BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday 19 March 2020

Sajat Kena Waran Tangkap


Malang menimpa usahawan kosmetik Nur Sajat apabila Majistret Shah Alam semalam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Waran dikeluarkan selepas Sajat, nama sebenar Muhammad Sajad Kamaruzzaman, 35, tidak hadir tanpa alasan atas pendakwaan 11 pertuduhan memiliki produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah,” kata sumber seperti dilapor Harian Metro.

“Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Selangor.”

Sajat didakwa bawah Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.


Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Dilaporkan pada 15 Ogos lalu, pihak CPF melakukan pemeriksaan di premis milik pelakon Ophilia di sini.

Semakan mendapati syarikat tersebut memiliki produk tidak berdaftar dengan KKM. Semua produk yang tidak dinyatakan itu kemudian dirampas.


Jumaat, 13 Mac 2020 10:48 AM MYT

OLEH ALIFF FIKRI AZIZ

No comments: