BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday 29 March 2012

7 Bulan Dikurung Dan Dirogol

on Monday
Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.


Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/7-bulan-dikurung-dan-dirogol.html#ixzz1qWFzVrrG

Tuesday 27 March 2012

Bongkar rahsia, bagaimana mereka lakukan silap mata?


Sepertimana trik-trik yang dilakukan dalam sukan gusti, begitulah juga dalam permainan silap mata. Mungkin ramai dari dulu hingga sekarang yang merasakan bahawa David Copperfield, Criss Angel, David Blaine, Dan Sperry dan sebagainya tu adalah ahli sihir yang menggunakan bantuan jin.

Sebenarnya, silap mata yang dibuat di atas pentas atau di jalanan, hanyalah menggunakan kemahiran untuk menipu, props (alat-alat) untuk menipu dan mencipta ilusi-ilusi yang menipu mata manusia.

Ditambah lagi dengan jurukamera yang memang sudah berpakat, dan bagi trik-trik tertentu, penonton-penonton ada yang sudah dibayar, untuk masuk ke rancangan televisyen. Tetapi kebanyakan trik yang senang dibuat, memang digunakan penonton orang awam yang tiada kaitan.

Dan ianya perlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang giat, bukannya senang mahu lakukan banyak trik silap mata, lebih-lebih lagi yang pelik-pelik.

Dibantu pula oleh teknologi yang macam-macam dah ada, kerana itulah silap-silap mata zaman sekarang pun semakin canggih. Lihat saja silap mata zaman dulu, tak canggih mana kalau dibandingkan dengan zaman sekarang. Maka antara kunci kecanggihan silap mata ialah TEKNOLOGI.

Apa-apa pun don't try these at home, kerana ada bahaya-bahayanya ..



David Copperfield lakukan persembahan silap mata mengerat tubuhnya dengan gergaji letrik besar. Lihat di bawah untuk mengetahui rahsianya.



Teknik yang digunakan oleh David Copperfield untuk mengerat tubuh. Teknik yang lebih kurang sama juga digunakan, seperti video Magic's Biggest Secrets Finally Revealed, iaitu yang kedua dari bawah nanti


Perhatikan meja itu dibuat 2 lapisan, yang jika dilihat dari tepi, seolah-olah ianya nipis dan tidak muat untuk tubuh manusia. Sedangkan jika digabungkan ketebalan lapisan bawah, dengan ruang di tengah-tengah dan lapisan atas, sudah tentu akan muat tubuh manusia. Itu hanyalah teknik memberikan kekeliruan ilusi pada manusia.

Belajar tentang Onpage dan offpage SEO dengan apesal.com



Jenis-Jenis SEO Berikut adalah 2 jenis asas SEO: Offpage search Engine Optimization Onpage Search Engine Optimization Onpage Search Engine Optimization: Onpage SEO adalah asas yang mempengaruhi factor kedudukan yang ada pada website anda. Berikut adalah Faktor Kedudukan tersebut: Title: Ini merupakan tajuk di website anda. Ia kan kelihatan seperti <Title> </Title> dalam HTML.     Anda mestilah meletakkan keyword anda di alam tajuk. Jika anda biarkan kosong, google tidak akan senaraikan website anda di enjin carian.  Cuba...


Nak Traffik? Jom belajar SEO

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization yang akan membuatkan blog mudah diterima oleh enjin carian. Mengapa kita memerlukan SEO? Ia akan memudahkah website kita mengatasi website lain dalam kedudukan enjin carian. Ini kerana terdapat berjuta-juta website dibina di seluruh dunia. Jadi, kita mesti mencari jalan supaya website kita kelihatan dalam enjin carian.



SEO bukanlah satu tugasan yang sukar, tetapi ia memerlukan usaha yang lebih dan sudah tentulah bergantung kepada situasi. Di dalam post berikutnya, kami akan memberikan tutorial SEO secara berperingkat.

Oh ya, apesal.com kan ade, kenapa perlu guna seo? Simple, sebagai blogger kita mesti tahu walaupun sedikit. 

3 Sebab Kenapa anda tidak menerima traffik dari kami

Kami telah menerima email dari salah seorang pengguna apesal.com yang mengatakan beliau tidak lagi menerima traffik dari kami. Setelah disiasat, kami telah mengenalpasti masalah ini.

1) Exchange Ratio Telah Melebihi 300%
Apabila Exchange Ratio Telah Melebihi 300% kami tidak lagi akan memberikan traffik kepada anda.

2) Tidak meletakkan widget di tempat yang betul.Masalah ini akan menimbulkan masalah lain seperti exchange ratio dan lain-lain.

3) Post, tajuk dan gambar tidak menarik Bila post anda berbentuk peribadi dan tidak menarik, tiada klik akan diterima oleh anda. Jadi berusahalah untuk menulis dengan post yang menarik.


Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

1) Tulis satu review tentang kami di blog anda, kemudian hantar email berserta dengan URL review anda. Kemudian kami akan menambah 1000 lagi hits percuma kepada anda. Tawaran ini telah ditutup


2) Jangan kedekut untuk memberi traffik. Ini kerana semakin banyak anda beri kepada kami, semakin banyak yang anda dapat. Jadi jangan sorok widget kami, letakkan di kawasan yang mudah dilihat dan mendapat banyak klik. Sebagai contoh:

Ini stat melayukini.net
-Biru adalah traffik yang dihantar kepada kami dan Merah pula trafik yang dihantar oleh kami kepada melayukini.net Jadi, jika anda tidak lokek memberi, kami juga dengan hati terbuka memberi trafik kami kepada anda.

P/s: kami mungkin tidak dapat memberikan traffik yang lebih banyak dari yang anda beri, tetapi kami akan cuba meningkatkan perkhidmatan kami di masa akan datang.



3) Sila rujuk post 3 Tips untuk tingkatkan kualiti Post

Terima kasih kerana terus menyokong apesal.com, Kami akan terus berusaha untuk memastikan blog anda terus menerima trafik dari kami.
Ada beberapa sebab kenapa kami lambat meluluskan post anda, berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Ini menyebabkan kami terpaksa mengubah satu-persatu tajuk post anda. Ada diantaranya kami 'skip' dan biarkan buat sementara.

Jadi jika anda mahu post anda terus di approve oleh kami, elakkan kesilapan berikut apabila anda submit post di apesal.com 


1.Kesilapan Meletakkan tajuk

  • Meletakkan tajuk yang mempunyai simbol pelik "$$$$$####%%%!!!" Simbol pelik ini akan kelihatan sangat menyakitkan mata terutama di blog orang lain. Akibatnya, klik yang anda dapat akan berkurangan.
  • Meletakkan Tag tajuk blog anda. Ini menyebabkan tajuk anda tidak fokus.
    Title: ..:| Me, Myself, MyLove n Family |:..: Derhaka kepada Ibu Bapa 
     
2. Tiada gambar atau gambar kurang jelas
Apabila tiada gambar, kami terpaksa menangguhkan post anda telebih dahulu. Kemudian kami akan masukkan gambar tersebut untuk anda. Mungkin ambil masa sehingga 2-3 hari. Bayangkan lah berapa banyak post yang tidaak mempunyai gambar pada ketika ini.
3. Salah URL
Kesilapan ini jarang berlaku. Kami akan meletakkan status "pending" buat sementara waktu.
4. Post peribadi
Kami terpaksa meneliti terlebih dahulu post-post peribadi terutamanya ucapan-ucapan selamat hari raya dan juga ucapan selamat hari jadi.

5. Wordless Day
Gambar-gambar "wordless day" mempunyai tajuk yang sama. Tidak salah anda meletakkan post ini, cuma kalau boleh, letakkan tajuk yang berbeza-beza.

Apabila anda mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan ini, secara tak langsung memudahkan urusan kami. Terima kasih kerana terus menggunakan kami sebagai medium perantaraan pertukaran traffik untuk blog and.
 

Tutorial meletakkan Gambar di apesal.com

Ramai yang tak tahu sebenarnya anda tidak perlu host image anda sendiri. Anda boleh meletakkan gambar yang di host oleh kami. Berikut adalah tutorial bagaimana untuk meletakkan gambar.

1)Pergi ke http://www.apesal.com/webmaster/addpost dan klik 'load the image"

2) Pergi ke blog anda. "right click" pada gambar yang anda mahu. Kemudian "copy link location"

3) Paste url (Ctrl +V) tersebut di "picture URL" Kemudian klik "load the image"


4) Kemudian tarik kotak yang ditunjukkan mengikut image anda. Kemudian Klik please submit the post.



p/s: Gunakan gambar yang jelas supaya gambar tidak pecah dan kelihatan menarik .

3 Tips untuk tingkatkan kualiti Post

Selepas menaik taraf server kami, apesal.com dapat  beroperasi dengan lebih lancar. Terima kasih kepada yang sudi memberi sokongan kepada kami.



Di dalam post ini, kami ingin berkongsi 3 tips mudah yang mampu meningkatkan kualiti post yang anda submit di apesal.com. Selain daripada meletakkan widget kami ditempat yang sesuai, berikut adalah teknik yang juga meningkatkan klik post anda.

1) Tajuk yang 'SIMPLE' dan mudah difahami.
Masukkan tajuk yang simple agar dapat menarik perhatian pembaca. Contohnya:
  • 5 Artis Popular Yang Pemurah
  • Gambar yang membuatkan mata sakit 
Ataupun dengan fakta yang mengejutkan seperti:
  • Konspirasi Kucing Nak Bunuh Korang
  • Anjing lahirkan anak kucing??
Jangan gunakan perkataan yang sukar difahami seperti:
  • Belog AKU: -Sygi kucing KORANG ^-^

p/s: Tajuk post yang baik akan menarik pengunjung ke blog anda.

2) Gunakan bahasa dan ejaan yang betul.
Kadang-kadang ada diantara blogger tersalah ejaan ataupun menggunakan singkatan bahasa. Sebenarnya kesalahan-kesalahan kecil ini menyebabkan risiko kehilangan pelawat. Jadi jika anda ingin membetulkan post lama anda, sila gunakan borang ini.



p/s: Jangan lupa semak post anda sebelum submit ke apesal.com


3) Jangan gunakan imej yang tidak jelas
Selain daripada menggunakan imej yang menarik, imej yang digunakan hendaklah lebih jelas. Agar menarik perhatian pelawat, Secara tidak langsung meningkatkan traffik ke blog anda.

ddd
p/s: Gunakan imej yang paling terbaik.

Diharapkan dengan tips-tips ini dapat meningkatkan kualiti post anda di apesal.com. Jangan lupa Kami telah memperketatkan syarat untuk menghantar post dan blog di apesal.com. Jadi anda mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan agak post anda tidak direjek.. maaf ye. 
 

Tips Untuk Memasang Widget Apesal.com

Salam 1Malaysia, terima kasih kepada semua yang telah menyokong kewujudan apesal.com. Setelah beberapa hari diwujudkan, kini telah ada 528 post yang telah dihantar dan 142 orang blogger yang berdaftar. Sokongan anda sangat kami hargai.

Untuk post kali ini kami akan memberi sedikit tips dan tutorial bagaimana untuk memasang dan memaksimakan penggunaan widget apesal.com. Semoga anda dapat memanfaatkan tips yang diberikan.

Kenapa perlu memasang widget?

Seperti yang kami canangkan dahulu, tujuan apesal.com diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget apesal.com itu, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.

Tak kisah jika anda tidak mahu memasang widget tersebut tetapi apabila exchange ratio mencapai 300%, post anda tidak akan kelihatan lagi di widget apesal.com. Jadi, anda tidak lagi akan menerima traffik dari  kami. Kami telah meletakkan 1000 hits untuk setiap blog pada awalnya untuk memastikan post anda sentiasa kelihatan. Nampak macam banyak 1000 hits tu tapi kini sudah ada beberapa blog yang hampir mencapai 300% exchange rate walaupun baru beberapa hari digunakan.

Memasang widget di blogspot


Klik pada add your widget

anda boleh mengubah suai widget apesal.com mengikut design anda.

cuba ubah mana-mana setting yang diberikan supaya sesuai dengan kehendak anda.

Copy kod yang diberikan (CTRL + C untuk windows)  dan (Command +C untuk Mac)

klik pada add a gatget

klik pada HTML kemudian paste kod yang diberikan

dan akhirnya, ia akan kelihatan seperti ini.
 

Penggunaan Iframe untuk meningkatkan hits


Beberapa hari yang lepas kami telah memperkenalkan menggunaan iframe pada apesal.com. Didalam tutorial kali ini kami ingin menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan hits blog anda dan mengurangkan ratio dengan cara yang berkesan.


Jika anda login ke bahagian ahli (view post), anda akan dapati ada satu fungsi ditambah iaitu "share url". Ada boleh berkongsi url ini di FB anda dan juga twitter.


Pembaca akan dibawa ke artikel tersebut dan jika pembaca tersebut terus menggunakan iframe tersebut (walaupun telah dibawa ke blog lain) anda akan terus mendapat hits sebagai referral.
Diharapkan penggunaan iframe dapat digunakan secara maksimum oleh semua ahli. Terima kasih ye =)  

Kelebihan kepada blog PREMIUM


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami krew apesal.com. Kami telah menaik taraf sistem kami dengan memberi kelebihan kepada blog yang telah menghantar lebih 5000 hits sent kepada kami dengan ratio bawah 150%.

Blog-blog yang layak akan dikategorikan dibawah blog premium dimana mereka akan diberi lebih priority berbanding blog-blog yang lain atau dengan bahasa yang lebih mudah, post-post dari blog tersebut akan lebih kerap kelihatan berbanding blog biasa.

Anda boleh check sama ada anda menepati kriteria yang kami tetapkan sebagai blog PREMIUM atau tidak di user panel apesal.com. Anda tahu siapa anda. =)

Ini adalah tanda terima kasih kami kepada blog yang banyak menyumbang traffik kepada apesal.com selain memberi galakan kepada blogger-blogger lain untuk sama-sama berusaha mencapai tahap status blog premium ini.

Bagi yang telah atau hampir mencecah exchange ratio 300%, nantikan email dari kami dan kami akan memberitahu bagaimana untuk mengurangkan semula exchange ratio anda.

Selain dari itu, ada beberapa update dari kami akan menyusul dalam masa terdekat. Sebarang cadangan bolehlah terus di emailkan kepada kami admin@apesal.com

Semoga usaha ini dapat membantu para blogger untuk terus maju di masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda.

Monday 26 March 2012

Rahsia di sebalik tubuh manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia


Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.






احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)




Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.





"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid.  Sila lihat di bawah;
الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'

محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal


لا إله إلا الله
= 12 huruf

محمد رسول الله
= 12 huruf


 

Sunday 25 March 2012

8 Cara Kekal Romantik

8 Cara Kekal Romantik

Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

sumber: http://www.gua.com.my/cinta/8_Cara_Kekal_Romantik.html

Mengapa Dia Bukan Jodohmu

 Mengapa Dia Bukan Jodohmu


 Kamu kerap mengeluh kerana sering gagal dalam percintaan. Bukan sekali dua, tetapi hampir semua hubungan menemui jalan buntu. Setiap kali memiliki cinta baru, harapan tinggi menggunung mahu kekal bersama si dia. Sayangnya kecundang lagi hinggakan kamu hampir putus asa.

Cemburu juga melihat teman-teman sebaya memiliki cinta sejati. Hubungan mereka pula bertahan lama, sedangkan kamu hanya mengecapnya beberapa ketika. Naik segan pun ada kerana setiap kali itu kamu perlu memperkenalkan kekasih baru.

Lalu jiwa jadi semakin kacau kerana memikirkan nasib diri. Bilakah keadaan ini akan berakhir? Tetapi jika dilihat dari sudut positif, pasti kamu panjang pendek mengucap syukur kerana dijauhkan berjodoh dengan mereka.

Kamu hanya perlu mengkaji lebih dalam apakah musibah melanda jika diteruskan hubungan dengan setiap seorang. Apatah lagi jika sudah terikat sebagai suami isteri. Dari perlakuan, fiil dan rutin mereka juga sudah jelas menggambarkan sifat sebenar masing-masing.

Hari ini kamu berasa sukar setiap kali mengenangkan nasib diri. Pernahkah kamu membayangkan keadaan lima atau enam tahun ke depan? Percayalah, kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak dijodohkan dengan pasangan seperti itu.

Beberapa situasi berikut mungkin mampu mengubah persepsi kamu. Pasti tiada lagi awan duka membendung perasaanmu selepas ini. Percayalah setiap kejadian pastinya direncanakan Tuhan demi kebaikanmu.

Kekasih 1
Dia kekasih pertama kamu cinta. Mungkin kerana terlalu menunjukkan sayang, lalu kamu sering dibulinya. Kehadiran kamu tidak penting mana. Dia endah tak endah sahaja terhadapmu. Rekod peribadinya tidaklah baik pun. Dia suka berpeleseran, mata keranjang, perokok, kaki botol dan sebagainya.

Kerana lembut hati, kamu telan segala. Kamu anggap dia bakal berubah selepas berumah tangga. Beberapa kali juga kalian putus dan sambung kembali. Telah dicuba melupakan tetapi setiap kali itu dia kembali merayu dan kamu pasti jadi cair. Akhirnya kamu ditinggalkan menangis tak berlagu.

Tetapi percayalah, kamu sebenarnya tak rugi apa-apa. Bekas kekasih kamu itu dikhabarkan setia dengan pasangannya. Tetapi kamu pernah terserempak dia masih berfoya-foya di kelab. Kerenahnya sama sahaja seperti dahulu. Percayalah dia takkan pernah berubah.

Lelaki atau wanita seperti ini akan datang pun tak mungkin menukar tingkah lakunya. Selepas berkahwin pun pasti ditinggalkan pasangan di rumah dengan anak. Sedangkan dia keluar berfoya-foya dengan teman-teman. Tidak rugi kamu tidak memiliki pasangan seperti itu bukan?

Kekasih 2
Orang kata hubungan bermula sebagai kawan lebih kekal lama. Kamu pun mula menjalinkan hubungan intim dengan sahabat lama. Kala itu kamu anggap takdir Ilahi. Mungkin inilah sebenarnya jodoh daripada Tuhan.

Begitupun hatimu jadi sebal. Si dia ada kalanya sangat mengambil berat, ada harinya pula kamu seolah-olah tidak wujud di depan matanya. Beberapa bulan berselang, hubungan jadi semakin parah kerana mengetahui dia juga berpeleseran dengan orang lain. Bukan seorang tetapi beberapa orang.

Rupa-rupanya kamu juga sekadar salah seorang daripada mereka yang dipermainkan. Sebetulnya, dia sudah punya calon dan bakal berkahwin. Kamu sekadar mainannya saat-saat akhir bergelar bujangga. Mungkin juga memang sikapnya begitu. Kamu terlepas pandang walaupun sudah mengenalinya sebagai sahabat.

Karakter lelaki atau wanita begini selalunya menyumbang kearah kecurangan walaupun selepas berkahwin. Kalau lelaki, mereka bakal menduakan isteri dan berkahwin lain. Bagi wanita, mereka mengikut jalan belakang, main cinta sembunyi-sembunyi. Bersyukurlah kamu tidak kekal lama dengan pasangan seperti ini.

Kekasih 3
Awal-awal sudah mata duitan. Mula meminta wang untuk perbelanjaan tambahan diri sendiri. Hati sudah berdetik tidak senang tetapi kerana kasih diikutkan saja permintaannya. Lagipun takkan nak berkira dengan kekasih sendiri. Fikirmu, dia kan bakal calon. Pasti susah senang perlu dilalui bersama-sama.

Akhirnya dia berterus-terang bakal memilih pasangan lebih berharta. Malah, dia menyuruh pasangannya itu menghubungi kamu. Oh, mereka riak saat ini tetapi percayalah, kamu tak rugi apa-apa. Dia bangga punya kekasih baru lebih berada, tetapi sejauh mana pasangannya itu mahu menampung kehidupannya?

Kalau wanita bersikap pisau cukur, alamat tidak lamalah kebahagiaan dikecap. Lelaki berharta semestinya berdahi licin akan bertemu gadis lain. Bagi lelaki pula, hanya wanita bodoh sahaja hendak menanggung perbelanjaan lelaki itu. Suatu hari kelak, sang wanita pasti akan berasa tertindas oleh lelaki dayus tidak bertanggungjawab itu.

Lelaki atau wanita kalau sudah biasa bergantung wang dengan orang, pasti takkan mampu mengubah dirinya. Sudahnya, mati kering kamu hendak mencari wang demi menampung berbelanjaan dia. Kamu pula sepatutnya bersyukur kerana terlepas dari cengkaman pasangan begitu. Berbahagialah!

Kekasih 4
Isunya apabila si dia enggan bertemu keluarga kamu. Padahal bukannya kamu hendak memaksa dia lekas-lekas berkahwin. Kamu sedia memaklumkan kepadanya, memang sebelum-sebelum ini setiap kenalan kamu pasti akan bertandang ke rumah.

Alasan diberinya, jikalau melibatkan orang tua pasti kena cepat kahwin. Jadi, nampak sangat dia tidak serius denganmu. Mulalah dia mencari silap kamu, katanya setiap perbualan hanya mengenai dirimu sahaja. Oh, sekarang kamu pula dituduh mementingkan diri sendiri.

Usahlah berduka lara demi lelaki atau wanita seperti ini. Mereka seperti ini pada masa akan datang akan bersikap lepas tangan dengan keluargamu. Orang kata, ibu dan bapa kamu tak boleh tumpang senang dengan dia. Kalau ibu atau bapa kamu sakit deman, dia takkan peduli hendak pulang ke kampung.

Padahal dia juga bakal tua suatu masa kelak. Anak-anak akan melihat contoh daripada diri kita. Apa juga diperlakukan kepada keluargamu, tidak mustahil bakal terjadi pada dirinya. Belum tentu menantu kamu seorang berbudi. Pendek kata, karma pasti akan terpalit kembali pada dirinya.

Benar, kamu perlu memilih kekasih hati dengan memandang ke depan. Hubungan berlangsung hari ini bukan sekadar untuk waktu terdekat sahaja. Perhatikan sifat si dia dan cuba tanyakan dalam diri, apakah pilihan kamu pada masa hadapan akan bersifat adil dengan diri kamu. Kata hati pasti benar jikalau sudah ada titik rasa tidak senang dengan fiilnya.


sumber: http://www.gua.com.my/cinta/index.1.html

Thursday 22 March 2012

Bunga-bunga mekar ketika azan berkumandang


Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen television CNN, pernah menayangkan sebuah fenomena yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Ajerbaijan itu pun mendapat perhatian dari media Barat, semak keajaiban azan dalam video berikut ini:



 http://unikversiti.blogspot.com/2012/02/bunga-bunga-mekar-ketika-azan.html

Sejarah nama hantu di indonesia

SEJARAH NAMA HANTU DI INDONESIA adalah negara nomor satu yang paling kaya akan suku & budaya, keanekaragaman suku & budaya tersebut melahirkan banyak paham, adat, dan pemahaman yang berbeda-beda, perbedaan itu pula-lah yang membuat indonesia yang juga kerap dikenal dengan nama negara dengan peringkat nomor satu dengan nama keanekaragaman jenis hantu di tiap daerahnya. berikut kisah singkat nama hantu di indonesia
Hantu Sundel Bolong
Sundel bolong dalam mitos hantu Indonesia digambarkan dengan wanita berambut panjang dan bergaun panjang warna putih. Digambarkan pula terdapat bentukan bolong di bagian punggung yang sedikit tertutup rambut panjangnya sehingga organ-organ tubuh bagian perut terlihat. Dimitoskan hantu sundel bolong mati karena diperkosa dan melahirkan anaknya dari dalam kubur. Biasanya sundel bolong juga diceritakan suka mengambil bayi-bayi yang baru saja dilahirkan. Perwujudan ini sangat kuat digambarkan dalam film horor Indonesia tahuan 80-an dimana banyak diperankan oleh aktris kawakan Suzanna.

Hantu Genderuwo
Genderuwo adalah makhluk halus yang berwujud manusia bertubuh besar dan kekar dengan rambut lebat menutupi tubuh. Genderuwo terutama dikenal dalam masyarakat di Pulau Jawa (orang Sunda menyebutnya “gandaruwo” dan orang Jawa menyebutnya “gendruwo”). Habitat hunian kegemarannya adalah pohon besar teduh atau sudut-sudut yang lembab dan gelap. Makhluk ini dilaporkan dapat berkomunikasi dengan manusia dan juga bisa menyukai manusia. Cerita-cerita misteri menyebutkan kalau genderuwo dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti wujud fisik seseorang. Menurut cerita pula, genderuwo hanyalah berkelamin pria dan dapat menghamili perempuan, bahkan menghasilkan keturunan dari hubungan itu. Asal-usul genderuwo dikatakan berasal dari arwah orang meninggal yang belum mau naik ke akhirat. Genderuwo tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu.
Hantu Kuntilanak
Kuntilanak (bahasa Melayu: puntianak, pontianak) adalah hantu yang dipercaya berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal karena melahirkan dan anak tersebut belum sempat lahir. Nama “kuntilanak” atau “pontianak” kemungkinan besar berasal dari gabungan kata “bunting” (hamil) dan “anak”. Kota Pontianak mendapat namanya karena konon Abdurrahman Alkadrie, pendiri Kesultanan Pontianak, diganggu hantu ini ketika akan menentukan tempat pendirian istana. Dalam folklor Melayu, sosok kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang punggungnya berlubang. Kuntilanak digambarkan senang meneror penduduk kampung untuk menuntut balas. Kuntilanak sewaktu muncul selalu diiringi harum bunga kamboja. Konon laki-laki yang tidak berhati-hati bisa dibunuh sesudah kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak juga senang menyantap bayi dan melukai wanita hamil. Dalam cerita seram dan film horor di televisi Malaysia, kuntilanak digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bagian tengkuk, seperti vampir. Agak berbeda dengan gambaran menurut tradisi Melayu, kuntilanak menurut tradisi Sunda tidak memiliki lubang di punggung dan hanya mengganggu dengan penampakan saja. Jenis yang memiliki lubang di punggung sebagaimana deskripsi di atas disebut sundel bolong. Kuntilanak konon juga menyukai pohon tertentu sebagai tempat “bersemayam”, misalnya waru yang tumbuh condong ke samping (populer disebut “waru doyong”).
Suster ngesot
Ni hantu… kata nya banyak di rumah sakit-rumah sakit.. mainnya di lorong-lorong rumah sakit woi….. kenapa dibilang suster ngesot??? hem… sejarahnya…. ada seorang suster yang diperkosa sama dokternya teus susternya hamil si dokter gak mau taanggung jawab…. hem di bunuh n di masukin dalam suatu kamar……………… nah jadilah suster ngesot RS DI JALAN SALEMBA, Konon di sinilah asal-usul Suster Ngesot. Selai itu, banyak juga kasus penampakan yang terjadi di bangunan rumah sakit yang cukup tua ini. Testimonial: Menurut petugas Secure Parking yang tidak mau disebutkan namanya, setiap malam sekitar pukul 2 pagi, sering ada yang mengetuk pos pintu masuk yang terletak di dekat rumah duka. Namun ketika dicek, tidak ada siapa-siapa. Di UGD sering terdengar bunyi orang main air, ketika dicek juga tidak ada siapa-siapa. Para satpam yang berjaga malam pernah menemui sosok perempuan. Ketika melihat sosok ini, mereka seperti tersihir dan tidak bisa berteriak atau lari hingga perempuan ini lewat.

Tuyul
ini ni hantu nya kecil banget…. Tuyul adalah sejenis mahluk halus yang bisa terlihat oleh mata. berujud kecil seperti anak manusia. dia biasanya di beri tugas untuk mencari uang. dia pun bisa masuk ke dalam perangkap tuyul. untuk mencegahnya kita bisa membacakan doa-doa yang mustajab untuk mengusir dan menolak tuyul dan bala- balanya. biasanya ni hantu banyak dijualin…. katanya untuk dapatin ni hantu perlu puasa dlll lah…
hantu pocong
katanya ni hantu cs an sama sundel bolong… heheh.. sejarah hantu pocongkkkkkkkkkkkkkk di indonesia berasal dari tanah jawa… dimana ada seorang warga yang meninggal akan tetapi setelah dikubur tali pocongkkkkkkkkkkkkkk tu warga gak di lepasin hem setelah itu bangkitlah….(cie…. bangkit oi.. heheh) pocongkkkkkkkkkkkkkk dari kuburnya… dan nakuti warga….

hantu jeruk purut
Sejarah: Pada tahun 1986, seorang penjaga makam TPU Jeruk Purut yang sedang jaga malam melihat sesosok pastur tak berkepala melintas di antara makam. Pastur itu menenteng kepalanya sendiri dan di belakangnya, ikut seekor ******. Konon, pastur ini “salah pulang”. Ia mencari-cari makamnya yang sebenarnya berada di unit Kristen TPU Tanah Kusir, sedangkan di TPU Jeruk Purut hanya ada unit Islam. Sapri Saputra, penjaga makam yang melihat pastur kepala buntung itu, hingga kini masih menjaga makam dan dianggap kuncen atau orang yang dituakan di TPU Jeruk Purut. Kesaksian Bapak Sapri ini kemudian menyebar luas se-Jakarta dan hingga kini “Sang Pastur Kepala Buntung” menjadi legenda horor di Jeruk Purut. Konon, jika Anda ingin menemui pastur legendaris ini, Anda harus datang pada malam Jumat dengan jumlah ganjil (sendiri atau bertiga). Testimonial: Sejak kecil, Asmari (34), juniornya Bapak Sapri, telah terbiasa tinggal di areal pemakaman Jeruk Purut. Ayahnya adalah pegawai Pemda yang bekerja di sana . Semenjak lulus SD (1986), Asmari menjadi pengurus makam non-karyawan TPU Jeruk Purut mengikuti jejak ayahnya. Menurut Asmari, pengalaman bertemu dengan makhluk-makhluk gaib merupakan hal yang biasa baginya; mulai dari pocongkkkkkkkkkkkkkk, tuyul, kuntilanak, kuntilanak laki, dan lain-lain. Akan tetapi, hingga saat ini dia belum pernah bertemu dengan Sang Pastur Kepala Buntung. “Yang paling jahil itu kuntilanak-laki,” tutur Asmari. Ketika sedang ronda, Asmari pernah ditimpuki kerikil dari atas pohon melinjo oleh makhluk ini. Tapi, dari semua pengalaman Asmari bertemu dengan makhluk gaib, yang paling menarik adalah ketika bertemu dengan tuyul. Pada suatu hari menjelang malam di tahun 1986, Asmari hendak pulang ke rumah bersama ayahnya. Mereka melihat seorang anak kecil telanjang bulat berlarian di antara makam sambil tertawa-tawa. Anak itu lalu berteriak meminta uang pada Asmari. Asmari heran karena anak itu tak dikenalnya, sementara ia mengenal semua penduduk di kampung belakang Jeruk Purut. Dulu memang hanya ada satu kampung yang penduduknya tidak terlalu banyak. Ketika ditanya latar belakangnya, anak kecil mi malah lari ke dalam keramat, sebuah rumah makam tradisional Betawi. Asmari mengikutinya hingga ke dalam keramat dan, bisa ditebak, anak itu menghilang.

Simanis jembatan ancol
Sejarah: Pada 1995, seorang pelukis di Ancol didatangi seorang perempuan yang meminta dilukis. Ketika pelukis baru menggambar
setengah bagian tubuhnya, perempuan itu menghilang. Warga percaya bahwa perempuan itu adalah Si Manis Jembatan Ancol. Mitos ini sudah dimulai puluhan tahun sebelumnya. Di tahun 60-an ketika daerah Ancol masih berupa empang-empang, seorang pendayung perahu pernah bertemu dengan Si Manis. Perempuan itu naik perahu malam-malam ddan membayar pendayung tersebut dengan daun

Sumber : http://rudy-doank.blogspot.com/2011/12/sejarah-nama-hantu-di-indonesia.html

Monday 19 March 2012

Cerita Hati dan jiwa..

Cerpin pilihan bulan mac:

Cerita Hati dan jiwa..

Terkadang aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya berlaku dalam pergolakan hati aku. Terkadang aku terasa amat kesian dengan diriku sendiri terutama hati dan jiwa aku. Satu demi satu aku hayati setiap kali adanya sentuhan hati yang meronta-ronta  bukan sekadar ingin melepaskan dirinya, dan aku membiarkan diri ku jauh darinya. Hati ini sering berkata " mula saat ini aku akan hindari diri ku dari dia, aku terpaksa.."


Namun semua itu amat sukar untuk dilakukan apabila jiwa berbisik " mengapa harus kau berlalu pergi? Apakah kau tidak sedar yang jiwa kau meronta-ronta untuk tidak berbuat begitu?"


Siapa aku untuk berada di sisi hatinya. Aku sedar dia tidak mungkin jadi miliki ku. Untuk apa aku berharap 
menanam angan-angan kosong sedang semua itu tak mungkin terjadi. Untuk apa aku perlu di sisinya lagi  sedangkan didepan mata kau sudah terlihat sandiwara dunia yang amat memedihkan perasaanku.

Bermula detik ini, dan sebenarnya telah pun ku ajar hati dan jiwa ini untuk tidak lagi menaruh harapan kecundang, mengimpikan mahliga idaman, dan aku anggap apa yang telah berlaku antara aku dengannya
hanya satu mimpi, satu ilusi mestipun itu adalah realiti..
 

  Maafkan aku sayang seandainya aku terpaksa menjauhkan diri darimu, tidak seperti dulu. Anggaplah itu satu kenangan indah yang tak pernah kau dapat dari orang lain. Aku doakan kau bahagia bersamanya dan sesungguhnya merestui apa yang telah kau miliki bersama dia.

Bicara hati..... cukup sampai  disini untuk engkau wahai si hati luka menerima hakikat semua ini adalah

sadiwara di pentas dunia yang mana ada suka ada duka ada derita ada bahagia. Yang bahgia dia dan yang
derita engkau wahai si hati ku.

Bicara jiwa... Biarlah, biarlah semua itu satu kenangan indah yang engkau wahai si jiwa rasai. Biarkanlah 
dia miliki apa yang dia miliki kini..Izinkan seikhlas jiwa. wahai jiwa korbankanlah hasrat cokmar cintamu itu demi kebahgian dia dan engaku wahai si jiwa ku...bersedialah wahai si jiwa menadah setiap titis-titis darah pedih dari kelukaan hati... biarlah aku jauh pergi dari hatinya.

Maafkan aku sayang sekiranya aku telah berubah untuk tidak seperti dulu dengan mu, bukan kerana aku
tidak sayang padamu, cuma aku sepatutnya sedar diri ini, siapalah diri ini untuk sentiasa di sisimu lagi.

Dan untuk engkau mengerti kalimah pena usang ini ingin menyatakan sebenarnya aku amat menyintai mu...



Sutera kasih

20/03/2012

5.43 pagi...apabila mata enggan lena...

Madah berhelah

Manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang mereka miliki.Tak bersyukur dengan anugerah yang telah diberi.INGATLAH!ALLAH telah menjadikan hamba-hambaNYA dengan baik.Ciptaan Allah sangat indah.Jadi,bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki :') 
 

~~ SAYANGGILAH APA yang SUDAH KITA MILIKI ~~

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian.... dia datangkan pula guruh dan kilat.... Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH Akan hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusuf, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas mencintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai Sahabat Fillah.. yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, Ayunkan langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, Semoga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terobati jua dan hidupmu kembali ceria...

semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan
Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan
saya Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya


*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

semoga bermanfa'at..Insya Allah

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Salam Ukhuwah fillah
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫

(¯`v´¯).♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·
ekhsan coretan: 
http://eiranazirastories.blogspot.com/2012/03/sayanggilah-apa-yang-sudah-kita-miliki.html
 

Saturday 17 March 2012

Jenis-jenis wanita di dunia

Berdasarkan sedikit kajian tidak rasmi yang aku telah buat, di dalam dunia ni ada terdapat 3 kelompok wanita yang paling utama. Kelompok tersebut adalah feminin, tomboy dan lesbian. Buat wanita yang belum mengenali diri korang sepenuhnya, boleh try compare dan tentukan sendiri korang tergolong dalam golongan yang mana.
1. Feminin
Kelompok ini adalah kelompok majoriti dan paling ramai di dunia kerana semua wanita sejak lahir memang dilahirkan untuk menjadi feminin. Feminin adalah satu kualiti dalam diri seseorang yang membuatkannya dia kelihatan seperti seorang wanita. Contohnya, seorang wanita selalunya memakai gaun, atau skirt untuk kelihatan feminin. Sekiranya lelaki memakai gaun, adakah dia akan menjadi feminin? Tidak, sebab dia akan masuk kategori pondan. Selain itu, aset penting bagi seorang wanita untuk kelihatan feminin adalah perangai kewanitaannya, bentuk tubuh badan dan juga rambutnya. Wanita feminin selalunya akan berminat kepada lelaki yang maskulin saja.
What makes a woman looks feminine
Contoh wanita maskulin
2. Tomboy
Definisi untuk tomboy mengikut kefahaman aku adalah seorang wanita yang kekurangan ciri-ciri feminin ataupun lebih menampakkan ciri-ciri maskulin. Ini boleh dilihat apabila wanita yang sepatutnya menampakkan kefemininannya mempunyai perangai seperti lelaki, suka kelihatan seperti lelaki dan dan banyak bermain permainan-permainan yang selalu didominasikan oleh lelaki. Wanita jenis ni selalunya adalah jenis yang tersalah pilih kawan atau pun jenis yang kecewa ditakdirkan menjadi wanita sebab leceh terpaksa buat banyak benda berbanding kaum lelaki yang hanya simple-simple saja. Walau bagaimana pun mereka tetap masih sukakan kepada golongan maskulin.
What makes a woman looks tomboy
Contoh wanita tomboy
3. Lesbian
Antara semua kelompok wanita, golongan ini paling bahaya. Mereka mengamalkan hubungan sejenis yang ternyata melanggar fitrah manusia. Wanita lesbian agak susah untuk dikenalpasti kerana wanita feminin dan wanita tomboy kedua-duanya boleh dijangkiti perilaku tersebut. Sejak baru-baru ni, golongan lesbian semakin berani mempertahankan hak asasi mereka dalam meneruskan perilaku yang bagi mereka adalah sesuatu yang bebas untuk diamalkan. Wanita selalunya menjadi lesbian apabila mereka merasakan kekecewaan mereka telah mencapai tahap tertinggi dan amat membencikan golongan lelaki sehinggakan fitrah mereka bertukar untuk menyukai kaum wanita sendiri atas sebab golongan sejenis lebih memahami antara satu sama lain.
Wanita feminin dan tomboy yang lesbian
Hubungan yang menyalahi fitrah manusia
So, buat para wanita yang sedang membaca blog ini, di kelompok yang mana satu korang tergolong?
Sumber gambar: Google images