Pada pengumuman Apple semalam mereka telah mengumumkan iPhone generasi
ke-enam mereka iaitu iPhone 6 dan juga versi phablet untuknya iaitu
iPhone 6 Plus. Peranti terbaru mereka turut membawakan perubahan kepada
model lain, selain akan disertakan iOS8 bersama-samanya. Sekiranya anda
pengguna iPhone yang lama atau anda bercadang untuk mendapatkan iPhone
terbaru ini, berikut merupakan perubahan yang dibawakan berbanding
iPhone versi terdahulu.
240 Frame Per Second untuk video gerak perlahan
Sekiranya anda seorang yang suka merakam video menggunakan telefon
pintar anda, fungsi ini sudah tentu menarik minat anda dalam
menghasilkan video gerak perlahan. Dengan resolusi video setinggi 1080p,
anda boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second yang akan menampakkan lebih perincian terhadap video tersebut.
Optical Image Stabilization pada iPhone 6 Plus
Satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna
yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa adalah
penstabil optikal pada iPhone 6 Plus. Berbanding iPhone 5S dan iPhone 6
yang menggunakan penstabil berdasarkan perisian, kamera yang dibawakan
iPhone 6 Plus mempunyai penstabil yang membantu menstabilkan rakaman
oleh pengguna.
Cip Apple A8 dan M8 Motion Co-processor
Cip pemprosesan terbaru dari Apple ini merupakan kemaskini kepada A7
dan mempunyai empat teras. Berbanding cip pemprosesan yang lama iaitu
A7, cip ini dikatakan hanya memerlukan 50% kuasa sekaligus menjimatkan
bateri meskipun perlu menjana kualiti grafik yang tinggi. Apple juga
mengatakan cip terbaru ini 25% lebih laju untuk pemprosesan manakala
kualiti grafiknya 50% lebih baik berbanding A7. Melalui demonstrasi oleh
pembangun permainan semalam, ia dikatakan mampu menjana sehingga 100
model dengan animasi pada sesuatu masa. Bagi anda yang inginkan iPhone
untuk tujuan permainan video, sudah tentu iPhone 6 mampu menampung nafsu
anda. (baca info seterusnya dibawah)
Sekiranya anda seorang yang membawa telefon bimbit anda untuk
mengesan kecergasan anda ataupun menyangkutkan ia pada penyangga di
basikal bagi mengesan aktiviti anda, dengan M8 Motion Co-processor
merupakan cip kedua pada iPhone generasi ke-enam dan membantu anda
menyukat segala data ini. Perkara ini sekaligus mengurangkan kegunaan
bateri kerana cip ini sentiasa aktif dan boleh mengira bilangan tangga
serta tekanan udara melalui barometer.
Paparan lebih besar dan Paparan Retina HD untuk iPhone 6 Plus
Buat pertama kalinya paparan iPhone dilebarkan berbanding
dipanjangkan. Paparan iPhone generasi ke-6 membawakan paparan Retina
HD. Paparan iPhone 6 adalah sebesar 4.7 inci dengan 1334 x 750 pixel dan
paparan iPhone 6 Plus pula membawakanskrin 5.5 inci HD penuh 1080p
(1920 x 1080). Sekiranya anda berkira-kira untuk mempunyai iPad Mini
namun mahukan fungsi telefoni, iPhone 6 Plus semestinya pilihan yang
memenuhi kehendak anda.
Pada hemat saya juga, semasa saya menggunakan iPhone 5, tidak banyak
peranti besar melainkan kelas phablet dan saya tidak sukakan phablet.
Namun apabila pasaran peranti dengan skrin bersaiz 5 inci makin banyak
dan saya mencuba peranti seperti Asus Zenfone 5 dan Oppo N1, saya kini
merasakan iPhone 5 saya kecil. Pembesaran saiz baru ini semestinya turut
ditunggu-tunggu peminat peranti iPhone.
Sokongan pembayaran Apple Pay
Google Wallet telah diperkenalkan sejak dari 2011 akan tetapi sejauh
manakah impaknya pada hari ini? Itu menyebabkan Apple tampil dengan
Apple Pay yang dilihat lebih praktikal digunakan bersama teknologi NFC
dan Touch ID. Menggunakannya, pengguna boleh membuat pembayaran dengan
mudah selain mana pihak Apple mengatakan ia lebih selamat berbanding
penggunaan dompet biasa seperti hari ini. Menurut Apple, ia bakal
disokong oleh sejumlah besar gedung-gedung ternama (seperti di Amerika
Syarikat) dan bakal diperluaskan ke negara-negara lain pada masa akan
datang.
Kuasa bateri yang lebih baik
iPhone generasi ke-enam turut membawakan kapasiti bateri yang lebih
besar dan membawakan peningkatan hayat bateri yang lebih lama berbanding
sebelumnya. Menurut Apple, iPhone 6 mampu bertahan sehingga 11 jam
untuk pelayaran web melalui WiFi dan juga tontotan video melalui peranti
ini. Pada penggunaan muzik pula, iPhone 6 memberikan ekstra 10 jam
tambahan berbanding iPhone 5s, menjadikan ia mampu bertahan selama 50
jam untuk kebolehan dalam memainkan audio.
Peningkatan pada jangka hayat bateri iPhone turut dipertingkatkan
pada iPhone 6 Plus yang mana mampu bertahan sehingga 12 jam untuk
pelayaran web melalui WiFi. Dari segi kebolehan multimedia, iPhone 6
Plus dilihat bertahan lebih lama yang ia mana mampu memainkan muzik
selama 80 jam dan video selama 14 jam.
Penutup
Dari segi spesifikasi, Apple dilihat tidak berminat untuk bertanding
dalam ‘specification war’ dan iPhone 6 tidak sepatutnya dibandingkan
dengan peranti selain iOS. Ia suatu yang tidak adil atas kerana cara
sistem operasi iOS adalah berbeza, terutamanya dari segi penggunaan
memori. Bagi saya, orang yang membandingkan iPhone dan telefon Android
sebenarnya orang yang dibutakan dengan spesifikasi, berbanding melihat
kelebihan pada pengoptimasian sistem operasi, kekuatan ekosistem, dan
nilai eksklusiviti aplikasi iOS. Sekiranya anda seorang yang gilakan
spesifikasi, iPhone (tidak kira generasi dulu, kini, dan selamanya)
adalah bukan untuk orang seperti anda.
Kekuatan iPhone adalah terletak di aplikasinya, yang mana ia menawarkan user interface dan user experience
(UI/UX) yang terbaik dalam mana-mana sistem operasi mudah-alih. Perkara
ini boleh dilihat sendiri melalui aplikasi Facebook Paper dan Opera
Coast yang hadir dengan grafik dan animasi yang intuitif dan saya yakin,
kedua-dua aplikasi ini tidak akan berada di platform Android. iOS juga
mempunyai beberapa aplikasi yang eksklusif seperti Mextures, Tangent,
LoryStripes, dan Exbel yang menawarkan fungsi pengeditan gambar yang superior
yang mana ia tidak akan dapat pada mana-mana sistem operasi lain. Satu
lagi contoh aplikasi lain yang bakal membuka mata anda dengan iOS, cari
dan muat-turun aplikasi Matter di App Store.
Satu perkara yang menjadi sebab ramai memilih iPhone adalah kekuatan
kameranya. Saya tekankan bahawa megapiksel adalah bukan segala-segalanya
tapi yang penting adalah teknologi lensa disebalik kamera peranti
daripada Apple ini. Sebelum saya memakai iPhone, saya sendiri berasa
cemburu melihat rakan-rakan saya yang mempunyai iPhone di Instagram yang
mana gambar-gambar yang di hantar oleh mereka sangat tajam dari segi detail
serta mempunyai kawalan warna yang sangat terang pada gambar yang
diambil. Perkara ini dijayakan dengan sensor daripada Sony seperti Sony
IMX145 yang mula digunakan sejak dari zaman iPhone 4s. Ia menawarkan
kesan depth-of-field yang cemerlang pada peranti sekelasnya, sekaligus menawarkan hasil output yang terang dan sharp melalui penggunaan kamera daripada peranti ini.
Rata-rata pengguna setia iPhone juga amat berpuas hati dengan telefon
mereka kerana ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga empat tahun
lamanya. Kemaskini adalah suatu yang sangat penting bagi iPhone kerana
ia bergerak seiring dengan penggunaan API yang dikeluarkan setiap kali
pelancaran iOS versi baru. Perkara inilah menyebabkan mengapa ada
sesetengah aplikasi di iPhone mempunyai lebihan fungsi berbanding
aplikasi yang sama di platform-platform lain. Satu lagi menjadi kesukaan
pengguna, kebanyakan aplikasi akan tiba di platform iOS terlebih dahulu
berbanding di platform lain, seperti contoh aplikasi Hyperlapse
daripada Instagram baru-baru ini.
Satu perkara yang menjadi sebab ramai memilih iPhone adalah kekuatan
kameranya. Saya tekankan bahawa megapiksel adalah bukan segala-segalanya
tapi yang penting adalah teknologi lensa disebalik kamera peranti
daripada Apple ini. Sebelum saya memakai iPhone, saya sendiri berasa
cemburu melihat rakan-rakan saya yang mempunyai iPhone di Instagram yang
mana gambar-gambar yang di hantar oleh mereka sangat tajam dari segi detail
serta mempunyai kawalan warna yang sangat terang pada gambar yang
diambil. Perkara ini dijayakan dengan sensor daripada Sony seperti Sony
IMX145 yang mula digunakan sejak dari zaman iPhone 4s. Ia menawarkan
kesan depth-of-field yang cemerlang pada peranti sekelasnya, sekaligus menawarkan hasil output yang terang dan sharp melalui penggunaan kamera daripada peranti ini.
Rata-rata pengguna setia iPhone juga amat berpuas hati dengan telefon
mereka kerana ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga empat tahun
lamanya. Kemaskini adalah suatu yang sangat penting bagi iPhone kerana
ia bergerak seiring dengan penggunaan API yang dikeluarkan setiap kali
pelancaran iOS versi baru. Perkara inilah menyebabkan mengapa ada
sesetengah aplikasi di iPhone mempunyai lebihan fungsi berbanding
aplikasi yang sama di platform-platform lain. Satu lagi menjadi kesukaan
pengguna, kebanyakan aplikasi akan tiba di platform iOS terlebih dahulu
berbanding di platform lain, seperti contoh aplikasi Hyperlapse
daripada Instagram baru-baru ini.
Secara keseluruhan, Apple telah melakukan yang terbaik untuk iPhone 6
yang mana beberapa pengoptimasian telah dibuat berbanding iPhone
generasi sebelumnya. Ia menawarkan saiz skrin yang lebih besar dalam
sejarah peranti iPhone dan juga rekabentuk yang lebih nipis berbanding
iPhone 5s sebelum ini. Prestasi keseluruhannya turut dinaiktaraf melalui
penggunaan Apple A8 dan kamera 8-megapikselnya turut ditingkatkan dari
segi teknologi sensor, demi menghasilkan output yang lebih terang,
mapan, dan jitu berbanding generasi sebelumnya.
Ia juga menawarkan beberapa fungsi baru seperti Apple Pay iaitu
mekanisma pembayaran yang bercirikan keselamatan tinggi melalui
penggunaan Touch ID. Ia suatu yang bakal merevolusikan medium pembayaran
atas kebolehannya yang lebih praktikal dan saya yakin, banyak pengeluar
lain akan mengikut jejak langkah ini dalam mengoptimasikan mekanisma
pembayaran NFC mereka.
Apapun, ia dilihat sebuah peranti yang berdaya saing dengan kebolehan
sistem operasinya yang stabil, mudah-digunakan serta menawarkan
pengalaman pengguna dan ekosistem yang terbaik dalam sejarah sistem
operasi mudah-alih.
Apple iPhone 6 bakal menjengah pengguna tempatan pada akhir tahun ini
dan dijangka akan dijual bermula RM2399 manakala iPhone 6 Plus bakal
ditawarkan bermula RM2749 bagi versi 16GB.
Sumber Rujukan:-
Diterbitkan pada September 10, 2014 oleh Ikhwan Nazri.
No comments:
Post a Comment