BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday, 25 November 2020

BERDIALOG ALAM GHAIB DENGAN LAKSMANA HANG TUAH DI PULAU CIPUTIH..


Gambar di atas adalah potret yang didakwa sebagai rupa Datuk Laksamana Hang Tuah yang sebenar. Sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu wajah sebenar Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan Laksamana Melaka itu melalui catatan sejarah atau karangan hikayat sahaja.

Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, 
Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah  dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD)  (yang bertemu Hang Tuah di Pulau Ciputih)...


Kisah kepahlawanan Hang Tuah aku tahu semasa aku masih kecil lagi di mana aku sering membaca kisah-kisahnya bersama 4 sahabat karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu di setiap buku yang aku jumpa termasuklah dari buku hikayatnya yang popular karangan Tun Sri Lanang,  iaitu Hikayat Hang Tuah dan termasuklah juga yang telah difilemkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Aku sangat kagum dengan kepahlawanannya yang tiada tolok banding dan terbilang, bijaksana, mempunyai ilmu yang tinggi, menguasai 12 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap Sultan sehingga sanggup membunuh sahabatnya sendiri iaitu Hang Jebat. TETAPI....!!!! tahukah kita, apa sebenarnya yang  berlaku, dan benarkah Tuah telah membunuh Jebat?

Untuk mengetahui kisahnya, marilah kita sama-sama membaca kisah di bawah ini yang telah diceritakan sendiri oleh Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1987.

Rencana di bawah ini aku petik dari Mastika keluaran April 2013 yang dikarang oleh wartawannya Desi Ernita Dahnin @ Nita yang telah mewawancara Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar.
Aku memohon kebenaran untuk menyalin semula artikel ini dan menyiarkan di dalam blog untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

SELAMAT MEMBACA... November 1987...
Sesudah solat Asar, lelaki itu naik ke dalam sampan. Mujur nelayan tua itu sudi membantunya. Menghantarnya ke sebuah pulau yang menjadi 'kawasan larangan'.

Dia harus ke sana. Kembaranya dengan beruzlah selama ini memberi petunjuk, di pulau tidak berpenghuni itulah dia akan temui jawapan yang dicari-carinya.

Petang hari Ahad, berjayalah lelaki itu menjejakkan kakinya di pulau tersebut. Lantas, dia mencari tempat yang sesuai menyambung uzlahnya. Sebongkah batu besar menghadap ke gigi laut dipilih. Atas hamparan batu itulah dia duduk terus mengkhusyukkan diri ke hadrat Ilahi. Sekadar kurma dan kismis sebagai pengalas perut.

Waktunya banyak dihabiskan dengan amal ibadah. Solat hajat, taubat dan istikharah tidak ditinggal. Sehinggalah pada malam kedua di pulau itu, lebih kurang pukul 2.00 pagi. Sewaktu dia sedang berwirid....

''Assalamualaikum...'' Salam itu tidak berjawab. Lelaki itu tergamam. Terperanjat, takut dan menggigil melihat susuk 'laksamana' di hadapannya itu.

Kali kedua salam diberi. Pun sama. Lelaki itu masih terfana. Perasaannya bercampur-baur hingga lidahnya kelu untuk berkata. Kali ketiga, salam diberi lagi sambil 'laksamana' itu menghulur tangan.
Barulah lelaki itu mampu menjawab salam. Pantas dia menyambut huluran tangan yang diberi. Sejuk rasanya tangan 'laksamana' tatkala bersalaman sambil mencium tangan itu. Aroma wangian kasturi menusuk hidungnya.

Selepas melepaskan genggaman tangan, lantas 'laksamana' itu menepuk lembut bahunya. Barulah lelaki itu tersentak. Terasa tenang semula dan lancar berkata-kata.

''Yayi bernama Hang Tuah. Yayi datang melihat cucu di sini,'' akhirnya dia memperkenalkan diri. ''Terima kasih kerana laksamana sudi datang,'' balas lelaki itu. Hatinya terasa sebak,

Pertemuan mereka malam itu tidak lama. Sekadar bualan biasa. Bermacam-macam soalan hendak ditanya lelaki itu, namun jawab Tuah yang membahasakan dirinya sebagai yayi (kiai).
''Yayi tahu apa yang cucu cari. Sabarlah. Jangan tinggal solat dan wirid!'' Sebelum subuh menjelma, mereka pun berpisah.

Keesokan malam, Tuah datang lagi menjenguknya. Pertemuan malam kedua itu, barulah laksamana terbilang itu menceritakan sedikit akan nasib keturunannya.

''Yayi bernama Hang Tuah, anakanda kepada bonda yayi iaitu Dang Merduwati atau Dang Merdu. Ayahanda yayi bernama Hang Mahmud. Yayi lahir di kampung Duyong, Melaka dan membesar di Bentan,'' tuturnya dalam bahasa lama.

Perbualan mereka terus berkisarkan nasab, salasilah, kedaulatan dan kehebatan zaman kedaulatan dan kehebatan zaman kesultanan Melayu Melaka. Pertemuan mereka bersambung hingga malam ketiga. Segala persoalan terjawab. Lelaki itu mendapat jawapan yang selama ini dicarinya.

Pertemuan malam ketiga itu merupakan malam terakhir di pulau itu. Sebelum berpisah, sempat Tuah memberi 'cenderamata' kepada lelaki itu. Kata Tun Tuah: ''Wahai cucuku, ambillah keris ini sebagai tanda pertemuan kita. Jika nanti ada sebarang keperluan, panggillah yayi!''

Lalu keris yang dihulur itu disambut penuh hormat lelaki itu. Dicabutnya keris pendek itu dari sarung, lalu dicium, Dan dimasukkan semula ke sarungnya. Tangan kanannya menggengam erat keris itu di dada sambil tangan kirinya melambai, sebagai tanda perpisahan mengiringi langkah pahlawan Melayu terbilang itu melangkah ke gigi air dan kemudian hilang dalam sayup hening subuh.

Berakhirlah pertemuan tiga harinya bersama laksamana Melayu terulung di pulau itu. Seminggu bertapa di pulau itu, ya... lelaki itu akhirnya mendapat jawapan!

Inilah potret Tun Tuah
Sambil menunjukkan sekeping potret lukisan, Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, 63, berkata: "inilah wajah Hang Tuah!''

Sekalipun pertemuannya dengan pahlawan terbilang itu bermula pada hujung tahun 1987, hanya pada tahun 2003 dia mendapat 'izin' untuk memotretkan wajah pahlawan Melayu terbilang itu.

Lantas, Ibrahim segera ke Langkawi, menemui rakannya Mohd. Salleh Dawang, yang juga merupakan seorang pelukis yang sering membantu pihak polis melakar wajah-wajah para penjenayah.

Sambil Salleh melakar di atas kanvas putih dengan sebatang pensel, Ibrahim pun memberi gambaran rupa Hang Tuah yang pernah ditemuinya.

''Hidungnya panjang dan kembang sedikit. Bibirnya nipis dan lebar ke tepi. Bentuk wajahnya tidak bujur tapi tidak terlalu bulat. Di antara kedua-dua keningnya mempunyai lekuk. Keningnya timbul. Bulu keningnya nipis namun dibentuk seperti batas berlekuk.

''Matanya bulat, lirikannya tajam. Dagunya seperti ada lapis. Telinganya panjang. Kerisnya terselit di pinggang dan tangannya selalu di situ. Keadaannya dalam siap siaga,'' panjang lebar gambaran Ibrahim.

Dalam masa 40 minit, Salleh siap melakar gambaran yang diberi lalu ditunjukkan kepada rakannya itu.
''Astaghfirullah!'' Ibrahim mengucap panjang.

Menggigil tangannya memegang kanvas lakaran itu, Ya! Inilah wajah Hang Tuah. Benar-benar serupa seperti yang sering ditemuinya.

Salleh sendiri turut merasa aneh. Sewaktu melakar potret itu, tidak sekali pun dia menggunakan pemadam seperti kebiasaan. Tangannya juga ringan, seolah-olah diarahkan untuk melakar gerakan membentuk rupa tersebut..

Selesai lakaran, tiga hari masa diambil untuk memperkemaskan potret itu sebelum Ibrahim membawanya pulang. Potret itu disimpan rapi di rumahnya di Klang, Selangor. Tidak pernah dia berkongsi wajah pahlawan itu untuk tatapan orang luar.

Hanya pada tahun lalu, barulah wajah Hang Tuah ini diabadikan pada setem yang dikeluarkan eksklusif oleh Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD). Waktu itu bila ditanya, Ibrahim sekadar menjawab wajah itu dihasilkan selepas beberapa siri pertemuannya dengan Hang Tuah di alam ghaib.

Tiada perincian lain. Kata Ibrahim, sukar untuk menceritakan perkara yang tidak mampu diterima logik akal manusia. Namun kepada Mastika, barulah Ibrahim terbuka hati menceritakan kisah pertemuannya dengan Hang Tuah. Mencari jati diri Melayu...

TIDAK! Ibrahim tidak pernah meminta untuk bertemu Hang Tuah. Segalanya bermula pada bulan Ogos 1987, sewaktu tercetusnya isu perlembagaan apabila Karpal Singh hendak memfailkan saman terhadap Sultan Selangor. Sebagai anak Melayu yang kebal jati diri, Ibrahim bersama puluhan sahabat yang lain tampil mempertahan kedaulatan raja-raja melayu.

Matlamatnya terlaksana sekalipun dia menanggung akibat, ditahan ISA selama 19 hari. Selepas itu, Ibrahim tekad. Membawa diri ke serata tempat untuk 'berkhalwat', mengasingkan diri bermunajat kepada sang Pencipta. Tujuannya hanya satu, mencari kemelayuan dalam dirinya.

Ya Allah, aku mencari diriku, Melayuku. Adakah benar Melayu ini tuan kepada bumi (Malaysia) bertuah ini? Bantulah aku agar tidak tersesat-Itulah hajat yang sering dipohon dalam pencariannya.

Lalu dia 'dipertemukan' dengan Hang Tuah, pahlawan terbilang abad ke-15 yang memberi jawapan terhadap pencariannya itu. Tuah tidak bunuh Jebat!  Tanyalah apa saja peristiwa lampau, sama ada tentang Kesultanan Melayu Melaka. Tentang Hang Tuah lima sahabat? Atau apa saja yang menjadi persoalan dalam sejarah. Ibrahim ada jawapannya!

Sebab itu bila ada pihak mempertikai kewujudan Hang Tuah, Ibrahim tampil lantang berusara. Kerana dia masih ingat pesan Tuah yang berkata:
''Jangan sesekali cucu dan anak cucu yang lain berfikir atau mengatakan bahawa Sultan Melaka tidak pernah ada. Begitu juga adinda dan sahabat-sahabat.'' Lagi satu penjelasan Tuah dalam pertemuan mereka berkata:

''Yayi tidak pernah membunuh sahabat yayi, si Jebat. Tidak sekali-kali!''

Lalu tanya Mastika, siapa yang bunuh Jebat? Bukankah dalam sejarah tertulis Tuah bunuh Jebat kerana derhaka terhadap sultan? Tidak! Itu bukan kisah sebenar. Begini ceritanya.

Tuah dan Jebat bertikam berhari-hari kerana mereka 'bergurau', melepaskan rindu setelah sekian lama terpisah angkara kedua-duanya menjadi mangsa fitnah.

''Jika benar yayi mahu bunuh Jebat, mengapa perlu menutup semua langsir dan tingkap istana? Bukankah lebih baik rakyat jelata melihatnya?'' cerita Tuah. Tikam menikam itu sengaja kedua-dua sahabat itu dipanjangkan berhari-hari kerana tujuannya mahu mengumpulkan orang-orang besar istana yang telah memfitnah mereka.

Apabila kesemua mereka sudah tiba, lalu Tuah melukakan sedikit jari kelingking Jebat dengan keris raja yang dibawanya pada waktu pagi agar darah mudah keluar. Lalu luka itu dibalut, agar tampak memang sengaja dilukakan. Kemudian, Jebat pun mengamuk.

Namun, sebenarnya yang diamuk Jebat hanya orang-orang tertentu yang telah melempar fitnah terhadap mereka berdua. Setelah tiga hari mengamuk dan orang yang dikehendakinya sudah dihapuskan, lalu Jebat datang kononnya menyerah diri ke rumah Tuah.

''Lalu hamba isytihar kepada rakyat Melaka. Di ambang pintu, di mata tangga kesembilan, wahai rakyat negeri Melaka, tuanku perintahkan aku membunuh si penderhaka ini. Maka akulah yang berhak menguruskan bangkainya,'' cerita Ibrahim seperti yang disampaikan Hang Tuah kepadanya. Jelas Ibrahim:

''Tujuan dia berbuat begitu untuk menjauhkan orang ramai. Lalu Tuah bawa Jebat masuk ke rumahnya. Sempat Jebat mandi, bercukur dan makan bersama sahabatnya itu.

''Jebat diberi persalinan baru. Menggunakan identiti baru, Jebat membawa diri ke Langkawi, membantu kerajaan Langkasuka waktu itu. Sedangkan Tuah pula keluar dari rumahnya menatang kononnya jenazah yang dibungkus dan dikebumikan sebagai tanda Jebat sudah mati di mata rakyat.'' Oh! Begitu rupanya.

Lalu Mastika tanyakan lagi soalan lain. Perihal Tun Teja, Puteri Hang Li Po, Puteri Gunung Ledang, Keris Taming Sari dan pelbagai soalan lain. Semua ada jawapannya! Jawapan yang disahihkan sendiri oleh Hang Tuah, menurut kata Ibrahim. Terlalu panjang hendak ditulis di sini.

Mastika tanya lagi, benarkah Tun Tuah menghilangkan diri setelah mencampak Keris Taming Sari ke Sungai Duyong? Dalam senyum Ibrahim menjawab:

''Ya. Dia 'mengghaibkan' diri. Ghaib dalam istilah sebenar, menukar identiti dirinya.'' Setelah Jebat kononnya dibunuh, di depan rakyat Melaka,

Tuah berkata, ''Aku campakkan Taming Sari yang telah membunuh sahabatku ini ke Sungai Duyong. Jika ia timbul, aku tetaplah di sini. Tetapi jika tenggelam, maka aku pun akan pergi selamanya.''

''Sebenarnya, ia adalah satu alasan yang dicipta Tuah sebagai syarat atau alasan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu lagi jadi laksamana. Sudah tentu keris iaitu besi akan tenggelam dalam air. Inilah alasan untuk Tuah berundur dan 'ghaib' dari identiti sebenarnya.

'' Mengapa? Mastika tanya lagi.
''Kerana kata Tuah, dia tidak mahu lagi berkhidmat dengan sultan yang beraja di mata, bersultan di hati,'' jawab Ibrahim.
Jadi, selepas 'bersara', Tuah hidup seperti rakyat biasa? Ibrahim mengangguk. Di Melaka? Ibrahim angguk lagi.

Mastika terus bertanya, bermakna Tuah meninggal dunia juga di Melaka? Ibrahim tetap angguk kepala sambil berkata: ''pernah disebut, Tuah berkata... tidak akan kutinggalkan negeri bertuah ini, Aku akan lahir dan mati di sini. Ya, di bumi Melaka itulah dia lahir dan mati. Malah, nasab keturunannya juga berkembang. Ada di serata tempat kerana Tuah itu mempunyai tiga orang isteri.''

Jadi, di mana kuburnya? Mastika terus menyoal. Tunjukkanlah kepada kami makam pahlawan terbilang itu. Ibrahim tertawa dan menjawab: ''makamnya ada di Melaka. Maaf, buat masa ini belum dapat 'izin' Tuah untuk menunjukkannya kepada umum.'' Jebat dan Kasturi Pertemuan dari dua alam berbeza itu tidak berakhir. Malah, sehingga kini Ibrahim akui masih terus 'berhubung' dengan Hang Tuah dan Melaka menjadi pusat kebanyakan 'pertemuan' mereka itu.

"Sesekali bila ada perkara yang hendak disampaikan, Tuah akan 'panggil' saya datang. Walaupun saya orang sastera, kadangkala saya terpaksa buka kamus kerana tidak faham dengan perkataan lama yang digunakan oleh laksamana terbilang itu," ujar Ibrahim. Sepanjang lebih 20 tahun 'perkenalan' mereka, bukan hanya Hang Tuah, namun Ibrahim turut pernah berjumpa dengan empat sahabat lain iaitu Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.

"Kesemua sahabat ini air mukanya tenang-tenang. Jika Hang Tuah itu kulitnya kuning langsat. Rambutnya sedikit panjang mencecah bahu. Usianya kalau dibandingkan dengan manusia dalam 60 tahun. Tidak nampak muda dan tidak nampak tua juga. Badannya sasa, dada terbuka. Matanya sangat tajam. Bila berbicara, pandangannya melirik tajam.

"Tinggi Tuah dalam anggaran tujuh kaki. Saya kena dongak kepala untuk melihatnya. Halkumnya besar. Memakai semutar dan sehelai kain disangkut pada bahu kanan. Selalunya dia memakai baju putih tidak berbutang, berseluar paras betis dan bercapal seperti orang zaman dulu." kata Ibrahim menggambarkan rupa Hang Tuah. Selalunya dalam pertemuan mereka, yang sering menemani Tuah adalah Hang Jebat di sebelah kanan dan Hang Kasturi di sebelah kiri. Hang Jebat, kulitnya gelap sedikit. Tubuhnya sedikit kurus dan tidak terlalu tegap berbanding Tuah. Manakala Kasturi pula, orangnya sangat lembut dan pendiam. Hanya akan bersuara bila ditanya.  "Lekir dan Lekiu jarang saya jumpa. Lekir juga agak pendiam, kulitnya lebih gelap namun badannya tegap. Manakala si Lekiu pula seorang yang suka mengusik sahabat yang lain. Namun, keempat-empat mereka amat hormat pada Tuah. Apa dikata Tuah, mereka akan jawab "Ya kanda"

"Malah saya pernah dipertemukan dengan bonda Tuah iaitu Dang Merduwati dan turut dihadiahkan sebilah keris, cerita Ibrahim lagi. Sedihnya Tun Tuah! "Segera kukhabarkan, kita tidak lagi punya tanjak dan keris. Semua sudah semakin terhakis. Kita berbudi terlanjur jujur, wayuhkan bahasa yang tinggal cuma kuasa." Itu antara keluhan awal laksamana terbilang itu kepada Ibrahim Bukan Tuah tidak nampak, bukan tidak merasai. Melayu kini sudah tidak seperti dulu lagi. Semangat dan jati diri kian luntur. Perpaduan makin terhakis. Agama kian diketepikan. Adab dan adat kian dilupakan.

Pernah Tuah berkata dalam kiasnya: " Hamba fasih 12 bahasa. Belayar berdagang ke serata dunia. Menjadi utusan baginda ke banyak benua. Tapi bahasa ibunda tetap terpelihara. Ujar Tuah, dahulunya Melayu bangsa agung nan bijaksana. Sekalipun dia belajar dengan pelbagai guru, mahir dengan pelbagai bahasa, namun setiap surat yang diutus kepada mana-mana raja di seluruh dunia tetap menggunakan bahasa Melayu bertulis jawi. Kata Tuah, soal raja itu faham atau tidak, itu bukan urusan kita. Sedih! Tuah melihat Melayu hari ini. Melayu sudah berpecah belah. Sudah kurang menghayati agama. Kurang beradab, raja tidak lagi dihormati.

Adat istiadat telah dilupakan. Selalu dia menitip pesan pada saya, jaga anak cucu, kedaulatan, ketuanan dan kesucian Islam. Bila berpesan, dia amat tegas. Matanya buntang dengan jari telunjuk dinaikkan bila berkata.

Selalu Tuah berkata pada saya, "Jangan sampai anak cucu kita dalam keadaan 'urian' (telanjang bulat). Semua orang akan mentertawakan. Aib! Aib!" tutur Ibrahim lagi. Banyak! Masih banyak pesan Hang Tuah untuk bangsa Melayu. Kerana sesungguhnya Melayu itu pewaris bumi bertuah ini. Seperti pepatah lazimnya yang berbunyi, "Takkan Melayu hilang di dunia."
         *********************************************************************************
Ciputih ialah Pulau Batu Putih. 
* Beruzlah, berkhalwat - mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Ilahi. 
* Urian - Telanjang bulat.

ARTIKAL DARI  MASTIKA
https://wwwaj601.blogspot.com/2013/07/berdialog-dengan-hang-tuah-di-pulau.html


GADIS MELAYU SEMAKIN ROSAK TERLAMPAU


Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah tak ada langsung moral ke MELAYUAN dan ke agaman yang dikaitkan dengan ISLAM.

Mengapa ini terjadi? Apakah berpunca ikut-ikutan budaya barat atau kerana tiada didikan displin, kesopanan, agama dan budaya oleh keluarga? Siapa perlu disalahkan? Apakah wajar kita salahakan kepimpinan kita kerana membenarkan budaya barat bermaha raja lela di tv,mediamasa dan internet?. Semua ini kita tidak boleh elakkan jika kita mahu pembangunan. Perubahan era globalisasi, dunia iT sebenarnya untuk kemudahan kita dalam mempercepatkan segala proses kemajuan.

Dunia tanpa sepadan tidak bermakna budaya melayu islam turut dilupakan dan tidak langsung dijadikan landasan kehidupan. Apabila budaya seks bebas sosial yg keterlaluan menjadi asas kehidupan harian setiap manusia, bermakna kemunduran akan terjadi. Perubahan kehidupan hari ini perlu dipilih di mana sempadannya, tak bermakna kita melanggar perundangan hidup dan perundangan anutan. Sekalipun agama lain kita anggap kafir, dan islam agama yang sebenarnya, kita pasti setiap penganut agama ada mempunyai asas kebaikan, memperbetulkan setiap perjalanan manusia ke arah kesempurnaan ahklak.

Kita lihat setiap photo yang saya upload ini...Adakah ia menonjolkan budaya melayu dan islam? Berkucupan sesama jenis dengan memakai tudung kononnya menutup aurat... Tapi sebaliknya melakukan perkara terkutuk.Sewajarnya kita malu dengan sikap memperggunakan imaj islam tetapi melakukan perkara yang memalukan seperti ini:-
Sebab itu ramai anak gadis sekarang rosak, tiada dara, melahrikan anak luar nikah dan tidak hairanlah ada yang menjadi perempuan simpanan. Purata dalam kajian terdapat 30% anak gadis melayu yang masih bersekolah lingkungan usia 16-18 tahun sudah sanggup menjual tubuh menjadi call girl, perempuan simpan dan mejadi pelacur vip. Dengan bayaran mahal anggaran RM500 ke RM1000, mereka yang masih mudah seperti timun muda ini menjadi santapan Vip yang kebanyakannya berusia 45 - 55 tahun dan mereka ini selayaknya di panggil ayah dan sewajibnya menjadi pembimbing, serta pelindung para remaja gadis ini. Sayangnya mereka ini seronok meratah tubuh gebu anak2 gadis yang sebaya anak2 mereka. Tidak langsung merasa malu dengan usianya yang layak dipanggil ayah.
Melihat pakaian dan tubuh gebu seperti ini hati laki mana yang tak geram bernafsu. Gadis2 ini tanpa segan silu mengambil photo separuh bogel dan upload ke face book.Apa tujuannya? Mengapa perkara seperti ini perlu dilakukan?

Saya pernah berkawan dengan mereka ini dan bertanyakan mengapa mereka sanggup melakukan perkara seperti ini, jawapannya :- kebanyakan mereka ini adalah gadis yang sudah rosak berpunca dari sikap terburu-buru semasa bercinta dengan sanggup melakukan seks dengan pasangan, akhirnya ditinggalkan. Ada juga yang terpengaruh dengan kawan seasrama lesbian.

Tanda pada payudara gadis ini berbentuk seperti  kebiasaannya terletak ditanda di tandas lelaki berwarna biru bermaksud sesiapa juga boleh menerima layanan darinya.Dikatakan bayaran untuk seks antara RM200 ke RM 500.

Jelasnya pada hari ini hampir 85% gadis melayu tiada dara dan rosak, daripada 85% itu 60% nya adalah kalangan mereka yang berpakaian bertudung. Bukan bermakna kita ingin merendahkan atau menghina budaya menutup aurat bertudung, kita mengharapkan supaya budaya bertudung ini bukanlah disalah gunakan untuk menutup kesilapan diri, sebaliknya ia dijadikan satu alat untuk menghindari daripada terjerumus budaya ahklak rosak terutama agar tidak terjebak kancah maksiat...

Saya katakan jangan memakai tudung untuk menutup keburukan diri, kononnya bermaruah, sebaliknya dalam diam mereka ini sangat mudah untuk melindung diri diketahui perkara sebenar yg mereka lakukan.

(Iklan Berbayar)