BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 23 March 2016

Temu Bual Saya Dengan Baduan Yang Akan Di Hukum Gantung Sampai Mati


Ini adalah temubual saya dengan seorang banduan, Budin,  bukan nama sebenar yang  telah dijatuhkan hukuman  gantung pada subuh 15/April/2010 atas kesalahan  terperangkap dalam penyeludupan dadah jenis sabu.

“Saya berkerja sebagai penghantar cepat barang (despect) sejak tiga tahun lalu. Seperti biasa saya bertugas dari satu syarikat ke satu syarikat menghantar barang atau surat seberapa cepat yang termampu. Dulu saya berkerja dengan salah satu syarikat di Shah Alam. Melalui pengalaman yang ada serta memiliki kenalan pelanggan yang ramai akhirnya saya berhenti kerja dan membuka syarikat penghantaran cepat di lembah klang.” Cerita Budin dalam wajah yang suggul.


“ Pada satu petang saya menerima panggilan dari seorang warga Negara Negria yang meminta saya menghantar barang  ke KLIA dengan segera. Katanya rakannya tertinggal bungkusan tersebut. Saya pun berjumpa dengan warga Negria tersebut  di Concord Hotel Jalan Ampang untuk mengambil bungkusan tersebut. Seperti biasa jika bungkusan hendak dihantar segera saya mengenakan upah rm100. Namun warga Negria tersebut member saya upah yang agak lumayan,  rm250. Pada mulanya saya teragak-agak juga untuk menerima upah yang sebegitu banyak namun atas desakan warga Negara Negria itu akhirnya saya terima. Dia memberikan saya nombor telepon kawannya yang akan menerima bungkusan tersebut lebih kurang seberat 5kg.” jelas budin lagi.

                                                                         Gambar Hiasan
“Sesampai saya di KLIA saya menghubungi orang yang bakal menerima bungkusan tersebut. Dia menyuruh saya meletakkan bungkusan tersebut di salah sebuah laci simpanan barang yang  berada di KLIA tersebut. Lelaki tersebut enggan berjumpa saya atas alasan dia sedang buang air besar. Dengan nombor laci dan nombor  kunci laci tersebut  saya terus membukanya dan meletakkan bungkusan yang saya bawa”. Cerita budin dengan linangan air mata.

“Belum pun sempat saya mengunci semula laci tersebut tiba-tiba bahu saya dipeggang oleh seseorang. Saya menoleh dan dengan segera seorang lelaki dari tiga yang lain memberitahu yang dia anggota polis cawangan anti dadah. Saya terkejut dan bertanya kenapa saya ditahan. Polis tersebut tidak menjelaskan apa tujuan sebenar saya di tahan dan hanya berkata “ ikut saya ke balai”. Polis merampas bungkusan yang tersimpan di laci.Saya dibawa ke balai berdekatan di KLIA dan di situ saya dijelaskan bahawa saya terlibat dalam pengedaran dadah.” Air mata budin menitik. Namun dia masih bersedia bercerita.

                                                                                            Gambar Hiasan

 “Saya cuba menjelaskan yang saya berniaga sebagai penghantar cepat  dan  tidak mengetahui tentang isi bungkusan yang saya hantar itu mengandungi dadah. Banyak kali saya cuba merayu agar saya dibebaskan dan bersedia berkerjasama dengan polis dalam membenteras jenayah ini. Namun cakap-cakap saya tidak di ambil kira oleh pihak berkuasa biarpun saya jelaskan yang saya tidak bersalah dan tahu tentang isi bungkusan tersebut. Jika saya tahu mana mungkin saya menjerat diri ke tali gantung.”

“Saya cuba memberitahu kepada polis siapa yang meminta saya menghantar bungkusan tersebut dan kepada siapa saya perlu menghantarnya. Malangnya nombor telepon kedua mereka gagal dihubungi dan saya tidak dapat membuktikannya pada pihak berkuasa. Atas beberapa desakan pihak berkuasa meminta saya mengaku bersalah kononnya saya akan dipertimbangkan dalam hukuman.” Jelas budin lagi.

                                                                                     Gambar Hiasan

“Malangnya pengakuan saya bersalah itu membawa padah, dirakam oleh pihak berkuasa dan dijadikan bahan bukti untuk membicarakan saya di makamah. Atas usaha ibu dan adik beradik serta  kaum keluarga saya, saya cuba membela diri menggunakan peguam.”

Budin di tahan di KLIA pada 12/March/ 2007 jam 5:35 petang.,dibawa ke mahkamah Kuala Lumpur untuk tuduhan, pada 16/March/2007 untuk tahan remand dan soal siasat, dibicarakan di mahkamah pada 22/March/2007 atas pertuduhan mengedar dadah, Budin tidak mengaku salah dan  ditahan di penjara Kajang pada 30/March/2007 tidak dibenarkan ikat  jamin sementara menunggu pembicaraan seterusnya pada 6/Ogos/2007.

“Lebih kurang 3 tahun saya terpenjara di penjara Kajang  dibicarakan kerana atas nasihat peguam saya diminta mengaku tidak bersalah.Selama 3 tahun itu saya dibawa berulang alik dari penjara ke mahkamah. Apapun nasib tidak menyebelahi saya dan akhirnya saya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Dan tarikh hukuman saya hampir tiba, hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.”

“ Pada pagi  2/April / 2010, peguam saya datang ke penjara Kajang bertemu dengan saya. Peguam saya memberitahu yang saya masih ada peluang untuk buat rayuan di mahkamah tinggi untuk dibicarakan semula atas kes penginayaan dan tersilap tuduhan. Hampir  5 tahun saya dibicarakan dan selama 8 tahun  tinggal di penjara sementara pembicaraan dan menunggu hukuman. Pada 12/12/2015 saya diminta untuk membela diri. Lebih kurang dua minggu selepas saya membela diri, saya dibawa semula ke mahkamah untuk mendengar keputusan. Akhirnya saya dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun berkuat kuasa pada tarikh saya di tangkap atas tuduhan berkerjasama pengedaran dadah. Pada 3/2/2016 saya telah dibebaskan dari penjara Kajang. Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana saya masih bernyawa. Allah Maha Berkuasa menentukan segala-galanya perjalanan hidup kita.” Ujar budin yang kini berehat daripada urusan perniaggannya. 

“Saya wajar di hukum penjara bukan kerana terlibat dengan  jenayah dadah tetapi kerana sikap saya yang tidak berhati-hati dan ini semua ada hikmahnya bukan untuk saya saja malah untuk sesiapa saja supaya berhati-hati didalam sebarang urusan sebagai orang tengah seperti saya, juga kepada semua rakan-rakan yang berkerja seperti  saya, berhati-hatilah. Periksa dahulu setiap apa yang kita mahu hantar, pastikan ia benar-benar barang yang tidak salah disisi undang-undang dan pastikan setiap barang yang hendak dihantar ada dokumen dan resit menerima bayaran kerana itu bahan bukti jika kita diberkas tanpa pengetahuan kita. Kesilapan saya ketika itu tidak menyediakan dokumen khas pengesahan dari pelanggan. Berhati-hatilah” pesanan Budin diakhir ceritanya.



http://jelita54.blogspot.com/p/produk.html


Copyrighted.com Registered & Protected 
8DEC-BECF-TM09-OYYE

Guests

No comments: