BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Saturday, 17 March 2012

Jenis-jenis wanita di dunia

Berdasarkan sedikit kajian tidak rasmi yang aku telah buat, di dalam dunia ni ada terdapat 3 kelompok wanita yang paling utama. Kelompok tersebut adalah feminin, tomboy dan lesbian. Buat wanita yang belum mengenali diri korang sepenuhnya, boleh try compare dan tentukan sendiri korang tergolong dalam golongan yang mana.
1. Feminin
Kelompok ini adalah kelompok majoriti dan paling ramai di dunia kerana semua wanita sejak lahir memang dilahirkan untuk menjadi feminin. Feminin adalah satu kualiti dalam diri seseorang yang membuatkannya dia kelihatan seperti seorang wanita. Contohnya, seorang wanita selalunya memakai gaun, atau skirt untuk kelihatan feminin. Sekiranya lelaki memakai gaun, adakah dia akan menjadi feminin? Tidak, sebab dia akan masuk kategori pondan. Selain itu, aset penting bagi seorang wanita untuk kelihatan feminin adalah perangai kewanitaannya, bentuk tubuh badan dan juga rambutnya. Wanita feminin selalunya akan berminat kepada lelaki yang maskulin saja.
What makes a woman looks feminine
Contoh wanita maskulin
2. Tomboy
Definisi untuk tomboy mengikut kefahaman aku adalah seorang wanita yang kekurangan ciri-ciri feminin ataupun lebih menampakkan ciri-ciri maskulin. Ini boleh dilihat apabila wanita yang sepatutnya menampakkan kefemininannya mempunyai perangai seperti lelaki, suka kelihatan seperti lelaki dan dan banyak bermain permainan-permainan yang selalu didominasikan oleh lelaki. Wanita jenis ni selalunya adalah jenis yang tersalah pilih kawan atau pun jenis yang kecewa ditakdirkan menjadi wanita sebab leceh terpaksa buat banyak benda berbanding kaum lelaki yang hanya simple-simple saja. Walau bagaimana pun mereka tetap masih sukakan kepada golongan maskulin.
What makes a woman looks tomboy
Contoh wanita tomboy
3. Lesbian
Antara semua kelompok wanita, golongan ini paling bahaya. Mereka mengamalkan hubungan sejenis yang ternyata melanggar fitrah manusia. Wanita lesbian agak susah untuk dikenalpasti kerana wanita feminin dan wanita tomboy kedua-duanya boleh dijangkiti perilaku tersebut. Sejak baru-baru ni, golongan lesbian semakin berani mempertahankan hak asasi mereka dalam meneruskan perilaku yang bagi mereka adalah sesuatu yang bebas untuk diamalkan. Wanita selalunya menjadi lesbian apabila mereka merasakan kekecewaan mereka telah mencapai tahap tertinggi dan amat membencikan golongan lelaki sehinggakan fitrah mereka bertukar untuk menyukai kaum wanita sendiri atas sebab golongan sejenis lebih memahami antara satu sama lain.
Wanita feminin dan tomboy yang lesbian
Hubungan yang menyalahi fitrah manusia
So, buat para wanita yang sedang membaca blog ini, di kelompok yang mana satu korang tergolong?
Sumber gambar: Google images
 

Friday, 16 March 2012

Novel: Air Mata Semalam

AIR MATA SEMALAM
 oleh: suteraungu

EPILOG

Fantasi  ilusi, emosi kadang kala membuatkan manusia terus berkhayal. Apapun istilah yang dikaitakan dengan kehendak manusia, ianya tepat juga dikatakan perasaan. Suka duka, derita sengsara, kecewa merana, rindu lara sering menjadi episod kehidupan insan.
    Bukan Hafis yang cipta semua ini, ianya sudah kehendak Tuhan. Takdir kadangkala menyebelahi manusia. Merancang bukan bererti segala yang dirancang akan berhasil. Mencuba perlu berani, yakin dan jujur pada diri sendiri dengan apa yang dilakukan, tidak mustahil akan berhasil juga akhirnya. Kegagalan bukanlah keputusan yang bermaksud sudah berakhir segala impian dan harapan.
    Alam fantasi menjelma dalam hidup Hafis kadang kala ianya hanyalah kebetulan. Hafis tidak pernah berangan-angan untuk jadi seperti yang dia perolehi kini. Bermimpi di siang hari tak sama bermimpi di malam hari.
    Adakalanya mimpi menjadi kenyataan. Adakalanya mimpi membawa tuah dan adakalanya mimpi membawa padah. Biar apapun istilah mimpi yang sering dikaitkan dengan pelbagai anggapan positif dan negetif, namun ia adalah ilusi mainan tidur hamba Allah yang bergelar manusia.
    Cinta Hafis  pada Leya sudah lama terpahat. Cinta yang dipupuk sepenuh jiwa. Cinta yang lahir dari mata terus menyusuk ke hati. Cinta pandang pertama. Namun sudah sedia maklum, dugaan dunia percintaan tidak lari dari pelbagai dugaan yang melanda. Cemburu, iri hati, rasa tersinggung, hampa,  kadang kala mencengkap perasaan biarpun ianya adalah emosi yang dibendung dan terbatas.
    Salihah, juga ada perasaan. Salihah juga ada rasa cinta pandang pertama. Namun kerana cintanya dibiar terpendam tanpa diluahkan pada orang yang dicintai, akhirnya cinta itu memakan dirinya sendiri. Kerana cinta Salihah sanggup berdendam. Cinta terpendamnya terhadap Hafis tidak mendapat balasan. Cintanya kini terbiar sepi. Sepi sesepi malam yang tidak berbintang, bila mana sang pungguk tergila-gila merindukan sang bulan. Namun bulan terus menyepi berselindung di balik awan kelabu.


Monday, 12 March 2012

Kisah hati: Andainya Ada Waktu

Kisah hati: 
Andai Ada Waktu 
Semusim yang lalu mungkin tak sama semusim yang akan datang itulah bidalan orang tua-tua tentang waktu dan setiap kejadian yang mungkin terjadi. Apa yang sangat aku harapkan ialah suatu perubahan angin akan berlaku setelah semusim yang lalu ribut taupan dan gelora melanda. Jika ditakdirkan kali ini aku terpaksa mencari haluan sendiri, aku redha. Permohonan aku pada Ilahi sudah ku perolehi , kata lain "LULUS". Apa yang pernah berlaku kadang ada sesuatu kebaikan dan ada kalanya adalah kecelakaan. Liza bukan Liza seperti yang aku kenal dulu. Dia sudah jauh terpesong dengan sifat kemanusian sesat dihujung dan tak pandai kembali ke pangkalan jalan. Aku sebenarnya tidak terfikir tentang tragis ini berlaku sekali lagi setelah empat kali ianya berlaku. Ianya masih berulang terus berulang sehingga terpahat di hujung hati yang kali ini tidak mungkin akan kembali jernih seperti dulu. Bukan perpisahan yang ku pinta, bukan kehancuran yang ku harap. Tetapi andai ini berlaku bukan kehendak ku sebenarnya. 

"Kau faham tak yang aku dah muak dengan kau" 
"Sungguh?" 
"Ya... sungguh." keras suara Liza. 
"Kau nak aku buat apa sekarang?" 
Bentak Liza. "Kau merambus dari rumah ni sekarang!!!" 
"Aku keluar dari rumah ni?" 
"Yer..." 
"Rumah aku kau suruh aku keluar?" tanya aku pada Liza seperti aku ni hairan. 
"Peduli apa dengan harta kau, abis aku kau suruh keluar? Ok..ok.. aku yang keluar." Liza bergegas masuk ke bilik terus buka alamri mencapai baju-baju yang tersangkut, kemudian mencapai beg besar...Jelas dia hendak keluar rumah. 
"Ok kau tak payah keluar, biar aku yang keluar." ujar aku. Dengan beberapa helai pakaian yang sempat aku capai aku terus membuka pintu, keluar.. Kedua anak aku bekejar kearah aku menangis teresak-esak, memaut seluar aku minta agar aku tak pergi..Aku pujuk kedua-duanya.. 
"Ayah keluar kejap je pergi beli rokok...yer sayang..."aku peluk kedua anak-anakku. 
"Ayah tipu...ayah nak tinggal bella...ayah tipu.." ujar anak sulung aku yang usia 8 tahun. 
"Ayah jangan pergi...Ina nak dengan ayah.." anak kedua aku berusia 6 tahun turut merayu minta belas kasih aku. 
"Ayah pergi sekejap je... ayah terpaksa pergi..Mama tak sayang ayah lagi.." ujar aku dengan air mata pada anak-anakku. Aku melepaskan pautan kedua anakku yan tadi keras dikaki aku.Aku melangkah deras pergi. Kedengaran tangisan ,esakan kedua anak aku kuat. Namun aku perl pergi... Apa yang sehingga kini aku rindu sangat pada anak-anakku. Rindu kemanjaannya. Aku rasa sepi kosong hidup ini tanpa kedua cahaya mata yang aku sayang. Biarlah hidup aku tiada seorang wanita sekalipun, aku masih boleh melawan kesepian. Tidak sama kesepian aku tanpa kedua anak-anakku. 

Hari ini genap 56 hari aku sendiri dan sesekali aku dapat berjumpa dengan anak-anakku. kebetulan minggu ini cuti sekolah, maka dapatlah aku bersama kedua anak-anakku. Sepi yang seketika kini terhibur jua dengan karenah anak-anakku, rindu yang serindu-rindunya kini terubat jua. Bila dan sampai bila aku begini, aku pun tidak tahu.Tiada kata putus dari dia padaku walau sekali dia menghantar sms memohon maaf, namun aku masih tidak boleh menerima setiap perbuatannya yang menuduh aku bermacam-macam tuduhan tidak berasas. 

Selama aku hidup dengannya, belum ada sekali aku bercinta dengan wanita lain atau main kayu tiga. Apa yang aku ingat, aku memang ramai kawan wanita terutama sekerja yang mesra dengan aku namun belum terlintas untuk aku menduakan dia.Setia aku padanya bukan alang kepalang, tapi dia sengaja mencari alasan kononnya aku sudah ada yang lain, namun tuduhan itu tidak langsung terbukti yang aku bersalah. Andai ada waktu untuk aku terus hidup dimuka bumi ini,aku amat mengharap agar aku tidak akan jatuh cinta lagi dengan sesiapa. Itu tekat ku, selagi aku terdaya. 

Aku rasa serik dengan kehidupan lampau aku. Aku lebih senang sendirian...Tak ada ertinya hidup berteman jika hati sering derita, jiwa tersiksa... Apakah mungkin aku berteman lagi itu kehendak Ilahi.Aku sedia menerima setiap ujian darinya dan jika aku terus sendirian, biarlah aku mati dalam kudrat ku yang tenang dan sihat. 

Andai ada waktu lagi, aku ingin lihat anak-anak aku sempurna hidupnya dan insya-Allah akan ku didik dengan sampurna supaya jadi manusia berguna. Akan ku berikan kasih sayang sebaik mungkin.. 

Andai ada waktu lagi, biarlah aku terus begini sendiri sehingga akhir hayatku... 

 Nukilan: Nurcinta... 
1.50pg-13/03/2012

Thursday, 8 March 2012

Dalam memilih kawan


Baiduri Qaseh
‎~Saat aku kesunyian, aku tak perlu merasa kesunyian kernaku memang tak pernah benar-benar kesunyian. Ada Kekasih yang selalu menemaniku. Dia ada disetiap percik air suci yang membasuh tubuhku. Dia ada di setiap lekuk malam dan di lima waktuku yang lain. Kasihnya terhampar di sejadah juga di atas tilam dan disebalik selimut yang kudekap erat. Dialah Kekasih yang tak hanyut oleh kesenangan sesaat. Tak terkikis oleh emosi dan ego duniawi. Sebab Dia kuasa akan itu. Dialah yang membuat segalanya ada. ~ Dia membuatku merasa tak pernah kesunyian. Allah Huakbar ♥





https://www.facebook.com/DuyungiTerdampar
 kiriman Baiduri Qaseh..Sandakan

Monday, 5 March 2012

Keajaiban Cinta


Lagu ini Ciptaan: Sutera Kasih dan Wanie
Lirik: Sutera Kasih
Artis: Wanie sendiri 

Selingkar kisah tentang lagu
 Keajaiban Cinta...
Senja hampir berlabuh melerai siang untuk terbitnya malam,.Iman dan Iza menghabiskan waktu pertemuan bersama deruan ombak membelai ke pantai. Masa amat cemburu dengan pertemuan mereka. Tibalah masa untuk Iza meninggalkan Iman.Ketika langkah kaki Iza berlalu pergi, ketika itu Iman...menyapa Iza... Tersekat langkah kaki Iza bila mendengar suara Iman...
"Iza... Sebelum langkah kau semakin jauh, aku ingin berterus terang pada kau"
Iza menoleh memandang tepat kewajah Iman, dia berpatah balik mendekati Iman. Mata
bertentang mata namun bibir terkaku lesu. Hanya hati saling berbicara resah menanti apa yang sebenarnya akan terungkap seribu jawapan persoalan masing-masing.
"Iza... aku tahu yang kau sudah berpunya...Dan aku tahu yang engkau menyayangi dia.Dan aku tahu itu pilihan kau..."
Iza diam tunduk...
"Iman..apa sebenarnya yang nak kau luahkan? Luahkan isi hati kau.Silakan aku sedia
mendengarnya"
Iman membisu seketika.......
"Iza aku harap kau bahagia dengannya..."
"Iman, cakaplah apa sebenarnya..."
"Tak ada yang istimewa sebenarnya untuk aku jelaskan pada kau"
Iza menarik nafas mengeluh..........
"Iman, kenapa ni, cakaplah...Aku pun ada sesuatu nak cakap pada kau..."
"Apa dia Iza?"
"Kau cakap dulu... baru aku cakap"
Iman diam.....
"Iman...nak aku paksa kau untuk bercakap..terus terang dengan aku?"
"Paksa? Maksud kau?"
"Mudah saja....."
"Macam mana?"
"Kau tak nak cakapkan depan aku, jadi untuk apa aku menuggu macam ni.Izinkan aku pergi.."
"Jangan Iza, berikan aku sedikit kesempatan.."
"Ok aku tunggu..."
"Aku malulah........"
"Malu? Kau bukan malu tapi kau ego, sebenarnya."
"Ok aku cakap sekarang..."
"Iza... Aku sebenarnya tak nak kehilangan kau...Aku tak mampu hidup tanpa kau."
"Iman, kan aku selalu di sisi kau,menemani kau"
"Thank Iza...."
"Oklah aku pulang dulu..." Iza kembali melangkah meninggalkan Iman.
"Iza tadi kau kata ada sesuatu nak cakap? kenapa tak cakap?"
"Iman, tak ada apa-apa sebenarnya, cuma itulah cara aku nak paksa kau bercakap tadi" Izan tersenyum...Iman termangu-mangu pelik.Dia tahu yang dia terperangkap dengan elah Iza.
"Iza...nanti dulu.."
Iza terhenti lagi langkahnya.
"Iman aku harus pulang segera, dah senja ni...Nanti mak aku marah. Apa lagi yang kau nak cakap?"
"Tak ada apa-apa...Cuma ini lagu baru aku, ini liriknya...Untuk kau...Aku cipta lagu ni untuk kau. Dalam lagu tu, itulah sebenarnya aku."
Iman menghulurkan sekeping CD dan sehelai kertas putih terkalam patah-patah perkataan di atas kertas itu.
"Keajaiban Cinta?" Iza membaca tajuk lagu itu.........
Langkahnya berlalu pergi meninggalakan susuk tubuh Iman yang semakin lama kelam diliputi kegelapan senja menerjah malam.. Bayang Iza juga sudah tiada dan Iza pergi dalam kepekatan hitam senja menjurus peredaran waktu, apabila siang digantikan malam...

Cerpin hasil pena / idea bersama: Sutera Kasih./ Wanie..
5/3/2012 1.25pm