BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Sunday 15 May 2011

8 Lokasi perlu AWAS penyimbah asid

image

Seorang lelaki yang wajahnya menyerupai imej lelaki buruan polis kerana disyaki terbabit dengan kes simbah cecair asid, tampil sukarela di Balai Polis Petaling Jaya. Dia bagaimanapun menafikan dirinya pelaku.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berkenaan tidak ditahan selepas keterangannya diambil. Kata Datuk Ku, lelaki berusia 25 tahun itu tampil di balai polis malam semalam selepas dinasihatkan abangnya. Ini kerana wajahnya menyerupai foto fit suspek yang diedarkan polis.Selepas meneliti keterangannya serta membuat semakan, polis mengesahkan dia tiada kaitan kerana mempunyai alibi.Setakat ini jumlah kes dilapor kekal 23.Dan sejak jumaat lalu, tiada kes baru . Polis memperhebat gerakan memburu suspek menyimbah asid yang menjadikan wanita di sekitar Lembah Klang sebagai sasarannya.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi rakan cop . 

video : Klik untuk video berita Peyimbah Asid sumber dari www.tv3.com.my 


image

No comments: