BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday, 10 September 2012

Manusia Sama Sahaja Miskin Atau Kaya, Mengapa Mengemis dijadi Aturan Hidup?


Sedarkah kita bahawa-sa-nya sesusah-susah kita sebenarnya ada lagi orang susah... Sampai hati kah kita melihat mereka ini dalam kesusahan...hulurkan bantuan....terkala kita jumpa mereka ini. Tapi AWAS pengemis yang dijayakan oleh sendiket.... Perhatikan betul2 gerak geri mereka...

Di Kuala Lumpur, Alor Star, Joho Baharu, Pulau Pinang, Melaka, Shah Alam, banyak lagi tempat sendiket yang menjayakan pengemis ibu kota bermaha raja lela. Hari ini di benteras, esok ada lagi. Sampai bila akan mereka ini tidak lagi menjadi sampah masyarakat di ibu kota?

Sebenarnya cara terbaik ialah ada ditangan masyarakat sendiri, sifat kesihan ni perlu bertempat. Saya lihat ramai kalangan orang yang suka bersedekah walau RM1. Dilihat para pengemis ini berkeliaran di mana adanya restoran yang ramai pengunjungnya. Ada yang menolak untuk tidak memberi sedekah, dan ada yang baik hati bersedekah.

Sebenarnya untuk bersedekah ini bukan kepada mereka. Ada tempat yang sepatutnya kita boleh bersedekah. Kita perlu hentikan memberi sedekah kepada mereka yang bergentayangan merayau-rayau sekitar restoran. Cuma menolak dengan berkata "TIDAK".

Satu cerita menarik ingin saya kongsi bersama dengan anda. Dulu saya amat suka bersedekah dengan mereka-mereka ini. Namun suatu malam sewaktu saya sedang menjamu selera dengan kawan-kawan di sebuah restoran, saya di datangi oleh seorang perempuan berusia lingkungan 40an bersama seorang lelaki yang di pimpin membawa tongkat dan mangkuk serta tisu, berkaca mata hitam. Saya menghulur rm1 kepadanya. Selepas itu dia beredar dari satu meja ke meja, saya memerhatikan gelagat pasangan ini.

Apa yang mengecewakan saya, rupa-rupanya apabila pasangan ini selesai mengutip di sekitar restoran tempat saya itu, pasangan ini bergegas pergi menuju ke sebuah kereta. Kereta proton iswara merah Flat no WGH3432.

Saya perhatikan wanita  itu masuk di pintu pemandu dan lelaki buta itu masuk sendiri kepintu penumpang sebelah kiri pemandu. Selang beberapa minit kereta itu berlalu pergi.Saya hanya mengeleng kepala. Saya tak nak mengulas panjang, saya harap pembaca dapat berfikir apa sebenarnya adegan yang berlaku. Wajarkah kita bersedekah kepada mereka ini? Mungkin antara 1000 ada satu yang memerlukannya...Awasi keadaan ini benteras kegiatan sendiket pengemis ibu kota.

1 comment:

HannaNana Swift said...

heumm, tu la..sepatutnya diaorang carik alterntif lain untuk teruskan hidup..kan??kan??hehe