SAYA tersenyum apabila membaca cerita Rozita Che Wan lebih cenderung memilih lelaki bujang yang muda sebagai calon suami. Ya... Rozita sekarang berumur 38 tahun. Sebenarnya usia itu taklah tua sangat pun.
Kata Rozita dia tak percaya kepada lelaki-lelaki berusia kerana mereka suka mengongkong. Lelaki yang berusia juga menurut Rozita tak “gentleman” sebab tak berani meluahkan perasaan suka kepadanya.
Jawapannya senang saja. Lelaki yang lebih tua sebenarnya bukan tak “gentleman” dan bukan tak berani tetapi akal mereka lebih panjang berbanding lelaki-lelaki muda.
Lelaki berusia akan berfikir 10 kali untuk mengurat Rozita kerana kebanyakan mereka sudah berumah tangga.
Kalau mereka mahu berkahwin dengan Rozita, Rozita kena bersedia untuk menjadi yang nombor dua atau nombor tiga dan bersedia juga untuk kena tarik rambut.
Saya percaya, lelaki yang sudah berusia romantiknya lebih dahsyat daripada anak-anak muda atau dalam istilah hiburan dipanggil “anak ikan”.
Kalau tak percaya tanyalah pelakon Zizie Ezette bagaimana romantiknya Datuk Bung Mokhtar dengannya.
Dan kalau nak tahu bagaimana risikonya percintaan lelaki muda, tanyalah juga dengan pelakon Rosnah Mat Aris yang berhadapan dengan macam-macam ujian sebelum ini tetapi syukurlah, rumah tangganya bahagia sampai sekarang.
Faktor muda atau tua bukanlah penentu kepada keupayaan seseorang itu untuk bergelar pasangan yang baik sebaliknya kepercayaan dan kasih sayang yang luhur amat penting.
Saya faham isi hati Rozita yang sedang mencari kasih sayang sebenar selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.
Tapi persoalannya sekarang adakah lelaki muda yang sedang Rozita kenali sekarang ini mampu memenuhi impian Rozita?
Apatah lagi kalau lelaki muda yang kerjayanya tidak begitu stabil, tentu sekali ia akan menimbulkan banyak masalah kepada Rozita.
Apa-apa pun saya percaya hari ini lelaki-lelaki muda atau “anak-anak ikan” di luar sana tersenyum gembira dengan pendirian Rozita itu.
Dan saya juga percaya tak mustahil lepas ni kalau Rozita berjalan di Bukit Bintang, ada orang akan berebut-rebut nak pelawa Rozita naik motor RXZ mereka.
NIEZAM: Janda pun apa salahnya...
petikan dari mStar Online 22/02/12
Wednesday, 22 February 2012
Sunday, 12 February 2012
Dalam Fail Mahkamah Hati
Muzik hari ini tiada gelombang yang nyata ke mana arahnya. Ternyata komposer yang hebat-hebat hari ini sudah hilang idea, akibat budaya muzik yang lebih cenderong kepada kehendak hati artis. Era rock, 60an,70an sudah lenyap tidak kira untuk seketika mahupun hampir pupus.Dimana muzik budaya seperti gazal, joget, inang, endang, zapin dan manakah era muzik 50an lagi....
Dalam Fail Mahkamah Hati:
Idea-idea baru sudah mendahului masa, muzik sudah tidak ada arah ketentuan menampilkan imaj yang muzik itu seni. Muzik hari ini sudah melenyapkan konsep budaya.Jika kita lihat budaya industan, walaupun dicorak dengan muzik rock, mereka masih tetap tampil dengan imaj industannya. Begitu juga jepun, Korea dan tidak hairanlah muzik arab walaupun kita sering menganggap muzik arab merupakan muzik padang pasir, yang dikatakan muzik kuno, atau muzik tamadun, namun adanya penyerapan muzik moden masih tetap unggul budaya muzik arab.
Apakah Malaysia tidak mampan untuk melahirkan komposer yang muzik adunan antara lama dan baru dan tradisional dengan adunan budaya barat? Misalnya gazal diadun dengan muzik rock, atau budaya joget juga di adun dengan seni muzik baru sama ada joget rock, joget pop?
Jelasnya kita, terutama komposer2 hari ini seolah-olah terlupa bertapa seni itu penting terutama jika muzik milik unsur2 budaya tetap dijadikan asas untuk memertabatkan keutuhan sesuatu budaya bangsa di Malaysia ini...
Apakah akan berakhir segalanya? dan kita semua kemercu hidup yang akan abadi tanpa satu budaya tersendiri andainya apa yang kita pusakai selama ini gagal dikekalkan....
"Aku bukan komposer, aku hanya serangga yang terbang mencari madu walau madu itu ada racun berbisa...."
(dari ku bicara hati sutera kasih 12.36am 13hb/02/2012)

Wednesday, 16 November 2011
SIAPAKAH NAJWA LATIF|BIODATA
VIDEO TERKINI YOUTUBE NAJWA LATIF-SI GADIS YOUTUBE
Tidak semua orang yang sudah mengenali Najwa Latif.Begitu juga dengan Nakal,hehe,adeh lambat “pick-up”betul la Nakal ini.Yang mana belum mengenali Najwa Latif ni,Nakal ingin berkongsi serba sedikit pasal dirinya.
Najwa Latif ni artis yang dilahirkan dalam Youtube,kira macam Cikgu Shida lah,tup..tup dah popular.Sekarang ni kalau anda mempunyai bakat yang terpendam terutamanya dalam bidang nyayian,apa kata anda mengunakan Youtube sebagai medium untuk memperkenalkan bakat yang anda ada tu,mana lah tahu kan “untung sabut timbul,untung batu tenggelam”
Tengok Najwa Latif sudah pun dilamar syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di syarikat rakaman tersebut.Jika dilihat pada jumlah pageviews pada video youtube,jumlahnya melebihi ratusan ribu penonton.Ini bermakna Najwa Latif mempunyai ramai peminat.

Berikut biodata ringkas Najwa Latif
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Tinggi: 155cm
Berat: 47kg
Umur: 16
Status:Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
youtube : www.youtube.com/najwa595
Layan juga bila dengar lagu “Cinta Muka Buku” tetiba jer teringat zaman kegemilangan bercinta dalam facebook dulu,hahaha..dulu jer la..Yuna Terharu Usaha Keras Dihargai
Yuna berkata, dia tersentuh kerana segala kerja kerasnya untuk membina nama di luar negara dihargai kerana jalan yang dilaluinya bukan mudah.
"Saya begitu tersentuh apabila semua usaha keras saya dihargai walaupun masih baru dalam industri muzik walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memperbaiki diri" ujarnya.
Yuna ditemui pada sidang media selepas acara AIM2011 di sini pada Sabtu.
Dia berkata, peluang bekerja dengan penerbit berpengalaman untuk albumnya di sana adalah sesuatu berharga dan sentiasa mencontohi cara mereka bekerja.
"Sudah tentu industri mereka jauh lebih besar berbanding di Malaysia dan itu adalah salah satu cabaran buat saya dalam menempatkan diri di sana. Kerja keras adalah paling utama dan itu adalah antara perkara yang saya pelajari sepanjang berada di sana" ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita mengenai kemenangan tiga anugerah di AIM2011, Yuna berkata, dia tidak menyangka 'Penakut' dinobatkan sebagai Lagu Terbaik kerana gubahan lagu tersebut berbeza daripada segi melodinya.
"Penakut sebenarnya adalah sebuah lagu eksperimen saya kerana ia berbeza daripada segi melodinya dan saya sendiri tidak pasti sama ada ia akan diterima atau tidak oleh pendengar. Tetapi dengan anugerah ini ia jelas inspirasi saya dalam mencipta lagu diterima baik oleh pihak juri profesional yang menilai lagu itu" ujarnya.
Selain kategori Lagu Terbaik dan Anugerah Kembara, Yuna turut menerima Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Penakut.
Sumber artika sumbangan:http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Yuna_Terharu_Usaha_Keras_Dihargai
Yuna Semakin Dihargai
Menyambut hari lahirnya yang ke 25 hari ini, penyanyi yang popular dengan lagu, Dan Sebenarnya ini bertuah apabila dia dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Kembara, di malam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) Sabtu lalu.
Turut memenangi dua lagi anugerah iaitu, Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita, Yuna berbesar hati mengatakan bakat dan penat lelahnya kini telah dihargai.
"Syukur Alhamdulillah, segala penat lelah, usaha, kerja keras saya untuk industri ini dihargai oleh semua. Kejayaan ini meningkatkan semangat saya untuk terus berkarya. Saya memang tidak sangka akan menang, lebih-lebih lagi, lagu Penakut dibuat agak berlainan kerana korus dan lagunya agak berlainan. Namun, Alhamdulilah ia dipilih menjadi lagu terbaik pada malam AIM ini" Jelas Yuna.
Sementara itu, bagi Shiela Majid, kejayaannya pada malam itu membuktikan bahawa bukan sahaja penyanyi dan bakat baru dihargai oleh AIM, namun ia turut meraikan bakat yang ada dalam diri penyanyi-penyanyi lama.
“Saya bersyukur masih mendapat tempat di hati juri, saya harap gabungan artis dalam majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kami. Saya suka melihat apa yang berlaku pada malam AIM ini, semua pemuzik bersatu untuk meraikan majlis ini” jelas Sheila Majid yang memenangi kategori, Album Terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid dan kategori Susunan Muzik Terbaik.
Corat-coret sepanjang AIM18 berlangsung:
1) Stadium mula dipenuhi peminat bermula 5 petang dan acara karpet biru dimulakan daripada pukul 7 Malam.
2) Karpet biru dimeriahkan oleh pengacara Awal Ashaari dengan dibantu oleh Diana Danielle. Pertama kali mengacarakan majlis secara live, membuatkan Diana kelihatan gementar sehingga beberapa kali tersasul menyebut ‘red carpet’.
3) Diana juga tersilap memperkenalkan Hazama dengan menyebut nama Nashrin, namun secara keseluruhannya, dia telah menjayakan program karpet biru itu dengan baik.
4) Persembahan pembukaan dibuat dengan begitu baik sekali oleh Najwa Mahiaddin dengan membawakan lagu-lagu terbaik sepanjang zaman.
5) Sobri muncul menghiburkan penonton di stadium setiap kali apabila rancangan berhenti rehat dengan gaya berbeza, dan ternyata Sobri sangat laser dan menghiburkan.
6) Anuar Zain menepuk tangan dan berdiri setelah persembahan 3 Suara selesai dinyanyikan oleh Jac, Shila dan Ning Baizura. Sememangnya persembahan ini memang terbaik!
7) Kemunculan penyanyi-penyanyi otai seperti Zamani, Elly, Ezad dan Rahmad memeriahkan lagi stadium apabila seluruh penonton sama-sama menyanyikan lagu bersama-sama mereka.
8) Ternyata semua persembahan yang dipersembahkan di malam AIM ini memukau penonton termasuklah persembahan dua bintang Youtube, Greyson dan Najwa Latif. Tahniah AIM18!
Senarai Pemenang-pemenang AIM18
Album Terbaik – Produser
Magada Entertainment Sdn. Bhd. - The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid - Sheila Majid
Lagu Terbaik
Penakut -Yuna - Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Yuna – Penakut
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
Artis Baru Terbaik
Najwa Mahiaddin
Lagu Pop Terbaik
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Mohariz Yaakup/Azalea - Adibah Nor
Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque - Loque & A.P.I.
Lagu Nasyid Terbaik
Pedoman VOU – Johan Nawawi/Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi, Johan Nawawi – Nora feat VOU
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Got To Go – Najwa Mahiaddin – Najwa Mahiaddin
Kulit Album Terbaik – Pereka
Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. - Urusan Aizat Amdan – Aizat
Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Faris – Susun Silang Kata - Aizat Amdan
Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Keith Yong - Realize – Reza Salleh
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
Ku Menunggu – Rossa
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
Artis Mobile Celcom Terbaik
Sixth Sense (1.8 juta muat turun)
Anugerah Kembara
Yunalis Zarai
Anugerah Wirama
Beh Suat Pheng
Sumber artika sumbangan: http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Yuna_Terharu_Usaha_Keras_Dihargai
Najwa Mahiaddin Lali Kejayaan Dikaitkan Dengan Status Keluarga
Wednesday, November 16, 2011

Najwa Mahiaddin.
Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
"Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi" ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM2011 di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
"Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya" katanya.
Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya.
Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat" katanya.
Sumber Artikal Sumbangan: http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Najwa_Mahiaddin_Lali_Kejayaan_Dikaitkan_Dengan_Status_Keluarga

Subscribe to:
Posts (Atom)