Posted by sharifah munira on 8:56 PM
Jenis-Jenis SEO
Berikut adalah 2 jenis asas SEO:
Offpage search Engine Optimization
Onpage Search Engine Optimization
Onpage Search Engine Optimization:
Onpage SEO adalah asas yang mempengaruhi factor kedudukan yang ada pada website anda. Berikut adalah Faktor Kedudukan tersebut:
Title:
Ini merupakan tajuk di website anda. Ia kan kelihatan seperti <Title> </Title> dalam HTML.
Anda mestilah meletakkan keyword anda di alam tajuk.
Jika anda biarkan kosong, google tidak akan senaraikan website anda di
enjin carian.
Cuba...
Nak Traffik? Jom belajar SEO
Posted by sharifah munira on 1:45 AM
SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization yang akan
membuatkan blog mudah diterima oleh enjin carian. Mengapa kita
memerlukan SEO? Ia akan memudahkah website kita mengatasi website lain
dalam kedudukan enjin carian. Ini kerana terdapat berjuta-juta website
dibina di seluruh dunia. Jadi, kita mesti mencari jalan supaya website
kita kelihatan dalam enjin carian.SEO bukanlah satu tugasan yang sukar, tetapi ia memerlukan usaha yang lebih dan sudah tentulah bergantung kepada situasi. Di dalam post berikutnya, kami akan memberikan tutorial SEO secara berperingkat.
Oh ya, apesal.com kan ade, kenapa perlu guna seo? Simple, sebagai blogger kita mesti tahu walaupun sedikit.
3 Sebab Kenapa anda tidak menerima traffik dari kami
Posted by sharifah munira on 10:17 PM
Kami telah menerima email dari salah seorang pengguna apesal.com yang
mengatakan beliau tidak lagi menerima traffik dari kami. Setelah
disiasat, kami telah mengenalpasti masalah ini. 1) Exchange Ratio Telah Melebihi 300%
Apabila Exchange Ratio Telah Melebihi 300% kami tidak lagi akan memberikan traffik kepada anda.
2) Tidak meletakkan widget di tempat yang betul.Masalah ini akan menimbulkan masalah lain seperti exchange ratio dan lain-lain.
3) Post, tajuk dan gambar tidak menarik Bila post anda berbentuk peribadi dan tidak menarik, tiada klik akan diterima oleh anda. Jadi berusahalah untuk menulis dengan post yang menarik.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
2) Jangan kedekut untuk memberi traffik. Ini kerana semakin banyak anda beri kepada kami, semakin banyak yang anda dapat. Jadi jangan sorok widget kami, letakkan di kawasan yang mudah dilihat dan mendapat banyak klik. Sebagai contoh:
Ini stat melayukini.net
-Biru adalah traffik yang dihantar kepada kami dan Merah pula trafik yang dihantar oleh kami kepada melayukini.net Jadi, jika anda tidak lokek memberi, kami juga dengan hati terbuka memberi trafik kami kepada anda.
P/s: kami mungkin tidak dapat memberikan traffik yang lebih banyak dari yang anda beri, tetapi kami akan cuba meningkatkan perkhidmatan kami di masa akan datang.
Terima kasih kerana terus menyokong apesal.com, Kami akan terus berusaha untuk memastikan blog anda terus menerima trafik dari kami.
Ada beberapa sebab kenapa kami lambat meluluskan post anda, berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Ini menyebabkan kami terpaksa mengubah satu-persatu tajuk post anda. Ada diantaranya kami 'skip' dan biarkan buat sementara.
Jadi jika anda mahu post anda terus di approve oleh kami, elakkan kesilapan berikut apabila anda submit post di apesal.com
1.Kesilapan Meletakkan tajuk
- Meletakkan tajuk yang mempunyai simbol pelik "$$$$$####%%%!!!" Simbol pelik ini akan kelihatan sangat menyakitkan mata terutama di blog orang lain. Akibatnya, klik yang anda dapat akan berkurangan.
- Meletakkan Tag tajuk blog anda. Ini menyebabkan tajuk anda tidak fokus.
Title: ..:| Me, Myself, MyLove n Family |:..: Derhaka kepada Ibu Bapa
Apabila tiada gambar, kami terpaksa menangguhkan post anda telebih dahulu. Kemudian kami akan masukkan gambar tersebut untuk anda. Mungkin ambil masa sehingga 2-3 hari. Bayangkan lah berapa banyak post yang tidaak mempunyai gambar pada ketika ini.
3. Salah URL
Kesilapan ini jarang berlaku. Kami akan meletakkan status "pending" buat sementara waktu.
4. Post peribadi
Kami terpaksa meneliti terlebih dahulu post-post peribadi terutamanya ucapan-ucapan selamat hari raya dan juga ucapan selamat hari jadi.
5. Wordless Day
Gambar-gambar "wordless day" mempunyai tajuk yang sama. Tidak salah anda meletakkan post ini, cuma kalau boleh, letakkan tajuk yang berbeza-beza.
Apabila anda mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan ini, secara tak langsung memudahkan urusan kami. Terima kasih kerana terus menggunakan kami sebagai medium perantaraan pertukaran traffik untuk blog and.
Tutorial meletakkan Gambar di apesal.com
Posted by sharifah munira on 11:49 AM
Ramai yang tak tahu sebenarnya anda tidak perlu host image anda sendiri.
Anda boleh meletakkan gambar yang di host oleh kami. Berikut adalah
tutorial bagaimana untuk meletakkan gambar.1)Pergi ke http://www.apesal.com/webmaster/addpost dan klik 'load the image"
3) Paste url (Ctrl +V) tersebut di "picture URL" Kemudian klik "load the image"
4) Kemudian tarik kotak yang ditunjukkan mengikut image anda. Kemudian Klik please submit the post.
p/s: Gunakan gambar yang jelas supaya gambar tidak pecah dan kelihatan menarik .
3 Tips untuk tingkatkan kualiti Post
Posted by sharifah munira on 7:49 AM
Selepas menaik taraf server kami, apesal.com dapat beroperasi dengan
lebih lancar. Terima kasih kepada yang sudi memberi sokongan kepada
kami.Di dalam post ini, kami ingin berkongsi 3 tips mudah yang mampu meningkatkan kualiti post yang anda submit di apesal.com. Selain daripada meletakkan widget kami ditempat yang sesuai, berikut adalah teknik yang juga meningkatkan klik post anda.
1) Tajuk yang 'SIMPLE' dan mudah difahami.
Masukkan tajuk yang simple agar dapat menarik perhatian pembaca. Contohnya:
- 5 Artis Popular Yang Pemurah
- Gambar yang membuatkan mata sakit
- Konspirasi Kucing Nak Bunuh Korang
- Anjing lahirkan anak kucing??
- Belog AKU: -Sygi kucing KORANG ^-^
p/s: Tajuk post yang baik akan menarik pengunjung ke blog anda.
2) Gunakan bahasa dan ejaan yang betul.
Kadang-kadang ada diantara blogger tersalah ejaan ataupun menggunakan singkatan bahasa. Sebenarnya kesalahan-kesalahan kecil ini menyebabkan risiko kehilangan pelawat. Jadi jika anda ingin membetulkan post lama anda, sila gunakan borang ini.
p/s: Jangan lupa semak post anda sebelum submit ke apesal.com
3) Jangan gunakan imej yang tidak jelas
Selain daripada menggunakan imej yang menarik, imej yang digunakan hendaklah lebih jelas. Agar menarik perhatian pelawat, Secara tidak langsung meningkatkan traffik ke blog anda.
p/s: Gunakan imej yang paling terbaik.
Diharapkan dengan tips-tips ini dapat meningkatkan kualiti post anda di apesal.com. Jangan lupa Kami telah memperketatkan syarat untuk menghantar post dan blog di apesal.com. Jadi anda mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan agak post anda tidak direjek.. maaf ye.
Tips Untuk Memasang Widget Apesal.com
Posted by bloggrerrr on 5:25 PM
Salam 1Malaysia, terima kasih kepada semua yang telah menyokong
kewujudan apesal.com. Setelah beberapa hari diwujudkan, kini telah ada
528 post yang telah dihantar dan 142 orang blogger yang berdaftar.
Sokongan anda sangat kami hargai.Untuk post kali ini kami akan memberi sedikit tips dan tutorial bagaimana untuk memasang dan memaksimakan penggunaan widget apesal.com. Semoga anda dapat memanfaatkan tips yang diberikan.
Kenapa perlu memasang widget?
Seperti yang kami canangkan dahulu, tujuan apesal.com diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget apesal.com itu, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.
Tak kisah jika anda tidak mahu memasang widget tersebut tetapi apabila exchange ratio mencapai 300%, post anda tidak akan kelihatan lagi di widget apesal.com. Jadi, anda tidak lagi akan menerima traffik dari kami. Kami telah meletakkan 1000 hits untuk setiap blog pada awalnya untuk memastikan post anda sentiasa kelihatan. Nampak macam banyak 1000 hits tu tapi kini sudah ada beberapa blog yang hampir mencapai 300% exchange rate walaupun baru beberapa hari digunakan.
Memasang widget di blogspot
Klik pada add your widget |
anda boleh mengubah suai widget apesal.com mengikut design anda. |
cuba ubah mana-mana setting yang diberikan supaya sesuai dengan kehendak anda. |
Copy kod yang diberikan (CTRL + C untuk windows) dan (Command +C untuk Mac) |
klik pada add a gatget |
klik pada HTML kemudian paste kod yang diberikan |
dan akhirnya, ia akan kelihatan seperti ini. |
Penggunaan Iframe untuk meningkatkan hits
Posted by sharifah munira on 10:34 PM
Beberapa hari yang lepas kami telah memperkenalkan menggunaan iframe pada apesal.com. Didalam tutorial kali ini kami ingin menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan hits blog anda dan mengurangkan ratio dengan cara yang berkesan.
Jika anda login ke bahagian ahli (view post), anda akan dapati ada satu fungsi ditambah iaitu "share url". Ada boleh berkongsi url ini di FB anda dan juga twitter.
Pembaca akan dibawa ke artikel tersebut dan jika pembaca tersebut terus menggunakan iframe tersebut (walaupun telah dibawa ke blog lain) anda akan terus mendapat hits sebagai referral.
Diharapkan penggunaan iframe dapat digunakan secara maksimum oleh semua ahli. Terima kasih ye =)
Kelebihan kepada blog PREMIUM
Posted by sharifah munira on 6:03 AM
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami krew apesal.com. Kami telah menaik taraf sistem kami dengan memberi kelebihan kepada blog yang telah menghantar lebih 5000 hits sent kepada kami dengan ratio bawah 150%.
Blog-blog yang layak akan dikategorikan dibawah blog premium dimana mereka akan diberi lebih priority berbanding blog-blog yang lain atau dengan bahasa yang lebih mudah, post-post dari blog tersebut akan lebih kerap kelihatan berbanding blog biasa.
Anda boleh check sama ada anda menepati kriteria yang kami tetapkan sebagai blog PREMIUM atau tidak di user panel apesal.com. Anda tahu siapa anda. =)
Ini adalah tanda terima kasih kami kepada blog yang banyak menyumbang traffik kepada apesal.com selain memberi galakan kepada blogger-blogger lain untuk sama-sama berusaha mencapai tahap status blog premium ini.
Bagi yang telah atau hampir mencecah exchange ratio 300%, nantikan email dari kami dan kami akan memberitahu bagaimana untuk mengurangkan semula exchange ratio anda.
Selain dari itu, ada beberapa update dari kami akan menyusul dalam masa terdekat. Sebarang cadangan bolehlah terus di emailkan kepada kami admin@apesal.com
Semoga usaha ini dapat membantu para blogger untuk terus maju di masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda.
No comments:
Post a Comment