BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Saturday, 6 August 2011

Diana Danielle cipta lagu sendiri

PELAKON cantik, Diana Danielle, 19, mengaku lirik lagu Tak Pernah Ada yang dihasilkan itu bersandarkan pengalaman benar dialami kawan baiknya.
“Sebenarnya, saya minat menulis lirik lagu semasa di sekolah lagi. Kebetulan, kawan baik saya pernah meluahkan perasaan sedih akibat putus cinta.

“Sejak itu saya asyik teringat kisahnya. Akhirnya saya abadikan pengalaman kawan baik saya itu dalam bentuk lirik lagu,” kata Diana yang lebih selesa dipanggil D.  
Sebelum ini Diana pernah muncul menerusi lagu Radio secara berduet bersama penyanyi Singapura, Imran Ajmain dan Nabil Raja Lawak.

Malah Diana pernah berduet bersama Mawi menerusi lagu Penyembuh Rindu yang menjadi lagu runut untuk filem Magika lakonannya bersama juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).


Kini Diana muncul dengan single terbarunya, Tak Pernah Ada. Lagu ciptaan Omar K itu membawa tuah kepada Diana kerana dipilih sebagai penyanyi pembuka tirai Konsert Kenny G di Plenary Hall, KLCC, baru-baru ini.

Bagi gadis berwajah Pan-Asia ini, peristiwa itu satu sejarah dan penghormatan tertinggi pernah dicapainya.

Ini kerana ramai penyanyi tempatan mengidamkan muncul sebagai penyanyi pembuka tirai dalam per­sembahan artis antarabangsa.

Apatah lagi dapat muncul dalam pembukaan konsert pemuzik legenda seperti Kenny G yang terkenal dengan lagu-lagu instrumental dari tiupan saksofonnya.


 
Lima perkara tentang Diana Danielle itu adalah seperti berikut;

    * Diana Danielle seorang yang kidal
    * Diana Danielle seorang yang rabun jauh
    * Diana Danielle seorang yang sangat suka makan petai
    * Hobi terbaru Diana Danielle adalah menunggang kuda
    * Diana Danielle tidak mempunyai dompet, beliau selalunya akan campak duit ke dalam beg tangan atau poket seluar.


Petikan artikel Mingguan Warta Perdana (http://www.perdanaonline.com.my) dan majalah Remaja 

Cerita :http://rotikaya.com/tag/gambar-diana-danielle/
 
Diana Danielle Anggap Fesyen Satu Pembaziran, Bakal Keluar Single Baru
August 8, 2011 by  
Filed under Celebrities, News, Photos

Orang Lembah Klang sebenarnya sudah baca artikel mStar Online ini sebulan yang lalu — jika mereka membeli The Sunday Star.
Hello Diana Danielle! Lama kami tidak menulis perkembangan terbaru Diana Danielle. Mahu tulis gossip pun tiada bahan, percintaan dengan Farid Kamil nampak tiada masalah. Me gusta!
Selepas membaca artikel di mStar Online, ianya menarik minat kami untuk highlight prinsip yang di’pegang oleh pelakon sensasi remaja ini — fesyen adalah satu pembaziran.
“Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarkan wang yang banyak.”
“Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem. Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran,” kata Diana Danielle.
Selain turut mengakui beliau seorang yang tidak pandai berfesyen, Diana Danielle juga turut mengimpikan memiliki perpustakaan mini di rumah sendiri kerana beliau seorang yang ‘gila buku’.
Diana Danielle bakal muncul dengan single terbaru berjudul Tak Pernah Ada tidak lama lagi. That’s all.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Monday, 1 August 2011

Tasha Jadi Mayat Dalam Cerekarama Pangilan Kubur


Tasha Shilla bintang baru layar perak mengakui seronok berkongsi pengalaman berlakon bersama bintang veteran berbanding pelakon-pelakon muda.Pendapatnya, berlakon bersama pelakon veteran amat berbeda dari segi penghayatan dan secara langsung dia dapat ilmu dalam perkongsian pengalaman.
Jelas Tasha, tunjuk ajar daripada Datuk Jalaluddin Hassan yang melakonkan watak ayah dalam cerekarama Penggali Kubur, telah memberi peluang dia menimba pengalaman dan tip dunia lakonan.Natasha­sheila Abdul Razak, dalam usia 24, atau lebih senang dengan panggilan Tasha,berpendapat bahawa cerekarama itu memberinya impresi yang sukar untuk dilupakan.
Tasha amat mengagumi pelakon-pelakon veteran lain antaranya, Wan Hanafi Su yang sering menasihatinya agar menjadi pelakon yang jujur ketika dalam lakonan.

“Kerja sebagai pelakon kena ikhlas dan melakukan sesuatu dengan sepenuh hati,” kata Tasha, pesanan Wan Hanafi Su yang masih terngiang-ngiang.


Tasha,anak kelahiran Kuala Lumpur, kini menetap bersama keluarga di Taman Kosas, Ampang, Selangor mempunyai sokongan dan galakan dari keluarga.Lakonan Tasha kini boleh ditonton dalam drama bersiri Gemilang, yang sedang ditayangkan di TV3 dua minggu lalu.

Tasha,anak sulung dari tiga beradik ini melakonkan watak Cikgu Rohana di samping Kamal Adli yang memegang watak Cikgu Umar.
“Gemilang telah memberi saya satu kesempatan untuk memahami bagaimana rasanya kerjaya sebagai seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan kerenah dan masalah pelajar zaman ini.
Katanya lagi“Andainya ada tawaran melakonkan watak guru lagi, sudah pasti akan memudahkan saya menghayati watak ini dengan lebih baik,” Tasha seronok berlakon drama arahan Kabir Bhatia.
Tasha mula berlakon setahun lalu merasa gembira buat kali pertama beraksi di layar putih apabila membintangi filem Ratu The Movie yang ditayangkan di pawagam seluruh negara baru-baru ini.

“Tawaran berlakon filem ini sebenarnya menjadi pengalaman manis buat saya. Sebabnya ia menjadi langkah pertama saya membabitkan diri secara serius dalam dunia perfileman dan secara langsung sebagai anak seni,” jelasanya sambil melemparkan senyuman.
Tasha merupakan penuntut di MIM dalam jurusan penyiaran TV, juga mengemar dunia perniagaan terutama dalam bidang fesyen dan dia berkecimpung perniagan melalui internet.
“Saya sibuk berniaga baju secara online di Internet, sebenarnya. Alhamdulillah,setakat ini sambutannya sungguh menggalakkan,” ujarnya.Tasha juga berminat berlakon dalam teater dan sedang mencari peluang berlakon teater.
Ketika diajukan soal teman istimewanya,dia hanya tersenyum, enggan mendedahkan identiti siapa teman istimewanya, namun dia tidak keberatan untuk memberitahu tentang ciri-ciri pilihan hatinya, katanya cukup sekadar sedap mata memandang, bertanggung­jawab dan bukan daripada golongan anak seni.
Tasha kini dalam debaran menunggu jawapan uji bakat filem Oden, dulu dikenali sebagai Misteri Pulau Puaka.Dia aamat bersyukur kerana terpilih sebagai peneraju utama telemovie berjudul Mila Kejar Cinta terbitan RTM.

Jue Aziz Sibuk Berlakon Tapi Tidak Tamak


Ketika saya terserempak dengan Jue yang sedang bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Kuala Terengganu, sempat juga bertanyakan kabarnya dalam dunia hiburan. Kata Jue , dia sedang menghabiskan cutinya setelah selesai menjalani penggambaran cerekarama berjudul Tasbih Cinta Khadijah.Dalam cerekarama itu Jue yang memegang watak utama sebagai Khadijah seorang isteri yang baik, sabar atas perbuatan suami yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga sehingga berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka.( lakonan Aqasah ).

Sebagai seorang pelakon, Jue tidak banyak kerenah tentang apa saja watak, pastinya Jue akan menggalasnya dengan penuh tanggungjawab.Jue ketika ini walaupun sempat bercuti, dia menjelaskan jadual lakonannya agak padat sehingga bulan Ramadhan dan dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon antaranya drama episod atas sebab dia mahu memberi sepenuh perhatian pada setiap lakonannya.
"Jika Jue ambil semua peluang,mungkin itu rezki, bukan menolak rezeki tetapi ada kemungkinan Jue gagal memberi komitment terhadap lakonan, jadi ada baiknya Jue selesaikan satu-satu dulu dengan selesa." jelasnya ketika ditanya kenapa dia menolak beberapa peluang lakonan terutama drama berepisod.

Katanya lagi, dia tidak mahu disebut sebagai pelakon bersikap tamak, dia lebih selesa menyelesaikan satu-satu lakonan kerana mahu melakukan yang terbaik  buat peminatnya yang selama ini memberi sokongan padu terhadapnya.Jue sudah tiga tahun solo setelah putus cinta dengan kekasihnya Jehan Miskin, masih belum memikirkan soal untuk mencari pengganti, sebaliknya mahu memberi sepenuh perhatian pada bidang seni yang merupakan periuk nasinya. jelasnya lagi ketika diajukan soal pasangan dan cinta.
"Buat masa ini Jue malas nak fikir soal pasangan, cinta dan perkahwin.Jue nak tumpukan soal lakonan dulu, selagi  Jue ada peluang." itu ujarnya.

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan Datang Lagi


Puasa datang lagi memberikan kita peluang untuk beribadah sebaik-baik  dan sebanyak yang mungkin. Bulan Ramadhan bulan paling mulia untuk kita melakukan amal ibadah.  Bulan untuk kita memohon ampun segala dosa yang lalu. Perbanyakan membaca al-Quran, bersedekah, bersolat dan berzikir memuji kebesaran Allah. Ramadhan menguji sejauh mana kesabaraan kita antara nafsu dan iman yang mana lebih utama dalam hidup kita. Malam lalatulqadar pula malam yang amat mulia dan berharga kepada sesiapa yang dapat menemuinya.

Firman Allah SWT di dalam Al Qur’an tentang puasa Ramadhan tersebut. Dan berikut adalah beberapa ayat di dalam Al Qur’an tentang puasa Ramadhan. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Q.S Al Baqarah, 2:183) “(iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Q.S Al Baqarah, 2:184) “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Q.S Al Baqarah, 2:185) “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. (Q.S Al Baqarah, 2:187) “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Q.S. Al Qadr, 97:1-5) Semoga puasa Ramadhan kita diterima Allah SWT dan memberikan berkah sebesar-besarnya bagi kita semua. Amin.
Hadis petikan dari:-
http://www.orangtua.org/2011/07/27/ayat-ayat-al-qur%E2%80%99an-tentang-puasa-ramadhan/

Sunday, 24 July 2011

Madu Tiga bahgiakah?


Hari ni kalau sebut saja pasal perkahwinan sudah pasti terpaksa menyediakan belanja yang cukup besar. Jika dikampong mungkin kos perkahwinan antara 8k ke 10k. Apa lagi kalau di bandar-bandar, dikota-kota besar seperti Kuala Lumpur, kos perkahwinan mencecah rm30k. Itu bagi mereka yang berpendapatan kurang dari rm3k sebulan, dikira golongan kurang berkemampuan. Kita ambil kira kos hantaran, setidak-tidaknya untuk meminang seorang anak dara yang kita sudah berkenan, kita perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM10k. Sudah pasti dibandar besar seperti Kuala Lumpur bagi golongan kurang berkemampuan terutama sebelah pihak keluarga gadis meminta hantaran, paling kurang RM8k ke RM10k. Apa lagi bagi golongan berada, sudah pasti hantaran antara RM30k ke RM60k. Bayangkan nilai wang hari seperti tiada harga langsung. Soalanya bukan mahu menjual anak, akan tetapi kos untuk sesuatu majlis perkahwinan terlalu tinggi. Kos pelamin, kos andaman, kos jamuan dan macam-macam lagi.


Kita beralih topik soal majlis perkahwinan dan belanjanya keapda kos saraan hidup. Mampukan anda bermadu tiga dengan pendapatan RM3000 sebulan? Bagaimana agaknya anda mengagih-agihkan wang gaji atau pendapatan anda untuk menyara 3 keluarga? Sedangkan punya seorang isteri pun susah nak hidup di kota besar ini, inikan pula ada 3 isteri. Namun jika para siteri bekerja ada kemungkinan tampungan kewangan dapat diselesaikan. Akan tetapi menurut dalam Islam suami adalah ketua keluarga yang wajib memberi nafkah zahir dan batin. Bukan isteri yang terpaksa menyara hidup dan membanting tulang menyara keluarga.

Ada orang berpendapat jika berkahwin maknanya berkongsi hidup.Sebut berkongsi hidup apakah wajar mencari rezki juga perlu berkongsi? Keputusan ini terpulang pada setiap individu. Sukar untuk kita pertikaikan. Namun yang penting hidup berkeluarga terus bahagia. Jika sekadar berbahagia itu dimiliki sang suami ianya tidak bermakna bagi sang isteri. Apapun hidup perlu diteruskan. Sama ada berjaya dalam hidup atau tidak selagi hayat dikandung badan kita perlu menjadi khalifah di bumi Allah ini sebaik mungkin demi genarasi kita yang kita lahirkan.

Tuesday, 5 July 2011

Tak Akan Ku Tangisi Pemergianmu

Semalam saya menerima satu email dari seorang gadis yang mahu dikenali dengan panggilan Ina. Dalam emailnya tertulis coretan dibawah ini.Dia minta sangat saya siarkan di muka halaman blog saya. Katanya khas untuk bekas kekasihnya.Sama-sama kita hayati coretan Ina di bawah ini:- 

28hb.June.2011 sewaktu aku begitu ceria menyanbut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 21, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sms dari sidia yang selama ini aku anggap seorang lelaki yang terlalu menyanyangiku, mencintaiku dan pernah terungkap dari bibirnya mengatakan aku adalah pilihannya selagi hayat dikandung badan. 
Sayangnya sms yang ku terima sewaktu aku begitu ceria menanti kehadirannya untuk sama-sama menyambut ulang tahun hari kelahiranku berakhir dengan amat sedih. Sanggup kau mengungkap perkataan perpisahan padaku. Tak pernah aku terfikir langsung ini akan berlaku sedangkan selama 3 tahun kita bersama tidak pernah kita berselisih faham. Malah semua rakan-rakanku menyaksikan, memuji dengan sikap yang kau tunjukan , kejujuran, kesetiaan dan kasih sayang yang kau abadikan untuk terlalu sukar untuk ungkap ketika ini.

"Asalammualaikum Ina sayang, mungkin ungkapan sayang ini adalah terakhir dariku sebelum aku melangkah jauh pergi darimu Ina. Sayang, maafkan aku jika kau tersiksa dengan keputusan ku ini. Aku sedar yang engkau tidak boleh menerima hakikat ini. Ina, sewaktu kau membaca sms ini, aku telahpun tiada di Malaysia lagi. Aku terpaksa pergi dari sini. Bukan kerana aku tidak menyayangi kau lagi , tetapi semua ini adalah kerana kesilapan aku yang tidak mungkin dapat aku jelaskan apa sebenarnya. Sewaktu kau membaca sms ini, bererti inilah sms akhir dariku untuk kau Ina. Dan ketikan ini nombor handppone ini telah pun ku tamatkan talinanya. Maafkan aku Ina, aku terpaksa putuskan hubungan percintaan kita yang sekian lama ini terjalin tanpa rasa sakit hati. Dan jika ketika ini jika kau sakit hati dengan keputusanku, aku hanya mampu ucapkan maafkan aku sayang...."

Apakah sebenarnya? Sayang pergilah, aku merelakannya ,walau derita hati ku tanggung sendiri..... Aku tidak mampu untuk menahanmu sekalipun hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasanku ketika ini....

Jika kita baca coretan ini...kita mungkin tidak mengerti apakah sebenarnya yang terjadi...Apa boleh buat jika takdir menentukan segalanya....Jodoh pertemuan ditangan tuhan, kita hanya mampu merancang....


Saturday, 18 June 2011

Kereta Terkecil Di dunia


Buddy adalah kereta terkecil di dunia merupakan generasi keenam kenderaan elektrik Kewet. Originally Kewet itu dibangunkan di Hadsund, Denmark, dan model pertama telah dibuat pada tahun 1991. Pengeluaran ganti antara Hadsund, Denmark dan Nordhausen, Jerman. Sepanjang lima generasi first lebih 1000 kenderaan elektrik dihasilkan. Kenderaan tersebut telah dijual dalam lapan belas buah negara. Pada tahun 1998 segala hak yang diperoleh oleh ElBil Norge AS (yang pada masa itu dipanggil Kollega Bil AS). Bil adalah perkataan Norway untuk kereta (seperti dalam kereta), Norge adalah perkataan Norway untuk Norway. Untuk beberapa tahun ElBil Norge lagi membangunkan kenderaan elektrik dan pada musim luruh tahun 2005 model baru telah dibentangkan yang mula-mula dipanggil Kewet Buddy Citi-jet 6, tetapi kini dikenali sebagai Buddy.

Pada tahun 2010, Mobiliti Tulen (bekas "Elbil Norge") melancarkan versi baru jenama Buddy. Ia pada mulanya dipasarkan sebagai "MetroBuddy", tetapi "Metro" awalan telah dibuang kerana persatuan negatif atau mengelirukan tertentu dengan istilah ini. Kereta berkuasa elektrik oleh sumber tenaga boleh diperbaharui tidak menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau, tidak mencemarkan tempatan dan menghasilkan bunyi agak kurang dari kenderaan lain. Sebuah kenderaan kecil elektrik, seperti Buddy, adalah terutamanya berkesan dari segi tenaga dan penggunaan kawasan. Ia menggunakan sumber tenaga yang 3-5 kali lebih berkesan daripada petrol atau diesel kenderaan dan boleh letak tepi. Di Norway, pihak berkuasa membenarkan kenderaan elektrik untuk memandu di lorong bas, menggunakan jalan tol percuma, dan taman di dalam kereta perbandaran dan (untuk kenderaan elektrik dikelaskan sebagai motosikal) tempat letak motosikal percuma. Cukai jalan tahunan semakin berkurangan (NOK 370 pada 2007). 

maklumat dari: http://en.wikipedia.org/wiki/Buddy_%28electric_car%29