BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 1 March 2017

Wanita berusia 23 tahun dicabul ketika menunggang motosikal


SEORANG lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes mencabul cedera selepas motosikalnya ditendang mangsa di Kampung Pantai Chicar, Baling, pagi tadi.  

BALING: Seorang wanita operator kilang bertindak nekad dengan menendang motosikal dinaiki seorang lelaki yang dipercayai mencabulnya di Kampung Pantai Chicar, dekat Kuala Ketil, di sini, pagi tadi.

Wanita berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi apabila diekori lelaki terbabit yang juga menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata siasatan awal mendapati mangsa menyedari diekori penunggang motosikal terbabit sebelum suspek tiba-tiba menghampiri dan terus memegang buah dadanya.

Terkejut dengan tindakan itu, wanita berkenaan menendang motosikal lelaki itu hingga terbabas dan merempuh tiang elektrik. Katanya suspek yang cedera dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seskyen 354 Kanun Keseksaan. - Metro

No comments: