BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Sunday 31 July 2011

Ramadhan Datang Lagi


Puasa datang lagi memberikan kita peluang untuk beribadah sebaik-baik  dan sebanyak yang mungkin. Bulan Ramadhan bulan paling mulia untuk kita melakukan amal ibadah.  Bulan untuk kita memohon ampun segala dosa yang lalu. Perbanyakan membaca al-Quran, bersedekah, bersolat dan berzikir memuji kebesaran Allah. Ramadhan menguji sejauh mana kesabaraan kita antara nafsu dan iman yang mana lebih utama dalam hidup kita. Malam lalatulqadar pula malam yang amat mulia dan berharga kepada sesiapa yang dapat menemuinya.

Firman Allah SWT di dalam Al Qur’an tentang puasa Ramadhan tersebut. Dan berikut adalah beberapa ayat di dalam Al Qur’an tentang puasa Ramadhan. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Q.S Al Baqarah, 2:183) “(iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Q.S Al Baqarah, 2:184) “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Q.S Al Baqarah, 2:185) “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. (Q.S Al Baqarah, 2:187) “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Q.S. Al Qadr, 97:1-5) Semoga puasa Ramadhan kita diterima Allah SWT dan memberikan berkah sebesar-besarnya bagi kita semua. Amin.
Hadis petikan dari:-
http://www.orangtua.org/2011/07/27/ayat-ayat-al-qur%E2%80%99an-tentang-puasa-ramadhan/

Sunday 24 July 2011

Madu Tiga bahgiakah?


Hari ni kalau sebut saja pasal perkahwinan sudah pasti terpaksa menyediakan belanja yang cukup besar. Jika dikampong mungkin kos perkahwinan antara 8k ke 10k. Apa lagi kalau di bandar-bandar, dikota-kota besar seperti Kuala Lumpur, kos perkahwinan mencecah rm30k. Itu bagi mereka yang berpendapatan kurang dari rm3k sebulan, dikira golongan kurang berkemampuan. Kita ambil kira kos hantaran, setidak-tidaknya untuk meminang seorang anak dara yang kita sudah berkenan, kita perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM10k. Sudah pasti dibandar besar seperti Kuala Lumpur bagi golongan kurang berkemampuan terutama sebelah pihak keluarga gadis meminta hantaran, paling kurang RM8k ke RM10k. Apa lagi bagi golongan berada, sudah pasti hantaran antara RM30k ke RM60k. Bayangkan nilai wang hari seperti tiada harga langsung. Soalanya bukan mahu menjual anak, akan tetapi kos untuk sesuatu majlis perkahwinan terlalu tinggi. Kos pelamin, kos andaman, kos jamuan dan macam-macam lagi.


Kita beralih topik soal majlis perkahwinan dan belanjanya keapda kos saraan hidup. Mampukan anda bermadu tiga dengan pendapatan RM3000 sebulan? Bagaimana agaknya anda mengagih-agihkan wang gaji atau pendapatan anda untuk menyara 3 keluarga? Sedangkan punya seorang isteri pun susah nak hidup di kota besar ini, inikan pula ada 3 isteri. Namun jika para siteri bekerja ada kemungkinan tampungan kewangan dapat diselesaikan. Akan tetapi menurut dalam Islam suami adalah ketua keluarga yang wajib memberi nafkah zahir dan batin. Bukan isteri yang terpaksa menyara hidup dan membanting tulang menyara keluarga.

Ada orang berpendapat jika berkahwin maknanya berkongsi hidup.Sebut berkongsi hidup apakah wajar mencari rezki juga perlu berkongsi? Keputusan ini terpulang pada setiap individu. Sukar untuk kita pertikaikan. Namun yang penting hidup berkeluarga terus bahagia. Jika sekadar berbahagia itu dimiliki sang suami ianya tidak bermakna bagi sang isteri. Apapun hidup perlu diteruskan. Sama ada berjaya dalam hidup atau tidak selagi hayat dikandung badan kita perlu menjadi khalifah di bumi Allah ini sebaik mungkin demi genarasi kita yang kita lahirkan.

Tuesday 5 July 2011

Tak Akan Ku Tangisi Pemergianmu

Semalam saya menerima satu email dari seorang gadis yang mahu dikenali dengan panggilan Ina. Dalam emailnya tertulis coretan dibawah ini.Dia minta sangat saya siarkan di muka halaman blog saya. Katanya khas untuk bekas kekasihnya.Sama-sama kita hayati coretan Ina di bawah ini:- 

28hb.June.2011 sewaktu aku begitu ceria menyanbut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 21, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sms dari sidia yang selama ini aku anggap seorang lelaki yang terlalu menyanyangiku, mencintaiku dan pernah terungkap dari bibirnya mengatakan aku adalah pilihannya selagi hayat dikandung badan. 
Sayangnya sms yang ku terima sewaktu aku begitu ceria menanti kehadirannya untuk sama-sama menyambut ulang tahun hari kelahiranku berakhir dengan amat sedih. Sanggup kau mengungkap perkataan perpisahan padaku. Tak pernah aku terfikir langsung ini akan berlaku sedangkan selama 3 tahun kita bersama tidak pernah kita berselisih faham. Malah semua rakan-rakanku menyaksikan, memuji dengan sikap yang kau tunjukan , kejujuran, kesetiaan dan kasih sayang yang kau abadikan untuk terlalu sukar untuk ungkap ketika ini.

"Asalammualaikum Ina sayang, mungkin ungkapan sayang ini adalah terakhir dariku sebelum aku melangkah jauh pergi darimu Ina. Sayang, maafkan aku jika kau tersiksa dengan keputusan ku ini. Aku sedar yang engkau tidak boleh menerima hakikat ini. Ina, sewaktu kau membaca sms ini, aku telahpun tiada di Malaysia lagi. Aku terpaksa pergi dari sini. Bukan kerana aku tidak menyayangi kau lagi , tetapi semua ini adalah kerana kesilapan aku yang tidak mungkin dapat aku jelaskan apa sebenarnya. Sewaktu kau membaca sms ini, bererti inilah sms akhir dariku untuk kau Ina. Dan ketikan ini nombor handppone ini telah pun ku tamatkan talinanya. Maafkan aku Ina, aku terpaksa putuskan hubungan percintaan kita yang sekian lama ini terjalin tanpa rasa sakit hati. Dan jika ketika ini jika kau sakit hati dengan keputusanku, aku hanya mampu ucapkan maafkan aku sayang...."

Apakah sebenarnya? Sayang pergilah, aku merelakannya ,walau derita hati ku tanggung sendiri..... Aku tidak mampu untuk menahanmu sekalipun hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasanku ketika ini....

Jika kita baca coretan ini...kita mungkin tidak mengerti apakah sebenarnya yang terjadi...Apa boleh buat jika takdir menentukan segalanya....Jodoh pertemuan ditangan tuhan, kita hanya mampu merancang....