BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 1 March 2017

Pelajar sekolah 14 tahun, mengaku lakukan hubungan intim banyak kali

gambar hiasan


MELAKA: Seorang remaja perempuan di sini mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki di sekolah, rumah dan beberapa lokasi lain tahun lalu.

Kegiatan tidak bermoral pelajar Tingkatan Dua itu terbongkar apabila salah seorang rakan sekelasnya mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling.

Pada Rabu, guru berkenaan bertindak menyoal pelajar berusia 14 tahun itu.

Hasilnya, pelajar itu mengaku telah melakukan hubungan seks sejak Tingkatan Satu dengan beberapa lelaki di pelbagai lokasi termasuk di kelas, bawah tangga, bilik solat, rumah terbiar dan juga kediamannya.

Pelajar perempuan itu juga mengaku ia berlaku atas kerelaan dan persetujuan kedua pihak, malahan dia tidak pernah meminta wang selepas melakukan hubungan seks itu.

Selain rakan lelaki sekolah sama, pelajar itu mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar lelaki dari dua sekolah menengah dan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pelajar berkenaan telah dipindahkan ke sekolah di Ayer Keroh pada Jun 2016 kerana masalah disiplin.

"Sebaik mendapat maklumat terperinci mengenai kegiatan seksual pelajar itu, guru berkenaan telah membawa pelajar itu untuk membuat laporan polis," katanya.

Pada Jumaat, polis telah menahan 11 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 16 tahun dari tiga sekolah menengah dan dua lagi suspek berusia 21 tahun.

Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar aturan tabii.

"Pelajar perempuan itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani ujian kesihatan dan seterusnya disarankan supaya melalui penilaian psikiatrik.

"Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. - MStar

Wanita berusia 23 tahun dicabul ketika menunggang motosikal


SEORANG lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes mencabul cedera selepas motosikalnya ditendang mangsa di Kampung Pantai Chicar, Baling, pagi tadi.  

BALING: Seorang wanita operator kilang bertindak nekad dengan menendang motosikal dinaiki seorang lelaki yang dipercayai mencabulnya di Kampung Pantai Chicar, dekat Kuala Ketil, di sini, pagi tadi.

Wanita berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi apabila diekori lelaki terbabit yang juga menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata siasatan awal mendapati mangsa menyedari diekori penunggang motosikal terbabit sebelum suspek tiba-tiba menghampiri dan terus memegang buah dadanya.

Terkejut dengan tindakan itu, wanita berkenaan menendang motosikal lelaki itu hingga terbabas dan merempuh tiang elektrik. Katanya suspek yang cedera dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seskyen 354 Kanun Keseksaan. - Metro

Minyak naik,Kereta kebal isi minyak di PETRON


Mengisi minyak kereta kebal serta berjalan-jalan di sekitar bandar bukan satu perkara yang luar biasa di England - Foto diambil dari TankNutDave



LONDON - BRITAIN. Sudah menjadi kebiasaan membawa kereta ke pam minyak apabila kenderaan kehabisan petrol.

Namun begitu, ia menjadi sesuatu yang luar biasa apabila membawa kereta kebal untuk mengisi petrol ke dalam kenderaan itu.

Satu video menunjukkan beberapa orang lelaki yang memandu kereta kebal jenis CVR (T) Scorpion Lightdi bandar Kettering di tengah-tengah negeri itu.

Saat tiba di stesen minyak, mereka membuat keputusan untuk mengisi penuh tangki dengan kos $625 dolar (RM2,765.95).

Bagaimanapun, video tersebut telah dimuat naik di Laman Youtube, TankNutDave pada tahun 2015 namun ia kembali menjadi viral sekali lagi minggu ini. - Sinar