BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday, 30 May 2023

Rahsia Wanita Mengekalkan Keayuan Dan Kejelitaan



(gambar hiasan)

Hari ini akak nak kongsi tentang artikal ini. Akak agak tertarik dengan penulisan Nurulanis dalam blognya. Kita boleh berkongsi sama ideanya ini.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan TIDAK MEMAKAI BAHAN-BAHAN LUARAN TETAPI MENJAGA EMOSI, FIZIKAL DAN MENTAL. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

1)MENJAGA SUARA: Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

2)MENJAGA CARA BERKATA-KATA:Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.



3)JANGAN GUNAKAN PERKATAAN YANG TERLALU BEREMOSI: seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4)MENJAGA KULIT: Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.


5)MENJAGA MUKA: Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6)MENJAGA RAMBUT: Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.



7)MENJAGA CARA BERJALAN: Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8)MENJAGA GERAK-GERI: Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.



9)MENJAGA SENYUM. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)MENJAGA MATA. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.



11)MENJAGA KEHORMATAN: Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

This artical Posted by: nurulanis on: November 5, 2007



20.03.2020 JUMAAT TERCATAT SEJARAH SELURUH MASJID DI MALAYSIA TERPAKSA DI KOSONGKAN

gambar hiasan

Malam ini 19/03/2020 tepat jam 9:00 malam sebahgian daripada rakyat Malaysia yang beragama islam telah bersatu hati bersepakat beramai-ramai serentak membaca surah yasin dari rumah masing, memohon perlindungan dari Allah agar gejala COVID-19 dapat di bendung dan terhapus. Perkara ini telah di war-warkan di media sosial seperti face book, twitter, IG, whatsApp dan massanger.

Marilah kita semua rakyat Malaysia beragama islam memohon keredaan Allah agar gejala penyakit ini terhapus dan pada mereka yang telah di jangkiti do doakan cepat sembuh.

Selaras dengan itu bagi memendung gejala ini terus merebak, maka pihak kerajan telah menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan kawalan perjalanan "lockdown". Semoga dengan cara ini gejala ini mudah-mudahan cepat terhapus.


Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita merasa sedih apabila semua rumah-rumah ibadah terpaksa dikosongkan daripada aktiviti agama dan esok Jumaat 20/03/2020 solat Jumaat tidak di adakan dan digantikan dengan solat zohor.Semoga dengan cara ini segala masalah dapat diselesaikan.

Allah itu amat mengetahui dan Maha penyayang kepada hambanya dan kita hanya termampu berusaha sedaya upaya disamping mohon doa menyerah pada-Nya.