BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday, 23 February 2015

BINGKISAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BAGI MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN KITA:


Asalammualaikum, sebelum aku menulis artikal ini lebih lanjut, aku memohon maaf sepuluh jari, jika cara aku menulis ini agak kurang senang untuk pembaca menerimanya. Bukan teguran, sekadar ingatan sesama umat manusia yang bernaung di payung Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul kita dan pada Allah yang mengjadikan kita.

Saudara-saudara ku, sebenarnya setinggi mana darjat kita, secantik mana wajah kita, sekaya mana hidup kita, akhirnya kita akan sendirian di pusara yang sunyi sepi tanpa teman. Hanyalah amal ibadah jadi teman sejati kita.

Aku sebenarnya nak bercerita tentang indahnya solat itu. Untuk mendapatkan keindahan solat satu saja yang saya suka berkongsi pandangan pada semua iaitu " janganlah solat kerana mahukan pahala dari Allah .s.w.t" sebab pahala dan dosa itu bukan hak kita dan sukar di hitung gandanya kerana tiada dalam ilmu sains atau matametik. Jangan mengharapkan pahala sebaliknya kita kena bersyukur kerana dapat bersolat bagi mendekati diri pada-Nya.

Apabila Gadis Berusia 16 Tahun Sudah Jadi Janda... Jadi Janda Berhias, Janda Beranak Satu dan Janda Batu..

Gambar di atas ini hanya hiasan bukan gambar sebenar sebenar

Cerita ini bukan satu dongengan atau perkara yang boleh di gelak tawa sesuka hati kita. Kita perlu ambik serius dalam menangangi masalah " JANDA MUDA". terutama pada anak gadis belasan tahun. Apakah akan terjadi dengan nasib masa depan mereka.

Jika gadis yang bercerai dalam usia muda antara 16-19 tahun dan tiada anak ia dikatakan janda muda berhias, masih jelita masih mengancam masih menawan. Masa depannya masih berpeluang mencari pasangan hidup serasi.

Bagaimana dengan gadis remaja berusia 16-19 menjadi janda beranak pula, mungkin 1 mungki 2, mungkin 3... Pastinya sukar untuk mereka mencari jalan hidup lebih sempurna. Apa lagi dengan menginginkan seorang suami yang boleh bertanggungjawab menyara diri gadis janda tersebut dan anak-anaknya. Sukar pastinya sukar untuk meneruskan hidup dengan pelbagai cabaran dalam usaha membesarkan anak. Soal ini bukan kita ambi kira menjanda kerana penceraian sahaja, yang mungkin bekas suami wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya, jika gagal memberi nafkah kepada anak-anak, tindakan undang-undang boleh di ambil kira. Tapi bagaimana jika penceraian berlaku kerana kematian suami? Apa yang perlu dilakukan si isteri muda ini jika si suami tiada meninggalkan harta?

Thursday, 17 January 2013

Mengisap Shisha,main daun trup, pakai tudung berbaju kurung inikah imej anak gadis sekarang tiada sopan di khalayak ramai...

 Dengan selambanya adegan sungguh memalukan..Sedut jangan tak sedut...

Siapa bilang gadis Melayu tidak menawan, di antara gadis-gadis seluruh dunia, tiada yang menarik serta menawan, tambah lagi bila bertudung dan berbaju kurung, terlihat kesopanan mereka lemah lembut membuat hati tergodal. SAYANGNYA bagaimana jika ini yang berlaku.

Cerita ini bukan sengaja diada-adakan untuk menarik minat pembaca cuma sebagai manusia seperti saya yang serba kekurangan dalam kebaikan bila terpandang sekumpulan gadis yang saya kira usia lingkungan 20an di suatu sudut meja di bawah pokok sebuah restoran, berpakaian tudung dan berbaju kurung pada mula kehadirannya sungguh menawan bersopan gayanya tiba-tiba menempah minuman, sebotol shisha dan membuka daun terup bermain dikhalayak ramai sungguh memalukan.

Thursday, 6 December 2012

KANSER PAYUDARA PEMBUNUH GANAS DAN KEJAM BUKAN LAGI BERDASARKAN KETURUNAN, SESIAPA SAJA BOLEH TERKENA


AWAS!!!! GADIS YANG BARU DATANG HAID DAN REMAJA SEHINGGA USIA 40 TAHUN, KANSER PAYUDARA BILA-BILA MASA SAJA BOLEH MENYERANG....

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

Friday, 28 September 2012

“ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ”



Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

TAHUKAH ANDA TENTANG KEJADIAN NABI ALLAH ADAM?

Makam Nabi Allah ADAM As di Jordan

KEJADIAN NABI ADAM..

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya,Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Monday, 24 September 2012

Kerja- kerja-kerja.... Waktu rehat yang sebenarnya bila?


Terlalu pantas masa dan pusingan bumi berlalu meninggalkan kita, beban tugas belum selesai... Walau esok masih ada, namun esok mungkin semakin bertambah beban tugas yang di galas... Apapun waktu Asar sudah memanggil kita, kita terpanggil untuk berehat seketika bersama-NYA... Sekalipun tak boleh solat, atau tak nak bersolat, sebaik mungkin berhenti sejenak daripada bekerja atau berbual...bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang...

Solat adalah waktu rehat yang sebenarnya untuk kita...........


Photobucket