BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 22 February 2012

Janda pun apa salahnya

SAYA tersenyum apabila membaca cerita Rozita Che Wan lebih cenderung memilih lelaki bujang yang muda sebagai calon suami. Ya... Rozita sekarang berumur 38 tahun. Sebenarnya usia itu taklah tua sangat pun.

Kata Rozita dia tak percaya kepada lelaki-lelaki berusia kerana mereka suka mengongkong. Lelaki yang berusia juga menurut Rozita tak “gentleman” sebab tak berani meluahkan perasaan suka kepadanya.

Jawapannya senang saja. Lelaki yang lebih tua sebenarnya bukan tak “gentleman” dan bukan tak berani tetapi akal mereka lebih panjang berbanding lelaki-lelaki muda.

Lelaki berusia akan berfikir 10 kali untuk mengurat Rozita kerana kebanyakan mereka sudah berumah tangga.

Kalau mereka mahu berkahwin dengan Rozita, Rozita kena bersedia untuk menjadi yang nombor dua atau nombor tiga dan bersedia juga untuk kena tarik rambut.

Saya percaya, lelaki yang sudah berusia romantiknya lebih dahsyat daripada anak-anak muda atau dalam istilah hiburan dipanggil “anak ikan”.

Kalau tak percaya tanyalah pelakon Zizie Ezette bagaimana romantiknya Datuk Bung Mokhtar dengannya.

Dan kalau nak tahu bagaimana risikonya percintaan lelaki muda, tanyalah juga dengan pelakon Rosnah Mat Aris yang berhadapan dengan macam-macam ujian sebelum ini tetapi syukurlah, rumah tangganya bahagia sampai sekarang.

Faktor muda atau tua bukanlah penentu kepada keupayaan seseorang itu untuk bergelar pasangan yang baik sebaliknya kepercayaan dan kasih sayang yang luhur amat penting.

Saya faham isi hati Rozita yang sedang mencari kasih sayang sebenar selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.

Tapi persoalannya sekarang adakah lelaki muda yang sedang Rozita kenali sekarang ini mampu memenuhi impian Rozita?

Apatah lagi kalau lelaki muda yang kerjayanya tidak begitu stabil, tentu sekali ia akan menimbulkan banyak masalah kepada Rozita.

Apa-apa pun saya percaya hari ini lelaki-lelaki muda atau “anak-anak ikan” di luar sana tersenyum gembira dengan pendirian Rozita itu.

Dan saya juga percaya tak mustahil lepas ni kalau Rozita berjalan di Bukit Bintang, ada orang akan berebut-rebut nak pelawa Rozita naik motor RXZ mereka.

NIEZAM: Janda pun apa salahnya...
petikan dari  mStar Online 22/02/12

No comments: