BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 20 August 2012

BUSUT JADIAN PUNYA BESI KUNING MILIK ISTANA JIN DI BAWAH RUMAH

Sesuatu keajaiban milik tuhan berlaku tidak di sangka-sangka. Kisah ini tentang busut tunggal yang tumbuh membesar sejak tahunn 2010 dibawah rumah milik arwah Haji Bohari bin Midah, di kampung Batang Duku, Benut, daerah Pontian, Johor.
Ketika saya menjejaki ketangga rumah ini di hari hari raya dua, saya di beritahu oleh En Ahmad Omar tentang kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ini. Saya dimaklumkan rumah ini dahulunya di bina oleh En Ahmad Omar di sebuah tapak tanah gambut yang memang tidak pernah ada sebarang busut. Rumah ini telah dibina pada tahun 1976.
"Saya yang buat rumah ini dulu. Memang tak ada langsung busut tumbuh di sekitar keluasan tanah yang lebih kurang 1 ekar." Jelas En. Ahmad Omar lagi.
"Saya pelik bila saya datang ke rumah ni tahun ni mendapati ada busut tumbuh di bawah rumah." Ujar En.Ahmad Omar yang tinggal di kg.Majide Johor Bahru, Johor. Berusia 65 tahun.
 (En. Ahmad Omar)

Saya cuba bertanya dengan cucu kepada arwah Haji Bohari bin Midah, en. Sarkan berusia 47 tahun sebagai penghuni rumah ini sejak kecil lagi tentang kejadian anih ini: " Suatu malam ketika itu berlakunya hujan ribut serta petir dan kilat sabung menyabung telah berlaku. Saya tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang berlakunya pokok tumbang." Cerita En.Wahab.
Dilihat dari dekat busut ini memang tidak menampakan dibuat oleh anai-anai. Ianya amat kukuh susah diketuk atau di bongkar dengan alat seperti cangkul.

"Setelah hujan reda, renyai-renyai, petir dan kilat serta ribut kencang tiada lagi, saya dapat melelapkan mata.Kerisauan tidak lagi menggangu fikiran saya. Malam itu saya bermimpi ada seorang lelaki berjubah hijau meminta izin untuk membina istana di bawah rumahnya. Saya tidak bertanya apa-apa dengan lelaki berjubah hijau itu, hanya mengangguk tanda setuju." Cerita En. Wahab lagi.

Dilihat dari struktu binaan berperingkat busut ini sudah mencecah ke lantai rumah tersebut.
" Sewaktu lelaki itu hendak meninggalkan En. Wahab di dalam mimpinya ada memberitahu bahawan di atas busut itu ada besi berwarna kuning dan meminta En. Wahab mengambilnya sebagai hadiah lelaki berjubah hijau itu kepada En. Wahab." sambung En.Wahab lagi.

Besi kuning itu dikatakan mempunyai satu keajaiban untuk diguna sebagai perubatan tradisional, namun En. Wahab tidak berminat untuk menggunakan besi itu sebagai seorang bomoh. Dia hanya menyimpannya sahaja.

"Saya tersedar dari mimpi itu dan melihat jam di dinding rumah sudah jam 1.30 pagi. Namun saya tidak memperdulikan mimpi saya itu dan terus menyambung tidurnya." jelas En. Wahab.

Pada keesokan harinya En. Wahab telah turun melihat sama ada apa yang dia bermimpi itu menjadi kenyataan. Dia amat terperanjat apabila busut setinggi hampir 2 kaki tiba-tiba tumbuh di bawah rumahnya.
"Saya tergamam apabila mendapati ada busut di bawah rumah saya, lantas memanggil isteri saya untuk melihat bersama perkara pelik itu." sambung En. Wahab lagi.

En. Wahab juga mendapati ada bungkusan kuning sebesar 3 inci panjang, lebar 1 inci ada di atas busut itu. Dengan hati sedikit berani dan gementar En. Wahab mengambil bungkusan kuning itu dan membukanya. En. Wahab amat terperanjat apabila mendapati bungkusan itu mengandungi besi kuning seperti keemas-emasan. Kejadian itu disaksikan oleh isterinya sendiri. Lantas dia membukus semula besi itu dan terus menyimpannya.
(photo hiasan besi kuning)

Pada malam esoknya dia bermimpi lagi didatangi oleh lelaki berjubang hijau dan seorang gadis cantik berbaju putih memakai purdah. Lelaki itu senyum pada En. Wahab sambil memberi salam. Lelaki itu berpesan agar menyimpan besi itu dan tidak boleh ditunjuk kepada sesiapa pun kecuali jika perlu untuk mengubati pesakit yang amat memerlukan rawatan. Sehinggal kini En. Wahab belum lagi mengubati sesiapa pun yang sakit kerana belum ada sebarang orang datang meminta pertolongannya. Saya cuba mendapatkan gambaran bungkusan besi kuning itu namun En. Wahab tidak berani untuk menunjukkannya kepada saya kerana dia telah diamanahkan oleh lelaki berjubah hijau itu untuk tidak menunjukkan kepada sesiapa pun.

Saya juga cuba untuk merakamkan photo En. Wahab namun dia tidak berminat. Apapun semua ini kehendak Allah. Di dunia ini bukan sahaja di uni oleh manusia, malah ianya turut di huni golongan jin, syaitan dan iblis disamping haiwan dan serangga. Wallahhualammisawab...

(Iklan Berbayar)
dvergin  produk pulih dara, http://mybusinessonline4u.blogspot.com/

No comments: