BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 22 February 2012

Janda pun apa salahnya

SAYA tersenyum apabila membaca cerita Rozita Che Wan lebih cenderung memilih lelaki bujang yang muda sebagai calon suami. Ya... Rozita sekarang berumur 38 tahun. Sebenarnya usia itu taklah tua sangat pun.

Kata Rozita dia tak percaya kepada lelaki-lelaki berusia kerana mereka suka mengongkong. Lelaki yang berusia juga menurut Rozita tak “gentleman” sebab tak berani meluahkan perasaan suka kepadanya.

Jawapannya senang saja. Lelaki yang lebih tua sebenarnya bukan tak “gentleman” dan bukan tak berani tetapi akal mereka lebih panjang berbanding lelaki-lelaki muda.

Lelaki berusia akan berfikir 10 kali untuk mengurat Rozita kerana kebanyakan mereka sudah berumah tangga.

Kalau mereka mahu berkahwin dengan Rozita, Rozita kena bersedia untuk menjadi yang nombor dua atau nombor tiga dan bersedia juga untuk kena tarik rambut.

Saya percaya, lelaki yang sudah berusia romantiknya lebih dahsyat daripada anak-anak muda atau dalam istilah hiburan dipanggil “anak ikan”.

Kalau tak percaya tanyalah pelakon Zizie Ezette bagaimana romantiknya Datuk Bung Mokhtar dengannya.

Dan kalau nak tahu bagaimana risikonya percintaan lelaki muda, tanyalah juga dengan pelakon Rosnah Mat Aris yang berhadapan dengan macam-macam ujian sebelum ini tetapi syukurlah, rumah tangganya bahagia sampai sekarang.

Faktor muda atau tua bukanlah penentu kepada keupayaan seseorang itu untuk bergelar pasangan yang baik sebaliknya kepercayaan dan kasih sayang yang luhur amat penting.

Saya faham isi hati Rozita yang sedang mencari kasih sayang sebenar selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.

Tapi persoalannya sekarang adakah lelaki muda yang sedang Rozita kenali sekarang ini mampu memenuhi impian Rozita?

Apatah lagi kalau lelaki muda yang kerjayanya tidak begitu stabil, tentu sekali ia akan menimbulkan banyak masalah kepada Rozita.

Apa-apa pun saya percaya hari ini lelaki-lelaki muda atau “anak-anak ikan” di luar sana tersenyum gembira dengan pendirian Rozita itu.

Dan saya juga percaya tak mustahil lepas ni kalau Rozita berjalan di Bukit Bintang, ada orang akan berebut-rebut nak pelawa Rozita naik motor RXZ mereka.

NIEZAM: Janda pun apa salahnya...
petikan dari  mStar Online 22/02/12

Sunday 12 February 2012

Dalam Fail Mahkamah Hati

Muzik hari ini tiada gelombang yang nyata ke mana arahnya. Ternyata komposer yang hebat-hebat hari ini sudah hilang idea, akibat budaya muzik yang lebih cenderong kepada kehendak hati artis. Era rock, 60an,70an sudah lenyap tidak kira untuk seketika mahupun hampir pupus.Dimana muzik budaya seperti gazal, joget, inang, endang, zapin dan manakah era muzik 50an lagi....
Dalam Fail Mahkamah Hati:

Idea-idea baru sudah mendahului masa, muzik sudah tidak ada arah ketentuan menampilkan imaj yang muzik itu seni. Muzik hari ini sudah melenyapkan konsep budaya.Jika kita lihat budaya industan, walaupun dicorak dengan muzik rock, mereka masih tetap tampil dengan imaj industannya. Begitu juga jepun, Korea dan tidak hairanlah muzik arab walaupun kita sering menganggap muzik arab merupakan muzik padang pasir, yang dikatakan muzik kuno, atau muzik tamadun, namun adanya penyerapan muzik moden masih tetap unggul budaya muzik arab.

Apakah Malaysia tidak mampan untuk melahirkan komposer yang muzik adunan antara lama dan baru dan tradisional dengan adunan budaya barat? Misalnya gazal diadun dengan muzik rock, atau budaya joget juga di adun dengan seni muzik baru sama ada joget rock, joget pop?

Jelasnya kita, terutama komposer2 hari ini seolah-olah terlupa bertapa seni itu penting terutama jika muzik milik unsur2 budaya tetap dijadikan asas untuk memertabatkan keutuhan sesuatu budaya bangsa di Malaysia ini...

Apakah akan berakhir segalanya? dan kita semua kemercu hidup yang akan abadi tanpa satu budaya tersendiri andainya apa yang kita pusakai selama ini gagal dikekalkan....

"Aku bukan komposer, aku hanya serangga yang terbang mencari madu walau madu itu ada racun berbisa...."

(dari ku bicara hati sutera kasih 12.36am 13hb/02/2012)