BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday, 4 September 2012

DERHAKANYA ANAK INI PADA IBU..

Aku menulis entri ini bukan nak glamour tapi sekadar menyampaikan rasa kesal, sedih dan kecewa aku pada petang 1 shawal yang lalu.    Ceritanya begini:-
Aku pulang ke kampung tempat aku dibesarkan oleh ibu.Rasanya terlalu lama aku tak menjenguk kampungku semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebetulan mak aku pun ikut sama tinggal dengan aku.

Aku pulang ke kampung pun sekadar nak bertemu saudara mara aku, mak long aku dan kawan-kawan lama. Seronok juga beraya di kampung ni walaupun kampung aku sudah banyak perubahan pembangunan, sudah tidak banyak tinggal kesan-kesan tempat aku bermain dengan kawan-kawan, namun kenangan masih menyelubungi perasaan. Dari satu rumah ke rumah aku menghabiskan masa dengan family berhari raya. Tibalah ke satu rumah yang sentiasa menjadi ingatan aku di mana rumah itulah tempat aku bermain bersama kawan-kawan. Rumah tok ngah.

Di rumah tok ngah inilah aku dan cucu tok ngah hampir setiap hari jadi port bermain. Memang seronok betul kalau diingat kembali zaman kanak-kanak dulu. Sesampai di rumah tok ngah aku memberi salam. Agak sepi rumah itu, pintu tertutup rapat, hanya tingkap berhiaskan langsi biru yang kelihatan koyak rabak menghiasi rumah itu. Berkali-kali aku memberi salam pada tok ngah. Agak lama kedengaran salam di sambut. Pintu di buka, kelihatan seorang perempuan tua hampir bongkok di pintu itu.

"Siapa?" Tanya tok ngah. Tok ngah tak kenal aku dan keluarga aku lagi, sebab sewaktu aku berhijarah ke KL dulu dalam usia 23 tahun. Jika 10 tahun tak jumpa pastinya banyak perubahan wajah dan sukar untuk dikenali, tambah lagi orang macam tok ngah yang mungkin dah kurang ingatanya.

Di pendekkan cerita aku banyak bersembang dengan tok ngah. Memang tok ngah sukar mengecam siapa kami, setelah berkali-kali mengulang cerita lama barulah tok ngah ingat sikit-sikit.

Tok ngah tinggal di rumah usang itu sendiri. 10 orang anaknya yang dikatakan berjawatan tinggi hampir semuanya jarang pulang menjenguk tok ngah. Mungkin masih-masih sibuk.
"Dah lima kali raya, semua tak balik..." itulah ujar tok ngah. Sedih aku mendengar ceritanya. Nak aku muatkan di blog ini agak panjang, cukuplah aku katakan anak-anak tok ngah langsung tak ingat ibunya yang mengandungkan mereka dan membesarkan mereka. Yang menyedihkan lagi tok ngah sakit, mujurlah cucu saudaranya sering datang ke rumah tok ngah menemani dan membantu tok ngah.

Saya ingin berpesan pada diri saya dan kelurga saya juga anda semua, IBU BAPA itu lah letaknya syurga neraka kita. Jika kita sayangkan ibu kita jenguk-jenguklah selalu. Jaga mereka selagi mereka masih ada nyawa... Ingatlah satu hari nanti kita juga seperti mereka akan merasakan kehidupan di hari tua. Bagaimana jika anak-anak kita turut melakukan perkara sama seperti yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Balasan itu, jika baik maka baiklah balasannya, jika buruk maka buruklah yang akan kita terima...

Ternyata Neil Amstrong tidak pernah sampai ke Bulan!


Anda pernah bermimpi untuk ke bulan? Mustahil, itulah jawaban yang terlintas di kepala. Atau tanya saja Neil Amstrong yang konon pernah berada di bulan dan berhasil memcacakkan bendera AS di sana. Tapi apakah Neil Amstrong benar-benar telah pergi ke bulan?. Rumor yang menyebutkan bahwa pendaratan manusia di bulan adalah suatu bentuk teori konspirasi. Semakin banyak pihak dan bukti yang menguatkan keraguan Neil Armstrong pernah melakukan pendaratan di bulan 40 tahun silam.
Ada beberapa bukti yang menyebutkan bahwa Armstrong dengan misi Apollo 11 sebenarnya tidak pernah ke bulan. Yang sebenarnya terjadi adalah, Armstrong berada di dalam sebuah studio alam buatan di sebuah tempat di Arizona yang sengaja direka bentuk mirip dengan keadaan di bulan.

Hal ini sengaja dilakukan oleh NASA dan pemerintahan Amerika Syarikat untuk menciptakan ketakutan publik dan menyelamatkan imej Amerika yang mulai malap karena kekalahannya dalam perang Vietnam. Langkah ini juga sekaligus ingin menandingi Soviet Union yang ketika itu bersaing ketat dengan AS dalam kemajuan teknologi luar angkasa. Demikian keterangan yang dikutip dari Moon Daily, Senin (13/7/2009).


Para pihak yang meragukan berupaya membuktikan hal ini dengan memperbanyak teori dan bukti ilmiah yang menguatkannya. Di antaranya, mereka memaparkan teori yang menyebutkan bahwa kemungkinan besar para astronot itu akan habis terpanggang terlebih dahulu saat memasuk ruang ’sabuk’ Van Allen sebelum mencapai bulan.

Ketika membahaskan segala kejanggalan pendaratan manusia di Bulan, salah satu ahli astronomi bernama Phil Plait, mengemukakan kejanggalan foto pendaratan Armstrong. Pada foto yang selama puluhan tahun telah dipublikasi ke seluruh dunia itu, sama sekali tidak nampak keberadaan bintang di langit.

“Tidak ada atmosfir di Bulan, dengan demikian seharusnya bintang-bintang yang terlihat dari langit di Bulan akan bersinar lebih terang,” kata Plait.

Plait dan rekan-rekannya juga memberi catatan soal bendera AS yang terlihat berkibar pada foto dan video rekaman. Mereka mengatakan, mustahil bendera tersebut boleh berkibar karana sesungguhnya tidak ada udara di Bulan.

Sekilas Tentang Neil Amstrong
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.
Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.
Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil. Armstrong berusia 82 tahun meninggal dunia ketika menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

sumber : techno.okezone.com , about.com

Saturday, 1 September 2012

Manohara Mengaku Pernah Diperkosa Tengku Fakhry di usia 15 tahun sebelum bernikah

Manora telah diperkosa oleh Tengku Fakhry seusia 15 tahun,dimasa awal perkenalanya dengan tengku Fakhry.Sewaktu pulang ke tanah air manora membuat keputusan untuk menikah dengan Tengku Fakhry. Perkenalannya dengan Tengku Fakhry sewaktu makan malam. Benar atau tidak kita ikuti rakaman vedio ini petikan dari youtube:












Wednesday, 29 August 2012

RAIKAN MALAM PERTAMA PENGANTIN BARU ANDA DENGAN LOSYEN KAMARSUTERA

(Gambar Hiasan)


SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SEMUA BAKAL PENGANTIN DAN YANG SUDAH SELAMAT DIIJAB KABULKAN

Bulan shawal bukan saja bulan untuk kita berhari raya, kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, teman-teman dan sahabat andai, malah diraikan dengan majlis rumah terbuka. Disebalik kemerihan shawal ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menamatkan zamaan bujang mereka dengan membuat pilihan bernikah dan bersanding. Disamping berhari raya, serentak dengan itu kita dapat meraikan majlis persandingan pasangan mempelai. Alhamdulillah syukur kerana terkabul juga hasrat mereka ini untuk hidup bersama sebagai suami isteri setelah sekian lama melalui rintangan perjalan liku-liku percintaan dan alam pertunangan.
(Losyen kamarsutera khas untuk para isteri untuk menikmati malam pertama lebih bermakna, cepat menghairahkan pasangan, wangi tidak merbahaya untuk kesihatan, tanpa kamikal dapatkan sekarang di http://rahsia-dara.blogspot.com/p/losyen-kamarsutera.html )

Selamat hari raya dan selamat pengantin baru dari kami untuk semua bakal-bakal pengantin dan juga yang telah sempurna menjadi mempelai raja sehari dan bergelar pasangan suami isteri..

(Iklan Berbayar)
dvergin  produk pulih dara, http://mybusinessonline4u.blogspot.com/

Sunday, 26 August 2012

NOVEL"AIRMATA SEMALAM" BACA ONLINE PERCUMA KARYA SUTERAUNGU

EPILOG: Novel Air Mata Semalam

Photobucket
 AIR MATA SEMALAM
 oleh: suteraungu

EPILOG

Fantasi  ilusi, emosi kadang kala membuatkan manusia terus berkhayal. Apapun istilah yang dikaitakan dengan kehendak manusia, ianya tepat juga dikatakan perasaan. Suka duka, derita sengsara, kecewa merana, rindu lara sering menjadi episod kehidupan insan.
    Bukan Hafis yang cipta semua ini, ianya sudah kehendak Tuhan. Takdir kadangkala menyebelahi manusia. Merancang bukan bererti segala yang dirancang akan berhasil. Mencuba perlu berani, yakin dan jujur pada diri sendiri dengan apa yang dilakukan, tidak mustahil akan berhasil juga akhirnya. Kegagalan bukanlah keputusan yang bermaksud sudah berakhir segala impian dan harapan.
    Alam fantasi menjelma dalam hidup Hafis kadang kala ianya hanyalah kebetulan. Hafis tidak pernah berangan-angan untuk jadi seperti yang dia perolehi kini. Bermimpi di siang hari tak sama bermimpi di malam hari.
    Adakalanya mimpi menjadi kenyataan. Adakalanya mimpi membawa tuah dan adakalanya mimpi membawa padah. Biar apapun istilah mimpi yang sering dikaitkan dengan pelbagai anggapan positif dan negetif, namun ia adalah ilusi mainan tidur hamba Allah yang bergelar manusia.
    Cinta Hafis  pada Leya sudah lama terpahat. Cinta yang dipupuk sepenuh jiwa. Cinta yang lahir dari mata terus menyusuk ke hati. Cinta pandang pertama. Namun sudah sedia maklum, dugaan dunia percintaan tidak lari dari pelbagai dugaan yang melanda. Cemburu, iri hati, rasa tersinggung, hampa,  kadang kala mencengkap perasaan biarpun ianya adalah emosi yang dibendung dan terbatas.
    Salihah, juga ada perasaan. Salihah juga ada rasa cinta pandang pertama. Namun kerana cintanya dibiar terpendam tanpa diluahkan pada orang yang dicintai, akhirnya cinta itu memakan dirinya sendiri. Kerana cinta Salihah sanggup berdendam. Cinta terpendamnya terhadap Hafis tidak mendapat balasan. Cintanya kini terbiar sepi. Sepi sesepi malam yang tidak berbintang, bila mana sang pungguk tergila-gila merindukan sang bulan. Namun bulan terus menyepi berselindung di balik awan kelabu.


Monday, 20 August 2012

BUSUT JADIAN PUNYA BESI KUNING MILIK ISTANA JIN DI BAWAH RUMAH

Sesuatu keajaiban milik tuhan berlaku tidak di sangka-sangka. Kisah ini tentang busut tunggal yang tumbuh membesar sejak tahunn 2010 dibawah rumah milik arwah Haji Bohari bin Midah, di kampung Batang Duku, Benut, daerah Pontian, Johor.
Ketika saya menjejaki ketangga rumah ini di hari hari raya dua, saya di beritahu oleh En Ahmad Omar tentang kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ini. Saya dimaklumkan rumah ini dahulunya di bina oleh En Ahmad Omar di sebuah tapak tanah gambut yang memang tidak pernah ada sebarang busut. Rumah ini telah dibina pada tahun 1976.
"Saya yang buat rumah ini dulu. Memang tak ada langsung busut tumbuh di sekitar keluasan tanah yang lebih kurang 1 ekar." Jelas En. Ahmad Omar lagi.
"Saya pelik bila saya datang ke rumah ni tahun ni mendapati ada busut tumbuh di bawah rumah." Ujar En.Ahmad Omar yang tinggal di kg.Majide Johor Bahru, Johor. Berusia 65 tahun.
 (En. Ahmad Omar)

Saya cuba bertanya dengan cucu kepada arwah Haji Bohari bin Midah, en. Sarkan berusia 47 tahun sebagai penghuni rumah ini sejak kecil lagi tentang kejadian anih ini: " Suatu malam ketika itu berlakunya hujan ribut serta petir dan kilat sabung menyabung telah berlaku. Saya tidak dapat melelapkan mata kerana bimbang berlakunya pokok tumbang." Cerita En.Wahab.
Dilihat dari dekat busut ini memang tidak menampakan dibuat oleh anai-anai. Ianya amat kukuh susah diketuk atau di bongkar dengan alat seperti cangkul.

"Setelah hujan reda, renyai-renyai, petir dan kilat serta ribut kencang tiada lagi, saya dapat melelapkan mata.Kerisauan tidak lagi menggangu fikiran saya. Malam itu saya bermimpi ada seorang lelaki berjubah hijau meminta izin untuk membina istana di bawah rumahnya. Saya tidak bertanya apa-apa dengan lelaki berjubah hijau itu, hanya mengangguk tanda setuju." Cerita En. Wahab lagi.

Dilihat dari struktu binaan berperingkat busut ini sudah mencecah ke lantai rumah tersebut.
" Sewaktu lelaki itu hendak meninggalkan En. Wahab di dalam mimpinya ada memberitahu bahawan di atas busut itu ada besi berwarna kuning dan meminta En. Wahab mengambilnya sebagai hadiah lelaki berjubah hijau itu kepada En. Wahab." sambung En.Wahab lagi.

Besi kuning itu dikatakan mempunyai satu keajaiban untuk diguna sebagai perubatan tradisional, namun En. Wahab tidak berminat untuk menggunakan besi itu sebagai seorang bomoh. Dia hanya menyimpannya sahaja.

"Saya tersedar dari mimpi itu dan melihat jam di dinding rumah sudah jam 1.30 pagi. Namun saya tidak memperdulikan mimpi saya itu dan terus menyambung tidurnya." jelas En. Wahab.

Pada keesokan harinya En. Wahab telah turun melihat sama ada apa yang dia bermimpi itu menjadi kenyataan. Dia amat terperanjat apabila busut setinggi hampir 2 kaki tiba-tiba tumbuh di bawah rumahnya.
"Saya tergamam apabila mendapati ada busut di bawah rumah saya, lantas memanggil isteri saya untuk melihat bersama perkara pelik itu." sambung En. Wahab lagi.

En. Wahab juga mendapati ada bungkusan kuning sebesar 3 inci panjang, lebar 1 inci ada di atas busut itu. Dengan hati sedikit berani dan gementar En. Wahab mengambil bungkusan kuning itu dan membukanya. En. Wahab amat terperanjat apabila mendapati bungkusan itu mengandungi besi kuning seperti keemas-emasan. Kejadian itu disaksikan oleh isterinya sendiri. Lantas dia membukus semula besi itu dan terus menyimpannya.
(photo hiasan besi kuning)

Pada malam esoknya dia bermimpi lagi didatangi oleh lelaki berjubang hijau dan seorang gadis cantik berbaju putih memakai purdah. Lelaki itu senyum pada En. Wahab sambil memberi salam. Lelaki itu berpesan agar menyimpan besi itu dan tidak boleh ditunjuk kepada sesiapa pun kecuali jika perlu untuk mengubati pesakit yang amat memerlukan rawatan. Sehinggal kini En. Wahab belum lagi mengubati sesiapa pun yang sakit kerana belum ada sebarang orang datang meminta pertolongannya. Saya cuba mendapatkan gambaran bungkusan besi kuning itu namun En. Wahab tidak berani untuk menunjukkannya kepada saya kerana dia telah diamanahkan oleh lelaki berjubah hijau itu untuk tidak menunjukkan kepada sesiapa pun.

Saya juga cuba untuk merakamkan photo En. Wahab namun dia tidak berminat. Apapun semua ini kehendak Allah. Di dunia ini bukan sahaja di uni oleh manusia, malah ianya turut di huni golongan jin, syaitan dan iblis disamping haiwan dan serangga. Wallahhualammisawab...

(Iklan Berbayar)
dvergin  produk pulih dara, http://mybusinessonline4u.blogspot.com/

KUASAI ILMU BADANG 85 TAHUN MASIH KUAT

Sewaktu saya berhari raya kerumah sanak saudara di Seri Merlong, Rengit, merupakan salah sebuah daerah negeri Johor, sempat juga saya bertemu dengan seorang dari saudara mara tertua kami, yang dikenali penduduk daerah tersebut dengan panggilan Pak Surib Seri Merlong, berusia 85 tahun, masih kuat dan sihat.

Apa yang menarik perhatian saya ketika berbual mengisahkan kehidupanya, katanya walau pun hidup sederhana namun hatinya serta keluarganya sentiasa bahagia. Pak Surib hanya berkerja kampung sepanjang hidupnya. Walaupun berusia 85 tahun, Pak Surip masih kuat untuk berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan mengangkat setiap tandan kelapa sawit seberat 60 kg ke lori.

"Saya mengangkat galah sabit sepanjang 40 kaki (lebih kurang 13 meter) untuk mengait setiap tandan kelapa sawit yang pokoknya setinggi 45-50 kaki" Jelas Pak Surip ketika ditanya tentang kerjanya.

"Saya angkat setiap tandan kelapa masuk ke kereta sorong seberat 30-60 kilo." Apa yang menarik perhatian saya Pak Surip berupaya mengait kelapa sawit dalam sehari 1 -3 tan. Pak Surib hanya menerima upah sejumlah RM60 setiap 1 tan kelapa sawit.

Suatu yang menarik hati saya apabila ditanya tentang dia mengisap rokok.
"Sehari saya mengisap 6 kotak rokok" Katanbila ditanyan. Sejumlah 20 batang bagi setiap 1 kotak rokok bermakna 1 20batang sehari.

Ketika ditanya tentang kesihatannya: "Saya tak ada sebarang sakit kronik seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, kecing manis ,darah tinggi." Jelasnya.

"Sesekali adalah sakit seperti demam" Jelasnya lagi, seorang lelaki yang tidak mempunyi sebarang ilmum kebatinan seperti badang. Pak Surip mempunyai 9 anak, 30 cucu dan 4 cicit telah memberi satu petua tentang pemakanan untuk kesihatan, " Jangan makan ayam pencen, telur yang jual di kedai, sebaik mungkin makan ayam kampung, telur ayam kampung, sayur-sayuran kampung, ulam-ulaman yang tidak dicemar oleh bahan kimikal."

(Iklan Berbayar)
dvergin  produk pulih dara, http://mybusinessonline4u.blogspot.com/