekiranya saya diberikan kesempatan untuk memulakan semula kehidupan saya -mungkin saya         memulakan dengan segala kesampurnaan.


KITA BOLEH BERJAYA  JIKA KITA SERING MELAKUKAN SESUATU YANG DITERIMA OLEH ORANG LAIN DENGAN SENANG HATI.
    KITA PERLU ADA PERINSIF KEHIDUPAN
    KITA PERLU ADA FALSAFAH MOTIVASI DIRI

    “SEANDAINYA HANYA 1000 ORANG SAHAJA YANG DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA DIDUNIA INI, MAKA AKULAH DI ANTARA MEREKA ITU.
    SEANDAINYA HANYA 100 ORANG SAHAJA YANG DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA DI DUNIA INI, MAKA AKULAH DI ANTARA MEREKA ITU.
    SEANDAINYA HANYA10 ORANG SAHAJA YANG DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA DI DUNIA INI, MAKA AKULAH DI ANTARA MEREKA ITU.
    DAN...... SEANDAINYA HANYA ADA SEORANG SAHAJA  YANG DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA DI DUNIA INI, MAKA AKULAH ORANG ITU SEBENARNYA.”

No comments: