Gambar di atas ini hanya hiasan bukan gambar sebenar sebenar
Cerita ini bukan satu dongengan atau perkara yang boleh di gelak tawa sesuka hati kita. Kita perlu ambik serius dalam menangangi masalah " JANDA MUDA". terutama pada anak gadis belasan tahun. Apakah akan terjadi dengan nasib masa depan mereka.
Jika gadis yang bercerai dalam usia muda antara 16-19 tahun dan tiada anak ia dikatakan janda muda berhias, masih jelita masih mengancam masih menawan. Masa depannya masih berpeluang mencari pasangan hidup serasi.
Bagaimana dengan gadis remaja berusia 16-19 menjadi janda beranak pula, mungkin 1 mungki 2, mungkin 3... Pastinya sukar untuk mereka mencari jalan hidup lebih sempurna. Apa lagi dengan menginginkan seorang suami yang boleh bertanggungjawab menyara diri gadis janda tersebut dan anak-anaknya. Sukar pastinya sukar untuk meneruskan hidup dengan pelbagai cabaran dalam usaha membesarkan anak. Soal ini bukan kita ambi kira menjanda kerana penceraian sahaja, yang mungkin bekas suami wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya, jika gagal memberi nafkah kepada anak-anak, tindakan undang-undang boleh di ambil kira. Tapi bagaimana jika penceraian berlaku kerana kematian suami? Apa yang perlu dilakukan si isteri muda ini jika si suami tiada meninggalkan harta?
Ini pula kes JANDA BATU... ada yang faham apa maksud janda batu dan saya rasa ramai yang tidak faham dengan maksud janda batu. Janda batu adalah remaja perempuan yang telah melakukan hubungan sek sebelum bernikah, buka bergelar isteri. Ini semua berlaku kerana perasaan cinta yang kononnya memerlukan pengorbanan jiwa dan raga atas dasar yakin dan percaya dengan janji-janji manis pasangan. Apabila ditinggalkan kekasih, apa yang berlaku ialah menjanda tanpa sehelai surat nikah, jika dah mengandung maka lebih bermasalahlah si gadis ini, nasib yang mungkin baik ada yang tak mengandung, maka ada kemungkinan banyak perkara boleh di tutup maruah tercemar ini... Apa akhirnya akan berlaku dengan nasib janda batu ini?
No comments:
Post a Comment