BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday, 5 March 2012

Keajaiban Cinta

video

Lagu ini Ciptaan: Sutera Kasih dan Wanie
Lirik: Sutera Kasih
Artis: Wanie sendiri 

Selingkar kisah tentang lagu
 Keajaiban Cinta...
Senja hampir berlabuh melerai siang untuk terbitnya malam,.Iman dan Iza menghabiskan waktu pertemuan bersama deruan ombak membelai ke pantai. Masa amat cemburu dengan pertemuan mereka. Tibalah masa untuk Iza meninggalkan Iman.Ketika langkah kaki Iza berlalu pergi, ketika itu Iman...menyapa Iza... Tersekat langkah kaki Iza bila mendengar suara Iman...
"Iza... Sebelum langkah kau semakin jauh, aku ingin berterus terang pada kau"
Iza menoleh memandang tepat kewajah Iman, dia berpatah balik mendekati Iman. Mata
bertentang mata namun bibir terkaku lesu. Hanya hati saling berbicara resah menanti apa yang sebenarnya akan terungkap seribu jawapan persoalan masing-masing.
"Iza... aku tahu yang kau sudah berpunya...Dan aku tahu yang engkau menyayangi dia.Dan aku tahu itu pilihan kau..."
Iza diam tunduk...
"Iman..apa sebenarnya yang nak kau luahkan? Luahkan isi hati kau.Silakan aku sedia
mendengarnya"
Iman membisu seketika.......
"Iza aku harap kau bahagia dengannya..."
"Iman, cakaplah apa sebenarnya..."
"Tak ada yang istimewa sebenarnya untuk aku jelaskan pada kau"
Iza menarik nafas mengeluh..........
"Iman, kenapa ni, cakaplah...Aku pun ada sesuatu nak cakap pada kau..."
"Apa dia Iza?"
"Kau cakap dulu... baru aku cakap"
Iman diam.....
"Iman...nak aku paksa kau untuk bercakap..terus terang dengan aku?"
"Paksa? Maksud kau?"
"Mudah saja....."
"Macam mana?"
"Kau tak nak cakapkan depan aku, jadi untuk apa aku menuggu macam ni.Izinkan aku pergi.."
"Jangan Iza, berikan aku sedikit kesempatan.."
"Ok aku tunggu..."
"Aku malulah........"
"Malu? Kau bukan malu tapi kau ego, sebenarnya."
"Ok aku cakap sekarang..."
"Iza... Aku sebenarnya tak nak kehilangan kau...Aku tak mampu hidup tanpa kau."
"Iman, kan aku selalu di sisi kau,menemani kau"
"Thank Iza...."
"Oklah aku pulang dulu..." Iza kembali melangkah meninggalkan Iman.
"Iza tadi kau kata ada sesuatu nak cakap? kenapa tak cakap?"
"Iman, tak ada apa-apa sebenarnya, cuma itulah cara aku nak paksa kau bercakap tadi" Izan tersenyum...Iman termangu-mangu pelik.Dia tahu yang dia terperangkap dengan elah Iza.
"Iza...nanti dulu.."
Iza terhenti lagi langkahnya.
"Iman aku harus pulang segera, dah senja ni...Nanti mak aku marah. Apa lagi yang kau nak cakap?"
"Tak ada apa-apa...Cuma ini lagu baru aku, ini liriknya...Untuk kau...Aku cipta lagu ni untuk kau. Dalam lagu tu, itulah sebenarnya aku."
Iman menghulurkan sekeping CD dan sehelai kertas putih terkalam patah-patah perkataan di atas kertas itu.
"Keajaiban Cinta?" Iza membaca tajuk lagu itu.........
Langkahnya berlalu pergi meninggalakan susuk tubuh Iman yang semakin lama kelam diliputi kegelapan senja menerjah malam.. Bayang Iza juga sudah tiada dan Iza pergi dalam kepekatan hitam senja menjurus peredaran waktu, apabila siang digantikan malam...

Cerpin hasil pena / idea bersama: Sutera Kasih./ Wanie..
5/3/2012 1.25pm

No comments: