BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday 20 September 2012

BINGKISAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BAGI MENCARI KEDAMAIAN DI HATI:

(PHOTO HIASAN)

Asalammualaikum, sebelum aku menulis artikal ini lebih lanjut, aku memohon maaf sepuluh jari, jika cara aku menulis ini agak kurang senang untuk pembaca menerimanya. Bukan teguran, sekadar ingatan sesama umat manusia yang bernaung dibawah payung Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul kita dan pada Allah yang mengjadikan kita.

Saudara-saudara ku, sebenarnya setinggi mana darjat kita, secantik mana wajah kita, sekaya mana hidup kita, akhirnya kita akan sendirian di pusara yang sunyi sepi tanpa teman. Hanyalah amal ibadah jadi teman sejati kita.


Aku sebenarnya nak bercerita tentang indahnya solat itu. Untuk mendapatkan keindahan solat satu saja yang saya suka berkongsi pandangan pada semua iaitu " janganlah solat kerana mahukan pahala dari Allah .s.w.t" sebab pahala dan dosa itu bukan hak kita dan sukar di hitung gandanya kerana tiada dalam ilmu sains atau matametik. Jangan mengharapkan pahala sebaliknya kita kena bersyukur kerana dapat bersolat bagi mendekati diri pada-Nya


(Photo Hiasan)

Sebaliknya kita bersolat  untuk mendekatkan diri, mencari ketenangan, tempat kita mengadu domba segala tentang hidup kita seharian mahu pun sepanjang usia kita. Sewaktu kita selesai solat, jiwa kita akan merasakan ketengan yang abadi, rasanya jika kita ada masalah ketika itu, semacam selesai saja masalah kita. Juga ketika kita selesai bersolat kita belajarlah berterima kasih kepada-Nya tentang setiap apa yang kita telah perolehi antara yang amat berharga ialah "Nyawa kita" kerana kita masih lagi hidup dan terselamat dari segala mara bahaya. Rasanya kita sering lupa yang paling utama untuk kita bersyukur pada Allah.s.w.t ialah tentang nyawa kita masih belum lagi di ambil-Nya dan kita masih terus di izin untuk hidup di alam nyata ini.

Aku terpanggil menulis artikal ini tadi setelah selesai solat magrib, teringat aku akan kesilapan besar aku iaitu selama ini aku tidak pernah bersyukur tentang "nyawaku masih ada, kesihatanku masih bagus dan kebahagiaanku masih dapat ku nikmati", Selama ini aku asyik mengucap syukur kepada-Nya tentang hidupku, rezkiku dan kejayaanku...Masya-Allah...Baru aku sedar bertapa buruknya sikapku terhadap Allah s.w.t.


Saudara-saudara pembaca, ingatlah mulai sekarang ingin saya jelaskan bahawa asas utama kejayaan kita ialah dengan solat. Solat adalah tempat kita meletakan diri di sisi Allah untuk kita meminta kasih sayang-Nya. Apabila Allah sayangkan kita, pastinya segala yang kita hajati kebaikan akan kita perolehi. Jangan lupa, iaitu bahwa-sa-nya solat itu bukan untuk kita meminta pahala. Kerana tugas memberikan pahala itu adalah hak-Nya. Ingatlah kita belum tentu layak ke syurganya, bahkan janganlah kita minta diri kita dicampakan ke neraka. Ingatlah Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha segala-galanya, dan kita adalah hamba-Nya yang paling mulia di sisi-Nya. Janganlah kita sia-siakan kemuliaan kita itu. Amin...

No comments: