Viral - Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka 2016.Kejadian aneh itu
dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan
masjid dua minggu kemudian.rakaman video CCTV itu yang memaparkan
pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak
secara teratur dan rawak.
Viral - Kejadian aneh Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.
MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat kesahihan insiden dua penghadang kayu di Masjid Jamek Tedong, Serkam, Jasin, di sini, yang dilaporkan bergerak sendiri.
Katanya, ada keperluan untuk masyarakat mendapat penjelasan lanjut susulan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam ruang masjid itu memaparkan pergerakan paranormal yang mencetuskan tanda tanya.
"Saya sendiri sudah lihat rakaman video CCTV itu yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.
"Kita minta JAIM atau pihak berkaitan melakukan siasatan serta penjelasan, terutama dari sudut sains fizik untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.
"Mungkin ketika itu angin kuat, semua itu perlu disemak kerana dibimbangi memberi reaksi yang disalah erti pelbagai pihak," katanya.
Beliau mengulas rakaman CCTV berdurasi satu minit 48 saat itu yang dimuat naik Pengerusi Masjid Jamek Tedong, Datuk Akhbar Ali menerusi akaun Facebook miliknya dan mendapat perhatian pengguna media sosial.
Kejadian aneh itu dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan masjid dua minggu kemudian. - BH

Friday, 17 June 2016
Monday, 13 June 2016
Mengapa aku harus menduakan cinta

Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.
“Siapa SMS?”
“Tak ada siapa-siapa,” balas saya
buat-buat selamba.
“Cakap betul-betul sebelum I campak
telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.
Nak tak nak, terpaksa dibukakan
cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”
Dia mula diam dan saya mula sakit
hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah
saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang
lain berpunca dari sikapnya sendiri.
Bukan mudah untuk kita mengakui
kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu
mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada
orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup
menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku
curang.

Pernahkah kamu mengalami situasi
sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan
seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu
curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga,
tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?
1-
Sikap sambil lewaMemang kamu tidak
punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih
sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa
telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering
bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal
perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya
seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.
2-
Semuanya penolakanApa sahaja kamu
sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula
merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran
kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti
menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda
protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah
kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.
3- Impian dia seorangJika merancang
masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa
depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu
kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua
tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu
titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…
4-
Keluarga tolak tepiUsia perkenalan
sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa.
Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun
tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum
pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan
lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak
tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.
5- MembosankanRutin kamu berdua jalani
sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu
sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia
sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di
sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan,
sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh
pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana
dia lebih mementingkan orang lain.
6- Asyik dipersalahkanBoleh pula dia
mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu
mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri.
Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada
kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita?
Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama
ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu
katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.
7-
Tiada romantisKalau dahulu kamu
berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara.
Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan.
Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung
comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada
langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini
tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan
sahaja?
8- Teman mesraKamu sendiri pernah melihat
kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan
teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah
seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati
malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat
kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu,
mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.
9- Jiwa kosongKetika hati kamu dilanda
resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya
terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri
insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan
dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang
dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.
10-Pudarnya cintaKamu kurang pasti apa
dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa
terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk
menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam
perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi
kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk
semula?
sumber: http://www.gua.com.my/cinta/index.1.html
sumber: http://www.gua.com.my/cinta/index.1.html
Friday, 10 June 2016
Wahai Suami Jangan Curang Dengan Isteri Kan Anu Kena Potong

PATTAYA - THAILAND. Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sendiri kerana lelaki itu curang dengan kawan baiknya sendiri.
Wanita yang menjual ayam goreng bersama suaminya di bandar Pattaya pada mulanya mendengar khabar angin mengenai suaminya yang dikenali sebagai Somchai yang curang dengannya.
Namun kemarahannya membuak-buak apabila khabar angin itu adalah benar dan sedar dia ditipu oleh suaminya yang berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri.
Wanita yang menjual ayam goreng bersama suaminya di bandar Pattaya pada mulanya mendengar khabar angin mengenai suaminya yang dikenali sebagai Somchai yang curang dengannya.
Namun kemarahannya membuak-buak apabila khabar angin itu adalah benar dan sedar dia ditipu oleh suaminya yang berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri.
Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah
Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan suaminya dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan hubungan seks bersama.
Ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mencapai pisau dan mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus.
Bagaimanapun, wanita itu menelefon ambulans selepas melihat suaminya itu mengalami kecederaan serius.
Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah sambil meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan.
Somchai kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut disertai isterinya.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya akan menunggu lelaki berkenaan pulih sebelum menjalankan siasatan lanjut. - Sinar
Subscribe to:
Posts (Atom)