Penerang lengkap oleh Ustz Amin: Universiti Kehidupan 61 - Wujudkan Batu Tergantung Di al-Aqsa?
Dari cerita Ustaz Amin sewaktu menjejak kaki ke al-Quds:-
"Pada ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya. Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra' Dome of Rock,
mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini. Sekeliling batu
ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas
penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan,
tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj. Saya rasa
terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj
merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu
mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara
al-Aqsa lebih kurang 400 meter. Pada hari jumaat ia menjadi tempat solat
bagi orang perempuan.Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini
terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita
memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang
menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan
untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami
menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw. Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat
satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3
dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang
di dalam gua ini.Di satu sudut terdapat lekukan semulajadi pada batu ini. Penjaga di sini
memberi tahu, di sini ialah tempat Nabi sembahyang. Ketika Nabi mula
masuk ke dalam gua ini, gua ini kecil dan batu ini melekuk untuk
mengelakkan Nabi dari terhantuk pada batu di dalam gua ini. Walau
bagaimana pun, lekukan batu ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadith
Sahih.Di tengah-tengah gua ini terdapat satu lubang semuat badan naik ke atas
batu. Orang di sini ada yang memberi tahu, dari bawah gua inilah Nabi
mulai naik Mikraj ke langit.Saya tidak melihat batu ini tergantung. Jadi, kenapa orang banyak
mengatakan batu ini tergantung? Untuk menjawab soalan ini, saya telah
bertemu dengan imam masjid al-Aqsa. Syeikh Yusuf Abu Sunainah untuk
berbincang mengenainya. Beliau ialah imam utama di al-Aqsa dan telah
menjadi imam selama 29 tahun di sini. Beliau juga merupakan pensyarah di
Jaamiah Ibrahimiah.Pertemuan kami dengan Syeikh hingga ke Maghrib. Beliau menyatakan,
mengenai batu tergantung tidak terdapat di mana-mana ayat al-Quran mahu
pun hadith yang sahih, tetapi ramai para Ulama' yang menulis
mengenainya.
Antaranya ialah,
Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya "Sirah 'an Fadail Bait al-Muqaddis.
Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya " al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah"
Catatan
Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang
di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam
Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya "Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil."Kenapa ulama ini menulis seperti ini. Mustahil mereka berbohong
atau berkhayal. Jadi ada tiga pendapat mengenai batu tergantung yang
ditulis oleh para Ulama ini.
1.
Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini
pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara
kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat
melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang
awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh
dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam
al-Quran atau Hadith yang sahih.
Bagi
orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau
terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung
maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung,
alhamdulillah, itu rezki mereka.
Tetapi
untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak
tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta.
Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti
katanya :-
"menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa......"
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.
Ia sama seperti
istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti
ini contohnya "masjid terapung." Ia tidak benar-benar terapung, tetapi
istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan
istimewanya masjid ini.
3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.
Ketiga-tiga
pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau
seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.
Selain dari itu, ketika saya
berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya
bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia
berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari
Beirut. Di sana kebanyakkannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita
yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan
Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.
Perbahasan
mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang. Bagi kita yang
menyaksikan, terpulanglah apa maknanya. Walaupun dari sudut zahirnya ia
tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa
Mikraj ini.
Datanglah
dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah
disebut di dalam hadith. As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana
mikrajnya Nabi. Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya
ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman
iaitu percaya pada kitab (al-Quran).
Tempat
adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika
kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari
mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.
Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya."
"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat"
al-Fakir Ila Rabbhi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
4 Mei 09, jam 8.10 malam.
Bersambung lagi satu kesahihan tentang terdapatnya photo syaitan di gua hira, saya telah mendapatkan sumber maklumat dari:-http://akuislam.com/blog/renungan/benarkah-ada-syaitan-di-gua-hira.:Bersama dengan Muhd Naim:
Bersambung lagi satu kesahihan tentang terdapatnya photo syaitan di gua hira, saya telah mendapatkan sumber maklumat dari:-http://akuislam.com/blog/renungan/benarkah-ada-syaitan-di-gua-hira.:Bersama dengan Muhd Naim:
"Saya lihat gambar syaitan itu semasa saya di sekolah menengah lagi. Ada rasa sangsi pada gambar tersebut. Bukan tidak percaya syaitan itu ada tetapi daripada cerita dan gambar yang dipamerkan cukup meragukan. Ada ker syaitan boleh berposing relax jer kat gua tu.
Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya refleks disebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad SAW bertapa di gua Hira’ dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.
Apabila kita bercakap bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira’ lantas kita terbayang pada gambar syaitan itu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara-perkara yang pelik dan meragukan."
Gambar di bawah menunjukkan Gua Hira’ yang sebenar.
2 comments:
KENAPA DI UBAH SUAI TEMPAT BATU TERAPUNG SEDANGKAN PERKARA ITU SEBAGAI BUKTI KEBENARAN ISLAM TERUTAMA ORANG ORANG YANG MEMBENCI DAN MENGHINA ISLAM..
JIKA ADA ALASAN YANG BENAR TETAPI PELIK TENTANG BATU TERAPUNG DIUBAH SUAI KERANA TAKUT ORANG TERKEJUT ITU ADALAH ALASAN YANG TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL...ROBOHKAN TEMPAT BATU TERAPUNG SEMOGA MANUSIA MANUSIA YANG BUKAN ISLAM AKAN LIHAT DAN KEBENARAN ISLAM AKAN TERBONGKAR
Post a Comment