BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday, 12 May 2016

CYNTHIARA ALONA BUAT PENGAKUAN LEPASKAN PERAWAN DIUSIA 17 TAHUN



CYNTHIARA ALONA BUAT PENGAKUAN PECAH DARA DIUSIA 17 TAHUN

Dara adalah mahkota penting bagi status seorang gadis terutama dalam islam melambangkan kesucian.Namun bagi bangsa bukan beragama islam dara tidak penting. Bagi kalangan orang India juga masih mengekalkan kesucian seorang gadis.

Namun Artis seksi indonesia Cynthira Alina membuat pengakuan dia telah melepaskan keperawanannya diusia masih muda.Alona jujur mengakui bahawa kehidupannya bebas dan tanpa pantauan orang tua diluar negeri membuatkan dia bebas-sebebasnya melakukan apa saja yang dia sukai termasuk menyerahkan mahkota keperawannya kepada teman lelakinya.


"Dulu aku kuliah di Singapura, jauh dari orang tua dan bebas ngelakuin apa saja termasuk ML ama pacar waktu itu," ujar Cynthiara Alona sebagaimana dipetik dari majalah Detikhot.


Teman lelaki pertama Alona adalah Stephan Oelkers yang sekarang menjadi suami kepada model cantik Tiara Lestari. Alona dan Stephan diketahui pernah bersama selama 6 tahun ketika Alona masih kuliah di Singapura.

 Sayangnya diusianya sekarang ketika bekas teman lelakinya itu sudah berkeluarga, sedangkan Cynthiara Alona masih belum berkahwin. Kabarnya terakhir, Cynthiara Alona telah putus dengan tunangnya yang dijangka akan bernikah.

 Kehidupan Cynthiara Alona memang penuh dengan sensasi, setelah keluar dari penjara pada awal tahun 2013. Cynthiara dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang dirinya sudah tiada dara.

 

 "Bohong kalau ada yang bilang Alona masih virgin, aku lepas keperawanan udah lama banget," jelas Alona kepada Wartawan Detik.

 Berita seperti ini mungkin tidak asing terutama bagi mereka yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bebas. Tapi lain pula dengan mereka yang masih berusaha menjaga diri dan berkomitmen menjaga keperawannan sampai saat bernikah.



Tuesday, 10 May 2016

Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya.

AHYA bersama Normah. FOTO ihsan Ahya

Kuala Lumpur: Anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, tidak terkejut apabila gambar separuh bogel miliknya tersebar di laman web lucah.

Namun, Ahya yang pernah membintangi filem Tanda Putera menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan adalah miliknya.

"Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya. Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.

"Lagi pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki terhadap saya," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, gambar peribadi milik Ahya itu disebarkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay sejak kelmarin.

"Mama pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari dalang itu.

"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup pergunakan untuk tujuan lain," katanya.

Sudirman Mohd Tahir:sudirman@hmetro.com.my.http://www.hmetro.com.my/node/112518
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 12:58 AM

Rakaman video aksi terlampau yang didalam tandas.Kemudian sebarkan dilaman sosial

Kuala Lumpur: Segelintir ‘lelaki gatal’ dikesan menjadikan tandas awam dan tandas dipusat hiburan sebagai lokasi strategik untuk merakam video bogel wanita secara sulit.

Golongan lelaki ini tidak hanya menggunakan kamera intip (spycam) malah turut menggunakan telefon pintar diletakkan di siling tandas awam atau pusat karaoke untuk merakam aksi terlampau itu.

Dalam kes terbaru, tiga wanita menjadi mangsa dalam tiga kes berasingan membabitkan suspek teman lelaki masing-masing.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Siew, 17, berkata, dia menjadi mangsa selepas mempelawa beberapa rakan lelaki ke rumahnya di Kepong di sini, untuk mengulangkaji pelajaran bersama.

Dalam kejadian jam 5 petang awal Mac lalu itu, rakannya meminta kebenaran menggunakan tandas di rumah mangsa sebelum meletakkan kamera di penjuru siling tandas.

“Saya tidak menyedari kejadian itu pada mulanya. Selepas dua minggu, saya mendapat tahu video rakaman saya mandi mula tersebar di laman sosial.

“Saya takut dan memaklumkan kepada ibu bapa. Mereka membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran video yang dimuat naik di laman sosial itu,” katanya.

Dalam satu lagi kes berasingan, wanita yang mahu dikenali sebagai Mai, 20, mendakwa diperdaya teman lelaki yang merakam aksi asmara mereka di dalam tandas menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, kejadian berlaku minggu lalu selepas mereka berhibur di pusat karaoke di ibu kota.
“Saya menyedari tindakannya itu selepas menerima ugutan teman lelaki yang mahu menyebarkan video asmara kami.

“Saya tidak sangka perbuatan kami di dalam tandas tempoh hari dirakam. Berdasarkan rakaman itu, saya yakin, dia menyembunyikan telefon pintar di siling tandas,” katanya. Dia yang mahu memutuskan hubungan cinta membuat aduan di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA kelmarin.

Dalam satu lagi kes berasingan awal Mac lalu, wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran pasar malam di Sentul di sini.

Mangsa berusia 20-an menyedari kewujudan kamera intip itu selepas menemui alat penyangkut pakaian mencurigakan di dalam tandas itu. Kamera intip berbentuk penyangkut baju itu sengaja diletakkan di bahagian bawah pintu tandas bagi merakam aksi pengunjung yang menggunakan tandas itu.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung kejadian itu.Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas sepanjang Mac lalu.


Oleh Nabihah Kamalam@hmetro.com:
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 11:08 AM 
http://www.hmetro.com.my/node/45572

Nelsy Perez, 16, yang hamil tiga bulan dikebumikan hidup-hidup

 Nelsy Perez yang berusia 16 tahun, hamil tiga bulan ketika disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Honduras: Saudara-mara seorang remaja yang mati ketika hamil tiga bulan, memecahkan kubur serta kerandanya selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan dalam keranda itu membuatkan mereka percaya remaja berkenaan masih hidup.

Remaja itu, Nelsy Perez, 16, dikejarkan ke klinik terbaring dalam keranda, berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai untuk majlis perkahwinan dengan lelaki yang menjadi bapa bayi dalam kandungannya.

Namun, doktor menegaskan tidak menemui sebarang tanda remaja itu masih hidup.

Menurut saudara-mara remaja itu, mereka mendapati ada tanda pergelutan dengan panel kaca keranda pecah serta calar-calar pada jarinya.

Rakaman video kejadian itu yang berlaku awal Julai lalu, di Copan, barat Honduras, namun mula disiarkan stesen televisyen negara itu mulai semalam.

Rakaman itu menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling kubur Nelsy ketika seorang remaja memecahkan konkrit kubur untuk menarik keluar kerandanya.

 Ahli keluarga memecahkan kubur selepas terdengar bunyi ketukan dari dalam kubur.

Menurut keluarga remaja itu, Nelsy yang tiga bulan hamil, tiba-tiba sakit dan mereka mengesyaki dia dirasuk lalu meminta pertolongan seorang paderi.

“Paderi memintanya menyebut tuhan tetapi dia enggan. Suara yang keluar dari mulutnya bukan suaranya,” kata bakal suami Nelsy, Rody Gonzales, kepada stesen televisyen Univision.

Mereka membawanya ke hospital dan beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Nelsy meninggal dunia.

Sehari selepas dikebumikan, Gonzales melawat kuburnya dan terdengar ketukan dalam kubur dan pekerja di perkuburan itu juga mendengar ketukan.


Keluarganya yakin Nelsy sebenarnya masih hidup kerana selepas keranda dibuka, mereka mendakwa tubuh remaja itu tidak berbau busuk selain warna kulitnya tidak berubah.

“Dia tidak berbau busuk, tubuhnya kelihatan normal,” kata ibu saudaranya Gladys Gutierrez.
Doktor yang mengesahkan kematiannya, Claudia Lopez, berkata ujian menunjukkan Nelsy memang sudah mati.

“Kami membuat semua ujian yang menunjukkan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia. Mereka memasukkannya ke dalam keranda dan membawanya kembali ke kubur,” katanya.

Keluarganya percaya jantung Nelsy berhenti sementara menyebabkan doktor mengesahkan dia sudah mati dan ketika dikebumikan, dia masih hidup.

Remaja itu dipercayai tersedar apabila jantungnya kembali berfungsi tetapi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam keranda.

Sepupunya, Carolina Perez, berkata: “Selepas dia dikeluarkan dari keranda, saya dapati tubuhnya masih panas ketika disentuh. Malah saya dapat merasai degupan jantungnya yang lemah.

“Ada calar pada dahi dan jarinya seolah-olah dia cuba keluar dari keranda.”

Ibu remaja itu, Maria Gutierrez, amat yakin anaknya masih hidup ketika dikebumikan dan menyalahkan doktor yang mengesah serta menanda tangani sijil kematiannya. - The Guardian

Petikan:-
Artikel ini disiarkan pada :http://www.hmetro.com.my/node/73144. Rabu, 26 Ogos 2015 @ 5:32 PM

Hampir diperkosa ketika masuk ke tandas petrol pam petronas Rawang

Rawang: “Saya berhempas pulas bergelut dengan penjenayah ‘orang minyak’ memakai seluar dalam merah yang cuba memperkosa saya di dalam tandas sebuah stesen minyak,” kata mangsa, Ili Shahirah Mohd Diah, 30.


Dalam kejadian cemas jam 10 malam kelmarin, mangsa yang memiliki dua cahaya mata itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri ketika diserang di Bandar Baru Rawang.

Kejadian itu bagaimanapun menjadi viral di media sosial apabila gambar mangsa cuba melarikan diri sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa yang ditemui wartawan semalam berkata, kejadian berlaku ketika dia memasuki tandas wanita di stesen minyak itu untuk membuang air.

Menurutnya, terdapat dua wanita lain berada di dalam tandas ketika itu sebelum kedua-dua wanita itu keluar.

“Saya yang berada di dalam salah satu bilik tandas terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan perlahan tidak lama kemudian.

“Saya mula rasa tidak sedap hati lalu segera buka pintu. Namun, saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki berdiri di hadapan pintu dengan tidak memakai baju,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit didapati membuka seluar dan hanya memakai seluar dalam berwarna merah ketika itu.

“Saya sangkakan dia mungkin mabuk dan tersilap tandas, namun tiada bau alkohol pada badan suspek,” katanya.

Ila berkata suspek dengan pantas menolaknya masuk ke dalam tandas semula tetapi tidak berjaya kerana dia melawan.

“Lebih dua kali saya ditarik, namun saya tetap melawan dan akhirnya saya jatuh di lantai. Penjenayah kemudian cuba melipat tangan saya ke belakang. Bagaimanapun saya sempat berpaut pada lubang udara di tepi tandas dan menjerit.

“Dalam keadaan kelam-kabut saya berjaya membuka pintu tandas dan berlari keluar. Suspek yang mendapati saya terjatuh kemudian cuba mengejar,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian berlari ke arah belakang stesen minyak selepas dia menjerit meminta tolong.

“Susulan itu saya yang cedera ringan bertindak membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

 
RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa terjatuh ketika cuba melarikan diri.



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:20 AM

Saturday, 7 May 2016

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak, lupa mereka atas pengorban nyawa

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak. Terfikirkah mereka kemenangan di Sarawak telah mengorbankan nyawa dan di iringi dengan air mata kesedihan keluarga individu-individu yang terlibat dalam nahas Kemenangan besar tragedi helikopter Eurocopter AS350?


BN Sarawak jadi petunjuk penting JOHOR BAHRU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) semalam menjadi petunjuk kepada beberapa perkara penting khususnya terhadap pelan dan strategi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

 

Nahas Sebuyau : 8 Gambar Mayat Pertama Tragedi Helikopter Eurocopter AS350

Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas di Batang Sadong, Sebuyai telah berjaya dijumpai sekitar pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad memberitahu mayat mangsa yang dijumpai itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi iaitu Datuk Noriah Kasnon.
“Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau,” katanya

Ahmad Sobri selamat dikebumikan
ISTERI Allahyarham Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Yazid menabur bunga di Tanah Perkuburan Islam Al Ghufran Bukit Chandan, di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya


TANJONG KARANG: Jenazah suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong di sini, jam 9.30 pagi tadi. Allahyarham Asmuni Abdullah, 52, dikebumikan berdekatan dengan pusara isterinya, Datuk Noriah Kasnon.
KUCHING: Tiga mangsa nahas pesawat Airbus Helicopter AS350 di Triso, Sebuyau masing-masing disahkan identitinya sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad dan Asmuni Abdullah yang juga suami Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Asmuni Abdullah. Satu lagi mayat disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Haron yang juga pengawal peribadi Noriah. 

Pengecaman identiti ketiga-tiga mereka dilakukan sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini lewat malam tadi, selain turut dibantu waris masing-masing. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa diterbangkan ke Semenanjung menggunakan pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 2.30 pagi tadi dari Pangkalan Udara Kuching untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing. 

"Jenazah Datuk Wan Mohammad Khair-il dibawa pulang ke Kuala Kangsar, manakala Asmuni (Tanjung Karang) dan Sobri (Kuala Terengganu). "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijadualkan bermula jam 6 pagi nanti akan bertumpu kepada pencarian mangsa terakhir iaitu juruterbang pesawat malang itu, Kapten Rudolf Rex Ragas," katanya. 

Tahukah Anda Darah Belangkas Berwarna Biru bernilai RM17,500 (USD5,000) seliter

 
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.


Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.


Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.


Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

petikan dari :- https://www.facebook.com/randau.jak