BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 1 August 2011

Tasha Jadi Mayat Dalam Cerekarama Pangilan Kubur


Tasha Shilla bintang baru layar perak mengakui seronok berkongsi pengalaman berlakon bersama bintang veteran berbanding pelakon-pelakon muda.Pendapatnya, berlakon bersama pelakon veteran amat berbeda dari segi penghayatan dan secara langsung dia dapat ilmu dalam perkongsian pengalaman.
Jelas Tasha, tunjuk ajar daripada Datuk Jalaluddin Hassan yang melakonkan watak ayah dalam cerekarama Penggali Kubur, telah memberi peluang dia menimba pengalaman dan tip dunia lakonan.Natasha­sheila Abdul Razak, dalam usia 24, atau lebih senang dengan panggilan Tasha,berpendapat bahawa cerekarama itu memberinya impresi yang sukar untuk dilupakan.
Tasha amat mengagumi pelakon-pelakon veteran lain antaranya, Wan Hanafi Su yang sering menasihatinya agar menjadi pelakon yang jujur ketika dalam lakonan.

“Kerja sebagai pelakon kena ikhlas dan melakukan sesuatu dengan sepenuh hati,” kata Tasha, pesanan Wan Hanafi Su yang masih terngiang-ngiang.


Tasha,anak kelahiran Kuala Lumpur, kini menetap bersama keluarga di Taman Kosas, Ampang, Selangor mempunyai sokongan dan galakan dari keluarga.Lakonan Tasha kini boleh ditonton dalam drama bersiri Gemilang, yang sedang ditayangkan di TV3 dua minggu lalu.

Tasha,anak sulung dari tiga beradik ini melakonkan watak Cikgu Rohana di samping Kamal Adli yang memegang watak Cikgu Umar.
“Gemilang telah memberi saya satu kesempatan untuk memahami bagaimana rasanya kerjaya sebagai seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan kerenah dan masalah pelajar zaman ini.
Katanya lagi“Andainya ada tawaran melakonkan watak guru lagi, sudah pasti akan memudahkan saya menghayati watak ini dengan lebih baik,” Tasha seronok berlakon drama arahan Kabir Bhatia.
Tasha mula berlakon setahun lalu merasa gembira buat kali pertama beraksi di layar putih apabila membintangi filem Ratu The Movie yang ditayangkan di pawagam seluruh negara baru-baru ini.

“Tawaran berlakon filem ini sebenarnya menjadi pengalaman manis buat saya. Sebabnya ia menjadi langkah pertama saya membabitkan diri secara serius dalam dunia perfileman dan secara langsung sebagai anak seni,” jelasanya sambil melemparkan senyuman.
Tasha merupakan penuntut di MIM dalam jurusan penyiaran TV, juga mengemar dunia perniagaan terutama dalam bidang fesyen dan dia berkecimpung perniagan melalui internet.
“Saya sibuk berniaga baju secara online di Internet, sebenarnya. Alhamdulillah,setakat ini sambutannya sungguh menggalakkan,” ujarnya.Tasha juga berminat berlakon dalam teater dan sedang mencari peluang berlakon teater.
Ketika diajukan soal teman istimewanya,dia hanya tersenyum, enggan mendedahkan identiti siapa teman istimewanya, namun dia tidak keberatan untuk memberitahu tentang ciri-ciri pilihan hatinya, katanya cukup sekadar sedap mata memandang, bertanggung­jawab dan bukan daripada golongan anak seni.
Tasha kini dalam debaran menunggu jawapan uji bakat filem Oden, dulu dikenali sebagai Misteri Pulau Puaka.Dia aamat bersyukur kerana terpilih sebagai peneraju utama telemovie berjudul Mila Kejar Cinta terbitan RTM.

No comments: