BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday, 4 April 2017

10 Tip untuk berjaya dalam busines online




10 Tip untuk berjaya dalam busines online yang saya amalkan dan ingin saya kongsi bersama anda semua:-
1- Jujur dalam perniagaan

2-Jangan selindung tentang harga ketika promot produk yg kita jual. Ikut cara rasulullah berniaga yg sentiasa meletak harga untuk pengetahuan pengguna.

3-Jangan takut persaingan dan mainan harga dari pihak lain. Jika kita sering berkata rezki itu dari Allah mengapa kita tidak yakin? Jika kita di pihak yg jujur Allah sentiasa beri kita rezeki.

4- Jangan kecam pelanggan atau menyindir pelanggan di laman sosial ini menunjukkan sikap anda sebagai peniaga yg buruk. Hak pelanggan ialah bertanya, tawar menawar harga dan keinginannya.

5- Mana kala hak peniaga ialah barang, kualiti dan harga yg berpatutan.

6- Jangan lengah-lengahkan penghantaran , memberi maklumat penghantaran ( tracking no / jenis khidmat penghantaran) jika ada masalah segera maklumkan pada pembeli.

7- Perbanyakan produk untuk dijual sama ada cara stok atau sistem dropship. Dengan cara ini ianya meningkatkan pendapatan. Jika cara pesanan pengguna melalui whatssAp /IG/ wechat jangan sesekali menulis dengan secara perkataan singkat contohnya :- bayar (byr) ini bukan mudah sebenarnya ini menunjukkan sikap kita sebagai peniaga yg tiada kualiti. Kefahaman pelanggan itu penting.

8- Sebelum menjual apa juga produk secara iklan di laman sosial pastikan ada mempunyai maklumat dan asa tentang produk secara betul mengikut apa yg pihak pengeluar telah sediakan. Pelajari tentang produk yg anda jual.

9- sediakan sebuah buku log pelanggan tulis perkara- perkara berikut:-
a) nama / alamat / no telepon setiap pelanggan sama ada pelanggan itu sudah membeli atau belum membeli.

b) dapatkan nama setiap pelanggan yg baru bertanya dan tulis dalam buku log pelanggan. Jangan ambil kira tentang mereka baru bertanya atau sudah memesan. Dengan cara ini anda telah mengumpul jumlah pelanggan anda dan dengan mudah untuk anda mengiklankan kepada mereka jika anda ada produk baru. Juga dengan cara ini anda boleh menawarkan jualan ulangan ( reapet sale).


c- Adakan masa antara 1-2 jam untuk bertanya kabar kepada pelanggan yg telah membeli produk yg anda jual. ( khidmat pelanggan). cara ini mengeratkan hubungan anda dengan pelanggan anda.


10- Berbudi bahasalah ketika menjawab pertanyaan pelanggan. Berbicaralah dengan perkataan- perkataan yg baik baik. Seperti jika pelanggan itu beragama islam gunakan perkataan perkataan seperti : memberi salam / membalas salam, Alhamdulullah / insha-Allah / terima kasih / Saya jual / dan lain lain. Pujilah pelanggan anda dengan perkataan yg membuat mereka suka.

Sebenarnya banyak lagi tip yg kita boleh guna untuk berjaya dalam busines online. Saya adalah salah seorang peniaga online dan off line. Saya berjaya menawan hati pelanggan saya hanya dengan tip tip yg saya kongsikan bersama anda ini.

Tambahan kejayaan adalah penting banyakan beriklan. Anda belajar buat website / blog / group laman sosial seperti face book/ twetter / IG / wechat / whatssAp. Insha Allah anda jadi usahawan global yg berjaya.

PERCAYAKAH REZEKI DATANG BERGOLEK?
Ketika kita tidur / ketika kita makan / ketika kita berkerja / ketika kita sedang berhibur bersama famili / ketika kita duduk bersembang di restoran bersama sama kawan.

INGAT PESAN INI CARILAH KAWAN, JANGAN CARI MUSUH. JANGAN LUPA BERSEDEKAH JIKA TAK CUKUP NISAB PENDAPATAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT. Bahawa sa nya suku bahagian rezki kita itu adalah untuk mereka-mereka yang memerlukannya.
Pada anda yang tiada modal memulakan perniagaan online bermulalah sebagai dropship. Terdapat banyak pengeluar produk yang menawarkan peluang perniagaan secara dropship. Hubungi mereka dan pelajari caranya.

Jika anda inginkan bimbingan dari saya hubungi saya di 018 787 0287
Teks ini saya sediakan untuk anda dari rahsia yang saya amalkan untuk kejayaan saya dalam dunia perniaggan online.
Terima kasih kerana membaca / kongsikan di facebook anda. Assalammualaikum

dari saya Sutera Kasih

No comments: