BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday, 2 May 2011

4 Asas Penjenamaan Gaya Trump

image 

4 Asas Penjenamaan Gaya Trump Berdasarkan permulaan jenama Trump ini. Kita dapat menyimpulkan beberapa perkara berkaitan asas penjenamaan. Antaranya:

1. Jenama perlu dibina seawal perniagaan dijalankan. Sungguh pun kita belum mempunyai peruntukkan kewangan untuk penjenamaan tetapi perancangan jangka panjang dan jangka pendek untuknya harus mula didrafkan secara kasar sekurang-kurangnya.

2. Pandangan individu-individu disekeliling juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan perniagaan. Ini kerana, mereka melihat dari sisi yang kita mungkin terlepas pandang.

3. Tahap kita bermula dan siapa diri kita bukanlah faktor terpenting yang akan menentukan kejayaan perniagaan yang kita jalankan.Kejayaan akan diperolehi dengan strategi-strategi yang betul dan bersesuaian.

4. Pada peringkat awal perniagaan.Tumpuan hanya kepada satu atau dua produk dan servis sahaja sudah memadai. Fokus akan lebih tajam dan keberhasilan akan berada pada tahap yang optimum dengan keuntungan.

Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua bahawa artikel di ruangan Minda Donald J Trump adalah bersiri. Iaitu ianya bersambung dari satu artikel ke artikel yang lain. Oleh itu adalah penting untuk pembaca mengikuti siri ini secara tersusun supaya mesej dan perkongsian yang terdapat dalam ruangan Minda Donald J Trump ini benar-benar berkesan. Kesimpulannya, langkah Trump membuka perniagaannya di Manhattan adalah keputusan yang tepat dalam mengasaskan empayar The Trump Organization dengan jenama yang berkuasa. Minggu hadapan. Eksklusif! Rahsia pakej pembinaan jenama Trump.Bagaimana Trump Tower membuka dimensi baru penjenamaan untuk The Trump Organization.

Sumber: http://www.majalahniaga.com

No comments: