BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Sunday, 17 April 2016

Bukan empat malah ramai lagi memeluk agama Islam pada ceramah Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR: Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

 Ceramah Dr Zakir semalam yang dihadiri lebih 30,000 orang. - Gambar fail

 Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

 BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi  Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

 Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.

Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nai Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu 'ya' dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

 Grace sedang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik. - Gambar fail

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.
Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka esok.
petikan artikal: Bernama | Diterbitkan pada April 17, 2016 11:28 MYT

No comments: