BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Saturday 30 April 2011

10 Tips Melupakan Kekasih

image
Tidak ada sesiapa tahu suatu ketika nanti mungkin kita di tinggal kekasih yang kita sayangi selama ini.Mungkin suatu ketika dulu kita telah ditinggalkan si dia. mungkin ketika ini kita sedang ditinggalkan kekasih. Malang nasib kita bila berlaku seperti itu, sukar untuk melupakan si dia, sedangkan si dia yang kita puja seronok meninggalkan kita kerana ada kekasih baru. Dibawah ini saya salin 1 artika tip bagaimana melupakan kekasih.

1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung 

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... . 

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi.. 

9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan... 
 NOTE:
A) kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak.. 

B) Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh... 

10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih.. 

p/s: amacam?canggihkan idea ni... hehehe. sungguh mujarab... belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi 

SELAMAT MENCUBA

Rahsia Cemerlang dalam Pergaulan

image 
Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan. Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain. 2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa). 3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan. 5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang. 6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa. Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: “Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Friday 29 April 2011

PELUANG UNTUK BEKAS PESERTA AF

BEST SOUND STUDIO RECORDDING SEDANG MENCARI BEKAS-BEKAS PESERTA AF AKEDEMIK FANTASIA) UNTUK DI UJI BAKAT BAGI PENERBITAN ALBUM KOMPILASI. BSS Recordding mempelawa bekas-bekas peserta AF yang berminta untuk menjadi artis album kompilasi yang kami ingin terbitkan. Anda boleh hubungi EN: AZMI 017-3226718 untuk keterangan lanjut atau email ke selendang52@gmail.com.

Thursday 28 April 2011

BATU TERGANTUNG DAN SYAITAN DI GUA HIRA'

Selama ini kita telah tertipu oleh perbuatan pihak tertentu yang menyebarkan photo batu terapung dan penemuan syaitan di gua hira.Adakah ini hela dan agenda Yahudi untuk memesongkan umat islam? Buktinya ternyata apabila adanya pengakuan dan kajian terperinci beberapa pihak antaranya tentang kewujudan sebenar batu terapung:
Penerang lengkap oleh Ustz Amin: Universiti Kehidupan 61 - Wujudkan Batu Tergantung Di al-Aqsa?
Dari cerita Ustaz Amin sewaktu menjejak kaki ke al-Quds:- "Pada ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya. Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra' Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini. Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj. Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 400 meter. Pada hari jumaat ia menjadi tempat solat bagi orang perempuan.Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw. Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3 dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang di dalam gua ini.Di satu sudut terdapat lekukan semulajadi pada batu ini. Penjaga di sini memberi tahu, di sini ialah tempat Nabi sembahyang. Ketika Nabi mula masuk ke dalam gua ini, gua ini kecil dan batu ini melekuk untuk mengelakkan Nabi dari terhantuk pada batu di dalam gua ini. Walau bagaimana pun, lekukan batu ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadith Sahih.Di tengah-tengah gua ini terdapat satu lubang semuat badan naik ke atas batu. Orang di sini ada yang memberi tahu, dari bawah gua inilah Nabi mulai naik Mikraj ke langit.Saya tidak melihat batu ini tergantung. Jadi, kenapa orang banyak mengatakan batu ini tergantung? Untuk menjawab soalan ini, saya telah bertemu dengan imam masjid al-Aqsa. Syeikh Yusuf Abu Sunainah untuk berbincang mengenainya. Beliau ialah imam utama di al-Aqsa dan telah menjadi imam selama 29 tahun di sini. Beliau juga merupakan pensyarah di Jaamiah Ibrahimiah.Pertemuan kami dengan Syeikh hingga ke Maghrib. Beliau menyatakan, mengenai batu tergantung tidak terdapat di mana-mana ayat al-Quran mahu pun hadith yang sahih, tetapi ramai para Ulama' yang menulis mengenainya.
Antaranya ialah,
Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya "Sirah 'an Fadail Bait al-Muqaddis.
Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya " al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah"
Catatan Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam
Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya "Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil."Kenapa ulama ini menulis seperti ini. Mustahil mereka berbohong atau berkhayal. Jadi ada tiga pendapat mengenai batu tergantung yang ditulis oleh para Ulama ini.
1. Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith yang sahih.
Bagi orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung, alhamdulillah, itu rezki mereka.
Tetapi untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta. Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti katanya :-
"menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa......"

2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.
Ia sama seperti istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti ini contohnya "masjid terapung." Ia tidak benar-benar terapung, tetapi istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan istimewanya masjid ini.
3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.
Ketiga-tiga pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.
Selain dari itu, ketika saya berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari Beirut. Di sana kebanyakkannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.
Perbahasan mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang. Bagi kita yang menyaksikan, terpulanglah apa maknanya. Walaupun dari sudut zahirnya ia tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa Mikraj ini.
Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith. As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi. Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (al-Quran).
Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.
Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya."
"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat"
al-Fakir Ila Rabbhi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
4 Mei 09, jam 8.10 malam.

Bersambung lagi satu kesahihan tentang terdapatnya photo syaitan di gua hira, saya telah mendapatkan sumber maklumat dari:-http://akuislam.com/blog/renungan/benarkah-ada-syaitan-di-gua-hira.:Bersama dengan Muhd Naim:


"Saya lihat gambar syaitan itu semasa saya di sekolah menengah lagi. Ada rasa sangsi pada gambar tersebut. Bukan tidak percaya syaitan itu ada tetapi daripada cerita dan gambar yang dipamerkan cukup meragukan. Ada ker syaitan boleh berposing relax jer kat gua tu. Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya refleks disebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad SAW bertapa di gua Hira’ dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya. Apabila kita bercakap bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira’ lantas kita terbayang pada gambar syaitan itu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara-perkara yang pelik dan meragukan."
Gambar di bawah menunjukkan Gua Hira’ yang sebenar.

Sumber: Benarkah Ada Syaitan Di Gua Hira'? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/benarkah-ada-syaitan-di-gua-hira

Search dan Scorpions sama hebat

Bercakap tentang dunia muzik tanah air masakini, kita tetap ingat dengan kumpulan Search dan amy. Hampir mencecah 25 tahun, lagu-lagu mereka tetap unggul dan persembahan kumpulan ini tidak jauh beza dengan dulu masih tetap bersemangat. Bintang rock paling popular dan bertahan lama walau suatu ketika berlakunya perselisihan faham dan search berpecah seketika. Namun search tidak mengalami zaman pembubaran seperti mana yang digembar-gemburkan. Lahirnya search maka amy timbul bagaikan artis permata Malaysia. Amy memang mempunyai kelebihan dan keistimewaan vokal yang sehingga kinimasih belum tercabar. Search bagaimanappun masih tetap wujud walau ada seketika berlakunya perselisihan faham dan membuatkan search senyap seketika. Namun apabila adanya satu konsert besar-besaran search, pastinya bukan saja peminat-peminat seangkatan search akan menyerbu stadium malah searc juga diminati genarasi masa kini. Muzik rock search bukan suatu yang boleh diperlekehkan malah disegani oleh pemuzik-pemuzik atau kumpulan rock masa kini. Gabunga ramai komposer hebat seperti M.Nasir membuatkan setiap lagu-lagu search mampu diterima halua telinga setiap orang tua atau muda.


Apakah search boleh dikatakan hebat sama seperti kumpulan scorpions? Di Asia mungkin searh adalah sama seperti kehebatan scorpions. Di mata dunia scorpions memang tidak asing lagi. Angota kumpuan Scorpions seangkatan dengan search dan kita tahu usia mereka sudah melebih setengah abat, namun muzik mereka masih tetap berkumandang dan ramai peminat.

Kita boleh katakan search dan scorpion adalah sama hebatnya. 

Wednesday 27 April 2011

RAHSIA BAGAIMANA BLOG ANDA JADI BURUAN TRAFIK

Photobucket
Saya dah mencuba akhirnya berhasil .amat berhasil. Hanya dengan mendaftar di apesal revolusi Blogger Malaysia anda akan mendapat sesuatu yang anda idamkan iaitu trafik berduyun-duyun datang ke blog anda daftar sekarang  di http://www.apesal.com/.
Photobucket
Sertai Komuniti Blogger Apesal Komuniti Apesal.com dapat membantu blog anda dengan meningkatkan traffik, membina backlink dan juga menghubungkan anda dengan blogger yang lain.Apesal.com akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Januari 2011. Jadilah antara yang terawal dengan menyertai kami. Bagaimana Apesal.com Berfungsi 1. Website Anda: Daftar blog anda dengan kami dan letakkan widget yang disediakan. Langkahnya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang sangat rumit. 2. Post anda Setelah meletakkan widget di blog anda, anda boleh meletakkan post anda di bahagian page depan apesal.com setelah mendapat kelulusan dari pihak kami. Konsep Apesal.com berfungsi Setelah website anda mendapat kelulusan dari kami, anda dikehendaki meletakkan wiget kami di blog anda.

Kemudian, pengunjung dari blog anda akan klikpada widget kami dan akan membawa mereka ke apesal.com

Mereka kemudiannya akan dibawa ke blog orang lain.
Begitu juga dengan blog anda, post anda akan kelihatan di blog orang lain dan kami akan membawa pengunjung kembali kepada anda.
Jadi,semakin hari pengunjung blog anda akan bertambah dari masa ke semasa.
Anda akan menerima 150-200% pengunjung yang anda hantar ke Apesal.com. Ini bermakna jika anda menghantar 1000 klik dari widget anda, kami akan menghantar 1500-2000 penggunjung yang berminat dengan post anda. Jika anda terlampau risau tentang traffik, kami di Apesal.com akan membantu anda. Meletakkan Widget Di Blog Anda Anda akan diberi satu kod, dan anda cuma perlu meletakkan kod tersebut di blog anda. Dan kemudian, website anda sudah bersedia menerima traffik dari kami. Prestasi kami sehingga 18 FEBRUARI 2011 Dengan sokongan ramai blogger, kini kami memperoleh 200,000 pengunjung sebulan sejak dilancarkan pada 1 Januari 2011 yang lalu.
Status Kami sehingga kini
Perbezaan Apesal.com dengan web komuniti blogger yang lain Kami sentiasa menghantar traffik kepada post-post anda yang lama, jadi post lama anda akan sentiasa dibaca oleh pengunjung-pengunjung yang berminat. Ianya percuma Sudah tentu, Apesal.com Ianya percuma. Anda hanya perlu meletakkan widget kami di blog anda. Jika anda gagal menerima traffik dari kami, anda boleh menarik diri dari program ini. Ingat, Kami hanya menghubungkan blogger bukan platform iklan percuma. Widget boleh di ubah mengikut design blog anda.

Jembatan Terindah Di dunia

Jembatan adalah salah satu sarana transportasi darat terpenting selain terowongan, tidak harus dibangun mencolok, tapi di dunia ini ada saja jembatan yang dibangun mencolok, apa sajakah itu? Berikut daftarnya:

Jembatan Banpo (Korea Selatan): Jembatan Air Mancur
www.semua-nyata.blogspot.comTanggal 9 September 2008, Jembatan Banpo di Seoul (Korea Selatan) menjalani operasi facelift besar-besaran: sebuah air mancur 10.000 selang yang membentang di kedua pinggirnya. Setelah dipasang, jembatan ini berubah menjadi atraksi turis besar, ketika jembatan ini menembakkan 190 ton air per menit menggunakan air sungai di bawahnya.

Jembatan Millau (Perancis): Jembatan Tertinggi di Dunia
www.semua-nyata.blogspot.comSetinggi 1.125 kaki di atas Lembah Tarn di selatan Perancis, mengarungi Jembatan Millau bisa dikatakan seperti terbang. Karya Foster & Partners ini sedikit lebih tinggi dari Menara Eiffel, memakan tiga tahun untuk pembangunan dan dibuka pada umum tahun 2004. Selain memberikan pemandangan lembah di bawahnya, ketika awan terbentuk di bawah jembatan, Millau bukanlah rute bagi orang yang takut ketinggian! Jembatan Millau memiliki panjang total 8.071 kaki dengan rentangan tunggal terpanjang 1.122 kaki dan kejelasan maksimum di bawah adalah 886 kaki; jadi jembatan ini sangat indah dalam bentuk miniatur ataupun bentuk aslinya. Dek jembatan ditopang oleh 7 pilon dan berbobot 36.000 ton. 7 menara, masing-masing setinggi 292 kaki dan berbobot 700 ton, dipasang ke pilon penopang.

Henderson Waves (Singapura): Jembatan Pejalan Kaki Terindah
www.semua-nyata.blogspot.comPada ketinggian 36 meter atau 12 tingkat dari permukaan jalan, jembatan ini merupakan jembatan pejalan kaki tertinggi di Singapura. Jembatan sepanjang 300 meter ini menghubungkan taman di Mount Faber dan Telok Blangah Hill.

Jembatan Teluk Hangzhou (Cina): Jembatan Lintas Lautan Terpanjang di Dunia
www.semua-nyata.blogspot.comMelintasi Teluk Hangzhou berdirilah jembatan lintas lautan terpanjang di dunia, dengan panjang 35,673 kilometer (22 mil) dengan enam lajur jalan tol dua arah. Jembatan ini dibangun untuk menangani kemacetan lalu lintas di wilayah yang sedang berkembang pesat, memotong waktu tempuh antara Shanghai dan Ningbo dari empat jam menjadi 2,5 jam. Jembatan ini menjalani banyak pembelajaran beberapa dekade sebelumnya sebelum disetujui tahun 2003, dan akhirnya dibuka pada 1 Mei 2008. Total investasi untuk jembatan ini senilai RMB 11.8 juta (sekitar US$1.4 milyar).

Rolling Bridge (Britania Raya): Jembatan yang dapat menggulung sendiri
www.semua-nyata.blogspot.comDirancang oleh Heatherwick Studio, Rolling Bridge pemenang penghargaan ini terletak di Paddington Basin, London. Daripada menggunakan mekanisme jembatan terbuka konvensional, yang terdiri dari elemen rigid tunggal yang naik untuk membolehkan kapal lewat, Rolling Bridge menggulung diri hingga dua ujungnya bertemu. Ketika dalam posisi horizontal, jembatan ini merupakan jembatan pejalan kaki besi dan kayu normal; terbuka penuh, jembatan ini membentuk lingkaran di satu sisi yang berbeda dari posisi lurusnya.
Dua belas meter panjangnya, jembatan ini dibuat oleh delapan bagian besi dan kayu, dan dibuat melengkung oleh tenaga hidrolik yang dipasang di handrail setiap bagian.

Jembatan Oliveira (Brazil): Jembatan kabel berbentuk X pertama di dunia
www.semua-nyata.blogspot.comJembatan Octavio Frias de Oliveira yang melintasi Sungai Pinheiros di São Paulo, Brazil dibuka bulan Mei 2008. Setinggi 138 meter (450 kaki), dan menghubungkan Marginal Pinheiros dengan Jornalista Roberto Marinho Avenue. Desainnya unik dengan 2 dek melengkung melintas satu sama lain melalui menara penopang berbentuk X.

Wind and Rain Bridge (Cina): Jembatan Bangsa Dong
www.semua-nyata.blogspot.comWind and Rain Bridge adalah simbol arsitektor bangsa minoritas Dong. Wind and Rain Bridhe di Diping adalah yang terbesar dalam jenisnya di Provinsi Guizhou, dimana komunitas Dong terbesar Cina menetap. Jembatan ini sepanjang 50 meter dan pertama dibangun tahun 1894 selama Dinasti Qing 100 tahun yang lalu. Tetapi, struktur aslinya terbakar dalam kebakaran besar 1959 dan yang dilihat pengunjung saat ini adalah pembuatan ulangnya yang selesai tahun 1964. Merupakan arsitektur kayu murni yang terdiri dari pilar, purlin dan baluster dalam berbagai ukuran dan bentuk. Badan jembatan terbagi menjadi tiga bagian, yang terbesar di tengah berbentuk menara drum Cina tradisional. Pilaster dan eave jembatan dihiasi dengan bunga dan pahatan dan jembatan ini sangat unik.

Tower Bridge (Britania Raya): Jembatan Victorian Paling Terkenal dan Terindah
www.semua-nyata.blogspot.comSelesai tahun 1894 oleh Horace Jones dan Wolfe Barry. Tower Bridge (dinamai sesuai dua menara mencolok setinggi 141 kaki dan Tower of London di dekatnya) adalah salah satu markah tanah terkenal di London dan salah satu yang terindah di dunia. Jembatan sepanjang 800 kaki ini memiliki spasi 28 kaki bila tertutup tapi terbuka di tengahnya hingga mencapai 140 kaki yang membolehkan kapal berlayar di Thames. Di hari-hari dimana barang dipindahkan melalui laut daripada udara jembatan ini dinaikkan sekitar 50 kali setiap harinya. Tower Bridge menggunakan 432 pekerja yang membangunnya selama 8 tahun. Pada waktu itu mereka menenggelamkan 70.000 ton beton ke dalam 2 pier besar, menempatkan 2 struktur penopang ke tempatnya yang masing-masing berbobot 1.000 ton dan menghiasi seluruh jembatan dengan batu Portland dan granit Cornish untuk menutupi 11.000 ton besi di bawahnya.

Jembatan Air Magdeburg (Jerman): Jembatan Air Terbesar di Eropa
www.semua-nyata.blogspot.comJembatan Air Magdeburg menghubungkan bekas Jerman Timur dan Barat di Sungai Elbe, dan dibangun sebagai bagian dari proyek penyatuan kembali Jerman. Sepanjang 1 km, jembatan air senilai 500 juta euro ini membolehkan kapal angkut sungai menghindari kanal panjang yang padat di sepanjang Elbe. Pengapalan sering terhadang di jembatan ini bila tanda air sungai berada di tingkat terendah.

Ponte Vecchio (Italia): Jembatan Tertua dan Terkenal
www.semua-nyata.blogspot.comPonte Vecchio di Florence adalah salah satu atraksi turis terkenal di Italia, dan dianggap sebagai jembatan lengkung batu tertua di Eropa, meskipun banyak bagian yang lebih tua. Sebenarnya dibangun dari kayu hingga akhirnya dihancurkan oleh banjir tahun 1333, dan dua belas tahun kemudian jembatan dibangun kembali menggunakan batu. Terkenal karena banyak pertokoan, jembatan ini merumahkan setiap orang mulai pedagang dan tukang daging Abad Pertengahan hingga toko cinderamata dan penjual karya seni.

Sumber: oddee.com

Tuesday 26 April 2011

Rahsia Bibir Dan Lifstik

Lifstik dan wanita tidak dapat dipisahkan. Apakah rahsia pemakai lifstik pada bibirnya? 

Photobucket 
Hari ini aku nak cerita pasal lifstik atau gincu bibir dan wanita. Aku taklah pakai lifstik pun. Cuma aku minat tengok bibir wanita pakai lifstik..Sesekali aku nak tukar topik pulak, asyik novel je kadang-kadang bosan juga pembacakan. Aku sebenarnya tak ada idea langsung nak cerita pasal wanita dan lifstik ni.
Tapikan aku ada sedikit pendapat tentang topik ini dari kaca mata dan pergaulan aku dengan agak ramai juga gadis-gadis dan wanita:
Antaranya:
Kalalu wanita memakai lifstik warna merah pekat itu menandakan dia kuat seks,
Kalau warna merah jambu (pink)  pemakainya seksi dan suka berkasih sayang.
Kalau wanita suka pakai bemacam-macam warna, maknanya dia wanita bebas yang tidak suka dibelenggu. .Itu je yang boleh aku komenlah.

Tapi aku ada copy  topik tentang ini dari beberapa blogger lain untuk sama-sama kita jadikan ilmu. Kekadang kita terlepas padnang cerita tentang lifstik ni dari blogger lain so tak salahlah aku copy untuk pembaca-pembaca yang terlepas peluang untuk mengetahui tentang rahsia wanita dan lifstik ni. Kat bawah ni aku ada petik artikal2 yang best jugalah.:
Photobucket
Antaranya aku petik dari :http://mforum.cari.com.my (pemilik artikal ini aku tak tahu, haraf-haraf dia tak marah) dan dari http://halaqah.net.
So kat sini tak muat nak aku tulis. Nak tahu lebih lanjut, pembaca boleh klik sini (KLICK SINI)

INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN


Saksikan betapa dunia ini indah sebenarnya. Malangnya manusia yang menjahanamkan keindahan itu. Hutan rimba sudah musnah, lautan sudah lebur, bukit-bukau ditarah. Kini dunia sudah jadi hutan batu penuh dengan bangunan-bangunan mencakar langit yang entah bilakan runtuh agaknya.

Bila berlaku je gempa bumi barulah manusia sedar bahwa bumi pun pandai rasa sakit, berat dan kecewa dengan sikap penghuni di dadanya. Bila lautan bergelora membelah daratan dan beratusan ribu manusia mati barulah kita tahu yang bumi ini pun pandai murka. Tsunami sebenarnya limpahan tangisan air mata bumi yang apabila dirinya merekah luka menahan kesakitan. Antara sedar atau tidak kita masih terus melupakannya atau mengabaikannya. Apa pun sebenarnya bumi ini satu ciptaan tuhan yang terlalui indah jika tidak diperkosa keindahannya. Lihatlah betapa indahnya air terjun emas. Bukti keindahan alam semestar.
Sebenarnya masih banyak lagi keindahan alam yang kita tidak pernah teroka dan ketahui. Penjelajahan ke alam semestar bukanlah satu perkara yang membebankan kita, ianya amat unik jika kita dapat menyelami hakikat sebuh kehidupan yang memang berorintasikan citaan tuhan.


Mungkin kit saja yang sering lupa tentang nikmat yang diberikan, lantaran itu kita abaikan, kita musnahkan keindahan alam ini dengan pelbagai teknologi yang canggih namun lebih banyak bahayanya daripada kebaikannya.

Kita lebih cenderung pada sesuatu pembuatan berteknologi tinggi mengikut hawa nafsu semata-mata sehingga kita tidak sedar teknologi canggih ini secara senyap-senyap memusnahkan kehidupan dimuka bumi ini.

Pada siapa kita harus letakkan satu kepercayaan untuk mengembalikan semula apa yang musnah selama ini? Hanya diri kita saja perlu memperbaiki segala kesilapan dan mencipta satu teknologi hijau tanpa menghiraukan tekologi pemusnah masakini..


Sunday 24 April 2011

30 Fakta Menarik Mengenai Wanita

Photobucket 

Fakta-Fakta Tentang wanita 

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan). 
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain. 
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian. 
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja. 
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan. 
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna. 
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut. 
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita. 
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. 
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu. 
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal. 
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta. 
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!! 22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya. 
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik. 
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. 26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati. 
27.Senjata wanita adalah airmata!! 
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu. 
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah. 
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

sumber: (http://www.fcukz.co.cc/2010/06/30-fakta-menarik-mengenai-wanita.html)

50 Fakta Menarik Mengenai Lelaki

Photobucket
Fakta menarik tentang lelaki yang perlu diketahui oleh perempuan
 
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

::-rujukan( http://socialcute.blogspot.com/2011/04/50-fakta-menarik-mengenai-lelaki.html)

Jangan Biarkan Cinta Itu Musnah

Photobucket
Kucing pun pandai berkasih sayang. 

Tenggok ni manjanya dia dengan sijantan. Manusia selagi belum benikah jangan cuba-cuba. Kadang aku pelik dengan orang Melayu kita ni, belum dapat semua nak dipegangnya. Masa bercinta jalan pegang tangan, pegan pinggul pegang bahu, lepa-lepa dia cium, ada yang tak segan berkucup depan orang ramai.

Yang dok tersorok kat semak pun ada beromen, Tak kisah gatal di gigit nyamuk, atau ada serangga berbisa, ke, Semua itu seronok dan sedap belaka.

Bila dah bernikah, baru setahun tidur pun ada yang asing-asing. Baru kahwin bukan main peluk.. Entahlah macam mana nak jadikan orang kita tidak mudah terjebak kepada masalah seks bebas... Bukan semua tapi hampir semua kalau tidak dicegah. Jadi janganlah nak adakan mata pelajaran seks. Siap nak jadi model untuk lakukan seks? Tak ada mata pelajaran pun budak2 sekarang dah pakar.. Macam mana kalau mata pelajaran seks ada. Kan lebih baik utamakan didikan agama dan moral...

 Aku cakp je untuk kesedaran semua, bukan membangkang. Aku tetap aku

KOLEKSI PUISI CINTA

Photobucket
Hai!!! Peminat puisi semua, Saya nak tulis kat muka depan ni banyak sangat puisi tentang cinta jadi 
ada baiknya kalau nak baca anda semua just klik di bawah ini, terdapat banyak puisi. Anda yang nak hantar puisi pun boleh, just isi borang yang disertakan, selamat membaca:-




Friday 22 April 2011

PERTANDINGAN MENULIS AYAT-AYAT CINTA DAN LIRIK LAGU

Photobucket
Saya sedang mencari mereka-mereka yang berbakat, atau tak berbakat pun tak apa boleh cuba untuk sertai pertandingan menulis lirik lagu atau ayat-ayat cinta contoh seperti di bawah ini: Petandingan ini terbuka kepada sesiapa saja. Tulis je apa yang terlintas di kepala.Bukan kena bayar pun. Kemudian emailkan nama penuh, alamat, no kad pengenalan, kalau ada nama pena atau orang putih kata nick name boh jelah. Lirik terbaik akan dijadikan lagu untuk album yang baka saya terbitkan. Bukan saya nyanyi tapi ada artislah .Saya just composer cipta lagi je. Nak keterangan lanjut col saya 0173226718. Apa yang anda dapat bila menang? Ni tengok kat bawah ni:-
1) Lirik paling menarik akan menerima ganjaran RM150
2)Lirik kedua menarik RM100
3) Lirik ketiga menarik menerima RM50
4) Jika lirik anda kami jadikan lagu kami akan daftar nama anda dengan persatuan composer (MACP dan  PPN) untuk mendapatkan royati apabila lagu-lagu daripada hasil tulisan lirik anda berkumandang di radio.
5) Anda berpeluang menulis terus lirik lagu untuk kami.
Photobucket
  Yang ni kira contoh, tapi tak payalah nak boh photo macam tu..
Ok apa-apa pun nak cuba, try test...sama anda boleh atau tidak menulis lirik anda emailkan penyertaan anda ke selendang52@gmail.com. Tiada tarikh tutup ditetapkan....
PhotobucketPhotobucket

Wednesday 20 April 2011

BENARKAH EMMANUELLE CHRIQUI ADALAH WANITA TERCANTIK DI DUNIA?

image
Emmanuelle Chriqui
Emmanuelle Chriqui wanita paling diingini di dunia. Dia menduduk tempat pertama di askMen. com dari 99 wanita top tahun 2010.di menyerlah kerana Karyanya di tv tentang Entourage dan The OC, memperluaskan jangkauan kreatifnya ke dalam filem seperti You Don't Mess dengan Zohan, Cadillac Records dan proyek baru Santo Yohanes dari Les Vegas, 13 dan Georgia, sebagai pemilik kecantikan yang luar biasa, status rising star dan keperibadian yang menyenangkan, Emmanuelle Chriqui adalah bagaikan keindahan Hollywood langkan yang benar-benar memilik pakej lengkap wanita paling jelita.

Wednesday 13 April 2011

Cerpin bulanan: KASIH TERPINGGIR SEPI karya: Suteraungu


Semalam sewaktu Ima meninggalkan aku, dengan kemarahan dihati, aku merasa kesal yang amat sangat. Bukan kerana kesalahanku, sebaliknya kerana dia silap faham tentang Jasmin. Sudah berkali aku jelaskan yang Jasmin anak angkat ibuku. Aku dan Jasmin umpama adik dan abang. Cuma yang membuatkan Ima merajuk dan marah apabila Jasmin amat manja padaku.

Tidak dinafikan aku dan Jasmin memang rapat sejak kecil lagi. Rapat kami bagaikan adik-beradik dan tidak lebih dari tu. Aku tahu dan Jasmin juga tau kami masih boleh batal air sembahyang. Maknanya aku dan Jasmin boleh jadi pasangan suami isteri. Kemajaan Jasmin mengelirukan Ima, Jasmin memang terlalu manja sehinggakan aku tidak sedar yang kami bukan muhrim. Jasmin diambil oleh keluargaku ketika usia 7 tahun.Waktu itu kedua ibubapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan waktu itu aku berusia 8 tahun. Kebetulan kami adalah jiran paling rapat. Jasmin pulan lebih senang tinggal bersama kami walaupun dia dibawah jagaan paklongnya sebagai pewaris mutlak. Atas sebab masalah ekonomi paklong Jasmin menyerahkan Jasmin dibawah jagaan kelaurgaku. Kebetulan ketika itu ibuku tidak boleh mengandung lagi atas nasihat doktor dan aku menjadi anak tunggal Kalaulah Jasmin tiada dalam keluarga kami, maknanya aku tidak merasa keistimewan ada seorang adik.

Sebenarnya Ima faham situasi aku dan Jasmin. Mungkin hubungan aku dan Ima tidak boleh melebihi seperti Jasmin, sebab itulah Ima merasa dirinya kurang perhatian dariku. Sudah sering kali aku jelaskan andainya suatu hari nanti aku dan Ima menjadi suami isteri, pasti aku akan layan Ima sebaik mungkin dan melebihi dari Jasmin.

Cemburu mungkin  itu yang ada dalam diri dan hati Ima.Walaupun situasi itu benar-benar sudah ditkadikan.Aku sedar sepatutnya aku tidak perlu lagi begitu mesra dan rapat dengan Jasmin lantaran Jasmin sudah dewasa, sudah anak gadis dan kalau dikira layak menjadi isteri aku pun sudah mungkin boleh. Terkadang aku rasakan Jasmin lebih memahami perasaan aku berbanding Ima. Bila aku termenung saja, pasti Jasmin menegurku bertanyakan apa yang aku menungkan. Aku lebih selesa dengan Jasmin berbanding Ima kekasihku. Mungkin kami dibesarkan sebumbung dan kenal isi hati serta sikap masing-masing.

Terkadang terfikir juga olehku mengapa tidak aku pilih Jasmin jadi isteriku, teman hidupku. Jasmin sudah tentu dapat membahgiakan hidupku dan pastinya hidup kami lebih bahagia. Entahlah aku sendiri tidak tahu, ada ketikanya aku rasa terlalu sayang sangat pada Jasmin berbanding Ima.Mungkin Ima orang baru dalam hidup aku berbanding Jasmin. Terkadang aku merasakan Jasmin ada menaruh harapan, mungkin cinta pada diri aku. Siapa tahu hati perempuan? Itu fikirku.

PErnah ku tanyakan pada Jasmin tentang penerimaan dia terhadap Ima. Katanya dia selesa dan dia gembira dapat seorang kakak walau setakat kakak ipar angkat. Terkadang cakap-cakapnya seperti dia merasa sedikit kecewa bila dia tahu aku dan Ima akan berkahwin.

"Nanti bila abang dah kahwin dengan kak Ima, Jas tak boleh manja dengan abang lagikan?" Itu suara hati Jasmin yang pernah diluahkan pada aku.

"Samalah, nanti kalau Jas dah berumahtangga, Jas pun tak boleh manja dengan abang macam sekarang. Nanti cemburu pula suami Jas." Aku cuba menyedapkan hatinya.

.................Bersambung.................










oleh :suteraungu...

SEPI SEORANG PERINDU

KETIKA OMBAK MEMBELAH PANTAI AKU MASIH DI SINI MENUNGGU MU SABAN HARI TANPA RASA JEMU.

Sesaat aku melupakan ingatan ku padamu aku terasa kosong dalam diri. Ketika aku lena di ulit mimpi engkau hadir dalam samar malam menyapa kau dengan senyuman. Kembali mu ku tunggu namun tak mungkin akan terjadi. Hilangmu sukar untuk aku cari pengganti. Buka patah tumbuh hilang berganti, akan tetapi patah sayapku namun ku terus terbang jua tanpamu di sisi. Aku seorang perindu sepi.

Doaku sentiasa mengiringmu agar engkau bahagia disisi-Nya. Aku tahu dia lebih menyayangimu. Dan kau tahu yang kau tidak terlepas tetap menyayangimu meskipun kau tiada. Tak mungkin kamar sepi ini di isi dengan insan lain.Aku rela sendiri sekalipun aku sepi. Aku pasti malam-malam seterusnya engkau menemaniku sekalipun hanya dalam mimpi.

AKU MAHU HIDUP



KEM MOTIVASI
AKU MAHU HIDUP
http://jutawanglobal2010.blogspot.com 
50
ALASAN
DARIPDA BERJUTA ALASAN ORANG YANG GAGAL DALAM HIDUP
“Apabila kita sering menyalahkan orang lain kerana kita gagal, sebenarnya kita telah pun menyatakan yang sebenarnya diri kita yang salah dalam percaturan untuk kejayaan.”
“Dan apabila kita sering memburuk-burukkan keadaan yang sebenarnya tidak begitu menjadi kesan mendalam pada apa yang kita lakukan sehingga menyebabkan kita gagal, sebenarnya kita telah mengaipkan keperibadian unggul kita.”
“ Kejayaan kita terletak pada dua perkara penting, iaitu ditangan kita sendiri dan dimata orang lain yang melihat diri kita”