BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 8 June 2011

Kerana Mulut Badan Binasa

Kekadang kita tidak sedar bahawa mulut kita ini tak lari dari mengeluarkan perkatan celupar, mengumpat, mencaci dan menghina orang lain. Ada bidalan berkata: "kerana pullut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
Terdapat sesetengah blogger hari ini bukan menggunakan blog atau forum sebagai tempat untuk melahirkan idea2 bernas, atau mendidik dan mempelajari perkara2 baru sebaiknya lebih kepada menuding jari mencari kesilapan orang lain.
Kalau beri komen pula tak berani muncul dengan wajah sebenar atau nama sebenar. Komen selalunya menghina mengutuk. contoh yang tepat mereka2 yang keluar dengan nick name "Anonnymous" kemudian lepas tangan tak berani berdepan.
Kalau di forum pula kerja sesetengah blogger pantang tengok orang buat silap sikit, bukan nak beri pandangan sebaliknya melemparkan kutukan. Apa sebenarnya blogger macam ni hendak dalam hidupnya? Rasa puas hati ke bila mengutuk orang lain? Sedangkan dirinya pun tak sempurna.
Cubalah berhemah sedikit kalaupun rasa kurang selesa dengan apa yang orang lain tulis jika nak menegur. Kalau rasa hebat sangat lahirkan idea menarik tunjuk kehebatan dan kejayaan.Baru orang angkat tangan. Ini tak kerjanya patang tengok orang lain senang sikit, padahal orang tu tak pernah sentuh peribadi dia. Baidp sungguh blogger macam ni. Lebih baik jangan jadi penulis blog kalau rasa nak mencari kesilapan orang lain dengan mencemuh bukan memberikan pandangan.
Ingatlah, akhirnya orang benci dengan blogger macam ni. Waktu tu barulah sedar yangdia dibenci dan tersisih dari masyarakat.
Ada yang menghina kononnya blogger suka ciplak idea orang, bukan seorang dua yang suka menyalin entri atau artikal orang lain, ramai sebenarnya. Malah ia dijadikan bahan mudah untuk menarik kemasukan visitor. Ada kalanya sesetengah pembaca terlepas pandang artikal sebelumnya dan ada yang tak tahu pun ada artikal berkaintan, jadi secara tak langsung kita telah memanjangkan maklumat asal kepada pembaca baru.
Malah kalau diambil kira copy paste ni memang satu idea mudah untuk berblogging. Tak tahulah ada sesetengah blogger tak pernah dengar perkataan copy paste dalam blog atau website.
Aku sekadar menyampaikan yang man terpintas pandangan, sama ada berhasil atau betul maklumat yang diberikan bukan hak aku. Jadi jangan menghukum orang yang tidak bersalah kerana nak glamour mencaci.

No comments: