Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh baby waldan baru 5 bulan, takkan dah nak ada adik? huhuhu..jgn lagi...
Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu
belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan
dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi
mereka. Jom urut baby kita hari-hari. Mesti mereka gembira
Semoga bermanfaat.
Fuhh,terasa lega rasanya hati ni...
Semoga bermanfaat.
Fuhh,terasa lega rasanya hati ni...
No comments:
Post a Comment