Berdasarkan
sedikit kajian tidak rasmi yang aku telah buat, di dalam dunia ni ada
terdapat 3 kelompok wanita yang paling utama. Kelompok tersebut adalah feminin, tomboy dan lesbian.
Buat wanita yang belum mengenali diri korang sepenuhnya, boleh try
compare dan tentukan sendiri korang tergolong dalam golongan yang mana.
1. Feminin
Kelompok
ini adalah kelompok majoriti dan paling ramai di dunia kerana semua
wanita sejak lahir memang dilahirkan untuk menjadi feminin. Feminin
adalah satu kualiti dalam diri seseorang yang membuatkannya dia
kelihatan seperti seorang wanita. Contohnya, seorang wanita selalunya
memakai gaun, atau skirt untuk kelihatan feminin. Sekiranya lelaki
memakai gaun, adakah dia akan menjadi feminin? Tidak, sebab dia akan
masuk kategori pondan. Selain itu, aset penting bagi seorang wanita
untuk kelihatan feminin adalah perangai kewanitaannya, bentuk tubuh
badan dan juga rambutnya. Wanita feminin selalunya akan berminat kepada
lelaki yang maskulin saja.
What makes a woman looks feminine
Contoh wanita maskulin
2. Tomboy
Definisi
untuk tomboy mengikut kefahaman aku adalah seorang wanita yang
kekurangan ciri-ciri feminin ataupun lebih menampakkan ciri-ciri
maskulin. Ini boleh dilihat apabila wanita yang sepatutnya menampakkan
kefemininannya mempunyai perangai seperti lelaki, suka kelihatan seperti
lelaki dan dan banyak bermain permainan-permainan yang selalu
didominasikan oleh lelaki. Wanita jenis ni selalunya adalah jenis yang
tersalah pilih kawan atau pun jenis yang kecewa ditakdirkan menjadi
wanita sebab leceh terpaksa buat banyak benda berbanding kaum lelaki
yang hanya simple-simple saja. Walau bagaimana pun mereka tetap masih
sukakan kepada golongan maskulin.
What makes a woman looks tomboy
Contoh wanita tomboy
3. Lesbian
Antara
semua kelompok wanita, golongan ini paling bahaya. Mereka mengamalkan
hubungan sejenis yang ternyata melanggar fitrah manusia. Wanita lesbian
agak susah untuk dikenalpasti kerana wanita feminin dan wanita tomboy
kedua-duanya boleh dijangkiti perilaku tersebut. Sejak baru-baru ni,
golongan lesbian semakin berani mempertahankan hak asasi mereka dalam
meneruskan perilaku yang bagi mereka adalah sesuatu yang bebas untuk
diamalkan. Wanita selalunya menjadi lesbian apabila mereka merasakan
kekecewaan mereka telah mencapai tahap tertinggi dan amat membencikan
golongan lelaki sehinggakan fitrah mereka bertukar untuk menyukai kaum
wanita sendiri atas sebab golongan sejenis lebih memahami antara satu
sama lain.
Wanita feminin dan tomboy yang lesbian
Hubungan yang menyalahi fitrah manusia
So, buat para wanita yang sedang membaca blog ini, di kelompok yang mana satu korang tergolong?
Sumber gambar: Google images
Eksan dari:http://burungman.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment