BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday, 17 March 2016

BENARKAH BURUNG CENDERAWASIH BURUNG KAYANGAN DARI SYURGA?



Hikayat burung cenderawasih:-
Dalam Kitab Tajul Muluk, ada mengisahkan tentang seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Dikatakan asal usul burung ini  bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif tentang burung ini mengatakan burung ini berasal dari syurga dan burung ini selalunya  berdamping dengan para wali.

Burung cenderawasih memiliki warna bulu di kepala kuning keemasan. Terdapat empat sayap yang tiada tandingnya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Sesiapa yang melihatnya sudah pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih ini.

Wednesday, 16 March 2016

Hati Yang Retak, Andainya Ada Waktu untukku

                                                                     Gambar hiasan
Semusim yang lalu mungkin tak sama semusim yang akan datang itulah bidalan orang tua-tua tentang waktu dan setiap kejadian yang mungkin terjadi.Apa yang sangat aku harapkan ialah suatu perubahan angin akan berlaku setelah semusim yang lalu ribut taupan dan gelora melanda.

Jika ditakdirkan kali ini aku terpaksa mencari haluan sendiri, aku redha. Permohonan aku pada Ilahi sudah ku perolehi , kata lain "LULUS". Apa yang pernah berlaku kadang ada sesuatu kebaikan dan ada kalanya adalah kecelakaan.

Dalam Fail Mahkamah Hati


 

Muzik hari ini tiada gelombang yang nyata ke mana arahnya. Ternyata komposer yang hebat-hebat hari ini sudah hilang idea, akibat budaya muzik yang lebih cenderong kepada kehendak hati artis. Era rock, 60an,70an sudah lenyap tidak kira untuk seketika mahupun hampir pupus.Dimana muzik budaya seperti gazal, joget, inang, endang, zapin dan manakah era muzik 50an lagi....

Cerita Memori sekeping CD



Hey!!! Tiba2 suara itu muncul dari sebelah kiriku. Aku terkejut..
Azmi!!! Apakabar? Tergamam aku seketika..
Terjawab juga aku dengan pertanyaannya itu " baik"...

Tuesday, 15 March 2016

Islam di negeri Cina sejak lebih 1400 tahun

                                                 Sholat Jumaat di Masjid Xinjian. Umat Muslim Cina kini
                                           berjumlah sekitar 28 juta jiwa dan tersebar di beberapa provinsi

Agama Islam dipercaya telah sampai ke Cina sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu. Nabi Muhammad SAW., sebelum memulai penghijrahan dari Mekkah ke Madinah telah lebih dulu mengantar beberapa orang sahabatnya pergi berdakwah ke Cina. Di antaranya adalah Saad bin Abdul Qais, Qais bin Abu Hudhafah, Urwah bin Abi Uththan, dan Abu Qais bin Al-Harits. 

                                              Masjid Agung Guangzhou, juga dikenal sebagai Masjid Huaisheng,
                             masjid tertua di Cina. Dibangun pada masa kekaisaran Dinasti Tang pada tahun 635M
Misi dakwah yang dilaksanakan telah berhasil melahirkan lebih dari 136 juta umat Islam yang ada di Cina hari ini. Jumlah ini jauh lebih besar dari angka yang yang diberikan oleh pihak kerajaan Cina. Menurut data 1990, jumlah umat Islam di Cina hanya sekitar 17 juta orang saja. Bagaimanapun, pendataan ini menimbulkan banyak keraguan karena umat Islam membentuk penduduk meyoritas di sebagian besar wilayah Cina, seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai, dan Yunan.


Copyrighted.com Registered & Protected 
ZJCD-T7OH-MILD-UBJZ

Guests

Saturday, 5 March 2016

YANG INI WAJIB TAHU, BATALKAH WUDHU BILA TERSENTUH ISTERI


                                                                     gambar hiasan

Semasa krusus perkahwinan tidak ada pun yang datang berkursus bertanyakan  tentang apa hukum bersentuhan atau tersentuh isteri dengan tidak berlapik (alas), bila dah ijab kabul dan duduk serumah terasa kuatir bila tersentuh isteri ketika masih ada wudhu. Mari kita baca petikan di bawah ini semoga kita memahami sepenuhnya:-

Yang ini selalu kita keliru. Batalkah wudhu kita jika kita makan dan minum?

 

Masih ramai yang keliru tentang batal atau tidak wudhu kita jika makan dan minum? jika kita lihat terutamanya waktu sebelum solat jumaat di mana sesetengah tempat di masjid terdapatnya gerai-gerai menjual makanan dan sementara menunggu waktu solat jumaat sampai, ramai yg mengambil kesempatan untuk makan tengahari dahulu.
Ada yang sudah pun mengambil wudhu dan terus ke gerai, makan dahulu. Soalannya batal atau tidak wuduqnya? Cuba kita rujuk semula tentang perkara ini.